Chapter 25

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 25

Dia terus berlalu meninggalkan Nirmala bersama Juanita.

Juanita menghampiri Nirmala dan mengusap belakangnya. "Sabarlah. Mungkin ini adalah takdir yang tersurat. Tinggal di sini bukanlah satu nasib malang semata-mata. Ada kelebihannya." Pujuk Juanita.

"Apa maksud Juanita?" Nirmala menyeka air mata.

"Tiada peredaran masa di sini. Kau akan kekal dengan rupa kau sampai penghujungnya nanti. Tiada risau tentang tua. Tiada risau tentang mati kelaparan. Makan hanyalah satu keistimewaan, bukan keperluan di sini. Tiada gangguan manusia dari luar, kecuali yang terjumpa laluan di sini. Pondok ini adalah jambatan ke suatu alam yang tidak terikat dengan hukum alam. Dunia statik yang misteri."

"Apa maksud Juanita akan pergi dari sini? Apa kaitan dengan saya?"

"Mari," Juanita mencapai tangan Nirmala dan memimpinnya pergi.

Mereka tiba di sebuah lurah kecil dengan lima bonggolan batu bulat yang melingkar dalam satu bulatan.

"Kau tahu berapa usia aku?" tanya Juanita.

Nirmala geleng.

"Lebih dua ratus tahun. Aku dulu adalah seorang pakar arkeologi, saintis dan ahli magis. Aku takjub dengan ilmu yang ada di atas muka bumi. Ilmu yang terlalu banyak untuk diserap oleh manusia dengan nyawa terhad seperti kita semua."

Nirmala hanya mendengar sambil memerhati bonggolan batu di situ.

"Aku jadi tamak. Aku ingin menguasai segala ilmu yang ada di atas muka bumi ini untuk kepentingan diri aku sendiri. Aku inginkan masa yang lebih agar impian aku tercapai. Aku telah buat perjanjian dengan syaitan."

Kata-kata itu membuatkan darah Nirmala berderau.

"Syaitan memang telah berjanji akan menyesatkan umat manusia hingga ke akhir hayat dunia ini. Dan aku telah masuk perangkapnya. Aku telah dapat apa yang aku hajatkan. Usia yang tiada had, tapi aku telah tertipu. Aku terperangkap di sini dan tidak boleh keluar. Walaupun ada yang menunjukkan aku jalan keluar, aku akan kekal di sini sampai bila-bila. Kecuali ada seseorang menggantikan tempat aku."

Nirmala mula faham. "Sebab itu saya dipilih."

Juanita angguk.

Nirmala terdiam sebentar. Akhirnya dia bersuara, "Baiklah."

Mereka kemudiannya berdiri di dalam lingkaran lima bonggol batu. Juanita membaca mantera dalam bahasa yang sukar difahami oleh Nirmala. Semasa mantera itu dibaca, garis bercahaya kuning mula muncul di tempat mereka berpijak. Garisan-garisan itu menghubungkan kelima-lima batu dan membentuk bintang segilima. Angin mula bertiup di sekeliling mereka seumpama angin pusar.

Selesai bacaan itu, mereka diselubungi kabus berupa pusaran angin dengan cahaya terang yang menyilaukan mata. Keadaan berlarutan selama beberapa saat. Kemudian cahaya mula malap dan angin pusar berkabus mula hilang.

Mereka seperti dalam keadaan asal di situ. Yang berbeza hanyalah rantai berbatu hijau di leher Juanita telah hilang. Kini Nirmala yang memakai rantai itu.

"Oh ya, sebelum aku terlupa. Ada cara lain untuk memecahkan sumpahan tempat ini. Tetapi tiada siapa yang tahu. Sekiranya berjaya ditemui cara itu, tempat ini akan musnah dan sesiapa yang tinggal di sini bebas untuk menjalani hidup seperti biasa."

Nirmala masih tertanya-tanya jalan yang dimaksudkan oleh Juanita, tetapi dia masih belum menemui jawapannya.

"Selamat tinggal Nirmala," ucap Juanita sebelum meninggalkan tempat itu. Dia pergi dan Nirmala tidak pernah melihat wajahnya lagi selepas itu.

******

KES 1 :
KISAH SILAM MASTURA

Mastura melirik mata dengan rasa bosan. "Okey, papa."

"Jangan lama-lama. Balik cepat. Jangan layan orang yang Mas tak kenal." Suara lelaki di dalam talian.

"Yes papa. Mas faham. Berapa kali nak beritahu?" Jiwanya memberontak dalam diam.

"Papa, I have to go. Bye." Dia menekan butang untuk menamatkan perbualan.

'Tak habis-habis papa nak kawal hidup aku. Dari kecil sampai besar. Semenjak arwah mama tak ada, sengsara hidup aku dibuatnya.' Rungut Mastura dalam diam.

"Cik Mas, saya akan telefon setiap setengah jam seperti yang tuan suruh." Suara pemandu apabila kereta limosin itu tiba di pekarangan kompleks beli belah.

"Kalau tak telefon boleh?" Rayu Mastura.

"Tak boleh Cik Mas. Nanti tuan marah."

"Alah, bukannya dia tahu pun."

"Tak bolek cik. Kalau dia tahu teruk saya. Siap haribulan kena buang kerja nanti."

"Yalah. Awak dan bapak saya memang sama!" Rengus Mastura sebelum beredar.

"Jangan off telefon." Pesanan akhir pemandu limosin ayahnya.

Mastura buat selamba dan menghempas pintu dengan kuat.

"Rimas aku kena kongkong macam ini."

Seperti biasa dia pergi membeli-belah. Setiap setengah jam dia menjawab telefon untuk melaporkan lokasi tempat dia berada.

Hari ini ada restoran baru di buka di tingkat tiga bernama Indah Cafe. Menu masakan Melayu dan Barat membuatkan Mastura teringin mencuba.

"Selamat datang ke Indah Cafe. Macam-macam hidangan ada di sini, masakan tradisional dan Barat.

…bersambung

Bab akan datang:
Mengapa Mastura sentiasa diperhatikan setiap gerak-gerinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience