Chapter 31

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 31

"Dia dah mati. Terjatuh dalam perigi. Arwah mama pun ada dalam ini papa."

"Kesian mama. Dia menjadi mangsa manusia yang dia tolong selama ini." Keluh Dato' Shahril.

******

KES 2 :
PEMUJAAN

Perlahan-lahan Syed membuka mata. Kepalanya masih terasa berat, seolah-olah dia baru tersedar dari kesan dadah yang kuat.

Suasana sekeliling agak suram dengan hanya cahaya obor yang menyala di depan. Sebuah pelantar kelihatan seperti tempat upacara pemujaan dengan mangkuk dan beberapa alat pemujaan yang lain.

Syed cuba bergerak tetapi tubuhnya sudah terikat pada pancang kayu yang menegak hingga ke bumbung. Begitu juga Lim dan Arjun yang ada di sebelahnya. Mereka kelihatan terkulai lesu.

"Lim! Arjun!" Jerit Syed.

Rakan-rakannya mula mendongak seperti baru sedar dari tidur.

"Syed, kita di mana ni?" Lim melihat sekeliling bilik.

Pintu yang terbuka membolehkan mereka melihat keluar. Ini adalah bilik yang berkunci. Ia bukan bilik stor seperti yang Mawar beritahu. Ini adalah bilik pemujaan ilmu hitam Mawar.

"Kamu bertiga sudah sedar? Baguslah." Suara Mawar sambil menuju ke pelantar pemujaan. Di tangannya ada sebatang tongkat dengan batu berwarna merah sebesar bola tenis.

Mak Esah hanya berdiri di muka pintu tanpa berbuat apa-apa.

"Mak Esah, tolong kami." Rayu Syed.

Mak Esah menunjukkan riak serba-salah.

"Jangan jadi anak yang tak mengenang budi Aishah. Aku sudah jaga kau sampai sekarang. Jangan menyesal dengan apa yang akan aku buat kalau kau berpaling tadah!"

Mak Esah mengundur ketakutan.

"Lim, Syed, aku tak mahu mati macam ni. Aku muda lagi. Aku belum kahwin lagi." Arjun meroyan.

"Habis kau ingat aku nak mati macam ni? Ini semua Syed punya pasal lah. Aku dah kata jangan pergi ke rumah ni. Tapi kau degil!" Lim pula merungut.

"Aku? Dah tahu macam tu, kenapa ikut aku? Pergilah balik. Yang kau berdua menghantar ajal buat apa?" Syed bengang.

"Kau cakap senanglah. Takkan kami tergamak nak biarkan kau pergi sorang diri. Bukan kawan macam tu." Jawab Lim.

"Sekarang semua dah terlambat. Kalau dah ditentukan kita mati macam ni, nak buat macam mana." Keluh Syed.

"Aku tak mahu... aku belum mahu mati lagi... aku nak balik!" Arjun merengek.

"Buat malulah kau ni Arjun. Merengek macam budak kecil." Ejek Syed.

"Sudah! Sudah!" bentak Mawar. "Kau semua mengganggu aku saja. Tutup mulut sebelum aku tolong tutupkan!"

Rakan bertiga terdiam.

Syed hanya mampu berdoa dalam hati, agar sesuatu berlaku dan mengeluarkan mereka daripada cengkaman maut yang sudah semakin hampir.

"Kau tahu apa ini?" tanya Mawar sambil mengacukan batu merah pada tongkat ke arah mereka.

"Ini adalah batu delima merah Majapahit. Batu in berkuasa untuk melaksanakan ilmu hitam aku. Dengannya aku boleh memerangkap roh mangsa aku. Sebagai gantinya aku akan kekal muda remaja. Aku masih jelitakan? Walaupun usia aku jauh lebih tua."

"Tapi perbuatan kau ini terlalu mementingkan diri sendiri." Selar Syed.

"Pentingkan diri sendiri kau kata? Salahkah aku mengambil hak aku? Hak yang tak ada sesiapa yang akan serahkan kepada aku. Sebagaimana layanan manusia semasa aku kecil dan tidak secantik Murni."

"Aku percaya mak dan ayah kau tak pernah berfikir macam itu. Kau yang telah dikuasai oleh sifat cemburu buta kau." Syed cuba memujuk, dengan harapan Mawar akan berubah fikiran. Sebagai langkah terdesak yang terakhir.

"Kau jangan cuba bermain dengan perasaan aku! Aku tahu apa yang aku nampak dan rasa. Semua orang melayan Murni semata-mata kerana wajahnya yang comel. Bukan macam rupa aku! Aku hodoh."

Mawar tiba-tiba beremosi, seolah-olah dia sudah menjadi budak kecil semula.

"Orang tegur Murni, tapi tak ada orang tegur aku. Orang main dengan Murni, tapi tak ada orang main dengan aku. Dengan Murni orang ketawa, dengan aku mereka pandang saja."

"Kalaulah Murni ada, tentu dia boleh terangkan hal sebenar." Syed cuba membuat serangan psikologi kepada Mawar.

"Ah! Mustahil. Aku sudah bunuh semua dengan racun. Sebagaimana aku bunuh semua lelaki yang tertarik dengan rupa aku ini. Yang memperisterikan aku kerana tertarik dengan rupa aku ini." Emosi Mawar berubah. Dia ketawa dengan gaya yang menggoda.

Mawar menghampiri Syed. "Lelaki seperti kau, yang terpikat apabila berada hampir dengan aku. Aku dapat rasakan debaran jantung kau dan darah kau yang berdesir laju."

Syed dapat rasakan kebenaran kata-kata Mawar. Dia cuba menepis perasaan yang singgah.

"Tapi kau tiada kepentingan yang aku inginkan. Kau masih budak-budak lagi. Aku inginkan lelaki yang memiliki kemewahan dan kekayaan untuk aku gunakan."

Mawar beredar semula ke pelantar.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah yang berlaku seterusnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience