Bab 13
Hari ni dah masuk dua minggu aku bergaduh dengan Luthfi. Dia masih tak telefon aku dan aku pun masih keraskan hati untuk telefon dia. Sebenarnya sama-sama keras hati dan tak mahu mengalah. Kalau macam ni rasanya sampai bila-bilalah kita orang akan bergaduh nampaknya.
Aku baru sampai Kuala Lipis semalam. Itupun lepas kena naik keretapi dari bandar Mentakab yang terletak hampir dengan bandar Temerloh ke Kuala Lipis sebab bas yang ada dari Alor Star hanya sampai Temerloh saja. Mana ada bas dari Kedah yang masuk Kuala Lipis. Jadi terpaksalah naik sampai Termerloh. Itu pun nasib baik ada bas. Kalau tak harulah. Nak naik apa nanti?
Dan seperti yang dijanjikan, aku balik bersama dengan Faris. Abah aku pun lega sebab aku tak payah balik seorang diri.
Rasa seronok dapat balik rumah kali pertama selepas masuk matrikulasi walaupun cuti pertengahan semester ni tak lama mana. Maklumlah, kalau masa sekolah dulu, sekurang-kurangnya aku akan balik sebulan sekali. Rasanya nilah kali pertama aku tak balik rumah melebihi sebulan. Nampak sangat yang aku ni anak manja, kan? Hahaha…
Tapi dalam seronok-seronok aku pun, ada juga aku rasa tak seronok. Sebabnya tak lain tak bukan datang dari Luthfi. Aku rasa tak puas hati betul bila dia tak nak langsung telefon aku dan tanya aku hal yang sebenar. Kenapa dia tak nak langsung berusaha untuk jernihkan semula hubungan aku dengan dia?
Aku rasa malas nak fikir pasal dia dalam cuti ni. Kalau boleh aku nak rehatkan diri aje sepanjang cuti ni. Buat apa sakitkan otak nak fikir pasal dia kalau aku pun tak pasti yang dia tengah fikirkan aku ataupun tidak.
Lepas tiga hari cuti Ayna telefon aku untuk tanya sama ada Luthfi dah ada telefon aku ataupun tidak. Aku pun cakap aje hal yang sebenar dekat dia.
“Aku rasa dia tak ingat pasal aku pun. Kalau dia ingat tentu dia sedar dah berapa lama dia tak bercakap langsung dengan aku.” Aku luahkan dekat Ayna.
Rasa macam nak menangis pula bila fikir balik. Dia ni sebenarnya suka aku lagi ataupun tidak? Kenapa dia boleh buat aku macam ni kalau dia betul-betul suka aku? Kalau dia tak suka, kenapa dia buat aku suka dia dulu? Dia yang buat aku sayang dia. Ni semuanya salah dia.
Ayna suruh aku sabar. Tapi dia tak cakap apa-apa pasal Luthfi. Aku pun tak berminat nak tanya Ayna pasal Luthfi tak guna tu. Jadi aku tak tahu sama ada dia ada di Kuantan ataupun tidak.
Aku terus sambung merajuk dengan Luthfi sampailah hari ke-lima cuti aku. Masa tu pukul 8 pagi waktu aku sedar Ayna telefon aku.
“Jom ikut aku pergi Cameron Highlands hari ni. Tengahari nanti aku sampai dekat rumah kau.” Ringkas je ayat dia. Tapi cukup untuk buat aku terkejut gila.
“Kau ni biar betul. Tiba-tiba je telefon, tak rancang apa-apa pun.”Aku marah dia.
“Aku dah on the way la sekarang ni. Kau cakap siap-siap dekat abah kau.” Senang ke Ayna tu mengarah aku. Hangin pulak aku rasa. Nasib baik lah dia ni kawan aku. Tak jadi aku nak marah dia teruk-teruk sangat.
Abah pun sekadar angguk aje bila aku cakap yang ada kawan nak ajak aku pergi Cameron Highland. Senang betul minta izin nak jalan-jalan. Aku ingatkan susah sebab kadang-kadang abah ni strict juga orangnya. Maklumlah cikgu besar. Hari ni mood abah baik kot.
Ayna sampai dalam pukul 11.15 pagi dekat rumah aku. Dan yang aku paling tak sangka sekali ialah dia bukannya datang seorang. Rasa macam nak gugur jantung bila aku tengok Luthfi turun dari tempat pemandu Toyota Vios putih dia tu. Kenapa Ayna tak cakap yang dia ni ikut sekali? Tapi patutnya aku dah boleh jangka sebab siapa lagi yang boleh bawa si Ayna tu jalan-jalan selain dari Luthfi sebab Ayna bukannya ada lesen memandu sendiri. Macam mana aku boleh tak terfikir tentang hal ni tadi.
Ayna dengan Luthfi singgah rumah aku untuk jumpa dengan abah aku sekejap. Takkan terus nak kidnap aku kot. Kena lah minta izin dulu. Rasa cuak je bila aku tengok Luthfi salam dan cium tangan abah aku. Sempat dia curi pandang dekat aku masa dia salam abah aku tu. Apa yang dia fikir pun aku tak tahu. Jangan dia pergi cerita yang bukan-bukan dekat abah dahlah. Nasib baik dia hanya perkenalkan diri dia sebagai sepupu Ayna je.
Lepas aku jamu dia orang berdua minum air segelas sorang, kitaorang terus bertolak. Masa nak naik kereta, Ayna tanpa cakap apa-apa terus duduk dekat seat belakang dan suruh aku duduk dekat seat sebelah Luthfi.
“Aku nak duduk belakanglah.” Aku cakap dekat Ayna.
“Kalau dua-dua duduk belakang nampak macam saya driver korang je.” Luthfi cakap tiba-tiba.
Aku pandang Ayna dengan harapan dia faham dan dia tukar tempat duduk dia. Tapi dia terus pasang mp3 dan sumbat earphone. Aku pandang Luthfi. Dia sengih dekat aku. Apa yang lucu sangatnya?!
Sebab aku tak nak abah nampak keadaan kitaorang yang janggal tu aku pun naik jelah dekat tempat duduk sebelah Luthfi.
Sepanjang perjalanan aku langsung tak bercakap dengan dia sebab aku tengok dia macam fokus sangat memandu. Ayna pula dah lama tidur sambil dengar mp3 lepas setengah jam perjalanan. Dahlah line radio dah semakin kurang jelas sebab dah nak masuk kawasan hutan.
“Sampai bila awak nak senyap dengan saya ni?” Tiba-tiba Luthfi yang dekat sebelah aku ni bersuara. Agak terkejut jugalah aku sebab dia tiba-tiba bercakap dengan aku.
“Kata nak explain, tapi dari tadi saya tunggu awak tak explain apa-apa pun dekat saya.” Dia cakap lagi. Dan aku dapat kesan sesuatu yang berbeza dalam nada suara dia sekarang. Dulu dia tak pernah cakap dengan aku dengan nada macam ni.
“Saya ingat awak tak nak dengar apa-apa daripada saya. Sebab kalau awak nak dengar, dah lama awak tanya saya.” Aku balas dengan nada yang sama.
Dia diam. Tiba-tiba aku rasa yang aku tak kenal lelaki yang ada sebelah aku ni. Rasa macam dia dah lain dari Luthfi yang aku kenal dulu.
Aku dengar Luthfi mengeluh dekat sebelah aku.
“Okay, I’m sorry. Kita berbaik boleh?” Dia cakap. Senangnya minta maaf dan berbaik. Kalau senang sangat kenapa tak 2 minggu lepas dia buat macam tu. Kenapa baru hari ni.
“Marah lagi ke ni? Saya kan dah minta maaf.” Dia cakap lepas aku tak cakap apa-apa.
“Saya pun minta maaf juga.” Aku cuba mengalah. Rasa dah tak larat nak marah dan merajuk dengan dia dah. Lagipun dah dekat dia tahu tak jumpa dia. Takkan aku nak marah dia lepas lama tak jumpa. Kalaulah dia tahu yang aku betul-betul rindu pada dia.
Tepat pukul 1.30 tengahari kami dah sampai dekat Tanah Rata. Dan sebabkan kami semua lapar, Luthfi ajak kami semua makan dulu. Ramai gila pelancong hari ni sebab masa ni hujung minggu. Sesak jugalah dengan kenderaan. Dekat restoran yang kita orang makan pun sesak juga. Nasib baik masih ada tempat duduk kosong untuk kita orang duduk.
Lepas makan sampai kenyang, kita orang pergi ladang teh. Ayna beriya-iya nak berggambar dekat ladang teh yang luas. Jadi untuk tak menghampakan permintaan dia, kami semua pergi jugalah walaupun tak ada apa yang menarik pun untuk di tengok dekat ladang tu selain pokok teh. Dahlah waktu tengahari. Walaupun Cameron Highlands ni berhawa sejuk tapi tetap boleh rasa bahang matahari tengahari walaupun tak sepanas macam dekat tempat biasa.
Luthfi dengan aku jalan berdua dekat ladang teh tu sementara si Ayna sibuk pergi kaji pokok-pokok teh yang ada dekat situ. Aku rasa dia saja je nak bagi peluang untuk aku dengan Luthfi bercakap sesama kami. Tapi yang aku tak sangkanya, pemandangan dekat ladang ni bila dari dekat sangatlah cantik. Pokok teh dia seluas mata memandang. Rasa macam dalam drama korea je bila aku dapat berjalan sama-sama dengan Luthfi dekat tempat yang cantik macam ni.
“Tak nak cerita apa-apa dekat saya ke?” Luthfi cakap tiba-tiba dekat aku, nak mulakan perbualan antara kami.
“Cerita pasal apa?” Aku tanya dia balik.
Dia pandang aku sambil angkat kening.
“Faris?” Dia tanya aku sepatah.
“Ayna tak cerita dekat awak ke?” Aku tanya dia semula.
Dia mengeluh.
“Ada. Tapi saya nak dengar dari awak pulak.”
Rasa nak gelak tengok muka dia. Jealous ke dia dengan dengan si Faris tu? Tak sangka juga dia ni tahu cemburu ye. Tapi kan, tiba-tiba aku rasa bahagia sangat bila tahu yang dia cemburu.
Tapi aku tak nak dia kata yang aku ni tak jujur dengan dia. Jadi terpaksalah aku cerita pasal Faris tu dekat dia. Walaupun aku rasa cerita versi aku dengan cerita versi Ayna tak ada perbezaan sikit pun.
“Puas hati?” Aku tanya dia lepas aku habis cerita dekat dia.
“Ayna pun cerita benda yang sama.” Dia jawab.
“Dah memang macam tu cerita dia. Takkan salah seorang dari kita orang nak tipu awak pulak.”
Dia senyum. Senyuman yang macam biasa dia senyum dulu waktu aku mula-mula kenal dia. Dah lama betul aku tak tengok muka dia sampai aku dah lupa cara dia senyum.
Aku tengok Ayna masih ralit tengok pokok-pokok teh dan ambil gambar diri dia sendiri. Seronok betul dia. Kalah mat saleh yang datang melancong.
“Kalau ada waktu akan datang, kita datang sini lagi nak?” Luthfi tanya sambil pandang aku.
“Kita berdua je. Saya nak datang sini dengan awak sorang je.” Dia cakap lagi dengan muka yang serius. Dulu dia jarang serius macam ni.
Aku tak tahu nak cakap apa jadi aku angguk je.
“Kalau boleh kita honeymoon nanti pun kita pergi sini nak?” Dia cakap lagi. Aku dah terkedu dengar ayat dia tu. Jauh sungguh dia fikir. Rasanya inilah kali pertama dia cakap pasal masa depan kita orang dengan aku.
“Kata nanti jadi pilot. Bawak saya pergi Cameron Highlands je untuk honeymoon? Kedekut betul.” Aku cakap tanpa tengok muka dia. Sebenarnya dah malu nak tengok muka dia sambil cakap pasal honeymoon tu.
“Kena jimat duit untuk anak-anak kita pulak nanti. Tak baik membazir.” Aku rasa dia tengah senyum masa cakap ayat tu. Aku pandang tempat lain, takut terpandang muka dia. Malunya! Dah masuk bab anak pulak. Aku ni mengundi untuk pilihanraya pun belum layak lagi. Takkan dah nak kahwin!
“Jomlah kita ajak Ayna tu balik. Boleh pergi tempat lain pulak. Rasanya dah banyak gambar yang dia dah ambil tu. Takkan tak cukup lagi.” Luthfi cakap lepas kita orang sama-sama senyap selama dua minit.
“Okey.” Aku pun cuba buat-buat macam biasa dengan dia walaupun dalam hati rasa kembang seluas ladang ni.
Selepas berjaya ajak Ayna keluar dari ladang teh tu, kitaorang semua pergi petik strawberi dekat ladang strawberi pula. Lepas tu singgah dekat pasar sebab Luthfi nak beli sayur dengan buah untuk mummy dia. Dah selesai beli sayur kita orang terus bertolak balik. Bukan apa, nanti kalau lambat sangat balik, si Luthfi dengan Ayna ni nak sampai Kuantan tu pukul berapa pula. Dahlah jarak Kuala Lipis ke Kuantan tu jauh.
Ayna pula, lima belas minit lepas naik kereta dah tidur dekat tempat duduk belakang. Letih agaknya pergi kaji pokok teh tadi. Aku pun rasa letih juga sebenarnya tapi tak sampai hati nak tidur dan biarkan Luthfi sorang-sorang pandu kereta.
Masa lalu dekat satu perkampungan orang asli, Luthfi letak satu sarung tangan warna coklat dekat atas peha aku.
“Apa ni?”Aku tanya dia.
“Sarung tanganlah. Tak kenal ke?” Dia tanya aku balik.
“Kenal. Tapi untuk apa?” Lagi sekali aku tanya dia.
“Hadiah.” Dia jawab ringkas.
Aku belek-belek sarung tangan tu.
“Takkan sebelah je.” Pelik juga aku sebab setahu aku sarung tangan sepatutnya ada sepasang.
“Saya simpan yang lagi sebelah tu.” Dia jawab sambil mata dia terus menumpukan perhatian dekat jalan raya yang bengkang-bengkok tu.
Aku ketawa dalam hati. Macam cerita dalam satu drama korea tu pula dia bagi aku sebelah sarung tangan ni dan sebelah lagi dia simpan. Agaknya dia ambil inspirasi daripada drama tu kot. Apa-apalah, yang pasti hati aku rasa nak melompat sebab rasa seronok sangat. Ada hati juga dia ni nak jadi romantik.
“Boleh janji tak?” Dia tanya tiba-tiba.
“Apa dia?”
Dia senyap dalam lima saat lepas tu pandang aku sekilas. Tak boleh nak pandang lama-lama sebab dia tengah memandu.
“Kalaulah…” Dia mulakan ayat dia.
Aku pandang dia yang dekat sebelah aku ni. Serius gila muka dia. Tak percaya aku dia boleh jadi seserius ini.
“Kalaulah satu hari nanti kita ditakdirkan putus, saya harap awak tak akan pulangkan atau buang semua hadiah yang saya pernah bagi dekat awak. Saya nak awak simpan semua tu.” Dia cakap dengan nada yang sama serius dengan muka dia.
“Apa awak cakap ni?” Rasa tak sedap hati pula bila dia cakap macam tu.
“Janji tak?” Dia tuntut janji dari aku. Aku nak cakap apa ni? Kenapa dia tanya aku macam tu?
“Janji.” Aku jawab sambil angguk.
Dalam kepala aku terus senaraikan segala hadiah yang dia pernah bagi dekat aku. Daripada rantai yang aku tengah pakai sekarang ni, handphone, dan yang terbaru sarung tangan sebelah ni.
Aku tengok dia pandang aku sekilas sambil senyum. Lepas tu dia dah tak cakap apa-apa sampailah kami sampai dekat rumah aku. Dia singgah kejap untuk salam dengan abah aku dan terus minta diri untuk balik.
“Ada lagi satu hadiah.” Dia cakap sebelum dia balik.
Aku angkat kening dekat dia. Apa pula lagi ni?
“Minta handphone awak.” Dia hulur tangan dia dekat aku. Apa hal nak tengok telefon pula? Nak ambil balik ke? Ke nak tukar yang baru?
Aku pun bagi ajelah tanpa banyak soal. Aku tak tahu dia buat apa dengan telefon tu. Tapi lepas dua atau tiga minit dia bagi semula telefon yang sama dekat aku. Aku pun tengok telefon tu untuk tengok apa yang berbeza.
Bila aku tengok saja screen telefon tu aku dah tahu. Dia dah tukar wallpaper telefon aku dengan gambar kami berdua dekat ladang teh yang kami pergi tengahari tadi. Dalam gambar tu, aku tak pandang kamera tapi Luthfi pula dengan sempurna tengah posing dan senyum untuk bergambar.
Aku tengok dia dengan muka tak puas hati. Boleh pula dia senyum.
“Ayna yang ambil gambar ni. Saya Bluetooth kan aje ke handphone awak.” Dia jawab tanpa perlu aku tanya. Dah tahu dah aku memang nak tanya bila dia ambil gambar ni. Mesti dia dah berpakat awal-awal dengan Ayna.
Aku pandang Ayna pula. Dia pun sengih dekat aku dan buat muka tak bersalah. Rasa macam nak cubit-cubit aje budak tu.
Aku pandang gambar wallpaper aku tu semula. Ni hadiah keempat yang dia dah bagi dekat aku.
“Saya tak pernah bagi hadiah apa-apa dekat awak kan?” Aku cakap dekat dia.
Dia angguk dekat aku.
“Saya akan tunggu hadiah pertama dari awak.” Dia jawab sambil senyum.
Share this novel