Chapter 22

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 22

"Kau kena percayakan aku. Kita kena pergi. Kalau kita semua tertangkap, dah tak ada harapan lagi."

Aqim termakan dengan pendapat Hazrel. Mereka bersembunyi dalam semak di tepi perigi.

Jip diparkir berhampiran rumah. Dua orang lelaki keluar. Dengan cahaya lampu depan kereta yang menyuluh, mereka nampak seorang lelaki berkepala botak dan seorang lagi memakai jeket. Lelaki botak menelefon seseorang.

"Kami dah sampai bos... belum, kami belum masuk lagi... okey, lepas kami tangkap yang tengah tidur, kami akan cari yang lain."

"Macam mana dia tahu?" Bisik Aqim

"Entah. Jom kita belah."

Mereka menyusup meninggalkan rumah kecil di tepi perigi. Setelah berada jauh dari situ, mereka melepas lelah di kawasan berbatu.

"Aku syak mereka dah tahu pergerakan kita dalam rumah. Mungkin ada pengintip di kawasan ini." Tercungap-cungap Hazrel.

"Kita nak ke mana lagi? Mana ada rumah kat sini." Peluh sudah membasahi dahi Aqim.

Hazrel diam. Dia juga buntu.

Tidak lama kemudian kelihatan jalur cahaya melilau di kawasan itu.

"Mereka dah sampai. Jom belah." Hazrel menggelongsor menuruni cerun berbatu.

Aqim cuba berdiri. Dalam gelap malam dia tidak perasan dia memijak cerun berlumut. Dia tergelincir dan jatuh beberapa kaki ke bawah.

"Aduh!" jerit Aqim.

Hazrel berpaling melihat Aqim yang terlantar. Jaluran cahaya sudah semakin hampir.

"Kau pergi. Tinggalkan aku." Arah Aqim.

"Mana boleh aku tinggalkan kau dalam keadaan macam ini."

"Pergi cepat! Dia orang dah nak sampai."

Hazrel berdegil. Dia duduk di sisi Aqim.

"Bos, kami dah jumpa mereka berdua." Suara lelaki botak di telefon.

"Bangun cepat!" Arah lelaki yang memakai jeket.

"Bagi saya masa tolong kawan saya dulu. Kaki dia patah." Rayu Hazrel.

"Cepat! Kalau kau cuba lari, aku tembak!"

Dengan bantuan lampu suluh di tangan lelaki itu, Hazrel mencari kayu untuk dibuat penahan di bahagian kaki Aqimyang tercedera. Lengan panjang kemeja dikoyakkan untuk dijadikan pengikat.

Mereka bergerak perlahan menuju ke rumah kecil dengan keadaan Aqim terdengkot-dengkot menahan kesakitan.

Jojo sudah diikat di rumah yang terang benderang dengan lampu.

"Bos, kami semua dah ada di rumah... okey, kami tunggu bos sampai."

Mereka bertiga diikat dengan mulut yang ditutupduct tape. Hampir setengah jam mereka menunggu. Akhirnya kedengaran suara perempuan di luar rumah. Suara yang amat Hazrel kenal.

"Good job guys. Sagat, kau tunggu luar. Bo, ikut aku masuk."

"Mama?" Hazrel bersuara selepas penutup mulutnya dibuka.

"Ya sayang, anak mama. Muah!" Suara wanita itu dari jauh. Suara Datin Mastura.

"Apa yang mama buat ni?" Hazrel keliru.

"Sebenarnya aku dah lama menyampah bila dengar kau ucapkan perkataan itu.

Semenjak kau mula bercakap dan pandai sebut perkataan itu." Perempuan itu mula mengeluarkan rokok. Kemudian lelaki botak yang digelar Bo menghidupkan pemetik api.

Dia menghembus asap berkepul-kepul.

"Rel tak faham."

"Memang kau tak akan faham selagi aku belum terangkan." Dia menghembus asap lagi.

"Aku bukan mak kandung kau. Aku bukan Datin Mastura. Nama sebenar aku Zanariah. Kau boleh panggil aku Auntie Zana."

"Hah?" Hazrel makin berkecamuk.

"Semuanya berlaku berpuluh tahun yang lepas. Sebelum kau lahir di dunia ini lagi."

Zanariah bersuara sambil memerhati asap yang menerawang. Sebagaimana fikirannya terbang membongkar khazanah memori yang telah lama tersimpan di benaknya.

******

KES 2 :
BILIK RAHSIA

Arjun tersedar dalam keadaan perut yang memulas malam itu. Terlalu banyak makan dan minum menyebabkan perutnya meragam. Keadaan bilik itu sudah gelap gelita.

"Syed, Lim, bangun. Temankan aku. Aku nak pergi tandas." Arjun memegang perut.

"Ah... kau ni macam budak tadika ah. Pergi sendirilah. Itu pun takut." Suara Syed dalam keadaan jalu. Lim masih berdengkur dengan kuat.

"Lecehlah korang ni." Arjun bangun. Lebih lama dia menunggu, lebih kuat kemungkinan dia akan terbarai di situ juga.

Dia mengintai keluar. Cahaya lampu suram menyinari koridor menuju ke tandas dan bilik membaca. Dia sempat memerhatikan keadaan sekeliling.

'Janganlah ada hantu kat sini. Aku dah tak tahan ni.' Arjun mengatur langkah.

Dia sudah tidak memikirkan apa-apa lagi. Sebaik saja dia duduk di dalam tandas, dia rasa lega. Dia menyelesaikan keperluan yang tiba tanpa dijangka.

'Nasib baik sempat aku selesaikan apa yang patut.' Dia melangkah keluar dengan hati yang gembira.

Dia sudah menghampiri pintu bilik apabila terdengar riuh tawa budak perempuan bergema bersama derap sepatu di tangga. Bulu romanya meremang.

'Anak siapa pulak bermain tengah malam buta macam ni?'

Riuh tawa itu semakin nyaring. Arjun ternampak bayangan cahaya di tangga. Seorang budak perempuan dengan rambut bertocang dua dengan reben.

…bersambung

Bab akan datang:
Adakah bayangan itu adalah manusia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience