Chapter 10

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 10

Hazrel hanya melihat bola yang terbang tanpa arah. Dengan tidak disangka-sangka Ammar menanduk bola dan terus membolosi gawang lawan.

Hazrel terkedu apabila wisel penamat ditiup beberapa saat kemudian. Apa yang dia lihat sukar dia percaya. Dia hanya melihat pasukannya bersorak dan menjulang Ammar. Beberapa saat kemudian, dia mula kembali ke alam realiti dan turut memeluk anggota pasukan yang berkerumun.

"Kita menang lagi!" Jeritan Mael tenggelam dalam sorakan mereka dan penyokong yang datang menonton.

Encik Johar dan Pak Baha turut meraikan kejayaan pasukan Kolej Angsana.

"Saya rasa macam sedang bermimpi." Kata Encik Johar.

"Hebat tandukan kamu Ammar. Sungguh tak diduga!" Pak Baha beremosi.

"Usahkan Encik Johar dan Pak Baha. Saya pun rasa macam sedang di awang-awangan sekarang ni!" Ammar masih terpinga-pinga selepas dia dijulang tadi.

Permainan yang berlangsung kurang setengah jam itu telah mengubah semangat mereka. Kemenangan yang langsung tidak dijangka tiba pada detik-detik yang terakhir.

"Saya bangga dengan kami semua. Saya dapat rasa sinar Kolej Angsana sedang menyerlah sekarang ini. Seperti mentari yang sedang mengintai pada waktu fajar." Dada Encik Johar terasa kembang.

"Saya benar-benar telah memandang rendah akan keupayaan kamu semua selama ini. Ternyata sangkaan saya meleset." Pengakuan jujur Pak Baha.

Hazrel cuba memproses maklumat di fikirannya. Sememangnya kemenangan mereka begitu luar biasa. Dia cuba mengaitkan dengan peristiwa semalam. Ammar telah memberi sedekah kepada pengemis tua itu, dan hari ini dia berjaya membawa kemenangan untuk pasukan mereka.

'Mustahil. Apa yang ada pada pengemis macam itu?' Dia cuba menangkis pendapat yang mula mendominasi fikiran.

"Lepas majlis selesai saya akan belanja kamu semua." Kata Encik Johar sebelum berbual dengan guru pengiring pasukan lain. Pak Baha juga ikut serta.

"Yahoo!" Suara Arjun.

"Wah, bukan main kau ya Arjun kalau pasal makan." Usik Mael.

"Mestilah. Apa guna hidup kalau tak dapat makan sedap-sedap." Ujar Arjun.

Rakan-rakan yang lain hanya tertawa mendengar.

"Aneh." Tiba-tiba Hazrel melahirkan apa yang terbuku.

"Apa yang aneh?" Mael menyeka peluh di dahi.

"Entahlah. Kau rasa..." Hazrel teragak-agak.

"Rasa apa? Ish kau ni! Nak cakap tu cakap jelah." Mael ingin tahu.

"Kau rasa ini semua ada kaitan dengan pengemis tua semalam tak?"

Ketika itu rakan-rakan lain juga turut mendengar perbualan mereka berdua.

"Mungkin juga. Sedekah amalan mulia. Mungkin itu sebabnya kita menang." Ammar buat kesimpulan.

"Ah! Tak ada maknanya. Kita dapat jurulatih yang bagus. Sebab tu kita menang." Mael pula memberi buah fikiran.

"Tapi yang ini lain. Lain sangat. Semuanya berlaku pada saat akhir. Macam tak logik." Hazrel masih curiga.

"Sebenarnya kau tak boleh terima sebab bukan kau yang jaringkan gol kan? Sebab hantaran kau pada aku tadi gagal. Kau tak puas hati sebab bukan kau yang kena julang tadi. Betul tak?" Aqim cuba membakar.

Segera dia disinggung oleh Syed. "Apa kena dengan kau ni?"

Hazrel diam. Dia rasa pelik bukan sebab itu. Namun dia turut terfikir kata-kata Aqim. Mungkin juga sebab itu dia mula curiga jaringan gol yanng terakhir tadi. Dengan segera dia cuba menepis perkara itu dari fikiran.

Selesai majlis, mereka menuju ke sebuah warung yang dipilih oleh Encik Johar. Warung Roti Canai Pak Mat.

******

"Semua dah dapat order?" tanya Encik Johar sambil memanjangkan leher melihat hidangan di depan semua yang ada di meja itu.

Kemudian dia berceloteh. "Tak sia-sia harapan saya selama ini, walaupun peluang kita nampak macam tipis. Kalau kita dapat teruskan sampai final nanti, memang pecah rekod. Pasukan futsal berjaya menyandang trofi juara pertama untuk kolej."

"Semuanya dengan bimbingan Pak Baha. Teknik formasi Pak Baha memang berkesan." Puji Hazrel.

"Betul tu. Pak Baha memang awesome!" Celah Syed yang masih berpeluh selepas perlawanan tadi.

"Sudah, sudah. Jangan gembira sangat. Lepas ni ada satu pertandingan lagi. Lepas final baru tahu sama ada kamu semua champion atau tak." Pak Baha mengingatkan mereka.

"Saya rasa kalau kami teruskan teknik Pak Baha, mesti boleh menang punya. Insya-Allah." Tambah Ammar.

"Insya-Allah tu apa?" tanya Lim.

"Maksudnya lebih kurang macam with God's will. Betul tak?" Sampuk Arjun.

"Betul-betul." Ammar tersengih mendengar.

Warong roti canai di tepi jalan begitu gamat malam itu dengan gelagat sembilan orang pelajar Kolej Angsana sedang meraikan kejayaan mereka. Tidak habis-habis komentar tentang kejayaan mereka malam itu sehingga masa berlalu begitu pantas tanpa disedari.

"Okey, saya minta diri dulu. Lepas ni kalau ada sesiapa nak tambah, Hazrel tolong uruskan. Nanti boleh claim dengan saya." Encik Johar mengangkat punggung.

…bersambung

Bab akan datang:
Adakah benar kata-kata Hazrel? Adakah kemenangan mereka ada kena-mengena dengan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience