Chapter 3

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 3

"Aku bukan tak nak ada makwe, tapi salah kalau bukan muhrim berdua-duaan." Ammar mula berceramah.

"Sudah! Sudah! Ini yang aku malas nak dengar. Kalau mat surau dan mat rock ni ada, mesti nak bertekak." Celah Hazrel.

"Aku rasa baik korang berdua masuk futsal daripada asyik bertekak. Belajar atasi perbezaan dan bekerjasama sebagai satu pasukan." Tambahnya lagi.

"Hish, skema betul ayat kau." Ejek Aqim.

"Betul apa. Kita bermain sebagai satu pasukan untuk menang."

"Hmm... suka hati kaulah." Aqim bosan.

"Arjun, Lim, korang nak join tak? Kalau nak, aku tolong tuliskan." Kata Syed selepas menulis namanya sendiri.

Arjun dan Lim berpandangan dengan bahasa tanpa suara. Hanya isyarat kepala dan mata.

"Okey, letaklah nama kami berdua sekali." Kata Arjun.

"Kau Mael?" tanya Syed.

"Hmm... tulis jelah." Mael menjawab malas.

***

Petang itu, sesi pemilihan pelajar untuk pasukan futsal Kolej Angsana bermula.

"Selamat petang semua. Nama saya Baharudin Elyas. Kamu boleh panggil saya Pak Baha. Saya ucapkan terima kasih kepada Encik Johar, pensyarah kolej ini selaku pengurus pasukan futsal kolej, kerana memilih saya untuk menjadi jurulatih pasukan ini."

Encik Johar yang berdiri tidak jauh dari situ hanya mengangkat tangan.

"Petang ini kita akan memulakan proses saringan untuk memilih pelajar yang akan mewakili pasukan. Buat permulaan kita akan pilih sembilan orang pelajar. Lima pemain utama dan empat sebagai simpanan. Jika kamu terpilih bukan semestinya bermakna kamu adalah terbaik. Tetapi saya nampak sesuatu yang istimewa dalam diri kamu yang sesuai untuk pasukan ini."

Dua puluh orang pelajar yang ada di gelanggang itu. Mereka mendengar dengan teliti penerangan dalam sesi itu.

"Kita akan mulakan dengan sesi pemanasan badan dan cabaran berhalangan untuk melihat tahap kecergasan secara individu. Kemudian kita akan adakan perlawanan secara berpasukan untuk melihat kerjasama kamu sebagai pasukan."

Kata-kata Pak Baha mengakhiri sesi penerangan sebelum acara dimulakan.

Pak Baha memulakan dengan ujian kardio bagi memastikan tahap keupayaan mereka melakukan aktiviti intensif.

"Lim!... Syed!... Aku dah tak larat." Arjun tercungap-cungap.

"Belum sampai lima minit berlari dah tak larat?" Syed senyum sinis.

"Jangan banyak fikir Arjun. Buat saja." Lim beri semangat.

"Kalau aku pengsan... macam mana?"

"Kalau kau dah tak tahan, pergi berehat." Cadang Syed.

"Mana boleh!... nanti nama aku kena buang... aku tak nak."

"Kalau macam tu, kau buat aje. Bayangkan kau sedang berlari menuju meja yang penuh dengan hidangan. Ayam panggang, pizza, burger lima tingkat dengan keju lebih." Usik Syed.

"Pergh! Bagus kau punya cadangan Syed. Kaki aku dah terasa ringan."

Syed ketawa mendengar jawapan Arjun.

Lim geleng. "Kau ni memang kaki makanlah Arjun."

Selesai ujian kecergasan, mereka dipecahkan kepada empat kumpulan. Dua permainan dijalankan sekadar untuk melihat kebolehan mereka bermain.

"Macam mana?" Encik Johar menghampiri Pak Baha semasa perlawanan kedua dijalankan.

"Boleh tahan. Saya nampak ada beberapa pelajar yang berpotensi."

"Siapa?"

Pak Baha menyelak fail di tangan. "Bahagian serangan Hazrel, Aqim dan Syed. Pertahanan Sapuan, Mael dan Khair. Yang sesuai untuk kedua-duanya Ammar, Lim dan Jojo. Penjaga gol Arjun dan Hashim."

"Tapi kita kena pilih sembilan saja."

"Tak ada masalah. Yang lain boleh masuk dalam senarai simpanan. Mereka kena bersedia kalau pasukan utama hadapi masalah."

"Saya serahkan pada Pak Baha untuk pilih sembilan pemain utama." Kata Encik Johar.

Pak Baha mengangguk. Encik Johar kemudiannya beredar.

***

Sejam kemudian mereka semua dipanggil semula.

"Sebelum itu saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua kerana bersungguh-sungguh semasa sesi pemilihan ini. Sekiranya anda tidak terpilih bukan bermakna anda bukan pemain yang baik. Bagi saya semuanya hebat-hebat, tetapi saya perlu cari mereka yang sesuai untuk pemilihan kali ini. Kalau tak terpilih, jangan risau. Mungkin anda akan dipanggil kalau ada apa-apa yang berlaku kepada pemain yang sedia ada. Nama yang saya panggil sila ke depan." Pak Baha memulakan pengumuman.

"Hazrel."

"Cayalah Hazrel." Puji Jojo.

"Aqim."

Aqim tersenyum bangga.

"Syed."

"Aku dak agak dah." Syed cuba membakar perasaan rakan-rakan lain.

"Eleh, kerek!" ejek Arjun.

"Mael."

"Yeah!" Mael angkat tangan dengan gaya rock kapak.

"Khair."

"Ai! Mamat unsur negatif ni pun dapat." Syed hairan.

Aqim tersenyum sinis. "Bagus. Aku nak tengok reaksi dia kalau sangkaan dia dulu salah."

"Ammar."

"Alhamdulillah," Ammar angkat tangan tanda syukur.

"Alamak! Tinggal kita berdua yang belum dipanggil ni. Frust aku kalau tak dapat." Arjun risau.

"Lim."

Arjun hanya melihat Lim bangun dengan rasa kecewa.

"Arjun."

"Yes!" Arjun berdiri dengan penuh semangat.

"Kepada yang lain, boleh bersurai. Saya akan panggil kalau kamu diperlukan. Terima kasih."

…bersambung

Bab akan datang:
Dapatkah mereka bekerjasama membawa kemenangan kepada pasukan futsal kolej kali ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience