Irene... panggilnya dengan nada yang teruja apabila dia membuka pintu penumpang Range Rover itu. Wajah Irene yang sudah lama tidak dijumpainya kerana kesibukkan dirinya dengan pertandingan renang untuk kelayakan olimpik.
Irene yang terkejut plus dengan perasaannya yang gembira itu lantas memeluk orang di hadapannya itu.
"Minnn.....!" panggil Irene dengan perasaan teruja. "Bila kau sampai sini dan macam mana kau boleh ada dekat sini.. sampai hati kau baru malam ni kau muncul dari sejak aku pindah dekat sini." ujarnya dengan nada berjauhan hati.
" wait...wait... satu..satu ok, kau ni nak ja aku tarik mulut kau ni panjang²... cakap tak boleh nak stop tahu lah rindu aku pun! tapi sabar ya princess..satu..satu!"
Irene memandangnya dengan muka perasannya kau ni Min.. Min terpandang wajahnya June yang kelihatan tajam menikam wajahnya dengan muka tidak berpuas hati. Tetapi dia hanya mengabaikan pandangan June itu.
"Ok.. first sekali jom masuk dalam dulu ya princess Irene sambil berjalan kita berbual ya!" Min menarik tangan Irene masuk ke dalam restoran VVIP itu meninggalkan June seorang di belakang.
Mereka berdua rancak berbual sambil ketawa senang. June yang menyerahkan kunci keretanya kepada valet parking restoran hanya memandang hambar mereka berdua sebelum melangkah masuk ke dalam restoran.
" Nasiblah kau ni sepupu aku Min kalau orang lain memang tak hidup lah lagi dekat bumi ni." bisik hatinya sebal dengan kemesraan mereka berdua itu.
Irene dan Min memasukki ke dalam ruang VVIP restoran 5 star itu kelihatan orang yang sangat dikenali mereka berada di situ..
" Yoon!!" panggil Irene.. Yoon mengalihkan badannya melihat ke arah Irene yang menghampirinya.. " Bukan kau dah balik rumah ka? Macam mana kau ada dekat sini? soal Irene risau..
Yoon tersenyum kecil apabila merasakan Irene mengambil berat tentang dirinya.. " Sayang jugak kau dekat aku kan?" ujarnya cuba menyakat Irene sambil mempelawa Irene duduk di sebelahnya. Irene lantas duduk di kerusi sebelah Yoon.
" Banyak lah kau punya sayang.. Aku cuma tanya mana lah tahu kalau kau tu pengsan sebab terlampau takut!" balas Irene cuba mengenakan Yoon kembali.
" Ouhh dah pandai eihh budak kecik ni mengenakan orang?" ujarnya sambil mencuit manja hidung Irene.. Irene menepis manja tangan Yoon.. Sementara itu June yang yang hendak mengambil tempat di sebelah Irene itu terhenti apabila Min terlebih dahulu duduk di sebelah Irene. Dia mengeluh kecil sebelum mengambil tempat di hadapan Irene.
Mengacau betul lah Min ni bisik hatinya.
Min hanya tersenyum sinis apabila melihat June yang bengang dengannya itu.
" Itu bukan sebab pandai walaupun memang aku ni semulajadi pandai tapi....
" Sebab tu fakta kau tu memang penakut potong Min dengan mengenakan Yoon.. Mereka bertiga ketawa besar apabila Yoon terdiam wajahnya kelihatan cemberut.
" Gelaklah.. gelak seronok ya korang kenakan aku?"
" Seronok!! " jawab mereka serentak sebelum mereka ketawa kembali.
Yoon yang cemberut tadi itu jugak turut ketawa gembira kerana mereka dapat meluangkan masa bersama-sama walaupun tanpa Ryan.
Suasana sunyi di restoran yang tiada pelanggan kerana telah ditempah oleh mereka itu hanya kendengaran ketawa mereka berempat dan suara usik mengusik di antara mereka.
*****
Share this novel