Chapter 28

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 28

"Semua yang hilang telah menjadi mangsa upacara pemujaan ilmu hitamnya. Roh mereka diperangkap untuk mengekalkan wajahnya yang muda remaja. Dia menjamu semua mangsa hingga kenyang. Kemudian mereka akan dijadikan alat untuk melaksanakan rancangan gelapnya. Termasuk kamu bertiga."

"Takkan tak ada sesiapa yang dapat halang dia? Termasuk suami dia?" Syed ingin tahu.

"Dia memiliki kuasa untuk menarik perhatian lelaki dan menggoda mereka. Setelah berkahwin, mereka berada di bawah kuasa ilmu hitamnya, hingga sanggup menyerahkan segala harta kekayaan dan tidak tinggal walau sesenpun."

Syed teringat perasaan apabila berada begitu hampir dengan Mawar. Tarikan yang begitu mencabar nafsu kelakiannya.

"Dia sanggup mengorbankan suaminya sendiri apabila rahsianya terbongkar. Apatah lagi orang yang tidak dia kenal."

"Dia tak pernah sakiti Mak Esah?" tanya Arjun.

"Aku sudah cukup tersiksa melihat segala perbuatan dia. Lagipun dia perlukan seseorang untuk menguruskan rumah ini. Sekarang kamu semua kena keluar dari rumah ini secepat mungkin sebelum terlambat. Kalau dia tahu, tak ada harapan untuk lari lagi. Cepat!"

Bergegas mereka bertiga meninggalkan bilik rahsia itu. Dengan berhati-hati mereka menuju ke pintu depan. Malangnya ia berkunci.

"Nak pergi mana? Jangan fikir aku akan biarkan mangsa aku lepas begitu saja." Suara Mawar menyebabkan jantung mereka berhenti berdegup seketika.

Mawar membaca mantera dalam bahasa asing yang sukar difahami. Dengan serta-merta mata mereka bertiga menjadi berat dengan rasa mengantuk yang mula menguasai. Akhirnya mereka terjelepuk di lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri lagi.

KES 3 :
UPACARA SYAITAN

Ammar terkedu mendengar cerita Nirmala tentang tempat ini.

"Eh, dah jauh malam. Awak pergilah berehat. Biar saya seorang saja yang duduk di sini untuk mengubat hati yang derita." Nirmala menyeka air mata.

"Tapi..." Ammar cuba berdalih.

"Tak apa. Awak pergilah masuk."

Akhirnya Ammar akur. Dia berlalu meninggalkan Nirmala.

***

Pagi itu Ammar bersama rakan yang lain duduk di lingkaran bonggol batu yang ditunjukkan oleh Nirmala semalam.

"Begitulah ceritanya," Ammar mengakhiri kisah.

"Kesian Nirmala. Aku tak sangka ceritanya sampai macam tu sekali." Mael mengeluh.

"Bermakna kita dalam tempat sumpahan syaitan sekarang ni. Kalau kita mati di tempat ini macam mana? Kalau tak ada yang jumpa mayat kita macam mana?" Khair meroyan dalam panik.

"Khair, bawa mengucap." Tegur Ammar.

"Tapi... cool juga tempat macam ni. Umur tak bertambah, tak payah fikir masalah usia meningkat tua. Beku dalam masa... aku suka idea tu." Mael teruja.

"Tapi ini tempat sumpahan syaitan Mael." Ammar tidak setuju dengan pendapat Mael.

"Aku dah biasalah dengan benda-benda syaitan ni. Lagu metal yang aku dengar banyak yang berkait dengan syaitan. Macam lagu Iron Maiden, 666... the number of the beast." Mael menerangkan dengan selamba.

"Hati-hati Mael, jangan sampai terpesong akidah kau." Ammar risau.

Mael kemudiannya bangun dan jalan mundar-mandir.

"Apa yang kau fikirkan Mael?" Khair rasa pelik.

"Tempat ini beku dalam masa. Tapi masih ada orang yang boleh datang berkunjung ke sini masa pintu masuk ke dalamnya dibuka." Mael mengatur ayat.

"Hish... aku tak suka idea kau Mael. Aku macam dapat rasa apa yang sedang kau fikirkan." Khair cuak.

"Apa kata kalau... aku tukar tempat dengan Nirmala. Aku teringin nak rasa tinggal di tempat ni."

"Mael, kau gila ke apa? Orang nak keluar dari tempat ni, kau nak tawarkan diri pulak. Habis pelajaran di kolej macam mana? Keluarga kau macam mana?"Ammar cuba menyedarkan Mael.

"Aku yakin ada yang ingin tinggal di sini macam aku. Siapa yang tak nak usia kekal muda? Ini adalah jawapan kepada masalah yang dihadapi ramai orang."

"Mael, tolonglah jangan buat kerja gila macam ni." Khair cuba memujuk.

"Aku minta maaf. Aku dah buat keputusan. Aku akan beritahu Nirmala."

Ammar dan Khair hanya mampu melihat Mael berlalu.

"Apa kita nak buat Ammar?" Khair cemas.

"Entahlah. Kita terperangkap dalam hutan satu hal. Mael pula dah macam terkena sampuk. Agaknya sebab terlalu banyak dengar lagu rock metal." Keluh Ammar.

"Masak kita kalau orang tanya pasal Mael nanti." Tambah Khair.

"Itupun kalau kita dapat keluar dari hutan ni."

"Eh, kau pun dah jadi macam aku. Macam putus aje bunyinya."

"Yalah, sebab dah lama sangat terperangkap dengan kau kat sini. Ditambah pulak dengan idea gila Mael."

Khair tersenyum sinis mendengar.

***

"Betul awak nak teruskan upacara ini?" tanya Nirmala semasa mereka berada di luar lingkaran batu.

Mael angguk.

Ammar dan Khair resah berpandangan.

Nirmala dan Mael melangkah ke dalam lingkaran batu.

"Ammar, pergilah pujuk Mael. Sempat lagi ni." Gesa Khair.

…bersambung

Bab akan datang:
Adakah mereka Berjaya untuk memujuk Mael supaya keluar dari tempat itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience