Bab 16

Romance Series 5969

Bab 16

Abah dengan along aku pelik tengok aku sebenarnya. Dah seminggu aku balik, tapi aku tak bercakap banyak dengan mereka macam selalu. Bila abah tanya sama ada aku ada masalah atau tidak, aku mengelak dari jawab soalan abah. Aku tahu, kalau aku tipu, abah dapat membaca air muka aku. Tak sampai lima saat pun abah dah tahu yang aku tak bercakap benar. Abah kenal aku lebih dari aku kenal diri aku sendiri.

Faris masih hantar mesej dan telefon aku walaupun aku tak pernah balas mesej dia ataupun jawab panggilan dia. Hati aku sebak bila tengok telefon Samsung Corby aku tu. Aku ingat sangat, Luthfi yang hadiahkan telefon tu dekat aku lepas dia habis tingkatan 6 dulu. Dia bagi telefon tu dulu supaya senang dia dengar suara aku bila dia rindukan aku.

Lagi sebak bila tengok gambar dia dengan aku dekat wallpaper telefon tu. Teringat lagi dia yang set gambar wallpaper tu supaya aku selalu ingat dekat dia. Tapi sekarang ni, dia ingat lagi ke dekat aku?

Tapi sekarang dia langsung tak telefon aku. Dah seminggu aku tunggu dia telefon atau SMS aku. Manalah tahu kalau dia masih sayangkan aku dan nak jernihkan semula keadaan kita orang ni. Tapi dia tak telefon ataupun SMS. Dia tak rindu aku ke? Dia tak tahu ke yang setiap hari aku menangis sebab terlalu rindukan dia?

Aku bukan tak pernah cuba hubungi dia. Malah setiap hari aku SMS dan telefon dia. Tapi setiap kali aku telefon, telefon dia mesti ditutup. Kalau aku SMS pun tak pernah sampai dekat dia. Semuanya pending. Agaknya dia memang dah benci dekat aku. Dia kalau boleh tak nak dengar suara aku dan tak nak ingat apa-apa pun tentang aku.

Bila aku gagal hubungi Luthfi, aku cuba hubungi Ayna. Tapi bila aku telefon Ayna, perkara yang sama terjadi pada aku. Kenapa Ayna tak nak jawab telefon aku? Aku kan kawan baik dia? Atau dia tetap sebelahkan sepupu dia tu.

Kenapa dia orang berdua ni? Benci sangat ke mereka dekat aku? Besar sangat ke salah aku?

Bila fikir-fikir balik, aku jadi tension pulak. Rasa macam banyak sangat soalan yang tak ada jawapan. Tak ada ke orang yang murah hati nak expain semua ni dekat aku?

Tengah aku duduk dalam bilik seorang diri dan betapa dengan kesedihan aku ni, tiba-tiba telefon aku berbunyi lagi. Aku tengok nama Faris terpapar dekat skrin. Alangkah bahagianya aku kalau nama Luthfi yang ada dekat situ. Kenapa bukan dia yang telefon aku.

Lama aku pandang telefon tu berdering. Tapi aku tak tahu nak jawab atau pun tak. Akhirnya aku rasa aku patut jawab juga panggilan Faris tu. Takkan selama-lamanya aku nak senyap dengan dia. Mesti dia risau dekat aku. Lagipun, dia saja kawan yang aku ada sekarang ni.

Aku baru nak tekan butang untuk jawab telefon tu tapi tak sempat sebab dah lama sangat aku biarkan dia berdering. Aku ingatkan Faris dah tak nak telefon balik lepas tu tapi tak sampai sesaat telefon kembali berdering. Terus aku jawab.

“Assalamualaikum…” Dia bagi salam selepas diam dua saat.

“Waalaikumussalam…” Aku pun jawab selepas diam dua saat juga.

“Hidup lagi rupanya…” Dia cakap dekat hujung talian.

Aku tergelak dengar dia cakap macam tu. Dia ingat aku dah mati rupanya. Tapi bila aku sedar, rasanya inilah kali pertama aku ketawa semula selepas kejadian hari tu.

“Macam kecewa je bila tahu aku hidup lagi.” Aku cakap balik dekat dia.

“Isy! Mana ada. Aku lega bila dapat tahu kau hidup lagi tau tak?” Dia balas.

Aku diam lima saat. Dia pun sama.

“Sorry aku tak jawab call dan balas sms kau seminggu ni.” Aku cakap perlahan dekat dia. Rasa malu dengan diri sendiri sebab buat macam tu dekat dia.

“Aku risau tau tak.” Pendek dia jawab. Tapi kedengaran macam sangat ikhlas dia risaukan aku.

“Lain kali jangan buat macam ni lagi. Aku nyaris nak pergi rumah kau esok, nak verify kau hidup lagi ke tak.” Dia cakap lagi. Aku senyum lagi. Rasa lega tiba-tiba sebab dapat senyum dan gelak dengan dia. Kenapa tak dari minggu lepas lagi aku bercakap dengan dia ye?

Tanpa aku sedar, dekat dua jam aku berborak dengan dia. Berhenti pun sebab aku dah tertidur dengar dia bercerita. Boleh jadi pengipur lara betul si Faris ni!

BUAT JULUNG-JULUNG kalinya, abah nak bawa kami sekeluarga berjalan-jalan sebab dah masuk musim cuti sekolah. Jadi abah dapat cuti lebih sikit. Along pun cuti juga. Aku lainlah, memang dah lama bercuti sebab masih kena tunggu keputusan peperiksaan matrikulasi dulu, baru boleh masuk universiti.

Puas aku ajak abah pergi tempat lain, tapi abah dengan along tetap bersepakat dan bermuafakat untuk pergi Cameron Highlands. Mentang-mentanglah dekat aje nak pergi situ sekarang ni sebab ada jalan yang baru buat untuk terus ke Cameron Highlands dari Kuala Lipis ni. Lainlah dulu, Cameron Highlands tu sangatlah jauh. Kalau nak pergi, kena lalu Kelantan dulu atau tak pun kena pergi Perak.

“Ajaklah anak Pak Ucu Hamdan tu sekali. Lagipun kereta ada kosong lagi ni.” Along dengan murah hatinya telah mencadangkan perkara tersebut dekat aku.

Bila fikir balik, bagus juga kalau si Faris tu ikut. Dia tu best juga kalau di ajak berborak. Tak adalah bosan sangat nanti. Jadi aku pun terus lah telefon Faris untuk tanya sama ada dia available atau pun tidak untuk ikut kita orang.

Lepas dia minta kebenaran dari ayah dia, dia pun setuju nak ikut kita orang. Hoyeh! Tak adalah aku kena borak dengan along tu je nanti. Tapi, bila fikir semula, aku seorang aje perempuan. Yang lain semuanya lelaki. Mesti aku kena buli nanti. Huwah!

Jadi pada hari yang dijanjikan, kami berempat pun pergi lah ke Cameron Highland untuk bersiar-siar. Si Faris tu, abah dengan baik hatinya telah menjemput dia dekat rumah dia. Nasib baik kita orang pergi bukan pada hujung minggu. Jadi keadaan taklah sesak macam masa aku pergi dengan Luthfi hari tu.

Bila tiba-tiba teringat nama tu, aku tiba-tiba teringat pasal dia. Rasa macam baru semalam aku, dia dan Ayna datang ke Cameron ni untuk jalan-jalan. Dan aku masih ingat macam mana kita orang boleh berbaik semula pada masa tu lepas bergaduh untuk masa yang lama. Dia tak teringin nak buat macam tu lagi ke? Kali ni pun, dia taknak ke berbaik semula dengan aku?

Serta merta aku rasa sedih sangat. Sampai hati dia buat aku macam ni. Dia yang buat aku sayang dia. Dan bila aku memang dah betul-betul suka dan sayang dia, dia boleh tinggalkan aku macam tu aje. Kejamnya dia! Kalau ada depan mata aku dia ni, boleh aku tarik-tarik rambut dia.

“Hoi! Berangan ke?” Faris tegur aku. Mesti aku nampak macam tengah berkhayal sebab tu dia tuduh aku tengah berangan.

“Orang lain sibuk petik strawberi dia boleh pulak berangan.” Dia perli aku pula.

Aku tak tahu nak cakap apa sebab mood aku dah jadi sedih sekarang ni. Jadi aku senyum tawar saja dekat dia.

Abah bawa kita orang semua pergi ladang ni untuk merasa petik buah strawberi. Tapi aku pergi teringat pasal orang yang dah suka dekat aku tu pula. Apehal lah aku ni. Dah lah, Maya! Jangan sedih-sedih hanya sebab mamat tu seorang je. Banyak lagi orang yang sayang dekat kau!

“Banyak nya along petik!” Aku jenguk bakul strawberi along aku. Gila dah nak penuh pun. Itulah hasilnya kalau kerja tanpa berangan. Bukan macam aku yang teringat macam-macam hal.

Faris pun dah petik banyak juga. Aku aje yang baru beberapa biji yang ada dalam bakul. Tak layak langsung nak dibandingkan dengan mereka-mereka ni semua.

Tapi, bila tengok balik keadaan dia orang semua ni, mereka nampak macam jejaka-jejaka yang dress up dan turun ke kebun strawberi dan memetik buah-buah strawberi yang ranum. Macam lawak je. Dah lah semua jejaka-jejaka ni sangat fokus bekerja. Jambu sungguh mereka semua ni. Rasa nak gelak pula tengok.

“Senyum apa sorang-sorang tu?” Faris tegur aku lagi.

“Tengok korang lah. Pakai smart macam ni, bawak bakul, lepas tu petik strawberi. Comel sangat!” Aku perli dia.

“Tolong jangan gedik kat sini. Seronok tau! Kau aje yang tak reti enjoy buat benda-benda macam ni. Sebab kau tak berjiwa halus macam aku.”

“Haha. Halus gila jiwa kau. Aku kagum!” Aku cakap lagi. Tapi dia malas nak layan. Khusyuk sungguh dia petik strawberi tu. Lantak dia lah, asalkan dia bahagia sudah. Tapi benci juga sebab dia langsung malas nak layan aku lepas tu.

Jadi aku pun turut serta dia dengan along mengutip strawberi. Abah aku pula langsung tak berminat nak main petik-petik ni. Abah dari tadi asyik sibuk ambil gambar kita orang semua. Tapi tak ada orang pun nak tolong ambil gambar abah. Kesian dekat abah! Jadi, aku pun offer diri untuk ambil gambar abah.

Lepas abah dah puas posing dekat ladang strawberi, along dengan Faris pun dah letik petik strawberi, kita orang pergi makan tengahari. Bila abah tanya nak makan dekat restoran mana, spontan je aku tunjuk dekat restoran yang Luthfi bawa aku makan masa aku pergi Cameron dengan dia dulu. Tanpa syak apa-apa, abah pun bawa ajelah kami semua makan dekat situ.

Rasa nak menangis pula bila melangkah masuk ke dalam restoran tu. Nasib baik kita orang tak duduk dekat tempat yang sama masa aku pergi dulu tu. Kalau tak memang aku dah menangis betul-betul dah dekat situ.

Tapi aku rasa muka aku memang nampak macam nak menangis agaknya sebab Faris bisik dekat aku.

“Jangan buat muka sedih sangat macam ni boleh?”

“Nampak sangat ke?” Aku tanya dia balik.

Dia angguk je.

“Dari dalam kereta tadi lagi lepas kau nampak restoran ni. Aku rasa aku tahu sebabnya, tapi janganlah tunjuk dekat abah kau. Nanti dia risau.” Dia cakap lagi. Rasa macam dia ni caring sangat dekat aku. Terharu aku dapat kawan macam dia ni. Senang faham dan pandai baca perasaan aku pulak tu.

Aku cuba sedaya upaya tahan emosi aku supaya tak menangis depan abah. Tak tahulah kenapa aku rasa emosional sangat sekarang ni. Bukan ke aku okey saja sebelum ni tadi? Aku sumbat makanan banyak-banyak dalam mulut. Aku tak tahu apa yang aku makan sebenarnya. Yang aku tahu, aku tak boleh menangis depan semua orang.

Aku makan dengan laju dan gelojoh sampai akhirnya aku tersedak dekat situ. Faris yang duduk dekat sebelah aku terus hulurkan air aku sebelum sempat aku capai gelas aku sendiri.

“Makan macam mana sampai tersedak macam tu.” Abah tegur aku. Malu gila aku. Dahlah anak perempuan. Makan pula gelojoh sampai tersedak. Hodoh sungguh perangai aku ni.

LEPAS MAKAN AKU ingat abah nak pergi beli sayur dan buah-buah yang dijual macam cendawan tumbuh dekat Cameron ni. Tapi abah tiba-tiba cakap yang abah nak pergi tengok ladang teh.

Dalam banyak-banyak ladang teh yang ada dekat sini, ladang teh yang aku pergi dengan Luthfi hari tu juga yang abah pergi. Tak boleh nak buat apa juga sebab ladang teh tu yang paling senang nak pergi sebab terletak dekat tepi jalan besar. Memang takkan sesatlah kalau nak pergi.

Waktu aku jejakkan kaki ke ladang tu, perasaan aku rasa macam kosong. Satu per satu kenangan aku dengan Luthfi muncul dalam otak aku ni. Dari zaman sekolah sampailah aku habis sekolah. Teringat masa mula-mula aku dengan dia berjumpa. Tak sangka sungguh semua itu boleh berakhir dengan sekelip mata.

Abah dengan along awal-awal lagi dah pergi ke muzium teh untuk mencuba dan merasa jenis-jenis teh yang ada. Aku pula tak ada mood nak mencuba benda-benda macam tu sekarang ni. Jadi aku pun buat keputusan untuk jalan-jalan di sekitar ladang tu. Faris pula, ikut aku tanpa diundang.

“Kau okey ke tak ni?” Faris yang berjalan di belakang aku bertanya.

“Okey je. Kenapa kau tanya?” Apa punya soalan aku tanya dia ni.

“Sebab kau nampak macam tak okey. Macam keadaan kau masa hari graduasi hari tu.” Dia cakap dengan berhati-hati.

Aku diam, tak tahu nak cakap apa. Memang dalam otak aku sekarang ni apa yang berlaku pada hari graduasi tu tengah berulang tayang macam dalam drama.

“Kau tak nak cakap apa-apa ke dengan aku? Mana tahu kalau kau luahkan, kau boleh okey sikit.” Dia cakap lagi.

“Kau memang baik la Faris. Tapi aku tak rasa aku boleh cerita dekat siapa-siapa sekarang ni.”

“Okey. Tapi kalau kau perlukan sesiapa untuk berkongsi masalah, kau boleh percayakan aku sebagai kawan kau.” Ikhlas Faris cakap ayat tu dekat aku. Aku dapat rasa dia keikhlasan dia tu.

Aku teringat pula dekat Ayna. Kalau dulu, segala masalah aku akan cerita dekat Ayna dan Ayna akan banyak bantu aku dan bagi semangat serta nasihat untuk aku. Tapi sekarang Ayna pun hilang tanpa sebarang berita. Aku hanya ada Faris sebagai kawan sekarang ni.

Jauh aku berjalan dalam ladang teh ni dan Faris terus ikut aku dari belakang tanpa cakap apa-apa dengan aku. Aku tahu dia risau kalau biarkan aku sorang-sorang. Bagus juga sebenarnya ada Faris ni. Aku tak rasa sangat yang aku ni keseorangan. Masih ada yang sudi berada dekat sisi aku sekarang ni sebenarnya.

Akhirnya aku berhenti berjalan dekat satu tempat yang sangat aku cam keadaan sekelilingnya. Dekat sinilah gambar yang menjadi wallpaper telefon aku tu di ambil. Aku ingat sangat dekat mana aku berdiri pada masa tu. Macam mana aku boleh tak perasan ada orang tengah tangkap gambar aku dengan Luthfi waktu tu? Mesti aku asyik sangat dengan Luthfi sampai tak perasan pun ada paparazi tengah skodeng kita orang.

Spontan aku teringat kata-kata Luthfi hari tu; kalaulah kita orang putus, dia tak nak aku pulangkan semua pemberian yang dia pernah bagi dekat aku. Agaknya masa tu, dia dah dapat agak ke yang kita orang memang akan putus? Rasa seperti banyak sangat persoalan yang aku kena jawab sendiri dalam kepala aku sekarang ni. Rasa letih pula nak kena fikir pasal semua ni.

Sedikit sebanyak, aku rasa terkilan sebab aku tak pernah sekalipun bagi dia hadiah sepanjang hubungan kami. Semuanya datang dari dia. Sebab tu juga kot dia tak nak dengan aku. Tak ada give and take. Buat rugi aje kan? Haisy! Entahlah! Aku tak nak fikir tapi terpaksa fikir juga pasal Luthfi sebab aku dah datang dekat sini. Banyak kenangan dekat sini walaupun hari tu sekejap aje aku pergi dekat sini dengan Luthfi tu.

Akhirnya aku dengan Faris kena patah balik sebab abah dah telefon aku untuk ajak kita orang pergi pasar untuk beli buah dengan sayur pulak. Tiba-tiba baru perasan yang aku dah jalan jauh gila dari pintu masuk ladang ni. Kesian Faris kena ikut aku. Tapi sedikit sebanyak rasa lega sebab rasa macam aku dah boleh kawal perasaan aku sikit supaya jangan rasa sedih sangat hanya sebab Luthfi tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience