Chapter 4

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 4

Pelajar lain angkat punggung. Ada yang nampak hampa dan ada yang kelihatan bersahaja.

"Tahniah! Kamu semua adalah pasukan perintis futsal Kolej Angsana. Sekarang saya akan pilih ketua pasukan. Ada cadangan?" Kata Pak Baha.

"Hazrel!" jerit Arjun.

"Aqim!" Jojo bersuara.

"Syed!" pekik Lim.

"Ammar!" cadang Khair.

"Alah, mesti aku yang terpilih punya." Aqim berseloroh.

"Yakin sangatlah kau ni." Jojo ketawa.

"Okey, buat permulaan ini biar saya tentukan. Tak payah buat undian. Saya pilih..."

"Aqim...Aqim..." suara lirih Aqim seperti cuba mengawal minda Pak Baha.

"Hazrel." Yakin suara Pak Baha.

"Kenapa Hazrel?" Aqim nampak tak puas hati.

"Prestasi permainan dia. Dan kemampuan dia berkomunikasi dengan semua. Tapi ini buat permulaan saja. Kalau ada sebab yang kuat, mungkin saya akan pilih orang lain."

Jawapan Pak Baha cukup untuk membuat Aqim diam, walaupun masih ada rasa tidak puas hati. Rakan-rakan hanya melihat telatah Aqim yang nampak obses dengan gelaran ketua pasukan.

"Sekarang kamu semua boleh balik. Esok kita akan mulakan sesi latihan yang pertama." Kata-kata Pak Baha sebelum mereka bersurai.
******

"Jom kita pergi minum." Arjun mengajak rakan-rakan lain.

"Kau nak belanja?" usik Syed.

"Kita kumpul duit, nanti aku tolong bayarkan." Jawab Arjun.

"Loyar buruk betul kau ni!" Syed bengang.

"Boleh juga. Aku dah penat gila. Intensif sesi pemilihan tadi." Kata Lim.

"Mestilah intensif. Dia nak bentuk pasukan yang terbaik." Celah Hazrel.

"Aku harap pasukan kita boleh menyumbang kepada kolej yang ketandusan trofi selama ni." Tambah Ammar.

"Yang itu aku tak pasti. Pasukan kita baru lagi kalau nak dibandingkan dengan pasukan lain yang dah lama. Mesti lebih hebat daripada kita." Kata Khair.

"Khair, kau tutup mulut boleh tak? Setiap kali kau bercakap, mesti ada perkara yang boleh melemahkan semangat." Selar Mael.

"Aku setuju dengan Khair. Aku ni dahlah risau memikirkan perlawanan pertama kita nanti. Manalah tahu kalau dapat lawan yang kaki buli. Patah riuk aku dikerjakannya." Jojo mula skeptikal.

"Woi! Cukup cukup. Belum apa-apa lagi dah lemah semangat. Perjalanan kita masih jauh lagi. Jangan sampai terkandas sebelum mula." Hazrel memberi perangsang.

Aqim hanya mencebik.

Semasa minum, Aqim masih terus berdiam diri.

"Kenapa Qim? Apa yang tak kena?" Tanya Jojo.

"Mana ada apa-apa." Aqim mengelak.

"Aku tahu. Kau bengang sebab Pak Baha tak pilih kau kan?" usik Arjun.

"Engkau apa hal ah? Aku kata tak ada apa-apa, maknanya tak ada apa-apalah." Aqim bengang.

Arjun hanya tersenyum sinis.

"Kenapa kau teringin sangat nak jadi kapten?" soalan panas Ammar menyebabkan Aqim merenungnya tajam.

"Jadi ketua besar tanggungjawabnya. Akan ditanya tentang ehwal orang bawahannya. Walaupun nampak gah kalau jadi ketua." Sambung Ammar.

"Korang tak nak order apa-apa lagi. Takkan minum je." Mael cuba mengubah topik. Dia malas mendengar ceramah percuma Ammar.

"Aku nak makan. Mi goreng tadi nampak sedap." Arjun bangun.

"Woi goalie! Jaga badan sikit ah. Kalau berat bertambah macam mana nak tangkap bola?" Aqim membalas serangan Arjun tadi.

Arjun terhenti. Mungkin tersentap atau dia termakan kata-kata Aqim.

"Kalau nak makan, makan aje. Masa praktis nanti buat betul-betul." Hazrel membantah.

Arjun senyum dan terus ke kaunter.

Aqim melirik mata tanda bosan. 'Eleh, dia ingat terpilih jadi kapten bagus sangatlah tu.' Selarnya dalam diam.

Truut!

Telefon Syed berbunyi.

"Alah... mak datin ni lagi!" rungut Syed.

"Apa hal?" Lim ingin tahu.

"Masa kelab aku pergi majlis rumah anak yatim dulu, aku jumpa sorang mak datin ni. Beria-ia dia minta nombor telefon aku. Lepas tu asyik telefon. Beritahu dia sunyilah, laki dia sibuk outstation lah, main golf lah. Lepas tu sibuk nak jumpa aku."

Arjun ketawa. "Kih kih... baguslah tu. Kau dah ada calon sugar mommy. Cerah masa depan. Tebal poket."

"Hish! Tak ada maknanya jadi anak ikan. Minta jauh!" Syed risau.

"Aku pun hairan ah. Macam mana kau boleh jadi tarikan wanita berumur. Apa yang kau ada menyebabkan kena dengan taste dia orang tu?" Jojo nampak berminat.

"Entah. Mana aku tahu. Tanyalah mak cik - mak cik tu." Syed angkat bahu.

"He he... silap haribulan ada kawan kita yang naik pelamin dengan perempuan yang layak dipanggil mak." Usik Arjun.

"Amboi! Kasar gurau kau nampaknya Arjun." Syed sentap.

"Kalau dah jodoh nak buat macam mana. Terima ajelah." Ammar menambah.

"Betul kata Ammar tu. Sekurang-kurangnya kau dah ada orang yang suka. Daripada orang yang asyik mengelak jumpa pompuan. Sampai bila-bila pun tak kawin agaknya." Kata-kata Mael sinis.

"Aku mengelak bukan bermakna tak ada orang suka dengan aku, atau aku tak suka perempuan. Aku cuma nak ikut cara yang betul. Bukan..." Ammar cuba membidas kata-kata Mael.

…bersambung

Bab akan datang:
Bilakah pertandingan futsal akan bermula?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience