Pintu lift terbuka.... Kelihatan seseorang di dalam lift membuatkan Irene terkejut. Hampir melatah kecil di buatnya. Mukanya kelihatan sedikit cuak.
"Oh my god!!Apa yang kau buat kat sini? June!" ujar Irene dengan nada yang terkejut.
"Irene?" ujar June jua. Dia juga kelihatan terkejut dengan orang di hadapannya saat ini. Terkejut melihat orang yang dikenalinya itu ada dihadapannya saat ini ingin memasukki lift.
"Haa aakuu..aku.!!" ujar June gagap sambil mengosokkan lehernya. "kau plak buat apa kat sini?" soal June kembali tidak menjawab soalan Irene cuba menukar topik.
Melihat June yang tidak menjawab soalannya itu membuatkan Irene memasukki lift sambil menjawab soalan June tadi. Dia melihat button pada lift di tekan tinggkap 20 yang merupakan tingkat paling atas.
"Haa... Aku jumpa kawan aku tadi kat unit kondo hujung tu! kau plak buat apa kat sini? Orang tanya tak jawab...kau tak pergi training ka ? soal Irene bertalu2 soalannya kendengaran curiga dengan June yang tidak pergi latihan. Padahal dari pagi sudah keluar pergi training.
" Sebenarnya...." ujar June tidak tahu macam mana ingin menjelaskan kepada Irene tentang rahsianya. Rahsia yang disembunyikan dari orang di sekelilingnya itu kelihatan hampir pecah. Tak apa Irene ja pun.Aku harap dia tak bocorkan rahsia aku ni better bagitahu ja bisik hatinya.
"Sebenarnya apa??" soal Irene lagi melihat wajah June yang kelihatan serba salah itu. Raut wajah kelihatan cuak.
"Sebenarnya aku ada private kondo... Dekat tingkat 20 ni haa ada kondo aku... tempat private aku untuk berlatih! Memang la aku dah pergi latihan pagi tadi ni aku nak sambung latihan la lagi" ujar June jua. Dia pasrah Irene mengetahuinya. Dia tahu tempat privasinya itu tidak lagi menjadi tempat aman tanpa gangguan.
"Ouhh gitu! Tapi kenapa kau nampak cuak macam orang yang kantoi buat salah ja?" soal Irene lagi sambil menaikkan keningnya.
June melihat ke arah Irene yang banyak tanya itu. Muncul kegeraman dalam hatinya. Mengapa dalam banyak2 tempat dan masa dia boleh terserempak dengan Irene dekat sini. Mendengar soalan Irene itu membuatkan June menjentik dahi Irene yang putih gebu itu. Sakit hati disoal bertalu2 nasib sepupu aku kalau tak dah lama kena maki. Dahi Irene merona merah mungkin disebabkan kulitnya yang putih gebu itu membuatkan kulitnya cepat memerah.
" Auuu..." ujar Irene menyeringai kesakitan sedikit sakit sambil menjeling tajam melihat wajah June yang tidak bersalah itu membuatkannya hilang kesabaran dan memarahi June. " Kau pehal jentik dahi aku.. sakit tahu tak?" ujar Irene lagi sengaja berlebih2 padahal tak la sakit sangat pun.
" Over la kau! baru cuit sikit dah sakit... macam mana kau nak pengang senjata kalau baru kena cuit sikit dah sakit.." ujar June sengaja ingin menprovokasi Irene lagi. Seronok melihat Irene memarahinya. Wajah Irene kelihatan lebih comel ketika marah. Irene juga satu2 nya perempuan yang boleh didekatinya saat ini kerana dia bakal debut tak lama lagi harus menjaga dirinya dari terlibat dengan kontroversi
"Kau!! menyampah betul la! ada ja nak kenakan aku"
" Yalah siapa lagi berani nak kenakan adik kesayangan Mike merangkap sepupu aku ni"
" Ouh kau sekarang cakap macam berani sangat... Depan Mike duduk menikus ja"
" Ouh tolong sikit kau cakap macam aku ni pengecut ja! "
" Habis tu bukan ?"
" Bukanlah! Mulut kau tu cakap ikut sedap ja kan... kalau dengan laki lain memang dah lama la kena kiss baru tahu diam!"
" Kau ni kan" ujar Irene kegeraman sambil menampar belakang June ingin melempiaskan kemarahannya.
" Habis tu kalau tak takut kepada kau diam ja tadi masa sarapan dengan abang Mike tadi?"
Mereka berdua terus berbalah sehingga tidak menyedari lift sudah tiba di tingkat 20. June melangkah keluar sambil diikuti Irene di belakangnya. Mereka berdua terus melangkah ke kondo June.
" Memang tak la aku nak takut... Aku diam sebab aku hormatkan abang Mike.. bukan sebab takut... Lagipun kitaorang ni kan dah membesar sama2 kitaorang ni dah macam adik beradik dah pun" ujar June lagi sambil melangkahkan kaki ke kondonya.
Ada 5 buah kondo di setiap tingkat membuatkan kondominium ni nampak sangat mewah dan elegant.
Mereka berdua tiba di depan kondo June. June menekan password di tombol pintu untuk membuka pintu kondonya. Pintu kondo tidak memerlukan kunci untuk membuka pintu. Lebih memudahkannya untuk memasuki kondonya jika tidak membawa kunci rumah.
Irene hanya melihat June yang santai menekan password kondonya itu langsung tidak menghiraukannya yang sedang curi2 lihat passwaord June itu.
June tersenyum sinis melihat dari pandangan tepinya Irene mencuri2 lihat passwordnya. Pintu kondonya terbuka mereka berdua segera masuk.
" Kau tak payah la nak curi2 tengok password aku macam tu... Ni mesti nanti kalau aku tak ada kau nak datang lepak kan...tak pandai nak cover langung" ujarnya sinis. June segera melangkah kakinya masuk ke dalam kondo mewahnnya. Desain kondonya kelihatan lebih simple dari kondo Mark. Desain komdo kelihatan british style. Gambarnya besar tergantung di dinding.
Irene kelihatan sakit hati mendengar kesinisan suara June. " Eihh siapa nak tengok password kau dan btw password kau tu senang sangat la untuk aku tembak.
" Ha aku memang sengaja letakkan password untuk senang kau tembak dan senang kau nak masuk... kondo ni memang aku sengaja beli untuk tempat kau lepak pun untuk berlatih seni taekwando sekali pun" ujar June lagi dia meletakkan password kondonya sempena tarikh Irene kembali ke dalam hidupnya, 16 April 2019(160419). Dia membeli kondo itu seminggu selepas Irene pulang dari hospital untuk dia mengajar Irene berlatih pertahankan diri dan berlawan.
Mata Irene kelihatan sedikit terbeliak melihat desain kondo June tidak kurang lebih dari kondo Mark sangat cantik dan sangat elegant. Kondo mempunyai 2 tingkat kelihatan seperti rumah yang mempunyai 2 tingkat. Dia terkejut mendengar kata2 dari mulut June itu.
" Ouh so sweet kau ni walaupun suka sangat cari pasal dengan aku tapi sayang aku jugak kan.. tapi kenapa kau tak pernah bagitau aku pun pasal tempat ni?" ujar Irene lagi sengaja ingin menduga. Dia kelihatan agak tersentuh dengan June. Mereka berdua jarang melepak berdua sejak dia keluar dari hospital haritu. June yang selalu sibuk dengan trainingnya membuatkan mereka sangat jarang melepak hanya berjumpa ketika mereka melakukan misi dan berada di rumah agam Mike.
" Aku bukan sengaja tak bagitau kau pasal tempat ni... tapi kalau boleh aku nak rahsia kan tempat ni dulu untuk aku training... Ni lepas ni tempat ni dah tak aman dah lepas kau tahu... Mesti asyik melepak ja kat sini"
" Kau baru cakap tempat ni kau beli untuk aku.. Biarlah tak aman pun sebab aku bakal menceriakan kondo ni so tak payah nak aman sangat... Nak berlatih kena ada teman baru best.."
June tergelak mendengar kata2 Irene. Sedikit sebanyak Irene telah menceriakan hatinya saat ini yang selalu kosong itu. Dia mahu Irene selalu menemaninya di kondo ini mulai sekarang.
" Ya lahh princess kecik" ujarnya sambil mengosokan kepala Irene dengan senyuman kecil di bibir.
Share this novel