Chapter 7

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 7

"Boleh. Tak ada masalah." Berseri-seri muka Encik Johar.

***

Suasana ceria masih belum padam semenjak mereka tiba di restoran itu hingga mereka selesai makan. Ada saja cerita tentang bagaimana mereka dapat mengalahkan pasukan lawan dengan satu mata.

"Jangan terlalu yakin sangat. Kita baru lepas peringkat suku akhir. Ada dua perlawanan lagi." Tegur Pak Baha.

"Ai! Bukan kata Pak Baha dulu kita setakat nak bentuk kerjasama bermain sebagai satu pasukan? Kata dulu kalah atau menang tak penting." Khair menyampuk dengan nada berseloroh.

"Itu dulu, supaya kamu tak putus asa kalau kalah. Sekarang dah menang, kita tak boleh rasa selesa. Alang-alang dah masuk semi, biar sampai ke final terus."

"Betul kata Pak Baha. Kita mesti letak sasaran yang tinggi." Celah Encik Johar.

"Tapi masalahnya boleh ke? Entah-entah pasukan yang akan datang lagi power. Kita jadi macam sayur, kena cincang halus-halus. Atau macam monyet yang kena acah dengan bola kat tengah budak-budak."

Mael menjentik telinga Khair.

"Kau jentik aku apasal?" Khai bengang sambil memegang telinga yang berbahang.

"Kali ni aku jentik. Lagi sekali aku dengar komen negatif kau, aku sepak terus!" Ugut Mael.

"Sebab itu kita kena buat persiapan awal. Saya sudah lihat kemampuan kamu semua bermain. Saya rasa kamu semua layak terima strategi yang seterusnya. Cuma satu saya nak pesan, ia perlukan komitmen dan latihan intensif. Kalau tak sedia, baik beritahu awal-awal. Saya boleh cari orang lain." Kata Pak Baha.

"Tak ada masalah coach. Kami semua sedia." Hazrel mewakili semua pemain.

"Yang kau sibuk-sibuk jawab ni apasal? Biarlah coach tanya sorang-sorang." Selar Aqim.

Hazrel tunduk kesal dengan sikap Aqim yang nampaknya sengaja ingin memalukannya.

"Okey, ada sesiapa yang nak tinggalkan pasukan?" tanya Pak Baha.

Semua senyap.

"Jojo? Khair? Masih ada masa ni."

"Saya okey Pak Baha." Jojo menjawab.

"Saya pun." Khair rasa malu hendak mengundur diri. Mael tersenyum sinis.

Pak Baha dan Encik Johar kemudiannya rancak berbual untuk mengatur strategi seterusnya.

"Woi! Korang nampak tu." Lim menuding ke arah seorang lelaki di luar cermin restoran.

Seorang lelaki berpakaian kotor dan tidak terurus berdiri di muka pintu. Mukanya kusam dengan daki yang sudah agak lama bermastautin di wajahnya. Rambutnya panjang dan kusut masai dengan warna putih. Begitu juga misai dan jambangnya yang berserabai.

Pelayan kedai sedang memujuk lelaki itu supaya beredar. Hanya selepas menerima duit kertas seringgit baru dia berlalu pergi.

"Iii... jijik!" selamba Aqim beri komen.

"Orang macam tu hidup senang. Tak payah fikir masalah. Dia cukup dengan apa yang dia ada." Ammar menambah.

"Senang kau kata? Hidup dengan menyusahkan orang lain. Ke sana sini minta sedekah. Entah-entah dia pun dah bosan dengan hidup dia." Mael pula mencelah.

"Orang macam ini tak boleh dibiarkan. Buat malu negara kita kalau pelancong datang." Hazrel beri pendapat.

"Bukan pilihan dia jadi macam tu. Kita yang hidup dengan keadaan normal ni kenalah tunjukkan sikap prihatin. Tolong mereka." Nasihat Ammar.

"Kau tak pernah dengar sekarang ni ada sindiket yang menggunakan manusia macam tu. Untuk kutip hasil dengan mengambil kesempatan manusia yang berhati mulia macam kau." Hazrel masih tidak setuju.

"Eh, korang semua pernah dengar tak pasal lelaki pengemis tu?" Lim ubah topik.

"Apa dia?" tanya Arjun.

"Dia boleh bawa nasib malang."

"Macam mana?" tanya Aqim.

"Kalau orang tak beri duit, dia boleh bagi sumpahan."

"Sumpahan macam mana? Mencarut eh?" Syed berseloroh.

"Bukan macam sumpah seranah. Ini macam kata orang putih... curse!"

"Macam bad luck?"Jojo mencelah.

"Betul." Lim menjawab yakin.

"Mana kau tahu semua ni?" Mael tak puas hati.

"Ada orang pernah kena. Lepas kena sumpah, mesti ada benda tak baik terjadi. Semua lepas jumpa lelaki tu."

"Kau jangan main-main Lim." Hazrel tak percaya.

"Memang betul. Bukan seorang dua yang kena. Ramai. Semuanya kata ada kaitan dengan lelaki pengemis tu."

"Okey, saya dan Pak Baha balik dulu. Jumpa lagi esok." Encik Johar bangun tanpa mengetahui topik perbincangan pelajar-pelajar yang asyik berbual.

Pak Baha turut bangun. "Jangan lupa esok petang ada latihan."

"Okey, Pak Baha. Kita jumpa esok." Jawab Hazrel.

Topik perbualan mereka terus bertukar selepas itu. Tidak lama kemudian mereka bersurai.

Suasana di meja makan agak tegang. Hiasan mewah dan eksklusif di banglo tiga tingkat itu tidak dapat menyelamatkan keadaan.

"Darling," suara wanita dalam lingkungan empat puluhan dengan rambut beralun. Dia baru saja menukar fesyen itu siang tadi di salon.

"Ya sayang," suara lelaki bertubuh agak berisi di sebelahnya.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah benar seperti yang dikatakan Lim tentang sumpahan pengemis tua itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience