Bab 21

Romance Series 5969

Bab 21

Aku bangun awal walaupun tak ada kelas pada waktu pagi. Sebenarnya semalaman aku tak lena tidur. Pertemuan dengan Luthfi semalam buat aku jadi tak keruan. Bila aku pejamkan mata, aku nampak dia. Aku tak jadi tidur walaupun mengantuk.

Lepas solat Subuh, aku baca al-matsurat lepas tu aku baca Al-Quran. Bila hati jadi tak keruan macam ni baru aku reti nak ingat Dia. Selama ni ingat juga, tapi selalu alpa sebab dalam hati tak ada masalah. Aku lupa yang kesenangan tu Allah juga yang bagi dekat aku. Itulah manusia namanya. Selalu lupa kalau tak selalu diingatkan.

Aku pakai baju ala kadar aje. Tudung pun, rembat yang tak payah digosok. Aku makan roti dengan air milo kotak sebagai sarapan, tapi sebenarnya rasa makanan tu tak register ke otak pun. Rasa macam di awang-awangan aje lagi.

Aku kutip semua buku dan assignment, dan sumbatkan ke dalam beg galas. Aku jeling jam tangan dah pukul 8.20 pagi. Lagi sepuluh minit, library buka. Aku berkira-kira dalam hati. Aku keluar dari bilik dan bergegas ke perpustakaan universiti.

Sampai di perpustakaan, aku duduk dekat satu meja study perseorangan. Malas nak duduk dekat dengan orang lain sebab malas diganggu. Ceh! Macamlah ada orang yang nak sangat ganggu aku.

Lepas tu aku terus buat semua kerja aku. Nasib baik otak aku boleh berfikir dengan elok lagi walaupun tak tidur semalam. Buatnya aku jadi mereng hari ni, naya aku. Itulah, siapa suruh fikir sangat pasal Luthfi tu. Tapi aku sebenarnya tak fikir pun. Dia yang muncul dalam otak aku ni tanpa diundang. Ni semua salah dia lah!

Sambil buat kerja dalam library ni, aku terkenang zaman sekolah aku. Dan apabila terkenang zaman sekolah, aku teringat dekat Luthfi. Kisah aku dengan dia banyak berlaku dekat library juga rasanya. Kali pertama aku disapa oleh dia pun semasa aku tengah buat kerja dekat library. Dating pun banyak dekat library sebab aku suruh dia tutor aku. Diakan pandai sangat kononnya!

Aku mengeluh. ‘Ter’fikir pasal dia lagi! Susah sangat nak halau dia dari otak aku ni. Ingatkan bila buat kerja ni, bayang dia tu boleh hilang. Tapi tidak juga rupanya.

“Wei! Awalnya datang sini.” Ada orang tegur aku dari belakang.

Aku menoleh. Ingatkan siapa tadi. Faris rupanya.

“Banyak kerja.” Aku balas.

“Jom duduk dekat meja akulah. Malas nak duduk sorang. Kau teman ye?” Dia ajak aku. Macam gedik aje nada suara tu. Sejak bila dia jadi gedik? Tapi kan, dia memang dah lama mengada-ngada.

Aku ikut ajelah. Lagipun dah rasa mengantuk sebab duduk sorang-sorang. Lagi pula, terfikir pasal Luthfi. Lagilah aku sakit otak.

Faris tolong aku punggah semua buku-buku atas meja aku ke meja dia. Dah dia yang invite, kenalah buat ‘service’ sikit.

“Pukul berapa datang library?” Dia tanya lepas kitaorang duduk di meja tu.

“Sebaik sahaja library opened. Akulah orang pertama yang masuk.” Aku jawab.

“Awalnya bangun!” Dia buat-buat teerkejut.

“Aku bukan macam kau, suka solat Subuh gajah.” Aku perli dia. Takkan aku nak cerita yang aku tak boleh tidur sebab fikir Luthfi.

“Susah nak jumpa kau sekarang ye? Busy sangat ke?” Aku tanya dia. Memang susah pun nak nampak kelibat dia dekat kampus ni walaupun kitaorang dalam fakulti yang sama. Ajaib juga sebenarnya aku boleh terjumpa dia dekat library ni.

Faris sengih aje. Lepas tu dia buat kerja dia. Aku pun buat kerja aku. Aku dengan dia tak bercakap langsung sampailah semua kerja aku siap.

Aku tengoh jam, dah tengahari. Lama sungguh dah rupanya aku dekat sini. Dalam diam terfikir, kena berterima kasih juga dekat Luthfi ni. Kalau tak sebab aku tension pasal dia, tak siap lagi semua assignment aku ni. Eh, terfikir pasal dia lagi!

“Laparlah…” Faris berhenti dari buat kerja dia. Dia letak pen yang dia pegang dekat atas meja dan tutup buku-buka yang terbuka dekat depan dia.

“Ada kelas tak?” Dia tanya aku pula.

“Ada. Pukul tiga petang ni.” Aku jawab.

“Jom teman aku makan dekat café.” Dia ajak.

Disebabkan semua kerja aku pun dah siap dan aku pun dah tak ada benda yang nak dibuat, aku ikut sajalah. Dengan susah payah, aku kemas dan sumbat semua buku aku yang banyak gila tu ke dalam beg aku semula. Lepas tu aku ikut Faris pergi café.

Aku ambil nasi dengan lauk banyak gila dekat cafe sebab aku memang tengah lapar juga sebenarnya. Faris pun sama juga aku tengok. Penuh jugalah pinggan dia. Tapi dia kan budak lelaki. Budak lelaki memang makan banyak pun. Lepas dapat tempat duduk, aku dengan Faris makan tanpa bercakap apa-apa pun sebab nak fokus dekat makanan. Maklumlah, seperti yang aku cerita tadi, lapar kuasa lapan.

“Alhamdulillah, kenyang dah aku.” Faris cakap lepas pinggan nasi dia dah licin kena sental.

“Alhamdulillah…” Aku pun kenyang juga. Lega hati tiba-tiba. Semua kerja dah siap, perut pun kenyang.

“Weh, tengok barang aku kejap. Aku nak pergi toilet.” Aku bagi telefon dengan wallet aku dekat dia. Malas nak bawa masuk dalam toilet. Menyusahkan aje nanti. Lagipun, aku memang percaya dekat Faris ni. Takkanlah dia nak rompak barang aku pula. Nanti aku repot dekat parents dia kalau dia betul-betul rompak aku.

Faris pun tolonglah pegang tanpa banyak soal sementara aku pergi ke toilet. Lepas selesai, aku pun datang balik dekat dia. Aku tengok dia masih lagi tengah duduk dekat tempat kita orang makan tadi. Tapi dia tengah tengok telefon aku. Hah! Buat apa pulak dengan benda tu? Tapi dia mesti tak dapat buat apa-apa sebab aku lock telefon tu.

“Woi! Belek telefon orang tanpa kebenaran!” Aku sergah dia dari belakang.

Walaubagaimanapun, Faris langsung tak terkejut dengan sergahan aku tu. Aku tengok muka dia. Semacam aje! Kenapa pulak dengan mamat ni? Tadi okey saja.

“Wallpaper kau masih gambar budak tu lagi ke?” Dia cakap dekat aku sambil pandang aku. Aku tengok mata dia betul-betul pandang muka aku.

Aku pun tengok telefon aku yang dia tengah pegang tu. Memanglah telefon tu aku lock. Tapi masih boleh tengok wallpaper apa yang aku guna. Memang masih gambar aku dengan Luthfi. Aku tak pernah tukar langsung semenjak dari dia yang set gambar tu jadi wallpaper. Tiba-tiba hati aku jadi tak selesa tengok telefon aku yang dalam genggaman tu. Cepat-cepat aku ambil dari dia.

“Lupa nak tukar.” Aku cakap dekat Faris. Tak tahu nak cakap apa lagi dah sebab aku memang tak pernah terfikir nak tukar wallpaper tu. Bukan setakat tak terfikir rasanya, tapi rasa berat hati nak tukar. Hati aku masih nak lihat wajah Luthfi walaupun aku cuba nak lupakan dia. Sebab tu lah kot aku asyik teringat dekat Luthfi.

“Lupa?” Dia soal aku balik. Macam tak boleh terima alasan tu.

“Kau masih suka budak tu ke? Aku ingat kau dah tak ingat dekat dia dah.” Sinis cara dia cakap ayat tu dekat aku. Serius aku tak tahu kenapa Faris boleh cakap macam tu.

“Aku ingat atau tak ingat dekat dia, apa kaitan dengan kau?” Aku cakap balik dengan cara sinis sama macam yang dia buat dekat aku tadi. Tak tahu kenapa aku rasa sangat-sangat annoyed dekat dia ni.

Segera aku ambil semua barang-barang aku dekat meja makan tu dan berlalu balik ke asrama tanpa cakap apa-apa lagi dekat Faris dah. Aku tahu dia terus tengok aku sehingga aku hilang dari pandangan dia tapi aku langsung tak ada keinginan nak menoleh balik ke arah dia. Aku rasa tak selesa pula lepas dia tengok handfone aku tadi.

Lepas aku sampai dekat bilik aku duduk dekat atas katil aku dan termenung. Bila fikir-fikir balik, aku dengan Faris langsung tak pernah bergaduh atau berselisih faham. Rasanya, tadi adalah kali pertama aku ada perasaan negatif dekat dia.

Selama ni aku sangat suka berkawan dengan dia sebab aku rasa dia sangat memahami aku. Walaupun aku baru jumpa dia balik selepas bertahun-tahun masa aku dekat matrikulasi hari tu, tapi aku cepat rasa selesa berkawan dengan dia. Dia pula, selalu tolong aku. Baik dalam pelajaran ataupun hal-hal lain. Aku banyak berterima kasih dekat dia. Mak ayah dia pun baik dengan aku. Sebab tu aku suka kawan dengan dia. Dan aku tak suka bila tiba-tiba antara kita orang ada perasaan negatif macam ni.

Aku tarik nafas dalam-dalam sambil pejam mata. Aku baring sebab rasa tak best dah duduk saja macam ni. Rasa nak tidur kejap sebelum pergi kelas petang ni. Rasa mengantuk tiba-tiba sebab aku memang tak cukup tidur pun malam tadi. Harap lepas bangun nanti aku dah boleh lupa apa yang berlaku tadi.

__________________

Aku masuk kelas kalkulus keesokan harinya tepat pada waktu yang sepatutnya. Sebaik melangkah ke dalam bilik kuliah, aku tinjau dulu semua muka budak-budak yang dah datang kelas dekat dalam bilik kuliah ni. Aku imbas muka semua mereka ni dalam lima saat sebelum aku dapat memastikan yang Faris belum datang kelas lagi. Dan seperti yang aku cerita hari tu, dalam banyak-banyak subjek yang aku ambil semester ni hanya subjek ni sahaja yang aku sekelas dengan Faris.

Aku duduk dekat tempat duduk yang kiri dengan kanannya kosong macam selalu setiap kali aku masuk kelas ni. Sebab biasanya, Faris akan datang duduk dekat sebelah aku. Kalau aku lambat pun, dia akan simpan tempat duduk sebelah dia untuk aku. Pensyarah yang mengajar masih belum sampai lagi. Memang biasanya dia akan datang lambat sikit sebab dia tak suka tunggu pelajar.

Lepas aku duduk selama tiga minit, baru Faris datang. Aku tengok dia pandang seluruh kelas dulu walaupun dia dah nampak aku duduk sorang-sorang dekat tengah kelas. Dan disebabkan tempat duduk lain dah penuh, dia tak ada pilihan lain selain duduk dekat sebelah aku macam biasa. Tiba-tiba aku rasa hati aku tercalar dengan perbuatan dia tu walaupun nampak kecil saja. Dia tak nak duduk sebelah aku ke? Kenapa?

Faris duduk dekat sebelah aku tanpa pandang atau tegur aku langsung. Dia buat macam aku ni tak ada dekat sebelah dia saja. Aku pandang dia dengan harapan dia akan toleh ke arah aku sebab aku asyik tengok dia. Dan yang mengecewakan aku, dia langsung tak endah atau hiraukan aku. Apahal dengan Faris ni?

Tak lama selepas dia duduk, pensyarah pun masuk. Faris masih buat tak tahu dekat aku. Dan aku pun malas nak layan perangai dia tu. Jadi aku pun fokus pasal Elementary Row Operation yang pensyarah tengah ajar tu.

Dalam dua jam kuliah tu, dia langsung tak bercakap dengan aku. Pandang aku pun tidak. Dia buat-buat macam dia tengah duduk sorang. Dia buat aku ni macam orang asing dengan dia. Tiba-tiba aku rasa nak marah dengan perangai dia ni. Kenapa sama aje perangai dia dengan Luthfi ni? Suka hati dia aje bila nak bercakap dengan aku, bila nak senyap tak nak tegur aku. Eloklah sangat perangai macam tu. Dia ingat aku ni apa?

Sepanjang dua jam kelas tu, dia langsung tak bercakap dengan aku. Dan aku pun tidaklah bermulia hati nak cakap dengan orang yang tak nak pandang aku langsung tu. Nanti dah lah hidung tak mancung, pipi lagilah tersorong-sorong. Buat malu muka aku aje nanti. Aku nak tengok sampai bila dia nak diam dengan aku macam tu.

Lepas habis kelas, aku lambat-lambat kemas buku dan alat tulis aku. Aku jangkakan, Faris akan terus pergi keluar kelas.

Tapi tak rupanya. Aku tengok dia langsung tak simpan buku-buku dia yang penuh dekat atas meja tu ke dalam beg dia. Dia tunggu aku ke? Aku tertanya-tanya. Tapi bukan ke dia tengah gaduh dengan aku sebab dia tak nak cakap dengan aku.

Tak sampai dua minit, semua orang dah keluar dari bilik kuliah kecuali aku dengan Faris. Sekarang ni sah rasanya yang dia tengah tunggu aku.

“Maya, aku sebenarnya nak minta maaf pasal semalam.” Aku dengar dia cakap. Nada cakap pun macam serba-salah aje aku dengar. Nak lagi rupanya cakap dengan aku. Aku ingatkan dah tak nak dah tadi.

“Aku tahu aku tak boleh sesuka hati tengok barang peribadi kau. Aku sebenarnya tertengok telefon kau tu secara tak sengaja.” Faris cakap lagi. Aku saja diamkan diri. Nak dengar apa lagi yang dia nak bagitahu aku. Rasa lucu pula dengar suara dia sekarang. Macam suara budak-budak nakal minta maaf lepas kena tangkap bila buat salah.

“Aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam budak-budak semalam. Aku minta maaf. Rasa tak best lah bila tak bercakap dengan kau macam ni.” Faris sambung lagi tapi aku masih berdiam diri.

“Well, say something. Aku dah panjang lebar bercakap ni, kau tak ada respon ke?” Dia cakap lagi. Tak puas hati sebab dari tadi dia seorang aje yang cakap.

“Aku nak bagi peluang kau cakap dulu sebenarnya. Dah habis dah luahkan semuanya?” Aku tanya sambil tengok muka sepuluh sen dia. Tiba-tiba aku rasa nak tergelak tengok muka dia macam tu. Dan aku pun gelak kuat-kuat. Nasib baik dah tak ada orang dekat dalam bilik ni.

“Kenapa kau gelak?”Faris pelik sebab aku gelakkan dia sampai keluar air mata aku.

“Janganlah buat muka macam tu. Hodoh betul. Kau tau hodoh?” Selamba badak aku kutuk dia depan-depan. Tapi lagi baik kutuk depan-depan dari kutuk belakang-belakang. Betul tak?

Aku tengok dia pun dah sengih juga sebab tengok aku beriya-iya sangat gelakkan dia. Rasanya ada dalam setengah minit tu kita orang sama-sama ketawa. Lepas berhenti ketawa, Faris mula kemas barang-barang dia dan masukkan ke dalam beg galas dia.

“Jom makan sama-sama.” Dia ajak aku.

“Jom.” Aku terima pelawaan dia dengan hati berbunga sebab aku dengan dia dah tak bergaduh lagi.

Aku angkat beg aku dan ikut Faris keluar dari bilik kuliah. Rasa ringan langkah sebab masalah dah selesai. Tak dapat aku bayangkan kalau aku terpaksa gaduh dengan Faris dalam tempoh masa yang lama. Mesti aku tak dapat fokus otak aku sepenuhnya terhadap belajar.

Aku berjalan di belakang Faris menuju ke café. Kelas aku dah habis untuk hari ni tapi Faris masih ada satu kelas lagi dalam masa sejam. Jadi, sementara dia tunggu kelas dia yang sejam lagi tu, boleh lah aku duduk lepak-lepak dengan dia. Susah nak dapat peluang lepak-lepak dengan dia ni sebenarnya sebab kadang-kadang dia kena buat perbincangan berkumpulan dengan kawan-kawan dia yang lain. Takkan aku nak masuk campur buat muka tak malu dekat situ pula kan?

Aku dengan Faris lalu dekat parking lot bangunan akademik untuk menuju ke café. Mulanya aku hanya berjalan tanpa pandang sekeliling. Faris pun jalan terus saja tanpa toleh-toleh dekat aku yang tengah mengekori dia ni. Aku dah sampai dekat tengah-tengah parking lot tu tiba-tiba aku terperasan sebuah Vios putih yang aku cam sangat-sangat dekat lima meter sebelah kanan aku. Dan bila aku pandang betul-betul, memang aku terpandangkan Luthfi yang tengah bercakap dengan Miss Lynn.

Aku tengok Faris yang dekat depan aku ni berhenti berjalan dan memandang ke arah yang sama. Lepas tu dia toleh ke arah aku. Aku rasa dengan tengok muka aku aje dah tahu yang dia tak salah pandang dekat orang yang tengah bersandar dekat kereta Vios putih tu. Memang orang tu adalah Luthfi.

“Dia buat apa dengan… tu lecturer kita kan?” Faris tanya aku. Aku tak ada pilihan lain lagi selain dari mengangguk.

“Miss Lynn tu… er… kakak dia.” Aku cakap dekat Faris. Lepas tu aku ajak dia cepat-cepat pergi sebelum Luthfi perasan yang kita orang tengah tengok dia.

Tapi sebabkan si Faris ni lambat sangat bergerak, aku nampak Luthfi menoleh ke arah aku selepas Miss Lynn cium pipi dia dan masuk semula ke blok akademik. Memang adik manja betullah dia tu sebab dah besar panjang macam tu lagi pun nak kena cium-cium.

Dan aku rasa pandangan aku terkunci untuk lima saat pada dia. Seolah-olah aku tak dapat alihkan mata aku dari memandang dia. Tapi aku cepat-cepat teringatkan Faris yang dah semacam dekat sebelah aku ni. Aku paksa diri aku melangkah dan ajak Faris ke café cepat-cepat. Kalau dia boleh melangkah pergi dari aku tanpa rasa apa-apa macam waktu dia tinggalkan aku dulu, kenapa aku tak boleh pula?

_______________

FARIS MINUM AIR dari gelas dia sambil pandang aku. Lepas tu dia angkat kening dia.

“Apa?” Aku tanya dia. Apahal pula angkat-angkat kening ni? Nak jadi Ziana Zain ke?

“Mana kau tahu Miss Lynn tu kakak dia?” Faris tanya aku. Itu rupanya yang dia nak tahu. Sampai siap angkat kening lagi.

“Aku pernah jumpa.” Aku cakap balik dekat dia. Spontan aku terimbau kenangan kali pertama aku jumpa dengan Miss Lynn dulu.

“Tak bagitahu pun…” Dia cakap lagi. Walaupun tak sesinis macam nada ayat dia semalam, tapi aku masih dapat tangkap bunyi tak enak tu.

“Err… aku lu…” Aku nak cakap yang aku lupa tapi aku teringat kejadian semalam. Aku tak nak gaduh dengan dia lagi. Tapi takkan aku nak cakap memang aku saja rahsiakan perkara ni. Lagilah dia marah. Tapikan, kenapa pula dia mesti marah? Aku betul-betul tak faham bab ni.

“Dahlah… lets drop this subject. Nanti jadi macam semalam lagi.” Tiba-tiba Faris cakap macam tu. Aku lah orang yang paling lega dengar ayat tu sebenarnya.

Lepas tu Faris cerita pasal budak-budak kelas dia dekat aku. Ada macam-macam perangai kawan-kawan dia tu. Aku pun dengar ajelah cerita tu sebab aku memang nak alihkan ingatan aku dari Luthfi. Tengah-tengah dia cerita aku perasan handphone aku bergetar. Aku tengok ada satu SMS. Faris masih lagi dengan cerita dia.

I’ll be at the place you saw me just now. Saya tunggu awak. Itupun kalau awak sudi nak jumpa saya.

Aku delete SMS Luthfi tu dan sambung dengar cerita Faris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience