Chapter 36

Horror & Thriller Completed 6555

?Bab 36

"Sabarlah Rel. Memang telah ditentukan mama pergi semasa kamu masih kecil. Masih belum terlambat untuk kamu ubah perasaan terhadap dia. Dia mungkin tiada lagi, tetapi ingatan kita terhadap dia akan kekal. Dan dia sebenarnya ada dalam hati kita." Pujuk Dato' Shahril.

"Tergamak perempuan tu bunuh mama dan biarkan mayat dia dalam perigi. Memang tak berhati perut." Hazrel menyeka air mata yang tumpah, walaupun sedaya upaya cuba ditahan.

"Dia sudah terima balasannya. Biarlah perasaan itu berlalu. Jangan disimpan dendam yang hanya akan merosakkan hidup kamu. Lepaskan." Nasihat Dato' Shahril.

"Hazrel selalu bayangkan bagaimana kalau mama masih ada lagi. Tentu keluarga kita akan bahagia dan sempurna."

"Papa pun selalu juga bayangkan begitu. Papa hanya sempat merasakan kebahagian dengan dia selama beberapa bulan hingga kamu lahir. Kadang-kadang papa rasa menyesal sebab tinggalkan dia. Akibatnya dia jadi mangsa manusia kejam macam Zanariah."

"Papa rasa siapa yang Hazrel nampak di hutan dulu? Adakah roh mama? Atau..." Hazrel memandang ayahnya.

"Urusan roh hanya Tuhan saja yang tahu. Itu di luar pengetahuan kita. Tapi walau siapapun yang Hazrel nampak, kita terhutang budi dengan dia. Akhirnya kebenaran terbongkar dan kita terselamat daripada tipu daya dan rancangan jahat Zanariah selama ini. Syukur alhamdulillah." Ujar Dato' Shahril.

"Cuma satu yang papa hairan." Sambung lelaki itu.

"Apa dia papa?"

"Bagaimana kamu tahu tentang rumah kecil tu?"

"Panjang ceritanya."

"Maksud papa, apa yang menyebabkan kamu terjumpa rumah tu. Padahal Zanariah tak pernah pecahkan rahsia ini kepada papa atau Hazrel."

"Kalau Rel cakap mesti papa tak percaya."

"Apa dia?"

"Semuanya bermula dengan sumpahan pengemis tua."

"Hah?" Berkerut dahi Dato' Shahril.

Hazrel hanya mampu tersenyum.

***

Di Sebuah Restoran Berhampiran Kolej Angsana

Rita, Mimi dan Aqiela menanti pesanan tiba sambil melayan aplikasi media sosial di smartphone.

"Oh my god! Lawanya jaket ini." Kata Rita sambil menayang skrin telefon kepada rakan berdua.

"Wow! So gorgeous. Share dengan aku." Kata Mimi sambil tergedik-gedik macam model iklan.

"Hello, please... jaket macam tu dah off season okay. Gorgeous lah sangat." Sindir Aqiela.

"Kau jangan nak berlagak sangatlah Qiela. Jangan lupa, blaus yang kau pakai tu pun beli di Reject Shop. Harga pun berbelas hengget jer. Bajet dot com gitu." Ejek Mimi.

"You are so mean Mimi!" Aqiela buat muka merajuk.

Mimi hanya tertawa sinis.

"Hei, kenapa kita lepak kat luar ni? Panaslah." Rungut Rita.

"Aku selsema beb. Kalau kena aircond asyik nak bersin. Silap haribulan tersembur hingus dalam gelas you all." Jawab Mimi.

"Eyew! So gross!" Aqiela geli geleman.

Ketika itu seorang lelaki menghampiri mereka. Pengemis tua dengan muka comot, rambut berserabut, bau hamis dan baju compang-camping

"Nak, boleh bagi pak cik duit sikit? Nak makan. Lapar." Lelaki itu menadah tangan.

"Uwek! Nak muntah bau." Aqiela beremosi.

"Jom belah." Ajak Rita.

"Tak payah. Keluarkan senjata rahsia kita." Kata Mimi sambil mencapai beg tangan.

Masing-masing mengeluarkan earphone dan menyambungnya ke smartphone masing-masing. Lagu MP3 bergendang di telinga masing-masing.

"Sayang. Rupa bukan main cantik, baju bukan main mahal, gaya bukan main hebat. Tapi hati buruk dan busuk." Kata-kata lelaki itu sedikit pun tidak didengar oleh gadis stylo bertiga.

"Aku sumpah kau! Aku sumpah kau semua!" Kata-kata pengemis itu sebelum berlalu.

Gadis bertiga senyum. Bau hamis semakin lama semakin hilang. Sedikitpun mereka tidak tahu tentang pengalaman insan seperti mereka yang terkena sumpahan pengemis tua itu.

Sama ada mereka juga terkena pengalaman yang sama atau tidak, itu kisah yang berlainan.

~ T A M A T ~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience