Bab 18

Romance Series 5969

Bab 18

Terkecoh-kecoh aku gosok tudung aku yang kedut seribu tu. Sambil tu, aku jeling jam dekat meja study. Lagi lima belas minit ke pukul sembilan pagi. Mestu sempat ni! Aku jerit dalam hati.

Hari ni dahlah hari pertama aku masuk kelas dekat universiti ni. Takkanlah aku nak datang lambat pula. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh terbangun lambat hari ni. Padahal aku sudah mengunci jam loceng pada telefon bimbit. Agaknya aku ni tidur mati sebab itulah susah sangat nak sedar.

Sambil-sambil aku sembur fabric starch dekat tudung aku tu, aku terfikir pula yang sedar tak sedar aku dah seminggu selamat bergelar pelajar universiti. Selepas tamat minggu orientasi yang membosankan serta memenatkan pada minggu lepas, akhirnya aku akan mula belajar pada hari ini. Rasa macam tak percaya pun ada akhirnya aku masuk juga universiti. Rasa macam baru semalam pula aku masih di bangku sekolah tanpa ada cita-cita dan hala tuju yang solid.

Faris pun masuk universiti yang sama dengan aku ni juga. Kami sama-sama mendaftar pada minggu lepas. Tapi disebabkan aku dengan dia mengambil jurusan yang berbeza, jadual minggu orientasi kitaorang pun sedikit berbezalah. Tapi aku masih boleh jumpa dan bertegur sapa dengan dia juga lah.

Sebenarnya, rasa selamat juga bila dia masuk universiti yang sama dengan aku ni. Sebab tak ada seorang manusia pun yang aku kenal dekat kampus ni melainkan dia. Kalau aku sorang-sorang, mesti aku rasa gelisah dan cuak juga sebab aku ni jenis yang susah nak sesuaikan diri dekat tempat baru. Tapi sekarang sekurang-kurangnya aku kenal Faris walaupun aku jarang boleh jumpa atau masuk kelas yang sama dengan dia.

Semalam aku dengan Faris dah bandingkan jadual masing-masing. Tengok-tengok dalam kelas kalkulus kita orang ni masuk kelas yang sama walaupun kita orang dari jurusan yang berbeza. Sekurang-kurangnya ada jugalah satu subjek yang aku boleh minta tolong apa-apa daripada dia. Dia kan pandai serta pintar! Haha! Subjek professional english pun kita orang kena belajar juga tapi dalam kumpulan kelas yang berbeza. Lain-lain subjek memang berbezalah sebab jurusan pun dah lain.

Ayna pula dapat universiti lain. Tapi tempat dia tu tak jauh mana pun dengan tempat kitaorang ni. Lagipun IPT sekarang ni kan tumbuh macam cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak sangat dah. Jadi, bolehlah kadang-kadang aku dengan dia pergi berjimba kemana-mana waktu hujung minggu. Tapi itu pun kalau dia atau aku tak ada kerja atau hal apa-apalah.

Tapi apa-apa hal pun, aku lega campur bersyukur sebab hubungan aku dan Ayna dah bertambah baik sejak kebelakangan ni. Aku mengaku sebenarnya hubungan kita orang masih bukan macam dulu. Kalau dulu, aku boleh sembang apa saja tanpa ada selindung-selindung. Sebab aku dengan dia dulu dah macam adik-beradik. Sekarang ni, mungkin kita orang masih kawan baik tapi aku dapat rasakan yang aku dan dia macam ada tembok penghalang yang tak nampak. Walau apapun, aku tetap seronok sebab dia masih sudi anggap aku kawan.

Dalam kalut-kalut bersiap, akhirnya aku sampai juga dekat bilik tutorial. Aku tengok banyak lagi tempat duduk yang masih kosong. Agaknya aku ni masih belum lambat. Mesti ada orang yang lagi lambat daripada aku. Tapi bila aku jeling ke depan kelas, pensyarah untuk subjek tu dah ada. Tapi bila aku masuk, dia senyum aje dekat aku. Macam tak marah pun aku ni lambat. Tak marah lah tu agaknya. Aku belum lambat lagi ni.

Aku duduk dekat tempat duduk kosong dekat bahagian depan sebab orang lain semua banyak duduk dekat belakang-belakang sikit. Jadi sebab aku datang lambat daripada mereka-mereka tu, terpaksalah aku duduk dekat depan ni. Macam pelajar cemerlang pula. Haha!

Tekaan aku memang betul sebab lepas aku masuk, ada tiga orang lagi budak yang masuk dalam keadaan yang kalut-kalut. Mesti takut lambat macam aku tadi juga. Agaknya masa aku masuk tadi ada ke tak orang perasan yang aku tengah kalut? Mintak-mintak tak adalah.

Lepas budak bertiga tu masuk kelas, lecturer Professional English tu pun memulakan kelas. Orangnya cantik sangat-sangat. Pakaian dia pun glamour ala-ala artis korea gitu. Rambut pun macam baru lepas keluar salun je. Memang bergaya habis lah. Mesti cair budak-budak lelaki yang dekat belakang tu.

Tapi sejak aku mula-mula tengok lecturer ni, aku rasa macam pernah tengok pula dia ni. Tapi rasanya aku tak kenal pun. Nak kata pernah terjumpa, lagilah aku tak pasti. Rasanya memang bukan orang kampung aku dia ni. Lagipun takkanlah orang kampung aku glamour sampai macam ni. Dan pulak, mesti abah aku dah cerita kalau dia ni orang kampung aku sebab abah aku tu kenal semua orang.

Lepas fikir sampai dua ratus kali, aku masih tak dapat cam juga orangnya. Jadi aku pun berputus asa. Lantaklah.

Kalau dia kenal aku, mesti dia dah tegur sapa aku tadi. Tapi dia buat macam biasa aje. Mesti dia tak kenal aku.

Jadi aku pun mesti tak pernah kenal dia. Aku salah tengok tadi agaknya. Aku buat kesimpulan sendiri dalam hati.

Lalu aku pun belajar ajelah macam biasa dengan budak-budak yang lain. Kelas ni dua jam. Tapi nasib baiklah lecturer ni pandai mengajar sebab tak bosan pun belajar dengan dia selama dua jam ni. Kalau tak mesti aku dah lima puluh kali menguap. Lepas aje kelas, aku pun kemas lah barang untuk balik ke asrama sebab lepas ni aku dah tak ada kelas dah.

Aku tak tahu aku ni kemas barang lambat sangat ke sebab semua orang dah keluar kelas dengan pantas dari aku. Jadi aku pun tergopoh gapahlah mengemas semua barang-barang aku untuk disumbatkan ke dalam beg. Tengah aku kalut-kalut untuk kali yang kedua pada hari ini, tiba-tiba lecturer tu panggil aku.

“Maya, right?” Dia tanya aku. Sudah, dia dah cam nama aku!

“Yes.” Aku jawab dengan nada cuak.

Dia senyum saja dekat aku. Kenapa pulak senyum macam tu dekat aku ni? Lain macam aje nampaknya.

“Would you mind walking me to my office?” Dia soal aku tiba-tiba. Rasa macam tak percaya dengar soalan tu. Biar betul. Ke aku yang salah dengar?

“Sure…” Aku jawab teragak-agak sikit. Macam cuak aje rasanya. Aku rasa dia pun perasan yang aku rasa cuak.

Dalam hati terfikir juga apa yang lecturer cantik meletop ni nak dari aku? Ke aku ada buat salah masa dalam kelas tadi? Suspen sungguh rasanya. Tapi dalam suspen-suspen itu pun, aku terpaksa juga ikut dia.

“You tak cam saya ke? Seingat saya, kita pernah jumpa.” Dia cakap dekat aku sebaik kita orang keluar daripada bilik kelas.

Aku pandang muka dia. Memang dari tadi aku rasa yang aku macam kenal dia. Tapi masalahnya, aku tak ingat dia ni siapa!

“Nama saya pun you tak cam ke?” Dia soal aku lagi.

Aku pun fikir lagi. Syarifah Nurazlynn. Memang macam pernah dengar nama tu. Aku fikir punya fikir sampai berkerut-kerut muka aku ni. Tiba-tiba baru aku teringat!

Aku pandang dia. Aku tengok dia tengah senyum aje dekat aku.

“Miss Lynn ni… kakak Luthfi kan?” Aku tanya elok-elok. Takut-takut pulak bukan.

Tengok-tengok dia angguk. Aku tak tahu apa perasaan aku sebenarnya bila tengok dia angguk. Tak sangka aku jumpa lagi orang yang ada kaitan dengan Luthfi selain daripada Ayna. Tapi apa gunanya lagi sebab aku dengan Luthfi bukannya ada apa-apa lagi.

“So, how’s Luthfi?” Aku tanya sekadar nak berbasa-basi. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati memang nak tahu keadaan dia sekarang ni. Sebab aku tak tahu dia tu hidup lagi ke tidak sekarang ni. Ayna tak ada pun cerita dekat aku pasal Luthfi tu.

“He misses you a lot…”Miss Lynn cakap dekat aku. Rasa macam nak berhenti melangkah tiba-tiba.

Aku pandang muka Miss Lynn. Dia nampak serius cakap dekat aku. Langsung tak main-main.

“Contact lah dia. Adik saya tu memang berego tinggi. Tapi saya tahu, he’s still thinking of you.” Panjang Miss Lynn berpesan dekat aku.

Miss Lynn ni nampaknya macam tahu apa yang jadi dekat kami. Adakah Luthfi selalu mengadu dekat dia? Ataupun Ayna ke yang rajin bercerita dekat dia? Miss Lynn pula macam dapat membaca apa yang aku tengah fikir ni sebab lepas tu dia cakap lagi.

“Saya dengan Luthfi dua beradik aje. He’s my only brother. Dan dia memang kerap cerita kisah hidup dia dekat saya.”

Aku terus senyap aje sebab dah tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Rasa macam tak percaya aku dapat jumpa dengan kakak Luthfi dekat universiti ni. Dahlah mengajar aku pula. Dan tak percaya juga bila dengar Miss Lynn cakap yang Luthfi masih ingat dekat aku. Kalau betul dia ingat kenapa dia tak telefon aku pun.

Sebaik sampai dekat depan pejabat Miss Lynn, dia pun ambil nombor telefon aku.

“Saya suka Maya berkawan dengan Luthfi. And I like you a lot too. Thanks sebab temankan saya balik office saya ni.” Dia cakap sebelum aku meminta diri untuk pulang ke asrama.

Sambil berjalan balik ke asrama, aku masih tak habis fikir lagi pasal Miss Lynn tu. Rasa macam baru bulan lepas aku terjumpa dia dengan Luthfi dekat Megamall tengah makan sambil mesra-mesra. Masa tu aku tak tahu yang diaorang tu adik-beradik. Buat letih aje aku jealous masa tu. Rasa lucu pula bila ingat yang aku siap merajuk lagi dengan Luthfi masa tu. Tiba-tiba aku rindu dengan saat tu. Kalaulah masa boleh diputar semula.

“Hoi, berangan ke?!” Ada orang jerit dekat aku tiba-tiba. Aku toleh dan senyum bila nampak Faris tengah datang dekat aku.

“Dah habis kelas ke?” Aku tanya dia. Dia angguk. Rupanya dia ada kelas lain masa aku masuk kelas Miss Lynn tadi.

Aku baru nak buka mulut untuk cakap pasal Miss Lynn. Tapi tiba-tiba aku rasa macam tak nak cerita dekat Faris pasal Miss Lynn tu. Aku nak keep it as secret. Aku tak faham sebab apa tiba-tiba aku rasa macam tu. Rasa macam aku nak tipu Faris ni pulak. Tapi kenapa aku perlu tipu dia. Dia kan kawan aku?

“Jom teman aku makan. Aku laparlah.”Faris bersuara.

“Kat mana?” Aku tanya.

“Café sudahlah. Aku mana ada kereta nak bawa kau makan dekat luar.”

“Jomlah. Aku pun lapar.” Aku pun ikut dia melangkah ke café universiti.

Dalam hati aku fikir, nanti lambat laun Faris akan tahu juga yang Miss Lynn tu kakak Luthfi. Kalau aku tak cerita sekarang pun tak apa juga. Takkanlah dia nak kecil hati pasal tu saja. Dia kan kawan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience