Bab 7

Romance Series 5969

Bab 7

“Dik… bangun subuh!” Abang sulung aku ketuk pintu bilik tidur aku dari luar. Alahai… dah pagi ke? Rasa macam tak puas tidur lagi ni.

“Dik!” Dia jerit kuat sikit dari tadi.

“Ye… orang dah bangun…” Aku jawab malas dari dalam bilik.

“Cepat bangun. Abah dah siap dah.” Along aku cakap lagi.

Keluarga aku, kalau sempat dan berpeluang, memang akan pergi solat subuh berjemaah dekat masjid atau mana-mana surau yang ada dekat kampung aku ni. Abah aku memang dah latih aku dengan abang aku dari kecil untuk ke masjid setiap pagi. Tapi kadang-kadang aku ni liat juga nak bangun pagi.

“Okey…” Aku jawab dengan nada malas dari dalam bilik. Tapi malas-malas pun, aku gagahkan juga diri untuk bangun dari katil.

Lepas lima belas minit, aku dah siap bersihkan diri dan bersiap untuk ke masjid. Aku tengok jam sebelum mandi tadi, sebenarnya awal lagi. Saja jelah along kejut awal sikit supaya aku boleh bersiap. Tapi kata tadi abah dah siap. Awal betul abah aku bersiap…

Abah dengan along dah tunggu dekat ruang tamu masa aku keluar dari bilik.

“Eh… semua dah siap? Tunggu adik sorang ajelah tadi ni?” Aku buat-buat tanya. Sudah gaharu cendana pula.

“Ada orang lain lagi ke?” Along perli aku.

Memang dah tak ada orang lain lagi dah. Dalam keluarga aku ni hanya ada aku, abang aku dengan abah. Mak aku dah lama meninggal sebab lahirkan aku dulu. Jadi dalam famili ni, aku seorang ajelah perempuan.

“Jomlah…” Abah bangun dari sofa. Aku dengan along ikut saja dari belakang abah.

Sebab hari ni hari Sabtu, jadi kami balik lambat sikitlah dari masjid sebab dengar kuliah subuh dulu lepas solat jemaah tadi. Lagipun hari Sabtu semua orang cuti. Abah aku yang kerja sebagai cikgu pun tak payah pergi sekolah melainkan kalau ada apa-apa program dekat sekolah dia. Along aku ni pun belajar lagi dekat maktab perguruan yang ada dekat-dekat sini je. Along aku ni nampaknya nak ikut jejak langkah abah aku juga untuk jadi cikgu. Aku ni je yang tak pasti lagi nak jadi apa… hehe…

Sebelum balik ke rumah, abah singgah dulu dekat warung Pak Din untuk beli sarapan. Pak Din ni dah lama berniaga dekat kampung aku. Dari aku kecil lagi dia dah berniaga. Dan setakat yang aku ingat, setiap pagi abah akan beli sarapan dekat warung Pak Din ni selepas balik dari sembahyang subuh dekat masjid. Cuma adalah sesekali yang abah rajin nak masak, baru dia tak beli. Abah aku nikan orang bujang… Jadi makan semua kena belilah. Nak harap anak dara dia ni boleh mati kebulur dulu semua orang dekat rumah tu.

Sampai saja dekat rumah, aku pun buatlah perkara yang aku biasa buat kalau balik rumah… hidangkan breakfast yang dah dibeli tadi dengan bancuh air. Aku bancuh air milo je pagi ni. Kalau yang ini pun nak suruh abah aku buat, takut kena suruh tukar jantina pula. Jadi kenalah ada kesedaran sivik sendiri.

“Abah nak pergi bandar lepas makan ni. Barang-barang rumah banyak dah tak ada ni.” Abah bagitahu aku dengan along masa kami semua tengah makan sama-sama.

“Semua kena pergi ke?” Aku tanya sambil sengih dekat abah. Saja je sengih tu, nak buat-buat manja. Aku kan anak manja abah.

“Kenalah… tukang angkat barang.” Abah jawab soalan aku.

“Jangan nak curi tulang duduk rumah ni je… Ingat sikit ke barang tu nanti… Yang berat-berat tu nanti semua kau yang kena bawak tau..”Along aku menyibuk. Nak juga masuk campur perbualan aku dengan abah.

“Eh… orang lelaki lah yang kena bawak barang berat. Adik bawak yang ringan je nanti…”

“Eeiii… pemalas…!”

Aku buat-buat tak dengar je ayat marah along tu. Saja nak bagi dia berasap.

“Dah… makan cepat. Cepat kita pergi, cepat kita balik nanti.” Abah cakap dekat kitaorang lagi.

“Alaa… balik cepat bukan ada apa nak buat pun…” Aku buat-buat merengek. Along buat muka menyampah dekat aku. Tahulah tu aku saja je nak mengendeng abah.

“Bandar Lipis tu bukan ada apa pun kalau nak berjalan-jalan lebih-lebih…” Abah jawab balik. Alamak! Ye tak ye… Bandar Lipis tempat tumpahnya darahku ini, bukannya ada tempat menarik pun untuk pergi lepak. Pasaraya paling besar pun Pasaraya AKTIF je. Memang ‘maju’ sangat bandar Kuala Lipis ni kan?

Dekat kampung aku ni lagilah teruk. Kalau tak pasang Astro, stesen television yang dapat dekat sini hanya TV1, TV2 dengan TV3. Itupun TV3 tak clear sangat. Sebab tu semua orang dekat kampung ni pasang Astro. Nampak sangat yang aku ni hidup dekat ceruk dunia.

“Lagipun abah nak tengok cerita hindustan petang ni…” Abah tambah lagi.

“Aik? Cikgu besar pun tengok hindustan ke?” Aku tanya abah balik.

“Mestilah… Kenapa tak boleh pulak?” Abah balas.

Lawak juga abah aku ni. Jangan ingat dia jadi guru besar, pergi sekolah bawa rotan, dia tak pandai melawak. Dalam hati romantik tau, macam hero filem hindustan…

Kringg!!! Kring!!!

Telefon rumah aku berbunyi tiba-tiba. Aku tengok jam dekat dinding. Baru pukul 8 pagi. Siapa yang telefon pagi-pagi macam ni? Along aku pergi jawab. Tak sampai seminit dia datang balik dekat meja makan.

“Dik, telefon…” Along bagitahu sambil sambung suap nasi lemak dalam mulut dia.

“Hah? Adik ke?”

“Yelah… Along tak sebut abah pun…”

Pelik… Siapa yang telefon aku? Ayna kot… Dia saja yang rajin telefon aku kalau cuti sekolah. Aku mana ada kawan lain yang rajin nak telefon aku.

“Helo…” Aku cakap lepas letak ganggang telefon tu dekat telinga.

“Hai…” Aku dengar suara dekat corong telefon.

Bagai nak gugur jantung aku dengar suara tu. Aku cubit pipi sendiri. Aku mimpi ke?

“Siapa ni?” Aku soal orang tu balik. Bukan apa, nak pastikan sama ada tekaan aku betul ke tidak.

“Tak kenal ke?” Aku dengar suara dia lagi. Cara dia cakap macam dia tengah senyum sorang-sorang dekat sana.

“Kenal kot… Tapi takut salah teka…” Aku jawab.

Dia diam saja. Tunggu aku teka dia siapalah tu.

“Luthfi ke?”

“Ingatkan tak kenal dah tadi. Takkan baru seminggu cuti dah tak kenal saya…” Sah memang dia. Hantu betul mamat ni. Mana dia dapat nombor telefon rumah aku ni?

“Mana tahu nombor ni?”

“Adalah…” Nak main rahsia-rahsia pula dengan aku. Menyampah betul!

“Awak tak ada nombor handfone ke?” Dia tanya aku lagi.

“Tak ada handfone. Macam mana nak ada nombor.” Memang aku tak ada telefon bimbit pun. Abah cakap, dia takkan belikan selagi aku tak habis sekolah. Takut aku pergi main yang bukan-bukan pula kalau ada telefon sendiri.

“Kenapa tak beli?”

“Tak ada duit.” Dia ni ingat aku jutawan dan hartawan macam dia juga ke? Ingat senang ke nak beli telefon. Dia lainlah. Kad kredit pun sampai dua tiga.

“Tadi yang jawab telefon tu siapa?” Banyak pula soal dia.

“Boyfriend saya…” Aku saja melawak dengan dia.

“Boyfriend? Duduk dengan boyfriend ke?” Nada suara macam berubah je.

“Taklah… Dia datang tidur rumah saya hujung minggu ni…” Seronoknya tengok dia kena tipu. Muahaha!

Luthfi diam saja dekat hujung talian. Kenapa pulak tu?

“Tak nak tanya apa-apa lagi dah ke?” Aku tanya dia lepas lama sangat dia diamkan diri.

“Tak ada…” Dia jawab pendek. Serius nada suara dia dah lain. Tak macam mula-mula bercakap dengan aku tadi.

“Awak telefon ni nak apa?” Aku soal dia lagi. Naklah juga tahu tujuan asal dia call aku ni. Takkan telefon saja-saja.

“Saja nak dengar suara awak… Dah seminggu tak dengar rasa rindu pula…” Pandai betul Luthfi ni buat lawak dengan nada suara serius macam tu. Macam real pula dia rindu dekat aku.

“Saya tak rindu awak pun…” Aku cakap dekat dia dengan nada bergurau. Memang tengah bergurau pun. Berani pula aku cakap pasal rindu-rindu ni dengan dia… Nasib baik

telefon ni terletak jauh dari ruang makan. Tak adalah along dengan abah aku dengar aku cakap pasal rindu-rindu ni. Kalau tak mampuslah aku kena fire dengan diaorang.

“Memanglah tak rindu saya… Orang tersayang kan ada depan mata awak…” Bunyi macam marah je. Merajuk ke?

“Siapa?” Aku tanya macam orang bodoh.

“Boyfriend awak lah…” Laahhh… Dia ni beli sungguh ke cerita bohong aku tadi. Tak sangka dia percaya bila aku cakap yang aku ada boyfriend tadi.

“Awak, tadi tu…”

“Saya tak tahu awak dah ada boyfriend… Maaflah menganggu awak pagi-pagi ni. Jumpa dekat sekolah nanti.” Dia cakap sebelum sempat aku habiskan ayat aku. Lepas dia cakap terus dia letak telefon. Macam tengah marah je. Dia marah aku ke? Tapi kenapa pula dia nak marah aku?

Aku pun berjalan balik ke meja makan lepas letak telefon. Sambung makan balik. Nasi lemak aku tadi ada separuh lagi yang masih belum habis.

“Siapa yang telefon?” Along aku tanya sebaik aku duduk dekat meja makan. Tak menyempat-nyempat nak tanya dia ni.

“Kawan…” Aku jawab sambil lewa.

“Lelaki…” Along sambung jawapan aku. Abah dah tengok aku semacam. Alahai abah…!

“Kawanlah… Kawan study group…” Aku cakap betul. Tak tipu.

“Nak apa telefon pagi-pagi ni?” Along tanya lagi. Eh eh… abah tu rilek saja. Kenapa dia pula yang lebih-lebih?

“Tanya hal kerja sekolah.”Yang ni, aku tipu. Tipu sunat… Takkan nak bagitahu hal tadi dekat abah dengan along aku ni.

“Dah selesai ke hal kerja sekolah nye?” Abah pula yang tanya. Waaa… aku rasa nak larilah!

“Tak… Adik suruh dia pergi tanya kawan lain.” Satu lagi ayat tipu. Berganda dosa aku pagi-pagi ni.

Nasib baiklah lepas tu abah dengan along dah tak tanya apa-apa dah. Kira selamatlah aku ni buat sementara waktu.

Tapi kan, satu hari tu aku tak senang duduk sebab Luthfi tu. Dia marah aku ke? Kenapa dia marah pula bila cakap yang aku ada boyfriend. Dia bukan siapa-siapa pun dengan aku untuk dia jelous beriya-iya tu. Lagi satu, yang dia percaya aku tipu dia tu siapa suruh. Tak nak dengar betul-betul dulu, tak tanya betul-betul dulu, terus letak telefon. Merajuk ke? Argghhh! Buntulah aku dengan mamat ni…

Cepatlah naik sekolah balik. Aku kena terangkan hal yang sebenarnya ni. Kena bagitahu betul-betul yang aku ni tak ada teman lelaki pun. Kalau tak parahlah. Buatnya dia

merajuk sungguh-sungguh dengan aku, naya aku.

Eh, kejap! Yang aku susah hati pasal Luthfi merajuk ni kenapa? Macam dia tu boyfriend aku je… Sengallah aku ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience