Irene, Ryan and the devils members lengkap memakai mask dan black hoodie memasuki sebuah banglo lama di pinggir bandar. Tujuan mereka hanya satu membunuh target mereka Jacob!
Kendengaran daun- daun kering dipijak dengan berhati- hati oleh mereka berlima di luar banglo usang itu. Ryan memberi arahan kepada gangnya sebelum memulakan misi mereka.
"Yoon, Min dan June korang habiskan anak-anak buah Jacob! Irene kau ikut aku cari fail rahsia itu dan aku akan habiskan Jacob"
Mereka berempat mengangguk faham dengan arahan Ryan.
Yoon, Min dan June memulakan serangan kepada anak-anak buah Jacob yang sedang berkawal di sekeliling banglo usang itu. Mereka membunuh anak- anak buah Jacob dengan berhati-hati sebelum pergerakan Min yang sedang mematahkan leher anak buah Jacob ditangkap dalam CCTV yang dipasang di sekeliling banglo itu.
" Sial mereka dah datang! Habislah aku!" ujar orang kanan Jacob itu dalam kemarahan sambil tangannya ingin menekan button amaran kepada Jacob.
June yang sedang memerhati pergerakan orang kanan Jacob yang telah menyedari kehadiran mereka itu tersenyum sinis, sebelum June lantas menahan tangan orang kanan Jacob yang ingin menghantar amaran kepada Jacob.
Orang kanan Jacob itu cuba bergelut dengan June cuba berlawan dengannya sebelum tangannya dipatahkan oleh June dan dipotong tangan orang kanan yang telah patah itu.
"Please..please... please spare my life!" orang kanan Jacob cuba merayu dalam kesakitan apabila tangannya dipotong. Darahnya yang merecik mengenai mukanya tidak dihiraukan selagi dia dapat menyelamatkan nyawanya.
"Spare your life! Sorry my dear but i'cant!" ujar June dengan senyuman sinis, sebelum menamatkan hidup orang kanan Jacob itu dengan mengelar lehernya. Darah yang merecik di mukanya itu tidak dihiraukan sebelum bibirnya mengukir senyuman kemenangan.
Min memberi isyarat peace ke arah CCTV. Dia tahu June sedang memerhatikannya saat ini. Dia tahu June telah menghabiskan hidup orang kanan Jacob saat ini.
June yang memerhati Min hanya tersenyum kecil dengan kelakuan Min.
"Ada-ada saja lah budak ni" bisik hatinya sambil bergerak ke tingkat 2 apabila telah memastikan tiada lagi anak buah Jacob yang masih tersisa.
*********************
Irene dan Ryan memanjat balkoni tingkat dua dengan berhati- hati bagi mengelakkan kehadiran mereka disedari oleh Jacob.
"Irene kau hati- hati! jangan sampai kau buat silap dalam misi pertama kau ni" Ryan membisik arahannya di telinga Irene.
Irene menganggukkan kepalanya tanda memahami arahan Ryan itu.
" Ni misi pertama aku!.. Aku akan pastikan misi ni berjalan dengan lancar bagi membuktikan kepada abang Mike dan The Devils aku layak untuk berada dalam kumpulan ini." bisik hati Irene.
Mereka berdua berhati- hati memasuki bilik Jacob melalui balkoni tersebut. Nasib menyebelahi mereka apabila mendapati pintu di balkoni Jacob tidak ditutup dan tiada anak buahnya yang menjaga balkoni tersebut.
"Small careless make you in trouble" bisik hati Irene dan Ryan. Mereka berdua tersenyum puas dengan keadaan itu.
Kendengaran pili air dibukak di tandas bilik Jacob. Irene terus memulakan misinya mencari fail rahsia yang dicuri oleh Jacob itu. Irene mencari dengan cermat bagi tiada kesilapan yang dilakukannya.
Ryan memulakan bahagiannya dengan merempuh masuk bilik air, mencari kelibat Jacob pengkhianat kumpulan mafia abangnyaThe Dragon. Pengkhianat harus MATI! itulah harga yang perlu dibayar oleh pengkhianatan yang dilakukan dalam kumpulan The Dragon.
Jacob yang sedang memakai jubah mandi itu kelihatan terkejut melihat lelaki lengkap memakai mask dan black hoodie itu merempuh memasuki ke bilik airnya.
"Fucking shit!" Jacob cuba menekan button kecermasan meminta bantuan dari anak buahnya. Apabila tiada anak buahnya yang memunculkan diri, dia tahu mereka semua telah dihabiskan oleh lelaki misteri depannya itu.
Jacob kelihatan ketakutan dengan keadaan itu cuba bertenang. Dia tahu yang ajalnya akan tiba. "I'm so done" bisik hatinya.
Ryan tersenyum sinis melihat pengkhianat di depannya itu. "takut mati rupanya! Aku ingatkan pengkhianat The Dragon tak takut mati!" bisik hatinya sambil merenung tajam ke arah Jacob. Pandangan membunuh.
"Aku tahu kau orang upahan yang disuruh Mike membunuh Aku! Aku akan membayar kau sepuluh kali ganda dari bayaran yang kau terima dan aku akan bagi apa sahaja yang kau nak" Jacob kelihatan cuba berkempromi dengan Ryan.
Ryan tersenyum sinis mendengar ucapan terakhir Jacob.
"Kau ingat kau mampu nak bayar aku!! Walaupun dengan semua harta kau yang ada tu belum tentu cukup untuk dibandingkan dengan apa yang aku dapat dari BUNUH KAU!!" ucap Ryan tegas!
Jacob kelihatan terketar-ketar mendengar kata-kata itu dan lebih mengejutkan dia kenal dengan suara lelaki misteri itu.
"Ryan!" ucapnya terketar-ketar. Tahula dia tiada lagi harapan untuknya hidup.
"Nampaknya kau dah cam aku!" Ryan lantas menarik mask yang ke bawah dagunya. Kelihatan senyuman sinis diukirkan di bibirnya itu.
Matanya tetap merenung tajam ke arah Jacob sambil tangannya mengeluarkan pisau di poket seluarnya itu.
" Selamat tinggal Ryan! Have fun in the hell!" ucapnya dengan senyuman kemenangan sebelum tangannya mengelar leher Jacob.
Jacob yang tidak sempat membuat apa- apa itu maut tempat kejadiaan.
Ryan keluar dari bilik air dengan darah yang pernuh terpecik di mukanya dan menyimpan pisaunya itu di poket seluarnya.
Ryan tersenyum sinis melihat ke arah Irene yang sedang berdiri memegang fail rahsia itu kelihatan terkejut itu melihat wajah dan badannya dipenuhi darah. Irene kelihatan agak terkejut dengan keadaan itu.
"Kau tak perlulah tengok aku macam tu! Once kau dah masuk dunia ni kau dan aku tak ada beza!!! ujar Ryan dingin sambil merenung tajam ke arah Irene .
Irene kelihatan terkejut mendengar kata-kata dingin Ryan kepadanya.
Pintu bilik Jacob dibukak dari luar. Kelihatan Yoon, Min dan June yang dipenuhi darah di wajah dan baju mereka itu, menuju ke arahnya.
"Irene are you okay?" tanya Yoo risau dengan Irene yang kelihatan terkejut dengan keadaan mereka itu.
"I'm fine!! dah jom kita keluar dari sini tempat ni akan meletup dalam masa sepuluh minit lagi" ujarnya sambil memegang fail rahsia itu.
Irene telah mengaktifkan bom di sekeliling bilik Jacob saat Ryan menghabiskan Jacob tadi.
"Saat aku dah join dunia ni! Aku harus jadi kuat!" bisik hatinya
Ryan, Yoon, Min dan June kelihatan tersenyum mendengar kata - kata Irene.
"Welcome to Mafia world Irene" bisik hati mereka. Sebelum mereka lantas berlari keluar dari banglo yang hampir meletup itu.
Bommmm!!! banglo itu meletup dalam sekelip mata.
"First mission complete" ujarnya dengan senyuman kemenangan.??
Share this novel