Chapter 35

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 35

Mereka hanya tersenyum mendengar cerita Pak Maun.

"Macam mana dengan perlawanan hari ini Encik Johar?" Mael risau.

"Tak apa. Nampaknya bukan rezeki kita masuk pertandingan tahun ini. Kalau ada kesempatan kita masuk lagi tahun depan. Yang penting kamu semua balik ke rumah dan berehat. Pengalaman semalaman di hutan pasti memenatkan." Kata Encik Johar.

Ammar hanya mengangguk lesu. Khair mengeluh. Mael terdiam tanpa kata-kata. Masing-masing diselubungi rasa kecewa. Harapan ingin menjadi juara futsal tahun ini hancur berkecai.

******

Setahun Kemudian

Di Sebuah Tapak Rekreasi Hutan Pahang

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Pengacara majlis di pentas membuat pengumuman.

"Tibalah saat yang dinantikan kita semua. Upacara penyerahan piala pusingan kejohanan futsal antara kolej yang sudah bertahun-tahun diadakan. Tahun ini merupakan lembaran baru dalam sejarah kejohanan ini dengan kehadiran juara baru setelah bertahun-tahun dipegang oleh Kolej Metropolis." Pengacara memulakan bicara.

"Pasukan ini tidak dapat bertanding tahun lepas kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun ia berjaya membuat kejutan tahun ini dengan mengalahkan juara bertahan selama lima tahun berturut-turut. Kolej Metropolis terpaksa tunduk kepada pasukan baru yang berjaya menewaskan mereka dalam perlawanan akhir tadi. Pasukan yang saya maksudkan adalah... Kolej Angsana!"

Dengan bangga Hazrel dan ahli pasukan yang lain naik ke pentas dan dikalungkan dengan pingat seorang demi seorang. Kemudian dia menjulang trofi menandakan kejayaan mereka yang pertama. Juga kejayaan pertama Kolej Angsana dalam semua pertandingan.

Pak Baha dan Encik Johar turut serta bersama mereka di pentas semasa sesi fotografi.

"Siapa sangka kita berjaya kembali ke hutan rekreasi ini selepas setahun. Dan kali ini kita juara!" Mael bangga.

Aqim menghampiri Hazrel dan mencapai tangannya untuk bersalam. Erat.

"Tahniah!" puji Aqim.

Hazrel masih keliru. Rakan-rakan lain hanya memerhati.

"Tahniah kerana berjaya membawa pasukan ini ke mercu kejayaan." Kata-kata Aqim terpancar sinar kejujuran.

"Maknanya kau tak berminat nak merebut gelaran kapten lagi?" usik Arjun.

"Mungkin. Tapi bukan semasa Hazrel yang memegang gelaran itu."Jawab Aqim.

"Terima kasih Aqim." Hazrel bangga. Dia sedar perhubungannya dengan Aqim sudah semakin akrab semenjak peristiwa di hutan Pahang dulu.

"Ammar, kau tengok siapa yang ada kat barisan depan tu." Kata Mael sambil menarik bahu Ammar.

"Aku dah tahu. Cuma belum sempat jumpa dia lagi." Berbunga-bunga hati Ammar melihat Nirmala bersama kedua ahli keluarga angkatnya, Pak Murad dan Mak Mah.

"Biar panas membakar, biar ranjau mencabar, hati mekar seindah purnama." Usik Mael dengan rentak lagu Nirmala nyanyian Siti Nurhaliza.

"Rosak lagu entik bila kau jadikan rock, Mael." Usik Khair.

"Okey, apa? Etnik rock. Yeah!" Mael buat gaya rock kapak dengan lidah terjelir dan isyarat tangan ala rockers.

Dengan tidak disangka-sangka, sekumpulan wanita dalam lingkungan akhir tiga puluhan menghampiri Syed.

"Dik, boleh sign autograf." Mereka mengajukan pen dan buku acara majlis.

Syed menenyeh tandatangan dengan rasa bangga bercampur malu. Bangga kerana dia sudah ada peminat. Malu kerana semuanya layak dipanggil ibu.

Mael ambil peluang mengusik Syed dengan berbisik di telinganya. "Cayalah Syed. Kau ada peminat rupa-rupanya. Cerah masa depan dapat sugar mommy."

"Dik, kalau sudi boleh letak nombor telefon sekali." Salah seorang wanita itu mengenyit nakal.

"Boleh, apa salahnya." Syed menonyoh nombor telefon dengan selamba. "Kalau nak telefon malam-malam sikit. Baru saya free."

"Aw! Sweet gitu... bye Syed." Suara salah seorang mak cik sambil melambai ke arah Syed.

"Syed, selamba aje kau bagi nombor telefon. Kau tak takut kalau dia orang kacau kau malam-malam?" Ammar rasa pelik.

"Nak takut buat apa?" Syed jawab dengan muka tak kisah.

"Hah! Kau dah buang tebiat?" Lim juga terasa pelik.

"Kan aku dah kata. Si Syed ni memang tengah cari sugar mommy. Cerah masa depan. Haha." Mael tega mengutuk.

"Aku nak risau buat apa. Yang aku bagi tadi bukan nombor telefon aku."

"Habis, nombor siapa?" tanya Arjun.

"Mael."

Muka Mael berubah. "Cilaka kau Syed! Kau kenakan aku ya?"

Satu tumbukan hinggap di bahu Syed, diikuti gelak tawa mereka.

***

Di Sebuah Tanah Perkuburan Islam

Hazrel merenung pusara yang masih baru di kawasan itu. Sejambak bunga ros merah diletakkan ke tanah yang masih basah dengan siraman air mawar.

"Selamat tinggal mama. Semoga mama berbahagia dalam perlindungan Tuhan di sana." Bisikan lirih Hazrel.

Hazrel cuba menahan rasa sebak yang singgah. Dato' Shahril memegang lembut bahu anaknya.

"Hazrel rindukan mama, papa. Orang yang Hazrel sangkakan mama rupa-rupanya bukan dia. Selama ini Hazrel salah sangka dengan mama. Hazrel rasa bersalah papa." Ada nada sebak dalam suaranya.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah nasib kehidupan Hazrel selepas ini bersama papanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience