Bab 12

Romance Series 5969

Part 12

“Saya ada dekat Langkawi hujung minggu ni.” Luthfi beritahu aku dalam telefon.

“Langkawi? Buat apa dekat Langkawi?” Aku soal dia balik.

“Part of training.” Dia jawab.

Bestnya dapat pergi Langkawi. Aku ni nama saja duduk dekat Kedah. Tapi belum sempat nak pergi melancong ke mana-mana. Aku fikir sorang-sorang dalam hati.

“Bukan senang saya nak datang Kedah ni. Tak nak jumpa saya ke nanti?” Dia tanya sebab aku tak cakap apa-apa.

“Nak jumpa? Macam mana?” Dia tahu tak jadual dekat matrikulasi ni padat gila. Ingat ada masa ke aku nak pergi melancong saja-saja ke Langkawi tu. Kalau setakat keluar pergi Alor Star boleh consider lagi.

“Datang lah Langkawi.” Aku mengucap panjang dengar ayat dia tu.

“Macam mana nak pergi? Mana saya ada transport.” Dah lah Langkawi tu agak jauh dari Kuala Nerang ni kalau nak pergi naik bas. Lagipun kolej aku ni curfew awal sangat. Pukul 7 malam dah kena ada dalam kawasan kolej balik.

“Tak boleh naik bas ke?” Nada suara dia macam tak puas hati.

“Jauhlah… Kalau setakat dekat Alor Star tu bolehlah saya curi-curi masa nak keluar lagi.”

Dia senyap dekat hujung talian. Marah ke? Tapi kalau marah pun aku nak buat macam mana? Bukannya aku ada kemudahan nak pergi sana. Dahlah jalan mana nak ikut pun aku tak tahu. Aku pun baru dua bulan duduk dekat Kedah ni.

“Tengoklah macam mana nanti.” Dia cakap selepas senyap seminit.

“Kalau ada rezeki kita akan jumpa juga nanti.” Aku cakap dekat dia. Yalah, bukan kerja manusia yang uruskan hal pertemuan macam ni. Kalau Allah bagi rezeki dan kesempatan dekat kami untuk jumpa, kita orang akan jumpa juga tak kira walau susah macam mana sekali pun.

“Sayangnya kalau tak dapat jumpa. Dahlah bukan senang saya boleh datang ke Kedah ni.” Macam sedih sangat suara dia dekat hujung talian tu.

“Kalau tak jumpa juga maknanya bukan rezeki kita untuk jumpalah tu.” Aku ingatkan dia lagi. Aku dengar dia mengeluh dalam telefon.

“Macam mana study?” Dia tanya aku selepas mendiamkan diri dalam 30 saat.

“Okey je. Cuma penat sikit sebab banyak kerja. Macam mana training?” Aku soal dia balik.

“Lagi a few months, saya dah boleh apply untuk jadi pilot.” Dia beritahu aku.

“Wah… seronoklah tu…”

“Mestilah seronok. Tapi lagi seronok kalau saya dapat jumpa awak.” Tak habis-habis lagi agenda dia nak jumpa aku tu rupanya.

“Rindu sangat dah ke?” Aku tanya soalan tu sebab saja nak usik dia.

“Of course I miss you.” Tapi dia jawab dengan serius sampai buat aku terkedu sorang-sorang.

“I miss you too…” Aku cakap perlahan-lahan. Tapi aku tahu dia masih boleh dengar ayat tu melalui telefon.

“Ingatkan saya sorang je yang rindu awak…” Aku tahu dia tengah senyum masa cakap dengan aku. Aku kan jarang cakap ayat yang jiwang-jiwang macam tu dekat dia. Entah kenapa tiba-tiba hari ni aku ringan mulut pulak nak cakap.

Aku dengan dia berbual-bual dalam lima minit lagi sebelum dia kena letak telefon sebab ada hal.

Rasa macam aku dengan Luthfi dah lama tak berbual-bual panjang. Kalau ada pun cuma cakap dalam lima atau sepuluh minit saja. Cukup setakat tahu perkembangan diri masing-masing. Dahlah bukan hari-hari pula boleh bercakap dengan dia. Kadang-kadang dalam seminggu tu hanya sekali yang aku dengan dia boleh berbual dalam telefon. SMS adalah dua tiga kali dalam sehari tapi itu pun perkara yang biasa-biasa aje.

Aku faham yang dia sekarang sibuk dengan flight training dia. Dan aku pun sibuk dengan study aku. Tapi yang aku risau kalau kita orang terus macam ni, aku takut hubungan kita orang nanti hanya sekadar macam kawan biasa. Aku tak mahu itu terjadi sebab dalam hati aku dia bukan setakat kawan biasa aku lagi dah. Luthfi sekarang berada di tempat yang istimewa dalam hati aku dan aku tak nak kedudukan tu berubah. Aku sayangkan dia sangat-sangat walaupun aku jarang cakap ayat sayang dia selalu. Aku kan ala-ala pemalu gitu.

Dahlah dekat dua tahun dah aku tak jumpa dia. Muka dia sekarang ni macam mana pun aku tak tahu. Yang aku ingat hanyalah muka dia masa dia sekolah dengan aku dulu. Kalau orang cakap aku tak rindu bohonglah orang tu. Tuhan saja yang tahu betapa rindu dan betapa aku nak jumpa dia. Dia adalah lelaki yang paling istimewa selepas abah dengan along aku.

Dan aku harap aku pun ada tempat yang istimewa dalam hati dia.

__________________

Hari Sabtu. Rasa macam tak senang duduk pulak hari ni. Aku tengok jam dekat meja belajar aku menunjukkan pukul 8.15 pagi. Aku pandang ke luar tingkap. Aku tengok ramai budak-budak yang dah pakai cantik-cantik keluar dari kolej kediaman. Aku tahu sangat kalau hari Sabtu macam ni dia orang semua akan keluar jalan-jalan dekat bandar Alor Star yang dekat sejam jauhnya kalau naik bas.

Aku tengok telefon. Kalau-kalau ada missed call atau SMS. Tapi apa yang aku tunggu tetap tak ada. Ayna yang perasan aku asyik tengok telefon pun rasa pelik.

Kalau dia ada telefon ajak aku jumpa dia dekat Alor Star, sekarang juga aku boleh pergi tunggu bas dekat luar pintu pagar kolej. Tapi masalahnya tak ada pun dia telefon aku.

“Kau ni nak bertelur ke? Cuba duduk diam.” Dia marah aku walaupun dia tahu kenapa aku tak senang duduk.

Aku sebenarnya tak berharap sangat yang Luthfi akan telefon aku dan ajak aku jumpa dia dekat Alor Star. Tapi entah kenapa hati aku ni mengada-ngada nak tunggu panggilan telefon dari dia. Aku tahu sebenarnya yang dia mesti tengah sibuk menjalani latihan penerbangan dia dekat Langkawi tu. Takkanlah dia boleh ada dekat Alor Star ni semata-mata nak jumpa aku.

Jadi aku bawak bertenang dan mengucap banyak-banyak dan cuba baca buku kimia yang ada depan mata aku sejak tadi. Tapi semakin aku baca semakin aku gatal nak tengok telefon aku.

“Kalau dah penat nak tunggu call, kau lah yang cuba call dia.” Ayna sarankan dekat aku lepas tengok aku yang dah semakin kritikal dan tak senang duduk sangat dah ni

Betul juga idea minah ni. Kenapa bukan aku aje yang call si Luthfi ni. Aku dial nombor telefon dia. Tapi cepat-cepat putuskan talian lepas dengar panggilan aku disambungkan ke voice mail. Aku cuba lagi sekali. Masih masuk voice mail. Aik? Kenapa masuk voicemail pula hari ni? Aku nak cakap dengan Luthfilah bukan dengan mesin.

“Tak dapat lah Ayna. Masuk voicemail aje.” Aku bagitahu dekat Ayna.

“Hah? Pergi mana pulak mamat tu?” Ayna pun pelik.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Urut dada perlahan-lahan. Aku cuba tenangkan diri. Agaknya dia sibuk sangat hari ni dan kitaorang mungkin tak ada peluang jumpa. Tak apalah Maya. Bukan jodoh kitaorang nak jumpa hari ni. Aku cuba pujuk hati aku dengan ayat yang sama yang aku guna dari malam semalam. Aku tahu amat mustahil untuk dia keluar dari Langkawi tu dan pergi ke Alor Star. Bukannya dekat. Naik feri pun dah sejam lebih.

Sudahlah May! Hentikan angan-angan tak matang kau tu! Aku marah diri sendiri.

__________________

Hari Sabtu berlalu macam tu saja tanpa ada panggilan dari Luthfi. Aku bertekad hari ni aku nak merajuk dengan dia. Sampai hati dia tak telefon aku semula semalam. Dahlah tak dapat jumpa. Cakap dengan aku pun tak nak.

Aku bangun awal sebab hari ni Ahad dan disebabkan aku ni duduk dekat Kedah, hari ni adalah hari bekerja. Jadi aku pun kena pergi kelas sekali.

Hari ni pula aku diberitahu yang pensyarah kimia aku bercuti sakit dan tak ada pensyarah lain yang dapat gantikan kuliah dia hari ni. Nampaknya lepas rehat tengahari nanti aku free lah sebab tak ada kelas langsung dah. Lega sikit rasanya sebab dapat juga aku siapkan tutorial yang dah berlambak-lambak tak disiapkan lagi.

Aku makan tengahari dengan budak kelas aku sebab tak jumpa Ayna dekat kafe. Dia ada kelas lagi agaknya. Tak dapat aku nak mengumpat pasal Luthfi dengan dia. Rasa sedih pula sebab sampai sekarang Luthfi masih tak telefon aku untuk cakap apa-apa. Sibuk sangat ke sampai dua minit pun tak ada untuk bercakap dengan aku?

Lepas makan aku pergi solat Zohor dekat surau. Dan lepas itu aku terus ke perpustakaan sebab dah confirm yang aku tak ada kelas dah sampai petang ni. Aku duduk sorang-sorang dalam library sebab budak-budak kelas aku semua nak balik kolej kediaman untuk berehat.

Tengah aku pening-pening kepala jawab soalan kimia yang berserabut tu ada orang berdehem belakang aku. Aku toleh. Nak apa pula dia ni?

“Buat apa serius sangat tu?” Faris soal aku.

“Tutor kimia. Banyak gila yang tak siap lagi.” Aku bagitahu dia dengan penuh kejujuran.

“Tulah. Suka sangat tangguh kerja.” Sempat dia kutuk aku. Dah lah betul-betul kena batang hidung aku sebab aku memang suka bertangguh untuk buat tutorial.

“Yelah… Kau sorang ajelah yang rajin kan.” Aku buat-buat merajuk dengan dia.

“Aku memang rajinlah wei… Kau je yang tak tahu.” Dia puji diri sendiri. Aku buat-buat muka nak muntah dengar ayat dia tu. Dia gelak perlahan sebab kita orang dalam library.

“Tumpang duduk dekat sini boleh tak?’ Faris tanya sambil tunjuk kerusi dekat depan aku. Aku angguk dan dia duduk buat kerja dia dekat depan aku.

Aku buat kerja diam-diam dan Faris dengan kerja dia. Bagus juga dia ni sebab tak kacau aku pun buat kerja. Cuma sesekali bila ada soalan yang aku tak tahu nak selesaikan dan aku tanya dekat dia, dia dengan senang hati tolong terangkan soalan tu dekat aku. Nampak gaya aku yang kacau dia ni. Kesian dia. Haha!

Tiba-tiba aku teringat dekat Luthfi. Luthfi dulu pun selalu tolong aku buat kerja sekolah dan ajar aku kalau aku tak faham apa-apa. Spontan aku jadi rindu dengan saat tu. Bagusnya lah kalau dia masih boleh berada dekat depan aku sekarang ni.

“Weh! Termenung pulak. Buatlah tutor ni.” Dia tegur aku lepas tengok aku mengelamun.

“Baru dua saat je aku termenung. Tak yah lah lebih-lebih.” Aku cuba cover line. Kejam betul dia ni sebab paksa aku siapkan tutorial aku cepat-cepat.

Lepas satu jam setengah duduk dalam library ni aku mula rasa sejuk yang amat sangat. Maklumlah dekat library ni pakai air-conditioner yang kuat gila. Tadi mula-mula masuk tak lah rasa sejuk sangat. Tapi bila dah lama-lama duduk dekat dalam ni mula rasa bagai nak beku.

“Faris, tolong tengok barang aku kejap. Aku nak pergi toilet.” Aku cakap sebab aku dah tak tahan dah duduk dekat tempat duduk aku ni. Sejuk sampai ke tulang buat aku tak tahan nak buang air kecil.

Faris angguk dan aku terus pergi toilet. Tapi ramai oranglah pula dalam toilet sampai aku kena berbaris untuk guna toilet.

Lepas dua puluh minit baru aku dapat keluar dari toilet. Rasa dah berpeluh-peluh pula sebab kena duduk macam sardin dekat dalam toilet tadi.

“Apasal lah ramai orang dalam toilet tadi?” Aku mengomel sorang-sorang lepas duduk balik dekat kerusi yang aku duduk tadi.

“Weh, tadi ada orang call kau.” Faris beritahu aku. Aku memang tinggalkan telefon aku dekat meja ni saja masa pergi tandas tadi. Aku terus capai telefon dan buka log panggilan.

“Mula-mula aku tak nak angkat tapi dah lima kali dia call. Aku takut ada hal penting so aku pun jawablah.” Faris sambung lagi ayat dia.

Aku tengok nama Luthfi dekat dalam log panggilan aku.

“Dia cakap apa?” Aku tanya Faris.

“Tak ada apa. Dia terus letak lepas aku cakap kau pergi tandas.” Aku dah tak sedap hati dengar ayat Faris tu. Aku cuba dail nombor telefon dia. Lagu caller ringtone Luthfi, lagu Irresistible dendangan One Direction berbunyi melalui corong telefon. Tapi tak ada orang angkat. Aku cuba telefon sampai tiga kali tapi masih tak ada orang angkat. Mana dia pergi ni?

“Faris, aku balik dululah. Thanks sebab jaga barang aku.” Aku cakap sekilas dekat dia. Aku kemas barang-barang aku dan terus balik kolej kediaman.

Sampai dekat bilik aku cuba telefon Luthfi lagi tapi tetap tak dapat. Angkatlah wei! Tadi kata kau yang beriya-iya sangat telefon aku sampai lima kali. Sekarang ni aku telefon tak nak angkat pula.

Lepas tiga belas kali aku call aku asyik kena dengar lagu One Direction tu aje. Aku pun naik fed up. Aku ambil tuala dan terus pergi mandi. Bila aku balik bilik selepas mandi, Ayna baru balik dari kelas dia.

“Aik? Awalnya kau balik hari ni.” Ayna tegur aku.

“Lecturer cuti.” Aku jawab sepatah.

“Syoknya…” Ayna merungut. Jeleslah tu. Haha.

Aku cuba balik telefon Luthfi. Harap-harap dia akan jawab. Tapi lagi sekali aku fed up sebab dia tetap tak angkat call aku. Kenapa pulak dengan dia ni?

“Kau telefon sapa? Muka macam nak bergaduh aje.” Ayna tanya aku sebab tengok muka aku kelat semacam.

“Sepupu engkau tulah.” Aku cakap dengan muka masam.

“Tak dapat lagi telefon dia lagi ke? Pelik pula aku. Takkan dia sibuk sangat.” Kata Ayna.

“Tadi dia telefon aku. Tapi Faris yang jawab sebab aku pergi toilet. Lepas tu aku telefon dia balik dia dah tak jawab.” Aku cerita dekat Ayna.

“Faris? Siapa dia tu?” Ayna buat muka pelik.

“Ye lah… aku lupa nak cerita dekat kau.” Memang aku lupa pun nak bagitahu dia pasal Faris sebab tu Ayna ni tak kenal Faris. Aku pun cakaplah siapa Faris tu dengan aku. Dan aku bagitahu jugalah yang aku duduk degan Faris dekat dalam library tadi. Sebab tu dia yang boleh tolong jawabkan telefon aku tadi.

“Dia mesti fikir bukan-bukan pasal Faris tu.” Ayna bagitahu apa yang dia fikir. Sebenarnya itulah juga yang aku terfikir dari tadi. Sebab itu hati aku tak sedap selagi aku tak dapat bercakap dengan dia.

Banyak kali aku cuba call dia. Dari siang sampai membawa ke malam. Tapi tetap tak dapat. Last sekali aku pula yang naik angin. Lantak kaulah. Aku telefon nak jelaskan elok-elok. Tapi kalau dia tak nak dengar apa-apa, suka hati dialah nak fikir apa. Jangan salahkan aku kalau dia yang salah faham tentang aku dengan Faris nanti.

__________________

Aku dah dekat seminggu tak berhubung dengan Luthfi. Aku tak tahu siapa yang tengah merajuk sekarang ni. Dia ke yang merajuk pasal Faris hari tu atau aku yang merajuk sebab letih call dia tak dapat-dapat. Tapi yang pasti sekarang ni kami sama-sama keraskan kepala dan hati untuk tak telefon sesama sendiri. Dia tak nak call aku dan aku lagi-lagilah tak hingin nak layan perangai budak-budak dia tu.

“Yang aku jawab telefon hari tu, boyfriend kau ke?” Faris tanya aku ada satu hari tu masa kitaorang tengah lepak sama-sama dekat kafe sambil makan.

Aku angguk aje dekat dia.

“Dia marah kau ke?” Faris soal aku lagi.

“Entah. Pasal apa dia nak marah pulak?” Aku jawab acuh tak acuh.

“Yelah… Dahlah dia tak kenal aku ni siapa. Lepas tu jawab telefon awek dia pula. Kalau aku, mesti aku dah fikir bukan-bukan dah.” Aku pandang Faris lepas dia cakap macam tu. Betul ke lelaki akan fikir macam tu. Kalau Luthfi dah fikir bukan-bukan, itu salah dialah sebab tak angkat call aku untuk dengar penjelasan yang sebenar.

“Sorrylah kalau aku buat kau dengan boyfriend kau gaduh.” Faris cakap dengan muka dan nada suara yang bersalah.

“Aku tak marah kau pun. Lagipun bukan salah kau.” Aku cakap elok-elok dekat Faris. Memang bukan salah dia pun. Dia angkat telefon aku dengan niat nak tolong aku sebab takut kalau-kalau ada panggilan yang mustahak ke.

Kadang-kadang aku pening kepala kalau fikirkan pasal hubungan aku dengan Luthfi kebelakangan ni. Kitaorang dah jarang sangat bercakap. Dahlah tak dapat nak bersua muka pun. Aku sampai terfikir, boleh ke hubungan kita orang bertahan lama? Kalau boleh pulak, selama mana kitaorang akan bertahan kalau perangai kita orang macam ni.

Betullah orang cakap, hubungan jarak jauh ni susah dan perlukan pengorbanan dan kepercayaan yang sangat tinggi.

Tapi walau susah macam mana pun, aku tak pernah terfikir yang aku akan tinggalkan dia. Aku juga tak nak dia tinggalkan aku walaupun aku tahu kitaorang dah dekat dua tahun tak jumpa. Aku tahu hubungan kita orang ni complicated dan susah, tapi aku tetap percaya dan yakin bahawa Luthfi boleh sabar dan akan terus setia dengan aku macam yang aku boleh setia dengan dia.

Aku tak pernah terfikir yang akan ada orang lain yang akan gantikan tempat dia dalam hubungan ni. Aku hanya nak dia seorang sebagai teman aku sebab dia sangat istimewa. Aku tak rasa aku boleh suka lelaki lain macam yang aku suka dia. Kalaulah dia tahu perasaan aku macam mana.

Bila aku kenang balik, aku rasa yang aku dengan Luthfi ni sebenarnya tabah juga sebab hubungan kitaorang masih boleh bertahan walaupun tak pernah tengok muka antara satu sama lain selama dua tahun. Gambar dia pun aku tak ada dan dia pun tak ada gambar aku. Cukup setakat aku dengar suara dia melalui telefon yang dia dah hadiahkan dekat aku dulu. Rasanya dia saja yang bagi hadiah dekat aku selama dia jadi teman istimewa aku. Aku tak pernah bagi apa-apa dekat dia. Apa yang boleh buat dia masih terus suka aku pun aku tak tahu. Malah apa yang buat aku suka sangat dengan dia pun aku tak boleh cakap. Aku hanya suka dan suka sangat-sangat dekat dia.

Lagi seminggu aku akan balik Kuala Lipis sebab cuti pertengahan semester dah mula. Rasa teruja nak balik rumah sebab inilah kali pertama aku akan balik ke Pahang selepas aku masuk kolej ni. Tiket bas aku dah beli awal-awal lagi. Itupun si Faris yang tolong belikan hari tu sebab dia kebetulan keluar ke Alor Star. Lagipun abah aku memang pesan supaya aku balik dengan dia nanti.

Abah aku lega gila bila aku cakap yang aku jumpa Faris dekat Kolej ni. Mesti dia risau bila bayangkan aku balik dari Kedah seorang diri. Dahlah aku ni perempuan. Nasib baik ada Faris ni. Aku pun tumpang lega sebenarnya bila dia ada.

Ayna pulak naik flight saja dari Alor Star ke

Kuantan. Ayah dia dah booking tiket tu untuk dia dan baru semalam dia dapat tiket yang ayah dia kirimkan melalui pos. Untunglah ayah dia banyak duit. Tak payah susah-susah naik bas dan mengharungi perjalanan yang lama nak mampus tu.

“Kalau Luthfi ada balik Kuantan, kau cakap dekat aku tau.” Aku pesan dekat Ayna. Nasib baik juga Ayna ni sepupu dia. Boleh juga aku intip dia kalau dia balik Kuantan.

“Kalau dia balik Kuantan, tahulah aku suruh dia telefon kau. Jangan risau, okey.” Dia beri jaminan dekat

aku.

Ayna pun tahu yang aku dah separuh mati nak tunggu call dari Luthfi. Ayna call dia pun, dia tak angkat. Mesti dia tahu yang aku dah komplot dengan sepupu dia tu. Aku rasa macam nak jerit aje bagitahu dia, aku rindu kaulah! Tolonglah telefon! Susah sangat ke?!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience