Bab 29

Romance Series 5969

Bab 29

“Faris!” Aku laung kuat-kuat panggil nama dia.

Aku nampak dia dekat tepi bangunan makmal. Dia sorang aje masa tu sebab tu aku berani panggil dia. Rasanya baru hari ni lah yang aku betul-betul terserempak dengan dia. Selama ni hanya nampak kelibat dia aje. Sekali toleh dah hilang. Nasib hari ni aku jumpa dia betul-betul.

Faris berhenti berjalan dan tunggu aku datang ke arah dia. Aku pun jalan laju-laju ke arah dia. Bimbang nanti dia hilangkan diri pula. Aku memang dah lama nak cari dia untuk cakap pasal hal ni.

“Nak apa?” Faris tanya aku sebaik aku sampai dekat dia.

“Aku nak tanya kau sesuatu ni.” Aku cakap. Dia masih mendengar, tak menyampuk.

“Kenapa kau duduk dekat rumah Ayna?”

Faris masih lagi diam. Dari tadi asyik pandang aku. Aku pula tunggu jawapan dia. Wei, jawablah! Yang kau pergi tatap aku tak berkelip-kelip tu apa pasal?

“Apa masalah dengan kau kalau aku duduk dengan Ayna?” Akhirnya Faris menyoal aku balik. Jawapan yang aku tunggu tapi soalan yang aku dapat. Amendelah si Faris ni.

Tapi kan, nada suara dia lain macam sikit. Aku tak nampak macam dia marah bila aku tanya soalan tadi dekat dia. Sinis pun bukan juga. Rasa macam dia nak menduga sesuatu dari aku.

“Memanglah bukan masalah aku. Tapi kau sedar tak yang perbuatan kau duduk serumah dengan Ayna tu tak elok? Tak manis. Kau orang berdua tu tak ada ikatan apa-apa.” Aku cuba terangkan dekat dia perlahan-lahan. Nak bagi dia nampak yang apa yang dia buat tu salah.

“Dah dekat tiga minggu aku duduk dengan dia, Maya. Tak ada orang pun dekat kawasan rumah dia yang ambil kisah. Jadi apa masalahnya?” Aku rasa dia masih cuba menduga aku.

Aku geleng kepala. Macam tak percaya yang manusia dekat depan aku ni adalah Faris. Rasanya Faris yang aku kenal jauh lebih matang daripada ni. Kenapa dia berperangai macam ni?

“Memang tak ada orang kisah. Tapi kau kenalah sedar sendiri yang apa yang kau buat ni salah. Kalau mak ayah kau tahu macam mana?” Aku masih cakap elok-elok lagi dekat dia.

“Kalau tak ada orang bagi tahu, mereka takkan tahu. Lainlah kalau kau nak buka mulut.” Dia macam perli aku pula tiba-tiba. Tapi aku tak terasa pun. Memang aku tak nak pun bagitahu mak ayah dia. Nanti aku juga yang rasa bersalah kalau buat diaorang risau.

“Faris, kau tak ada buat apa-apa dekat Ayna kan?” Tiba-tiba aku terfikir nak tanya soalan tu. Aku rasa aku kena ambil tahu sebab Ayna tu kawan aku juga. Memang aku rasa Faris bukan jenis lelaki yang macam tu, tapi aku tetap rasa yang aku patut tanya soalan ni dekat Faris.

Faris angkat kening.

“Buat apa?” Dia masih lagi macam nak menduga sesuatu dari aku. Aku mengeluh. Takkan dia nak aku cakap terang-terang buat apa. Bongok juga dia ni! Haa, kan dah kena maki free dengan aku.

Tiba-tiba Faris bergerak menghampiri aku. Mula-mula aku diamkan diri, tak bergerak pun. Tapi aku tengok semakin lama dia semakin hampir dengan aku. Aku terpaksa berundur. Nasib aku tak baik sebab aku berdiri membelakangkan dinding bangunan. Aku mengundur sampai belakang aku rapat ke dinding. Faris masih berjalan menghampiri aku.

“Faris! Kenapa dengan kau ni?” Aku tanya dia. Rasa macam nak menangis. Aku jadi takut tiba-tiba bila tengok muka dia. Dah lah tak ada orang pun lalu dekat kawasan sini.

Faris berhenti bila kita orang betul-betul dekat antara satu sama lain. Jarak antara aku dengan Faris sangat dekat sehinggakan aku dapat rasa nafas dia pada muka aku. Aku palingkan muka aku. Takut nak pandang Faris sebab rasa muka dia sangat dekat dengan aku.

“Kau jealous ke aku duduk dengan Ayna?” Dia soal. Rasa suara dia dekat sangat dengan telinga aku. Jantung aku berdegup kencang sebab terlalu takut dan cuak.

“A…aku bukan jealous. Ak… aku Cuma ta…tak suka. Sebab benda tu tak elok.” Aku beranikan diri menjawab. Tapi terfikir juga, kenapa dia ingat aku jealous?

Faris geleng kepala.

“Aku rasa kau jealous. Kau jealous tengok aku dengan Ayna. Nak tahu kenapa? Sebab kau suka dekat aku.” Dia cakap lagi. Kali ni memang betul-betul dekat telinga aku. Tiba-tiba aku rasa yang Faris ni dah gila. Macam mana dia boleh fikir macam tu?

Aku paling muka dan pandang muka dia betul-betul. Aku beranikan diri untuk pandang terus ke mata dia. Dia pun sama, tengah merenung mata aku.

“Aku minta maaf, Faris. Tapi anggapan kau tu salah. Aku langsung tak ada perasaan istimewa dekat kau. Kau pun tahu hati aku dekat siapa, kan? Dan kalau kau ingat kalau kau boleh gunakan Ayna tu untuk buat aku cemburu, nampaknya kau silap.” Aku cakap dengan tegas dekat dia. Aku perasan riak muka dia berubah sikit.

“Aku nasihatkan kau ni sebab aku ambil berat dekat kau sebagai seorang kawan. Tapi nampaknya kau dah salah faham niat aku ni. Rasanya lebih baik aku tak payah cakap apa-apa lagi dekat kau lepas ni.” Aku cakap lagi. Faris berundur setapak selepas dengar aku cakap macam tu.

“Aku dah sambung semula hubungan aku dengan Luthfi. Dan aku harap, kalau kau betul sukakan aku, kau boleh doakan kebahagiaan aku dengan dia.” Aku cakap lagi. Entah macam mana, aku dapat idea untuk cakap benda ni semua dekat Faris. Aku tengok Faris masih merenung aku. Ada sesuatu yang dia tengah fikirkan.

Tapi aku dah malas nak layan dia dah. Nampak gayanya Faris yang aku kenal dah berubah sepenuhnya. Aku rasa aku takkan selesa berkawan dengan dia lagi lepas ni kalau dia terus berperangai begini. Memang aku sayang persahabatan kami, tapi aku rasa Faris yang tak fikirkan langsung persahabatan kami ni. Dia buat aku tak selesa berkawan dengan dia lagi lepas ni.

Aku baru mengatur langkah nak tinggalkan dia. Rasanya perbualan aku dengan dia tadi dah tak akan kemana-mana. Lantak dialah nak buat apa. Faris dah besar. Patutnya dia tahu apa yang betul dan apa yang salah. Tapi belum pun setengah meter aku berjalan, Faris tarik aku dan sandarkan aku ke dinding. Kali ni dia pegang bahu aku supaya aku tak dapat lari dari dia.

Aku cuba tolak badan dia. Tapi dia telalu kuat untuk aku meronta. Aku jadi panik! Apa dia nak buat ni?

“Jangan ingat kau boleh bahagia dengan dia, Maya! Aku akan pastikan yang kau akan jadi hak aku. Kau ingat tu!” Dia cakap tu betul-betul dekat muka aku. Aku terkaku sebab terlalu takut dan risau yang dia akan buat sesuatu yang tak elok dekat aku. Nasib baik dia lepaskan aku sebaik dia habis cakap. Aku pun terus lari sekuat hati dan tinggalkan dia seorang tanpa menoleh ke belakang lagi.

************************

Aku rasa memang aku dah tak boleh berkawan dengan Faris lagi lepas ni. Walaupun aku sedih sebenarnya nak lupakan pesahabatan aku dengan dia macam tu saja, aku rasa ini adalah jalan terbaik.

Bukan aku lupa segalanya apa yang dah aku lalui semasa aku dengan Faris. Semua aku masih ingat satu per satu. Dia lah tempat aku meluahkan rasa sedih dan kecewa aku setelah berpisah dengan Luthfi dulu. Aku tahu, dia yang banyak teman aku dan buat aku lupa kesedihan aku. Dia buat aku tak rasa sunyi di saat Ayna abaikan aku.

Kenangan aku balik kampung dengan dia dari zaman matrikulasi sampai ke universiti ni pun aku ingat. Aku juga tak lupa macam mana aku dengan Faris boleh masuk ke universiti yang sama walaupun sebenarnya Faris lebih layak belajar di univesiti yang lebih terkemuka sebab keputusan matrikulasi dia bagus. Dia juga yang banyak tolong aku dalam pelajaran selama ni.

Pendek kata, dia ada di sebelah aku di saat aku jatuh dan bangun. Macam mana aku nak lupa persahabatan kita orang ni dengan mudah saja? Aku tahu memang susah.

Tapi, aku kena juga buat keputusan yang susah ni kalau aku nak hidup bahagia. Aku tahu bunyinya seperti aku ni orang yang pentingkan diri. Nampak sangat yang aku ni hanya pentingkan kebahagiaan aku dan abaikan perasaan Faris dekat aku macam tu saja.

Tapi rasanya, kalau orang lain berada dekat tempat aku pun mereka akan tetap buat keputusan yang sama macam yang aku buat ni. Bukan aku tak pernah pertimbangkan perasaan Faris dekat aku. Aku dah pernah cuba fikir pasal hal tu sebenarnya. Dan hakikatnya, aku tak boleh nak paksa hati aku untuk suka dan sayang dia lebih dari seorang kawan. Seribu kali aku fikir pun jawapannya tetap sama. Aku sayang dekat Luthfi. Hati aku dah lama menjadi milik dia sejak lama dulu lagi. Sebelum aku jumpa dengan Faris semula.

Mungkin jika aku dipertemukan dengan Faris terlebih dahulu, semuanya akan berbeza. Tapi apa yang terjadi ialah hati aku sudah terlebih dahulu terikat dekat Luthfi. Aku rasa aku dah tak boleh buat apa-apa lagi dah. Lebih-lebih lagi sekarang Luthfi dah jauh berubah daripada Luthfi yang aku kenal dulu. Dia sekarang lebih matang dan berfikiran jauh. Dan aku rasa sangat selesa bila bersama dengan dia.

Perasaan dia sangat berbeza dengan bila aku dengan Faris. Aku rasa Faris terlalu memaksa dan tak fikirkan perasaan aku langsung.

Faris dah banyak kali datang jumpa aku kebelakangan ni. Dan setiap kali dia jumpa aku dia akan tanya kenapa aku tak boleh terima dia macam mana aku terima Luthfi. Dia tanya aku apa kurangnya dia berbanding Luthfi. Aku pula dah banyak kali cuba terangkan dekat dia yang aku tak boleh paksa perasaan aku. Perasaan aku dekat Luthfi pun lahir dengan sendirinya tanpa dipaksa-paksa.

Tapi bila aku cakap macam tu dekat dia elok-elok, Faris marah-marah. Aku lagilah tak suka dia kalau dia marah macam tu. Dia yang cari pasal, dia pula yang marah. Sebab itulah aku rasa tak selesa dengan dia sekarang ni.

“Aku dah keluar dari rumah Ayna. Aku dah duduk hostel balik.” Faris cakap dekat aku masa aku terserempak dengan dia dekat bilik kuliah. Masa tu aku dah habis kelas, dia pula baru nak masuk kelas yang lain dekat bilik kuliah tu.

“Habis tu?” Aku jawab acuh tak acuh sebab malas nak layan dia.

“Bukan ke itu yang kau nak? Aku dah buat pun sekarang. Aku buat demi kau.” Dia dah mula ayat drama dia dekat aku. Nampak macam dia terdesak sangat. Kenapalah dia boleh jadi begini?

“Faris, kau duduk dekat mana atau dengan siapa, bukan urusan aku semua tu. Aku tegur kau dulu sebab aku rasa kau dengan Ayna sama-sama kawan aku dan aku tak nak korang berdua buat benda yang salah.” Aku cakap elok-elok dekat dia.

“Jadi kau tak kisah ke kalau aku duduk dengan Ayna sekali pun?” Dia soal aku lagi.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku tak mengerti macam mana dia tak boleh faham teori simple aku tu. Rasa budak tadika pun kenal dosa dan pahala. Takkan budak pandai macam dia ni tak tahu?

“Kalau kau rasa kau bersekedudukan dengan perempuan bukan muhrim dengan kau tu tak salah, teruskan lah Faris. Aku tak kisah langsung.” Aku cakap perlahan-lahan dekat dia. Tapi aku saja nak sinis-sinis dengan dia bagi dia terasa.

“Kau ni macam mana sebenarnya, Maya? Hari tu kau kata tak suka aku duduk rumah Ayna. Sekarang tak kisah pula! Apa yang kau nak ni sebenarnya?” Suara Faris naik sedikit.

Aku pandang muka Faris dengan perasaan yang sungguh tidak percaya. Apa yang ada dalam otak dia sebenarnya ni sampai perkara mudah macam tu pun dia salah tafsirkan.

Disebabkan aku rasa geram dan rasa menyampah dari nak terus layan dia, aku pun blah aje dari situ. Lantak Farislah nak buat apa pun.

Aku pernah cerita dekat Luthfi tentang perubahan si Faris sekarang ni. Luthfi pun macam tak percaya yang Faris sampai jadi macam tu sebab setahu dia, Faris ni seorang yang matang dan pandai. Memang pun Faris seorang yang matang dan pandai. Tapi dulu aje. Sekarang ni aku tak tahu ke mana hilangnya kematangan dan kepandaian dia tu.

Tapi dalam hati aku bersyukur juga Faris dah tak duduk dengan Ayna. Aku bukan risau apa. Ayna tu memang aku risaukan jugalah sebab dia kawan aku. Tapi aku lagi risau kalau mak ayah Faris tahu. Aku dah anggap dia orang tu macam mak ayah aku juga dah. Jadi aku tak nak lah buat diaorang risau. Memang payah kalau anak-anak ni kalau nak buat sesuatu benda langsung tak fikirkan mak ayah. Harap aku esok-esok tak ada lah dapat anak-anak yang macam tu. Kalau tak mahu sakit darah tinggi aku.

Tiba-tiba aku baru teringat. Minggu depan Luthfi kena pergi Sabah. Tiga hari lepas dia beritahu aku. Nampak gayanya aku kena redha ajelah menempuhi hari-hari tanpa dia di sisi. Chewaah!

Perasaan mengada-ngada apakah yang datang ini? Rasanya aku ni memang dah selalu kena tinggal dengan dia. Kadang-kadang macam dah jadi rutin setiap bulan pun. Aku sedar yang dia tu dah berkerjaya. Aku ni masih di bangku sekolah lagi. Jauh bezanya tu.

Tapi walau apa pun yang jadi selepas ni, aku dengan Luthfi dah berjanji untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Luthfi pun dah tahu yang kurang kepercayaan dalam hubungan tu akan mengeruhkan keadaan. Haha! Macam pakar motivasi pula ayat aku.

Rasa macam dah rindu pula dekat dia. Padahal dia bukan pergi Sabah lagi pun. Aku capai telefon bimbit. Nasib baik ada gambar dia dekat sini. Boleh lah melepaskan rindu!

*********************

Aku rasa aku ni jarang naik angin betul-betul. Jadi setiap kali aku naik angin memang susah aku nak reda. Aku tahu orang yang buat aku naik angin ni pun dah tahu aku ni macam mana. Tapi dia sengaja juga buat aku marah. Ini yang buat aku lebih sakit hati.

Ini semua Luthfi punya pasal. Kalau dia tak tinggalkan ‘harta’ dia tu dengan aku mesti perkara ni tak akan terjadi. Tapi aku pun silap juga. Yang aku pergi setuju tanpa berfikir panjang tu buat apa?!

Lepas fikir semula lima belas kali baru aku rasa si Faris tu yang salah sebenarnya. Dia yang buat tuduhan melulu dekat aku dan keluarkan ayat yang memang berjaya aku naik darah dekat dia.

Aku melangkah pergi kelas di bangunan akademik dengan hayunan langkah yang agak laju dari biasa. Kalau orang tengok mesti dia orang ingat aku ni tengah berlatih untuk acara olahraga jalan kaki. Dah aku ni tengah mendidih. Mana boleh aku nak jalan macam kura-kura. Tak feel lah perasaan marah aku tu.

Aku masuk kelas dan terus duduk tanpa pandang atau tegur siapa-siapa. Nasib baik tak ada orang pun yang minat nak bertegur sapa dengan aku. Kalau tak kesian dekat orang tu nanti kena maki free dengan aku walaupun tak bersalah.

Aku kerling jam di tangan. Nampak gayanya pensyarah aku ni lambat masuk. Sempatlah agaknya kemarahan aku ni reda dulu agaknya. Tak best pun nak belajar kalau tengah hangat hati macam ni.

“Boleh tolong tak?” Aku teringat pertanyaan Luthfi minggu lepas semasa dia bawa aku keluar makan tengahari. Sempat juga aku berangan teringat dekat dia.

“Tolong apa?” Aku tanya dia balik.

“Saya kena pergi Sabah minggu depan.” Dia beritahu aku.

“Alaa… Selalu kena tinggal.” Aku buat-buat merajuk. Padahal aku tak ada apa-apa pun setakat kena tinggal berhari-hari macam tu.

Dia pun tahu aku merajuk main-main agaknya sebab itu dia ketawa tengok aku.

“Serius lah. Saya nak minta awak tolong jagakan encik Vios saya tu.” Dia cakap lepas gelak.

Aku angkat kening.

“Kenapa nak saya jaga pula? Biasa awak tinggal aje dia tu tak payah berjaga-jaga sangat pun.” Aku pelik juga sebab biasanya dia tinggal kereta dia tu dekat airport aje.

“Sebab tak ada orang jagalah encik Vios tu merana, tahu tak? Kalau saya balik mesti ada something wrong aje dengan dia. Pancitlah, calarlah, cermin retaklah. Macam-macam.” Dia cerita dekat aku. Yeke? Baru ni lah aku tahu. Kesian pula dengar kisah sedih dia tu.

“Macam mana cermin boleh retak? Mesti awak tinggal aje dekat airport tu tengah-tengah panas lepas tu tak buka tingkap sikit. Memanglah retak.” Aku membebel dekat dia.

“Buka tingkap? Lagilah bahaya tinggal dia tak tutup tingkap rapat-rapat.” Dia cakap sambil kerut dahi. Comel pula muka dia macam tu. Ahaks!

“Bukan suruh buka luas-luas pun. Buka sikit aje bagi tekanan udara panas dari dalam kereta boleh dikurangkan.” Aku terang dekat dia. Rasa macam cikgu sains pula. Tapi bukan dia lagi pandai dari aku ke? Takkan tu pun tak tahu?

“Oooo… macam tu ke?” Dia cakap sambil angguk. Sah dia tak tahu! Nampaknya ada juga perkara yang aku tahu tapi dia tak tahu. Terasa diri ini cerdik seketika.

“Yelah… Tapi kan, awak bukan banyak duit ke? Kalau setakat sikit-sikit macam tu boleh aje kan awak hantar repair.” Aku usik dia.

“Cik adik, kalau asyik keluar duit aje untuk benda-benda macam tu, lambatlah saya boleh meminang awak nanti. Kalau tak nak tolong tak payahlah. Nanti jangan marah kalau duit hantaran kurang.” Dia buat-buat merajuk. Giliran aku pula ketawa tengok dia. Sambil tu, hati dah kembang. Tak sangka ada juga niat dia nak meminang aku. Haha!

“Ada ke saya cakap tak nak tolong awak?” Aku cakap dekat dia. Lepas tu dia senyum. Nampak gayanya kenalah aku hantar dia pergi airport hari tu nanti.

Jadi disebabkan Luthfi dah pergi Sabah, tinggallah Vios putih kesayangan dia tu dengan aku dekat hostel. Dan sebab aku pun ada lesen memandu sendiri, dia bagi bonus dengan izinkan aku jalan-jalan dengan kereta dia tu. Dah lah tangki minyak kereta dia tu penuh. Memang syok lah!

Tapi aku tak pergi jalan ke mana-mana pun. Paling tidak pun aku bawa kawan-kawan sekelas keluar makan tengahari dekat luar. Bosan juga sebenarnya kalau asyik menghadap lauk-pauk dekat café tu aje. Sekali-sekala tukar angin tersangatlah best sebenarnya.

Lagipun, aku nak keluar ke mana sangatlah dengan assignment dan test yang menggunung sampai ke langit. Rasa hidup aku ni sibuk dengan belajar ajelah jawabnya. Lainlah Luthfi. Kalau bukan syif dia bekerja, bolehlah dia pergi enjoy merata-rata tempat.

Tapi kebaikan aku untuk tolong jaga kereta Luthfi tu nampak gayanya telah buat seseorang tu tersalah tafsir. Kalau orang tu baru kenal aku sehari dua, rasanya aku boleh maafkan lagi kalau dia cakap ayat macam tu. Tapi masalahnya si Faris yang pernah jadi kawan aku yang paling baik! Tak sangka sungguh.

“Patutlah kau tak suka dekat aku, Maya. Aku tak kaya macam Luthfi. Tak ada kereta untuk bagi kau. Tak boleh belikan kau macam-macam. Aku tak tahu rupa-rupanya kau suka lelaki kaya yang boleh beri kau macam-macam!Kaki kikis juga kau ni rupanya ye?” Faris cakap macam tu dekat aku lepas dia datang serang aku dekat café semasa aku tengah seronok bersarapan pagi.

Dahlah dia datang tak bagi salam. Lepas tu terus tuduh aku macam tu. Aku rasa menyampah sangat tengok muka dia pada masa tu sampaikan aku berhenti makan dan lempang muka dia.

Memang dekat café masa tu ada ramai orang. Dan semua orang dekat situ pandang aku dengan Faris. Tapi aku dah tak nak peduli dengan semua tu. Faris jelas terkejut dengan tindakat aku menampar dia depan orang ramai. Biar padan dengan muka dia.

Aku tak habiskan makanan pun aku sebab selera aku dah hilang. Aku angkat beg dan barang-barang aku dan nak bergerak menuju ke kelas.

“Rasanya sampai bila-bila pun aku takkan suka dekat kau sebab perangai kau yang macam ni. Berkawan dengan kau pun aku dah tak hingin lah! Lagi kau nak aku suka kau lebih dari kawan?” Aku cakap dan geleng kepala tengok dia. Aku sengaja sinis dekat dia. Bagi dia sedar dan terasa.

Bunyi pintu bilik kuliah terbuka mematikan lamunan aku yang panjang berjela-jela tu. Pensyarah aku dah masuk. Rasanya hati aku pun dah sejuk sikit. Minta-minta dapatlah aku belajar dengan tenteram hari ni.

****************

Luthfi senyum aje bila aku cerita dekat dia tentang apa yang berlaku dekat aku dan Faris. Dia baru aje sampai dari Sabah dan aku kena pergi ambil dia dekat airport. Sebab dia kata dia lapar, jadi aku kenalah teman dia pergi makan dekat airport ni juga. Dahlah makanan dekat sini mahal-mahal belaka. Nasib baik dia yang belanja. Memang harus dia belanja pun sebenarnya sebab dia yang ajak makan dekat airport ni sebab dia malas nak pergi tempat lain.

“Tahu dah. My sister dah cerita dah dekat saya pada hari kejadian lagi. Beriya-iya dia cerita dalam telefon.” Dia cakap dekat aku lepas penat aku bercerita.

“Hah? Mana Miss Lynn tahu?” Aku tanya.

“Dia cakap dia tengah makan dekat café masa awak tampar Faris tu.” Dia cakap sambil hirup kopi dia.

Aku pejam mata. Miss Lynn pun ada dekat situ ke masa tu? Sungguh aku tak perasan. Manalah aku nak perasan, aku kan tengah marah. Alamak! Malunya!

“Tak sangka awak garang sampai macam tu sekali. Siap tampar lagi.” Dia cakap dekat aku sambil sengih. Lagi rasa malu tiba-tiba. Kantoi dengan dia aku ni garang! Haha!

“So dah tahu saya ni garang, awak kena behave lah.” Aku cakap untuk cover rasa malu.

Aku tengok dia tetap sengih dekat aku. Sambil tu sempat aku pandang dia betul-betul. Dia nampak segak betul bila pakai uniform pilot dia ni. Tak per nah aku tengok dia nampak sangat menarik macam ni. Dahlah muka dia pun handsome walaupun nampak sedikit penat. Macam mana nasib aku boleh untung sangat ni sampai ada lelaki handsome macam ni suka dekat aku. Aku ni dahlah tak cantik mana pun. Biasa-biasa aje. Dahlah orang kampung. Lainlah dia, anak tan sri. Aku ni apa lah yang ada.

“Apa tengok-tengok?” Dia tegur aku lepas perasan aku menghendap dia. Ingatkan tak perasan tadi. Sebab asyik minum kopi tu aje.

“Tengok awaklah. Nampak letih je.” Aku cakap dengan jujur. Walaupun hanya dua puluh peratus aje jujur aku tu.

“Tak letih pun. Tengok awak terus saya jadi segar.” Dia cakap sambil senyum lebar. Mulalah dia nak keluarkan ayat-ayat ala romantis tu.

“Hey, Luthfi. Breakfast dengan siapa ni?” Tiba-tiba aku dengar ada orang menyapa Luthfi dari belakang aku. Aku terus toleh sebab suara tu suara perempuan.

Dan bila aku toleh, aku tengok ada seorang perempuan yang tinggi lampai dengan muka pan-asia tengah pandang aku dengan Luthfi sambil senyum manis. Aku agak dia ni pramugari berdasarkan uniform yang dia pakai. Dalam hati sempat juga aku puji kecantikan perempuan ni. Flawless gila muka dia! Bau pefume dia pun sedap.

“Adik you ke?” Dia tanya lagi sebab Luthfi tak menjawab soalan dia mula-mula tadi.

Aku tengok Luthfi geleng sambil sengih dekat perempuan tu. Aik? Boleh sengih-sengih dengan perempuan lain pula depan aku. Berani betul dia!

“Wrong guess, she’s not my sister. Try again.” Luthfi main-main pula dengan perempuan ni. Aku bagi dia pandangan tak puas hati.

“Maybe your friend?” Perempuan tu teka lagi.

Luthfi geleng lagi. Dia masih lagi senyum. Lepas tu dia pandang aku.

“Maya, kenalkan, this is Tasya. Tasya, this is Maya, not only just friend. Girlfriend.” Dia kenalkan aku dengan perempuan tu.

Tasya hulur tangan untuk salam aku dan aku sambut salam dia tu.

“Tasya.” Dia cakap dekat aku sambil senyum.

“Maya.” Aku balas balik dengan senyuman juga.

“Seriously your girlfriend? I tak tahu pun yang you’re in a relationship.” Dia cakap dekat Luthfi.

“Of course lah you tak tahu. You all tak pernah tanya pun. Terus mengorat I. She’s my high school sweetheart, by the way.” Luthfi cakap pula.

Hah? Pramugari-pramugari ni semua mengorat dia? Gilalah! Dahlah cantik. Yang dekat depan aku ni pun dah cun habis. Yang lain pun mesti muka-muka model jugalah. Confirm! Alamat tergugatlah aku nanti. Huwaa! Macam mana ni?

“Okeylah. Nasib baik you dah bagitahu you dah ada sweetheart. So bolehlah I try mengorat orang lain pula lepas ni.” Tasya cakap lagi.

“Silakanlah. I’m taken already.” Luthfi cakap.

Tasya tu gelak aje. Tiba-tiba rasa tak suka dekat Tasya ni. Tadi rasa aku okey aje dengan dia.

“Okeylah, have fun you two.” Tasya cakap dan terus berlalu dari situ.

Aku alih pandangan aku dari Tasya yang berlalu pergi tu kepada Luthfi yang tengah duduk depan aku ni. Dia masih lagi senyum.

“Amboi, lebarnya senyuman tengok perempuan cantik…” Aku perli dia.

“Mestilah.” Dia balas. Aku besarkan mata tengok dia. Tiba-tiba rasa geram tengok dia. Dia ketawa lagi kuat tengok aku geram. Lagi aku geram.

“Tahulah saya ni tak cantik. Kurang serba-serbi pula tu.” Aku cakap dengan nada sedih. Memang rasa sedih pun. Rasa nak merajuk pun ada.

“Siapa kata awak tak cantik?” Dia tanya aku.

“Tak ada orang pun cakap saya cantik. Maknanya tak cantiklah tu.” Aku jawab tanpa pandang dia.

Luthfi senyap. Aku angkat muka nak pandang dia sebab dia tiba-tiba senyap. Aku tengok dia pun tengah pandang aku.

“Jealous ke?” Dia tanya aku, menduga.

Aku diam dan alihkan pandangan aku dari memandang dia. Malas nak jawab soalan tu. Dalam hati rasa dah merajuk dah.

“Sayang…” Dia cakap. Aku pandang dia semula. Dia cakap apa tadi?

“I love you for who you are. And I think you’re beautiful enough. Tak pakai make up tebal-tebal pun dah cantik. Kan, sayang?” Dia cakap lagi dengan nada memujuk. Aku bulatkan mata dengar dia cakap.

“Apa awak panggil saya tadi?” Aku tanya dia.

“Sayang…” Dia jawab.

Aku gelak sambil geleng kepala.

“Kenapa?” Dia pelik tengok aku geleng-geleng.

“Seganlah panggil macam tu. Tak payahlah.” Aku cakap sambil sengih. Rasa malu pula bila dengar dia panggil aku ‘sayang’. Tapi dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku.

Aku tengok Luthfi pun senyum.

“Okey. Saya simpan panggilan tu untuk lepas kita kahwin.” Dia cakap sambil hirup dan habiskan kopi dia.

“Okey, deal.” Aku setuju. Tak pandang pun muka dia sebab rasa segan bila dia cakap pasal kahwin dengan aku. Bila agaknya aku dapat kahwin dengan dia ye? Haha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience