Irene masih tidak terkata. Perasaan nya bercampur baur saat ini kerana identiti nya sudah didedahkan kepada dunia luar saat ini. Seolah mimpi kerana dia tidak perlu lagi menyembunyikan identitinya lagi.
Irene berdiri di sebelah datuknya untuk memotong kek. Selesai memotong kek Datuk mereka menyuap secebis kek ke dalam mulut Irene. Irene hanya terswnyum bahagia begitu juga dengan abang dan sepupu²nya kecuali Ryan yang kekal dengan wajah kosong tanpa perasaannya
Di sebalik kegembiraan mereka sekeluarga di atas pentas ada seseorang yang melihat mereka.
Mereka menuruni pentas setelah datuk mereka telah merasmikan party itu. Irene yang setia berdiri di sebelah datuknya itu kelihatan berpusu orang mengelilingi datuknya untuk mengucapkan selamat ulang tahun sambil ingin mengambil hati tua Tuan Richard supaya bergabung projek syarikat dengan mereka turut mengelilingi Irene ingin mendekati Irene secara dekat.
Keadaan itu membuatkan Irene sedikit lemas. Di atas pentas kelihatan abangnya masih berdiri untuk memberi ucapannya kepada datuk mereka.
Semua tetamu kekal formal kembali datuk mereka berdiri seketika untuk mendengar ucapan cucu sulungnya itu. Datuk mereka duduk di kerusi VVIP. Irene berada di hujung dewan ingin keluar ke tandas. Dia berhenti melangkahkan kakinya untuk mendengar ucapan Mike.
" Berdirinya saya di sini adalah untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran datuk saya yang ke 70 tahun dan kembalinya adik perempuan yang dikasihi saya. Dan di kesempatan ini saya ingin memperkenalkan my future wife saya kepada hadirin sekalian!"
Irene, datuk dan semua yang hadir terpana sekali lagi. Kejutan demi kejutan mereka terima.
Dengan senyuman di bibir Mike mempelawa bakal isterinya Fiona british korea di atas pentas.
Irene yang tersentak dengan ucapan Mike itu berlalu meninggalkan dewan dengan hati yang remuk. Baru lepas dia di dedahkan ke public dan dia keluar dari hospital abang kesayangannya ingin berkhawin. Hancur hatinya saat ini
Share this novel