Bab 19

Romance Series 5969

Bab 19

“Wei kawan! Lama tak jumpa!” Dari jauh lagi Ayna dah jerit dekat aku sambil lambai-lambai tangan dia ke arah aku. Aku pun lambai balik dekat dia.

Ayna jalan ke arah aku. Aku pun jalan cepat-cepat ke arah dia. Lepas betul-betul jumpa, aku terus peluk dia. Dia pun sama. Rasa rindu sangat dengan kawan aku yang seorang ni. Rasanya dialah kawan yang aku paling sayang. Tak ada orang yang boleh ganti tempat si Ayna ni.

“Kau nampak kurus sikitlah!” Aku komen lepas tengok diri dia betul-betul. Dia tampar lengan aku.

“Aku memang dah kuruslah. Dari dulu lagi aku dah slim.” Ayna cakap dekat aku sambil buat-buat merajuk. Lama sungguh aku tak tengok muka mengada-ngada dia tu.

“Jomlah kita lepak dekat tempat yang elok sikit. Takkan nak cakap dekat tengah jalan macam ni pula.” Aku cakap dekat dia.

Ayna sebenarnya datang melawat aku dekat kampus sebab dia memang tak ada kerja hari ni. Aku pun free juga. Nak keluar dari kampus susah sebab aku tak ada kenderaan. Malas pula nak naik bas. Ayna pula, mak ayah dia bagi motor skuter sebiji. Jadi dapatlah dia jalan-jalan dengan skuter tu. Dia datang dekat kampus aku ni pun naik skuter tu lah.

Aku bawa Ayna pergi café aje sebab itu saja tempat yang paling best dan aku rasa sesuai dekat kampus ni. Sekurang-kurangnya dapat juga aku dengan Ayna minum-minum air ataupun makan nasi ke. Tak adalah setakat cakap-cakap kering saja.

“Cantik skuter kau. Mesti mahal kan?” Aku komen skuter dia. Memang bukan nampak macam skuter biasa-biasa pun. Tengok pun dah tahu mahal.

“Biasa-biasa ajelah.” Dia cakap. Macam dulu juga merendah diri.

“Napa tak kereta?” Aku tanya lagi.

“Memang mak ayah aku nak bagi kereta. Aku yang tak nak.” Ayna jawab.

“Kenapa pulak?”

“Lagi rock kalau bawa motor.” Dia jawab main-main. Aku geleng kepala. Amende lah minda minah ni.

Aku dengan Ayna duduk dekat salah satu meja makan kosong yang ada dekat café tu lepas order makanan dan minuman untuk kita orang berdua. Lepas tu kita orang makan tanpa sembang apa-apa. Macam lapar sangat aje. Padahal tak pun. Cuma aku tak tahu nak borak apa dengan Ayna sebab dah lama tak jumpa face to face dengan dia macam ni.

“May… nak tanya boleh?” Ayna cakap dekat aku, memecahkan kesunyian antara kami berdua.

“Apa dia?”

“Faris pun masuk universiti ni juga ke?” Ayna tanya.

Aku angguk. Ingatkan dia nak tanya apa sebab macam suspens semacam saja cara dia nak tanya tadi.

“Course yang sama dengan kau ke?” Ayna tanya lagi.

“Tak. Dia ambil course mekatronik.” Aku jawab soalan Ayna dengan jujur dan ikhlas.

Ayna diam sambil pandang aku. Nampak macam ada soalan lagi nak tanya aku.

“Nak tanya lagi ke?” Aku tanya dia.

Dia angguk. Aku sengih. Ternyata aku masih boleh baca fikiran dia walaupun dah lama tak jumpa dia. Sebab dia macam tak berubah. Masih macam dulu.

“Kau sekarang masih rapat dengan dia ke?”

“Siapa? Faris ke?”

Ayna angguk.

“Yelah. Aku selalu juga jumpa dia sebab rumah dia pun bukannya jauh sangat dengan rumah aku.” Lagi sekali aku jawab dengan jujur dan ikhlas.

Aku nampak riak muka Ayna berubah sikit. Tapi aku tak dapat tangkap apa maksudnya. Tak ada apa-apa agaknya. Mungkin perasaan aku saja.

“Kau masih jumpa dia selepas apa yang jadi kepada kau dengan abang Luthfi dulu tu?”

Kali ini aku pula rasa yang air muka aku berubah dengan soalan Ayna tu. Tak tahu kenapa hati aku rasa macam tak selesa bila dengar Ayna sebut nama Luthfi depan aku dan ungkit balik kejadian yang aku cuba nak lupakan tu.

“Semua tu bukan salah Faris untuk aku marah pada dia. Luthfi yang tak matang.” Rasa macam suara aku naik sikit tapi tidaklah sampai dengar ke meja sebelah.

Ayna diam. Aku rasa keadaan tegang sedikit. Sungguh aku tak selesa dengan keadaan kitaorang sekarang ni. Rasanya aku dengan Ayna tak pernah melalui awkward moment yang macam ni. Aku dengan dia biasanya mesra macam adik-beradik.

“Ke kau… ” Ayna nak cakap sesuatu. Aku diam dan tunggu ayat seterusnya dari dia.

“Kau couple dengan Faris ke?” Ayna soal aku.

Rasa macam muka aku panas tiba-tiba. Macam mana Ayna boleh terfikir nak tanya aku soalan tu? Takkan dia pun nak jadi Luthfi juga?

“Aku rasa kau pun tahu yang aku kawan dengan Faris macam aku kawan dengan kau. Takkan kau tanya aku macam tu.” Aku cakap dekat Ayna. Ayna tunduk tengok makanan dalam pinggan dia.

“Well, itu dulu. Aku tak tahu keadaan sekarang. Manalah tahu ada yang berubah.” Ayna balas dekat aku. Tiba-tiba aku rasa sungguh tak kenal dekat orang yang tengah duduk dekat depan aku ni. Rasa macam dia bukan Ayna yang aku kenal. Baru sekejap tadi aku terfikir yang aku dengan dia dapat jadi kawan baik macam dulu-dulu. Tapi aku rasa perasaan aku terhadap Ayna macam berubah sikit. Rasa macam hati aku kena cubit sikit dan rasa cubit tu masih berbekas.

“Tak ada apa pun yang berubah. Dia masih kawan aku. Macam kau juga. Cuma dia ada dengan aku bila aku sorang-sorang tak ada kawan hari tu. Sebab tu aku jadi rapat sikit dengan dia.” Tak tahu kenapa aku harap agar Ayna pun rasa dicubit dengan ayat tu macam yang aku rasa tadi.

Ayna angguk tanpa pandang mata aku.

“Sorry lah kalau kau tak suka aku tanya kau macam tu, May.” Ayna cakap tanpa pandang aku.

Aku rasa sejuk sikit lepas dengar Ayna cakap macam tu. Rasa mudahnya nak lupakan apa yang baru berlaku sebentar tadi.

“Tak apa.” Pendek saja aku balas permintaan maaf Ayna tadi.

“Kau nak jumpa Faris tak? Aku boleh call dia. Kalau dia tak ada hal aku boleh suruh dia datang sini.” Aku tanya dia sebab tadi dia yang sibuk sangat pasal si Faris tu.

“Eh, tak payahlah! Aku tak nak pun jumpa dia tu.” Cepat-cepat Ayna cakap tak nak. Muka dia pun macam cuak sikit. Ke tak cuak pun? Adakah itu perasaan aku lagi? Abaikan ajelah.

“Okey.” Aku jawab pendek. Kalau tak nak tak apalah. Takkan aku nak paksa beriya-iya pula untuk dia nak jumpa si Faris tu. Macam tak ada faedah pun kalau aku buat macam tu.

“By the way, aku lupa nak tanya. Rasanya kakak Luthfi kerja sebagai lecturer dekat sini kan? Kau ada jumpa tak sepupu aku tu?” Ayna tanya aku tiba-tiba. Aku pun baru teringat pasal Miss Lynn tu pun sepupu Ayna juga.

“Ada. Memang aku ada kelas dengan dia pun.” Aku cerita dengan dia.

“Dia kenal tak kau ni siapa?” Ayna tanya aku.

“Entah.” Pendek saja aku jawab. Entah kenapa aku tak nak cerita lebih-lebih pasal Miss Lynn dengan Ayna. Aku takut nanti Ayna akan sebut nama Luthfi lagi kot. Pada hal, aku memang kalau boleh malas nak dengar nama lelaki tu.

Aku dengan Ayna borak pasal benda perkara lain selama lebih kurang setengah jam. Lepas tu, Ayna minta diri untuk balik dah. Aku pun takkan nak tahan dia. Lepas Ayna balik, aku teringat pasal apa yang aku bualkan dengan Ayna tadi.

Kadang-kadang rasa macam aku kenal Ayna sebab dia kawan aku yang paling baik. Ataupun mungkin juga lebih sesuai aku cakap pernah jadi kawan aku yang paling baik sebab apa yang dapat aku rasa ialah Ayna ada perkara lain yang dia tak cerita dekat aku masa dia jumpa aku tadi.

Aku dapat rasa pandangan dia lain sikit dekat aku tadi. Tapi aku tetap bersyukur sebab dia masih sudi berborak dengan aku macam biasa. Aku tak nak hilang dia sebagai kawan. Lama sangat dia dah jadi kawan baik aku dan aku sangat sayang dekat dia. Tapi aku takkan nak paksa dia terus-terang pasal perkara yang tak pasti. Aku sendiri tak tahu betul atau tak dia ada rahsiakan sesuatu dari aku.

Aku harap Ayna takkan jauhkan diri dari aku lagi sekali. Aku tak suka bila dia tak ada di sisi aku.

__________________

Minggu kedua berada di universiti. Rasa dah selesa berada dekat suasana baru ni. Nak pergi kelas pun dah pandai manage masa. Tak adalah lambat macam hari pertama hari tu. Memang sebenarnya macam tulah kalau duduk dekat mana-mana universiti pun. Kalau tak ada kesedaran sivik sendiri untuk pergi kelas, solat, buat assignment dan benda-benda lain, alamat terabailah segala-galanya.

Si Faris pula bukan main susah nak jumpa dia sekarang ni. Nasib baik aku ada juga kelas yang aku kena masuk sekali dengan dia. Kalau tak alamatnya, aku boleh jumpa dia malam sajalah. Itupun sebab dia selalu tolong belikan aku makanan dari kedai makan dekat luar kampus. Dia pun kirim dekat orang lain. Itu pun nasib baiklah Faris tu ingat juga nak tolong belikan makanan untuk aku.

Aku pergi kelas Miss Lynn sorang-sorang macam biasa. Aku masih belum kenal sangat dengan budak-budak dari kelas tu. Nama mereka pun aku tak ingat lagi. Kalau dah kenal nanti bolehlah aku calling-calling pergi kelas dengan dia orang semua tu.

Miss Lynn senyum saja dekat aku apabila aku melangkah masuk ke dalam kelas. Dia memang datang dulu dari pelajar kot sebab setiap kali aku datang, dia mesti dah ada dalam bilik kelas. Padahal aku bukan lambat pun. Aku balas senyuman Miss Lynn tu. Tapi sekadar balas ajelah. Tak ada apa-apa maknapun. Aku tak tahulah kalau dia senyum dekat aku tadi ada makna. Perasan sungguh aku ni.

Lepas tu, Miss Lynn mulakan kelas kita orang. Aku rasa macam dalam déjà vu pula bila tengok cara Miss Lynn. Sekarang ni, lepas aku dah tahu Miss Lynn tu kakak Luthfi yang aku pernah jumpa dulu, barulah aku perasan yang dia ni memang ‘mesra’ dengan semua orang. Semua orang dia panggil darling. Memang ‘lemah-gemalai’ macam yang aku jumpa dulu. Dahlah hot and sexy! Patut pun aku boleh ter’jelous’ dulu. Rasa nak senyum sendiri pula bila ingat balik.

(Terima kasih kepada yang sudi baca dan komen. Maaflah sebab selalu update cerita ni lambat. Saya study dan sangat busy. Tapi sekarang ni dah habis, akan cubalah percepatkan! ^_^ Blog saya sedang dalam pengubahsuaian. Nanti dah siap, saya akan jemput semua orang lawat blog tu. Sekali lagi, thanks and love you all!)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience