Chapter 16

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 16

Semak semakin tebal dan suram dilindungi pokok hutan yang menggalah tinggi dan menutup cahaya matahari.

"Aku tak sedap hatilah. Jom balik." Jojo bersuara semula.

"Urrrgh!" Aqim memberi isyarat. Jojo diam semula.

Riuh kedengaran kicau burung dari dahan pokok yang sayup tingginya. Meredah semak itu agak memenatkan tanpa peralatan seperti parang.

"Rel, berhenti kejap boleh. Aku penat." Suara Jojo.

"Hish, kau ni memang menyusahkan betul! Kalau aku tahu, aku suruh kau tunggu dalam bas tadi." Rungut Hazrel.

"Menyesal aku tak bawa air tadi." Keluh Aqim.

"Tak payah pergi lagilah. Kita tunggu sini cukup. Lepas ni kita patah balik." Jojo beri pendapat.

Ketika itu Hazrel terlihat sesuatu melintas tidak jauh dari mereka. Kelibat seorang perempuan dengan berbaju kurung basahan.

"Kau nampak tak?" Hazrel duduk tegak dari tempat dia bersandar di pokok.

"Nampak apa?" Aqim tersentak.

"Perempuan. Dia lalu kat sana. Muka dia... macam aku pernah nampak." Hazrel teruja.

"Rel, jangan main-main. Kita dalam hutan sekarang ni. Meremang bulu roma aku." Jojo menggosok lengan yang sudah merinding.

"Aku nak pergi tengok." Hazrel bingkas bangun dan menuju ke celah semak dengan dua pokok besar di kiri dan kanan. Ada denai kecil dari kawasan itu.

'Mungkin ada kampung dekat sini.' Fikir Hazrel.

"Hazrel!... Rel!" Tempik Aqim. Dia kemudian memandang Jojo yang menggeleng.

Aqim membuat tindakan drastik. Dia tidak sanggup membiarkan Hazrel pergi seorang diri. Jojo tiada pilihan lain dan mengekorinya.

***

Beberapa meter di depan jalan yang diambil oleh Syed dan gengnya, ada jalan tanah merah yang menyusur ke kawasan semak yang tidak berapa tebal. Seolah-olah itu adalah kawasan penempatan orang di situ.

"Aku memang sudah lama teringin mengembara macam ini. Macam Nancy Drew and Hardy Boys." Kata Lim.

"Hei Lim. Itu buku cerita zaman old school. Ini zaman CSI, Bones, penyiasatan kurun ke dua puluh satu." Ejek Arjun.

"Sedap apa baca buku cerita penyiasatan dulu-dulu. Aku memang suka baca. Termasuk Famous Five. Buku-buku macam ini evergreen, tak lapuk dek zaman. Macam lagu P.Ramlee." Lim memberi pendapat.

Kawasan yang mereka lalui mula berbukit dengan lalang meliputi bersama bunga coklat muda seperti gandum. Lim mula menggaru lengan kerana miang dengan geselan daun lalang.

Di seberang bukit yang tidak berapa tinggi itu tersergam sebuah banglo putih dengan ciri-ciri binaan zaman British. Semasa penjajahan mereka suatu masa dahulu.

"Aku pernah baca pasal tempat ini." Kata Lim.

"Mengarutlah kau ni. Agaknya rupanya saja yang hampir sama." Protes Arjun.

"Betul, aku pernah baca. Kalau tak silap aku banglo ini berhantu, lepas semua ahli keluarga yang tinggal dalamnya mati. Kecuali seorang." Sambung Lim.

"Cukuplah. Aku tak nak dengar lagi." Arjun mula rasa seram.

"Lagi apa yang kau dengar?" tanya Syed.

"Semuanya mati kena racun. Yang selamat hanya seorang budak perempuan."

"Ah! Aku tak percaya....Eh, tengok jam. Dah dekat setengah jam. Jom patah balik." Arjun menukar topik.

"Tak apa. Nanti kita boleh call beritahu yang lain. Aku nak pergi jengah banglo tu."

"Hoi! Kau gila ke apa? Banglo tu berhantulah Syed." Terbeliak mata sepet Lim.

"Yang itu aku setuju. Jom kita balik." Celah Arjun.

"Kau berdua nak balik pergilah. Aku nak jenguk sekejap." Syed meneruskan langkah menuju banglo yang terletak beberapa puluh meter di depan.

Lim dan Arjun berpandangan. Kemudian mereka mengekori Syed dengan terpaksa.

***

"Always somewhere..." Mael mengalunkan lagu rock Scorpion denga suara falsetto yang sumbang.

"Woi Mael. Nak nyanyi agak-agaklah. Kat dalam hutan ni." Tegur Ammar.

"Entah. Kalau binatang buas dengar macam mana? Rimau ke, ular ke, kalau tak pun hantu jembalang. Habis kita semua kena. Kurang tiga orang nak main esok. Tak ada pemain simpananlah jawabnya." Khair membebel untuk menghilangkan rasa takut.

"Cukup, cukup. Kau ni kalau bercakap tak tahu tapis. Lancang betul." Tegur Ammar.

"Hei, aku rasa baik kita patah balik. Kau tengok, dah makin tebal tu. Mana boleh masuk. Parang pun tak ada. Kalau ada apa-apa nanti susah."

Ammar berdiri sejenak. Dia memerhati kawasan sekeliling. Pokok-pokok hutan sudah menebal dan hampir serupa jika diamati.

"Aku rasa betul cakap kau. Takkan Pak Maun masuk ke kawasan jin bertendang macam ni." Ammar buat analisa. "Jom balik."

Mereka berpatah balik, tetapi langkah mereka terhenti.

"Kenapa?" tanya Mael.

"Kau tengok. Nampak tak jalan yang kita lalu tadi?" Ammar mula curiga.

Mereka sedar tiada tanda yang dapat membawa mereka keluar semula.

"Aduh... macam mana ni? Takkan kita nak tinggal dalam hutan dengan tak ada peralatan.

…bersambung

Bab akan datang:
Apakah perancangan mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience