Chapter 32

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 32

"Ah! Aku sudah bosan dan lelah berkata-kata. Masa kamu semua sudah tamat."

"Murni masih ada di sini. Dia masih ada di rumah ini." Lim pula mencuba.

"Kenapa kau kata begitu?" Mawar kaget.

"Arjun nampak. Dia bermain di tangga."

"Mustahil. Dia dah mati!" Mawar menunjukkan gangguan emosi lagi. Keadaan psikologi yang tidak stabil menjadikan dia makhluk ganas seperti ini.

"Betul, aku nampak dia. Dia berambut tocang dua dan memakai blaus dan skirt. Dia bermain di tangga."

Mawar senyum. "Memang itu Murni. Dia memang suka bermain di tangga. Melompat-lompat dari atas ke bawah. Kemudian dari bawah ke atas."

"Murni tak suka apa yang kau buat Mawar. Dia ingin kau lepaskan kami dan perbaiki kesilapan kau." Syed berharap usaha mereka akan berjaya.

Wajah Murni tiba-tiba berubah. "Ah! Kau bohong! Kau sebenarnya yang mereka-reka semua ini untuk lepaskan diri. Ha ha.. aku tak akan lepaskan kau walau apapun terjadi."

Ketika itu kedengaran suara halus nyanyian budak perempuan. Suara bergema itu semakin lama semakin jelas.

"Murni?" Mawar terpinga-pinga.

Sejurus itu muncul bayangan seorang budak perempuan di depan mata Mawar.

"Itulah bayangan yang aku nampak." bisik Arjun.

"Betul kata mereka Mawar. Aku masih ada di sini sebab aku kasihankan kau." Suara lembaga itu.

"Kasihan? Kau gembira sebab semua orang beri perhatian pada kau. Aku langsung kau tak endah."

"Itu adalah perasaan kau yang dikuasai cemburu. Sehingga kau nampak hanya keburukan yang mengaburi mata kau. Aku juga dimarahi ibu kalau buat salah. Kau yang menjauhkan diri dan bertindak kasar dengan orang. Kau lupa semua itu sebab kau telah dikuasai oleh sisi jahat kau."

Mawar beremosi lagi, seolah-olah ada tayangan di depan matanya. Peristiwa lampau. Adakala dia tertawa dan adakala dia menangis. Pada masa yang lain dia marah-marah.

"Apa yang dah terjadi ni?" bisik Lim kepada rakan-rakan yang melihat keadaan Mawar.

"Lupakan perkara yang lepas Mawar. Hentikan penyiksaan kau ke atas manusia yang tak berdosa. Lepaskan mereka." Kata bayangan itu.

Mawar tidak keruan. Suara yang bergema di dalam kepalanya begitu membingitkan dan menyedarkan nalurinya.

"Lepaskan! Lepaskan! Lepaskan!" Suara it uterus bergema.

Mawar tidak mampu menanggung penyiksaan dalam mindanya. Dengan serta-merta dia mengetuk tongkat dengan batu delima Majapahit ke lantai sekuat-kuat hati.

"Aaaaaaah!" Jeritan Mawar memekakkan telinga.

Selepas beberapa kali hentakan, batu delima itu mula berserpih. Dari rekahan itu keluar asap putih. Asap yang pada mulanya sedikit menjadi semakin banyak. Asap itu berlegar di sekeliling mereka dan berubah menjadi wajah manusia bersama jeritan yang amat menyayat hati. Sesiapa yang mendengar pasti terasa ngilu.

Suasana amat menyeramkan dengan bayangan roh berlegar di siling bilik itu. Mak Esah terjelepuk ke lantai kerana ketakutan.

Salah satu bayangan itu berhenti di depan Syed. Ada senyuman menguntum di bibirnya.

"Nabila..." Suara lirih Syed dalam keadaan tergamam.

"Terima kasih," bisikan lirih suara bayangan itu di telinga Syed sebelum ia turut berlegar di siling. Lama kelamaan bayangan berupa asap itu semuanya lenyap.

Mawar tertiarap lesu di lantai. Suaranya menggambarkan kesakitan yang teramat. Wajahnya mula berubah. Kedut sudah mula muncul. Muka berkedut bertukar menjadi cekung. Kulitnya kelihatan kering seperti tanah yang merekah dan kemudiannya berdebu.

Akhirnya Mawar lenyap dari dalam jubah yang dipakai. Yang tinggal hanya debu halus di dalam kain yang sudah mengempis.

Mak Esah meraung dengan keadaan teresak-esak. Dia rasa terlalu siksa melihat keadaan yang menimpa ibunya.

Syed turut terharu melihat Mak Esah dan nasib yang menimpa Mawar. Seorang budak naif yang telah membiarkan sisi gelapnya menguasai sejak kecil. Akhirnya terpaksa menerima nasib yang begitu mengerikan di penghujung hayatnya.

Suasana sepi apabila mereka melayan perasaan masing-masing. Mak Esah akhirnya bangkit dan mengesat air mata yang berjuraian turun.

"Semuanya dah selesai," katanya sambil menguraikan ikatan mereka bertiga.

"Sebelum ini ada bayangan budak perempuan tu muncul?" Syed masih tidak mengerti bagaimana mereka boleh selamat.

Mak Esah geleng.

"Mungkin ada kaitan dengan apa yang kita katakan pada Mawar. Emosinya yang menyebabkan semua ini berlaku." Lim buat andaian.

"Tapi betul ke itu roh Murni?" Arjun cuba mendapatkan kepastian.

Syed hanya jungkit bahu.

"Apa yang Mak Esah nak buat lepas ni?" tanya Syed.

"Entahlah. Yang penting Mak Esah akan keluar dari tempat ini. Mak Esah nak mulakan hidup baru. Bertahun-tahun Mak Esah menderita dengan perbuatan dia. Tanah, rumah ini dan segala yang ada di dalamnya Mak Esah nak jual. Mak Esah nak pergi jauh dari sini." Air matanya yang bersisa diseka.

…bersambung

Bab akan datang:
Kemanakah Mak Esah ingin pergi membawa diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience