Chapter 5

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 5

"Hiii.... rimas aku kalau dengar korang dua bertengkar. Tak habis-habis!" Sergah Hazrel.

"Entah-entah aku yang dapat makwe dulu sebelum kau." Ammar sempat memulang paku buah keras.

"Sudah!" Potong Hazrel.

Suasana sepi seketika selepas pertengkaran Ammar dan Mael.

"Eh, aku dengar tak lama lagi ada pertandingan futsal antara kolej. Agaknya Pak Baha nak kita main tak?" Lim memecah kebisuan.

"Aku rasa kita belum sedia lagi. Baik tak payah." Khair mencelah.

Kali ini Mael diam. Mungkin dia sudah bosan menegur Khair.

"Belum cuba belum tahu. Lagipun bagus juga untuk kita uji kemampuan kita. Mungkin nasib kita baik dan ada peluang masuk semi final." Kata Hazrel.

"Tak ada istilah nasik baik. Kalau persiapan cukup mesti boleh menang punya." Aqim membidas secara halus.

"Hmm... ong pun penting maaa... Kalau tak ada ong, macam mana pun tak akan menang." Tambah Lim.

"Kenapa orang Cina percaya sangat dengan ong? Macam yang selalu aku dengar. Nombor lapan boleh bawa ong. Feng Shui boleh tentukan adaong atau nasib malang." Ammar ingin tahu.

"Sebab kami percaya sama dewa tuah ma... Macam kau cakap tu memang betul. Nombor lapan, feng shui, warna merah, semuanya ada kaitan dengan tuah."

"Eh, dah melalut sampai ke tuah pulak dah. Aku rasa baik kita balik berehat. Esok ada latihan pertama dengan Pak Baha. Okey, aku nak belah!" Mael angkat punggung. Perbualan rakan-rakan nampaknya begitu membosankan baginya.

"Aku pun nak balik." Aqim pula bangun, kemudian diikuti beberapa rakan yang lain.Sesi mengeteh selepas proses saringan akhirnya berhenti setakat itu.

******
Priiit!

Pak Baha meniup wisel sekuat hati. Rasa kecewa makin menebal. Semakin lama semakin menebal.

Sudah bertahun-tahun dia ditugaskan melatih pasukan futsal untuk berbagai jenis pertandingan, tetapi dia tidak pernah rasa kecewa seperti sekarang ini. Melatih pasukan futsal Kolej Angsana benar-benar menguji kemampuannya.

Dia memerhatikan wajah sembilan orang pelajar lelaki yang ada di depannya dengan perasaan bercampur baur. Sembilan individu dengan sembilan karakter berbeza. Rasa kecewa dengan hasil yang tidak tercapai. Rasa marah kerana mereka sukar dibentuk. Rasa risau kerana pertandingan yang sudah semakin hampir.

"Rehat sepuluh minit." Arah Pak Baha kepada pemain yang berkeliaran di gelanggang. Dia hanya mampu mengeluh sambil diperhatikan oleh Encik Johar selaku pengurus pasukan.

"Macam mana?" Encik Johar nampak resah.

Pak Baha menggeleng. "Kalau macam inilah, tipis harapan untuk masuk semi final."

"Masih ada masa lagi." Pujuk Encik Johar.

Pak Baha beremosi. "Kalau ada masa banyak sekalipun, belum tentu dapat bentuk budak-budak ni. Tak ada semangat pasukan. Main macam syok sendiri."

"Pak Baha banyak pengalaman. Tentu ada cara bentuk budak-budak ni semua." Pujuk Encik Baha.

"Berbelas tahun saya terlibat sebagai jurulatih. Macam-macam jenis pemain saya dah jumpa dan semua dapat saya bentuk. Tapi dia orang ni lain macam." Rungut Pak Baha.

"Apa puncanya?"

"Team kena ada chemistry, keserasian. Saling mempercayai. Komunikasi tanpa suara, dengan gerakan dan pandangan. Tapi mereka semua macam main sorang-sorang. Suka-suka, bukan untuk menang."

"Tentu ada cara. Saya dengar Pak Baha pakar dalam gerakan formasi, untuk kelirukan pihak lawan."

"Itulah masalahnya. Teknik ini hanya boleh berjaya kalau ada keserasian pemain. Kekuatan dalaman sebagai satu pasukan. Bukan macam budak-budak ni." Ada nada lemah semangat dalam kata-kata Pak Baha, seorang jurulatih berpengalaman. "Mereka ni semua perlukan keajaiban kalau nak masuk final."

Encik Johar hanya mampu melihat pemain-pemain harapannya dengan rasa kecewa.

"Selama saya bertugas di kolej ini, belum pernah saya tengok satupun trofi sukan dalam rak pameran. Saya dengan sukarela menubuhkan pasukan ini dengan harapan kolej akan berbangga dengan trofi pertama dalam suka futsal. Tapi saya tak sangka macam ini susah keadaannya." Keluhannya kesal."Tak apalah Pak Baha. Buatlah yang terbaik. Sekurang-kurangnya kita dah usaha."

***

Di bilik persalinan, Pak Baha membuat sesi motivasi dengan pasukan futsal Kolej Angsana.

"Saya nak tanya awak semua. Kenapa awak bermain futsal?" Dia memandang satu persatu wajah yang ada di situ. Encik Johar hanya memerhati dari jauh sambil berpeluk tubuh.

"Hazrel."

"Sebab minat."

"Lim."

"Berpeluh. Badan sihat."

"Arjun."

"Sebab nak turunkan berat badan."

Jawapan itu disertai dengan gelak tawa pelajar lain.

"Aqim."

"Saja-saja."

Pak Baha menggeleng.

"Jojo."

Tiada jawapan. Riak wajah itu menunjukkan dia sedang mengerah otak.

"Ammar."

"Riadah. Ia dituntut oleh agama."

"Mael."

"Rugged sikit. Baru rock!"

Pak Baha tersenyum sinis.

"Khair."

"Saya terpaksa. Kalau saya tak masuk, nanti resume saya tak menarik. Susah dapat kerja, sebab syarikat pun mementingkan pekerja yang bergiat dalam aktiviti seperti in. Sebab itu saya..."

…bersambung

Bab akan datang:

Apa yang akan dilakukan Pak Baha untuk mengatur persefahaman mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience