Chapter 24

Horror & Thriller Completed 6555

Bab 24

Cahaya itu menampakkan dengan jelas kedut seribu di wajahnya dengan riak yang bengis.

"Sebab itu aku suruh kamu semua tinggalkan tempat ini. Tapi sekarang sudah terlambat." Kata Mak Esah.

"Angkara siapa semua ini Mak Esah?" Syed memberanikan diri bertanya.

Mak Esah memandang ke arah potret yang tergantung di dinding. Ada kesayuan dalam matanya yang kelihatan layu.

"Semuanya bermula hampir seratus tahun yang lalu." Mak Esah memulakan cerita.

******

KES 3 :
KISAH SILAM NIRMALA

"Nirmala," suara Mak Jara di muka pintu.

"Ya, mak." Nirmala menoleh. Dia sedang sibuk mengemas pakaian dan barangan untuk dimasukkan ke dalam beg.

"Tengok apa yang mak belikan untuk kau." Mak Jara menayang baju gaun yang dipegang.

Baju biru muda itu labuh dan berkemilau dengan labuci. Cahaya memantul dari permukaan kristal kecil yang melatari gaun itu.

"Cantiknya mak. Mana mak dapat duit beli baju ni?" Nirmala menguak rambut.

"Kan mak dah kata dulu. Kau akan berkahwin dengan lelaki kaya yang berhemah tinggi. Dia yang beri mak duit. Hidup kau tak akan sama seperti sekarang. Kau akan hidup jauh lebih mewah dan tinggi di mata masyarakat."

Nirmala mengeluh. Sukar untuk dia percaya kata-kata ibu tirinya yang berubah secara mendadak.

'Dulu selepas pemergian ayah, aku dibuat macam hamba abdi di rumah ini. Sekarang dia layan aku macam puteri raja. Apa agenda dia yang tersembunyi?' Nirmala curiga.

"Cepat berkemas. Kau akan tinggal di rumahnya sehingga upacara perkahwinan. Mungkin kau tak akan kembali ke rumah ini lagi." Berseri-seri muka Mak Jara.

'Mungkin ini alasan dia untuk usir aku dari sini. Kalau betul apa yang dia katakan, mungkin ini permulaan baru dalam hidup aku. Kalau tidak?' Rasa khuatir mula bersarang.

Namun dia akur. Dia menghabiskan tugas mengemas barang di bilik itu.

***

Nirmala mula cuak. Kenderaan yang digunakan untuk membawanya ke rumah bakal suaminya meluncur di kawasan hutan pada waktu senja. Matahari sudah mula menghilangkan diri.

"Di mana kita mak?"

"Kau diam. Tunggu sajalah." Gertak Mak Jara.

Suasana semakin gelap dan sekonyong-konyong itu muncul kabus seperti asap yang memenuhi kawasan itu. Selang beberapa minit kemudian segalanya putih hingga sukar untuk melihat walaupun jemari sendiri.

Masa berlalu dan kabus mula menghilang. Yang tinggal hanyalah kawasan lapang dan sebuah pondok di pinggir hutan.

"Ikut aku." Arah Mak Jara.

Seorang wanita berhemah menyambut mereka di muka pintu pondok.

'Apa perempuan bangsawan macam dia buat di sini? Pakaian dia selayaknya untuk mereka yang tinggal di mahligai tersergam indah. Bukan tempat macam ini.' Refleksi Nirmala dalam dia.

Di leher wanita itu tergantung rantai dengan batu hijau sebesar telapak tangan kanak-kanak.

"Nirmala. Mak perkenalkan ini Juanita."

Wanita itu senyum melihat Nirmala, seolah-olah dia adalah saudara yang telah bertahun-tahun lama terpisah. Dia memeluk Nirmala.

"Apa khabar Nirmala?" Berseri-seri wajah wanita itu.

"Khabar baik puan." Nirmala rasa kekok.

"Tak payah berpuan dengan saya. Panggil Juanita saja."

Nirmala terasa pelik. Pada mulanya dia menyangka ini adalah bakal ibu mertuanya. Tetapi panggilan seperti itu tidak layak.

"Pergilah tengok sekeliling kawasan ini." Pelawa Juanita.

Nirmala akur. Dia membiarkan Mak Jara dan Juanita berbual. Setelah berada jauh dari mereka, dia terasa syak. Seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan semua ini. Dia mengintai di balik rimbun pokok renek berhampiran mereka.

"Mana janji kau?" tanya Mak Jara.

"Ini wang pendahuluan. Selepas aku keluar dari tempat ini, aku akan serahkan yang selebihnya." Jawab Juanita.

"Kau belum beritahu dia perkara yang sebenar?" tanya Juanita.

"Belum. Tapi jangan risau. Dia pasti akan setuju." Jawab Mak Jara dengan senyum sinis.

"Setuju apa mak?" Nirmala keluar dari dalam semak.

"Oh, kau dah dengar ya?" Mak Jara termalu.

"Kau terangkan pada dia." Juanita beredar untuk memberi ruang kepada mereka berdua.

"Kau akan tinggal di sini mulai malam ini." Kata Mak Jara.

"Dalam pondok buruk ni?"

"Ya. Kenapa? Kau tak setuju?" Menjengkit kening Mak Jara.

"Tergamak mak buat semua ni. Sampai hati mak." Sebak nada suara Nirmala.

"Huh... kau ingat mudah untuk aku hidup dengan anak tiri yang mengganggu rancangan aku selama ini. Aku memang dah lama merancang untuk bunuh bapak kau dan membolot harta dia. Tapi kau menyulitkan rancangan aku. Akhirnya aku berjaya dan aku terpaksa cari alasan supaya dapat halau kau dengan cara baik. Inilah caranya."

Air mata Nirmala sudah mula tiris.

"Aku tak pernah suka dengan kau. Selepas ini aku tak payah tengok muka kau. Manusia yang hanya akan menghabiskan harta aku. Menyusahkan!"

…bersambung

Bab akan datang:
Mengapa Juanita bersetuju dengan rancangan Mak Jara? Apa yang ingin dilakukan dengan Nirmala

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience