Bab 2
Pandanganku masih lagi berpinar-pinar sewaktu aku cuba membuka mata. Setelah beberapa ketika, barulah pandanganku beransur jelas. Sebaik sudah benar-benar tersedar aku segera melihat ke segenap penjuru. Kat mana pulak aku ni?
“May? Kau dah sedar? Kau okey tak?” Sapa satu suara.
Aku menoleh. Wajah rakanku, Ayna kelihatan sedikit cemas. Ayna merupakan rakan sekelasku sejak tingkatan satu lagi. Dan dia juga sedorm denganku sejak tingkatan tiga lagi. Pendek kata, aku dan Ayna agak rapat dan banyak mengjabiskan masa bersama.
“Aku kat mana ni?” soalku dengan suara yang sedikit lemah.
“Kat hospital. Kau pengsan tadi masa nak pergi prep tadi. Nasib baik ada budak jumpa kau dan pergi bagitau warden. Kalau tak entah apa jadi kat kau tau.” Terangnya panjang lebar.
Heh! Mesti budak yang langgar aku tadi tu lah. Eh, kejap! Dia yang langgar aku ke, aku yang langgar dia? Aku pun dah tak ingat sebab waktu tu memang aku betul-betul pening. Yang aku tahu kami berdua memang berlanggar.
“Kau kenal tak budak tu?” Soalku. Mana tahu aku boleh korek sedikit sebanyak tentang dia.
“Entah. Aku tak jumpa dia pun. Tapi dia yang dukung kau masuk dalam kereta warden sebelum aku kena panggil untuk temankan kau kat hospital ni.”
Apa? Dia dukung aku? Wei, biar betul ni?! Mujur ayat itu tidak keluar dari mulut aku. Kalau tidak buat malu aku aje depan Ayna. Dah lah malu kene dukung dengan orang yang aku tak kenal.
Ah, lantaklah! Aku tak kenal dia. Dan dia pun belum tentu kenal aku. Aku bukan popular pun kat sekolah tu. Siapa sangatlah yang kenal dengan Maya Asyikin? Entah-entah semut kat dewan makan pun tak pernah dengar nama tu.
“May! Weh, Maya! Kau okey tak ni?”
Panggil Ayna yang risau kerana aku tiba-tiba memejamkan mataku. Aku pejam bukan sebab sakitlah.Aku pejam sebab malu dengan kaulah, Ayna. Kataku di dalam hati.
“Aku okey.” Balasku.
“Doktor cakap apa pasal aku pengsan ni?”
Risaulah pula aku manalah tahu entah-entah aku ni menghidap penyakit yang serius ke apa ke. Kenelah ambil tahu juga. Kalau tidak aku juga yang susah. Dah sampai jatuh pengsan pula.
“Dehydration. Kau puasa kan hari ni? Doktor suruh berbuka. Tadi kau dah kene masuk air satu botol. Tu tengok tangan kau berlubang.”
Ayna kalau menerangkan sesuatu perkara memang detail. Tak sempat nak tanya soalan lain, semua sudah dijawabnya.
“Aku rasa aku dah bersahur pagi tadi.”
“Alah. Cuaca sekarang yang tak menentu. Hari ni memang panas terik sangat pun. Aku dah berbotol-botol minum air.” Katanya lagi.
Maknanya sekarang salah cuacalah. Bukan salah aku yang puasa. Lega sedikit hati aku mendengar ulasan Ayna itu.
“Habis sekarang ni macam mana? Bila aku boleh balik?”
“Doktor pesan tadi kalau kau dah terjaga dia suruh bagitahu nurse kat depan sana tu. Kejap aku panggil. Kau duduk diam-diam kat sini.” Kata Ayna sambil berlalu.
Aku dibenarkan keluar hari itu juga. Sementara aku menunggu giliran mengambil ubat, Ayna pergi menghubungi warden untuk memberi tahu bahawa aku sudah boleh pulang ke asrama.
“Bagus juga kau sakit.”
Eh, boleh pulak dia suka aku sakit. Apa punya kawan lah.
“Apa hal pulak?”Soalku.
“Tak pasal-pasal kita boleh ponteng prep. Dapat keluar pulak tu.”
Kami ketawa tidak semena-menanya. Memanglah seronok kalau difikirkan balik. Bagi pelajar yang tinggal di asrama seperti kami ini, keluar ke klinik pun sudah dianggap besar rahmat. Dapat tengok alam sekitar kononnya. Tidaklah terkurung di dalam kawasan sekolah sepanjang masa.
Kadang-kadang yang tidak sakit pun buat-buat sakit. Padahal sengaja mengada-ngada nak keluar. Dah pergi klinik kadang-kala boleh pulak membeli belah di kedai runcit yang berhampiran klinik. Siap ada rakan-rakan yang mengirim barang lagi. Kalaulah warden tahu, mati kami semua kena ceramah berjam-jam.
***
Petang itu, aku memutuskan untuk menghabiskan waktu prep di perpustakaan sekolah. Perpustakaan memanglah antara kawasan yang dibolehkan pelajar berada pada waktu prep. Akan tetapi, tidak ramai yang suka duduk di perpustakaan kerana penjaga-penjaga di perpustakaan akan melarang pelajar tidur.
Lain pula halnya kalau diblok tingkatan sendiri. Nak tidur, nak melompat, nak menyanyi, itu kau punya pasallah. Dan disebabkan itu juga Ayna tidak mahu mengikutku kemari. Alasannya, dia hendak tidur di dalam kelas sewaktu prep petang ini.
Aku pula kalau aku turut bersama Ayna di kelas kami di blok tingkatan, sudah tentulah kami akan tidur berjemaah. Aku memang pantang kalau ada orang tidur di hadapan aku. Mata aku nanti mulalah mengada-ngada jadi kuyu dengan sendirinya. Aku pula punya kerja sekolah yang menggunung hendak disiapkan. Maka terpaksalah aku berpisah sebentar dengan rakan baikku itu.
Latihan subjek matematik tambahan memang memeningkan kepala. Melihat soalan trigonometri yang diajukan pun sudah cukup membuat aku rasa ingin makan saja buku teks. Manalah tahu kalau-kalau aku boleh pandai tiba-tiba selepas menelan buku teks tersebut. Confirm selepas itu aku masuk buletin utama tv3.
“Hai, berkerut-kerut nampak?”
Entah makhluk mana yang datang dari mana pun aku tidak tahu menegurku. Spontan aku mengangkat kepala. Siapa pulak mamat ni? Err…kita kenal ke? Soal ku di dalam hati.
Melihat aku yang terpinga-pinga itu dia tersenyum lalu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan denganku. Eh, eh. Memandai pulak dia duduk dengan aku. Aku ada jemput dia duduk ke?
“Dah sihat dah?”
Soalannya yang mengandungi tiga patah perkataan itu sudah cukup membuatkan dunia yang sekarang ini aku berpijak berputar secara tiba-tiba. Rasa malu tiba-tiba terkumpul dimuka. Dimuka? Yalah, dah sebal muka aku berada dihadapan lelaki ini, tentulah malu itu duduk dimuka. Ke salah teori aku ni?
“Err…dah.”
Rasa bagai hendak tercabut kerongkong aku menjawab soalan itu.
“Alhamdulillah. Baguslah.”
“Apa yang bagus?” Soalku. Bagai orang bodoh pula rasanya menanyakan soalan itu.
“Baguslah awak dah sihat. Ingatkan saya dah langgar mati orang hari tu.”
Apa ingat kita ni accident kereta ke boleh langgar sampai mati. Ke dia tengah melawak? Lawak ke?
Aku pula hanya tersengih macam orang bodoh di situ. Nak cakap apa ye? Bukannya aku kenal dia pun. Dia yang mengada-ngada datang duduk dekat aku.
“Ma..ya A..syikin.”
Cepat-cepat aku menutup bahagian depan buku latihanku yang tertulis namaku disitu. Suka hati dia aje baca nama orang. Nak tahu tanyalah. Apa pulak main tilik-tilik buku orang. Dia hanya ketawa melihat tingkah lakuku. Geli sungguh hati dia nampaknya.
“Buat add math ke?” Tegurnya setelah dia melihat air muka ku yang kurang senang dengan tingkah lakunya sebentar tadi.
“Ha’ah.” Jawabku.
“Boleh jawab tak?”
“Err..adalah yang susah sikit tak boleh jawab.” Sempat juga aku jaga air muka. Jatuhlah saham aku kalau aku kata aku memang lembab dalam subjek ini.
“Nak saya tolong? Awak budak form 4 kan?”
Eh, ini sudah kira bagus ni. Daripada aku memerah otak memikirkan jawapan yang tak muncul-muncul juga setelah diperah beberapa kali, ini pula ada yang ingin membantu.
“Boleh ke?”
“Apa? Ingat saya tak boleh jawab ke? Setakat add math form 4 ni. Kacang ajelah.”
Amboi. Berlagak nampak!
“Okey. Kalau macam tu, soalan yang ini macam mana?”
Untung juga Madam Tan memberikan kami soalan yang agak susah. Boleh juga aku tengok kemampuan budak berlagak depan aku ini. Jangan harap eksyen saja lebih tapi apa pun tiada.
Namun ternyata omongannya bukan sekadar omong kosong semata-mata. Hampir ternganga aku melihat dia menyelesaikan masalah yang sudah 30 minit aku berfikir untuk menyelesaikannya sedangkan dia cuma menyiapkannya dalam 3 minit. Biar betul mamat ni?!
“Apa macam? Terer tak saya?” Soalnya.
Mahu tak mahu terpaksa juga aku mengangguk perlahan. Sudah sememangnya dia hebat. Sudah terbukti pun. Takkan aku hendak nafikan pula.
Waktu prep yang berbaki sejam setengah itu akhirnya aku habiskan bersama dia. Topik trigonometri yang selama ini bagai mahu terseliuh otak aku belajar kini nampak seperti senang pula. Nampak sajalah. Mungkin belum tentu senang lagi. Untung juga ada mamat ni. Siap kerja sekolah aku. Fikirku di dalam hati.
“Perpustakaan dah nak tutuplah. Tak nak balik ke?” Soalnya.
“Nak balik lah ni.” Balasku sambil mengemas buku-buku diatas meja perpustakaan itu. Kemudian kami bergerak keluar dari perpustakaan.
“Terima kasihlah ajar saya tadi. Tak pasal-pasal pulak awak tak buat kerja awak.” Ujarku lagi.
“Eh, ingat saya tolong percuma ke?”
Aku yang sedang mamakai kasut tersentak. Dia ni nak mintak bayar ke? Berapalah dia nak cas aku?
Melihat perubahan air mukaku sekali lagi dia ketawa.
“Belanja makan. Boleh?”
“Kat dewan makan. Bolehlah.” Jawabku.
“Aik? Dah dua kali tolong, nak belanja kat dewan makan aje?”
Dua kali? Bila pulak kali kedua? Dah melebih-lebih pulak mamat ni.
“Sampai sakit belakang saya angkat awak hari tu tau. Nak tak nak awak kena belanja saya juga. Tak kiralah bila. Saya tunggu.” Katanya.
Aduhai. Aku sudah hampir terlupa akan hal dukung-mendukung yang berlaku tempohari. Serta-merta mukaku terasa panas. Sebelum aku lebih malu di depan dia. Lebih baik aku cabut. Namun tidak jauh selepas aku mengatur langkah untuk pulang, dia melaung.
“Maya!”
Aku berpaling.
“Saya Luthfi. Tingkatan 6 Sains 2.” Beritahunya.
Ah, peduli apa aku! Yang penting baik aku selamatkan diri aku yang sedang malu ni. Hai, kalaulah si Ayna tahu, masaklah aku kena dengan dia.
Share this novel