Bab 15
“Awak buat apa dekat sini?” Aku tanya dia dengan muka yang penuh rasa tak percaya. Betul ke apa yang aku tengok ni?
“Datang tengok korang graduate, of course!” Dia cakap dengan muka yang penuh ceria. Okey, sah memang dia yang sedang berdiri dekat depan aku sekarang ni. Tapi Ayna tak cakap pun yang dia ni nak datang.
“Aku pun tak tahu yang mamat ni nak datang tengok kita graduate.” Ayna cakap dekat aku macam dia tahu apa yang aku tengah fikir sekarang ni.
Aku pandang Luthfi. Dia senyum macam biasa dekat aku. Dia ni lupa ke yang kita orang tengah bergaduh? Kenapa dia buat-buat biasa je?
“Nak hadiah tak?” Dia tanya aku. Hadiah? Dia ni selalu je bagi aku hadiah. Semua hadiah datang dari dia.
Dia angkat kening sebab aku tak jawab soalan dia. Rasa macam tak terjawab pula. Aku rasa bersalah pula sebab selalu sangat dapat hadiah dari dia.
“Kenapa senyap ni?” Dia tanya aku lagi sebab aku tetap tak cakap apa-apa dekat dia. Tapi sekali lagi pertanyaan dia tu aku biarkan sepi tanpa ada jawapan.
Sebab aku tak juga jawab soalan dia, dia pun keluarkan sesuatu dari beg galas yang dia pakai dan bagi dekat aku. Aku tengok dia tengah hulurkan sekuntum bunga ros dengan satu anak patung kucing saiz sederhana besar yang pakai topi graduasi dekat aku.
“Bunga rose ni sekuntum je, tak boleh bagi sejambak sebab awak graduate dari kolej je. Nanti awak konvo universiti saya akan bagi sejambak. And for this special Mr. Cat, saya saja beli sebab terjumpa masa tengah jalan-jalan hari tu.” Dia cakap sambil hulur lagi kedua-dua hadiah tu dekat aku. Aku pula terus pandang hadiah-hadiah dia tu dengan perasaan sedih bercampur bahagia dan gembira.
Sedih sebab sekali lagi dia yang bagi hadiah dan bukannya aku. Bahagia dan juga gembira sebab dia sanggup datang dari jauh untuk bagi aku dua benda tu.
Perlahan-lahan, aku sambut juga hadiah tu tanpa tengok muka dia.
“Tak aci! Bagi May sorang aje ke? Ayna punya tak ada?” Ayna buat-buat merajuk.
“Tak ada. Kalau nak hadiah, you go ask from your parents.” Luthfi cakap dekat dia.
“Tak ada maknanya kalau mintak dengan mama. Balik-balik dia bagi duit dan suruh aku beli sendiri. Tak surprise macam ni lah.” Ayna buat merajuk lagi dan Luthfi buat-buat tak layan dia.
“Merajuk dengan saya lagi ke? Dah dapat hadiah pun nak merajuk lagi ke?” Dia cuba bergurau dengan aku. Dan aku senyum juga dengan gurauan dia yang tak berapa menjadi tu sebenarnya.
“Thanks.” Aku cakap dengan sepenuh dan seikhlas hati aku. Sungguh aku betul-betul rasa bertuah dipertemukan dengan lelaki macam dia ni, tahu menghargai aku walaupun kadang-kadang buat aku sakit hati. Haha.
Aku tengok dia senyum lega sebab aku sudi juga terima hadiah dia tu. Orang dah bagi, mesti lah aku ambil kan?
Aku dengar Ayna berdehem dua kali. Mesti dia ingat kita orang dah lupa yang dia masih ada dekat sebelah kita orang. Sebenarnya memang dah lupa pun. Aku hanya nampak Luthfi aje depan mata aku sekarang ni. Bila aku toleh ke arah Ayna aku tengok dia buat-buat pejam mata.
“Nak aku ‘excuse myself’ ke?” Dia tanya soalan tu kat Luthfi.
“Itu yang lebih baik sebenarnya.” Luthfi jawab soalan dia dengan penuh ikhlas.
“Wei, tak payah ikut cakap sepupu kau ni. Duduk je dengan kita orang.” Aku tak bagi Ayna pergi sebab aku takut rasa kekok bila duduk berdua dengan Luthfi nanti.
“Hoyeh!” Ayna buat-buat happy. Tapi sebenarnya memang dia happy pun sebab dapat kacau Luthfi dating. Aku tengok Luthfi buat muka tak puas hati dekat aku. Tapi aku buat-buat tak layan.
Aku ajak Luthfi dengan Ayna pergi duduk dekat tepi padang kolej. Dekat situ tak ada orang dan tak adalah rasa rimas dengan mata-mata orang lain yang sibuk nak ambil tahu hal kita orang. Lagipun dekat kawasan luar dewan tadi tu ramai sangat orang yang buat photoshoot sendirian berhad. Nak ajak pergi café mesti tempat tu pun penuh dengan orang. Jadi tempat yang paling sesuai untuk lepak-lepak sekarang ni ialah tepi padang. Walaupun cuaca panas tapi sekurang-kurangnya ada juga gazebo untuk berteduh.
__________________
Banyak benda yang aku bualkan dengan Luthfi. Tak rasa pun macam kami berdua pernah bergaduh. Rasa macam hubungan kitaorang perfect. Tapi bila fikir balik, aku macam tak percaya yang semalam aku boleh rasa menyampah dekat lelaki yang bernama Luthfi ni.
Bila aku renung-renungkan semula, dulu waktu aku tak berjauhan dengan dia, waktu aku dengan dia sama-sama di bangku sekolah, aku dengan dia tak pernah bergaduh juga. Paling serius pun merajuk-merajuk kecil. Itupun tak ada lah sampai membawa kepada tak bertegur sapa. Tapi bila aku jauh dengan dia, bila dia dah tinggalkan sekolah dan aku tak dapat jumpa dengan dia hari-hari, perselisihan faham selalu jadi. Macam dah jadi perkara wajib dalam seminggu.
Aku sebenarnya tak faham macam mana aku dengan dia boleh jadi macam tu. Mungkin Tuhan nak uji sekuat mana hubungan kami berdua. Atau mungkin juga untuk aku sedar yang aku sebenarnya tak serasi sangat dengan dia. Tapi bila aku fikir macam tu, aku akan jadi sedih sebab dalam hati aku sangat sayangkan dia. Kalau boleh satu hari nanti aku nak jadi yang halal untuk dia. Aku tak pernah fikir yang satu hari nanti aku akan hilang dia. Sejak dia berjaya ketuk pintu hati aku, aku hanya nampak nama dan wajah dia. Tak ada orang lain lagi. Dan aku tak tahu sama ada dia pun rasa benda yang sama macam yang aku rasa.
Lepas dekat setengah jam borak, Ayna cakap dia dahaga dan ajak kita orang semua pergi café untuk beli air. Hakikatnya dia nak suruh Luthfi belanja. Aku yang rasa haus juga ikut ajelah cakap si Ayna tu.
“Awak nak balik sekali dengan saya tak? Saya boleh je lalu Kuala Lipis dan drop awak dekat rumah awak.” Dia pelawa aku dalam perjalanan kami semua ke cafe. Lagipun Ayna nak terus balik ke Pahang dengan dia lepas ni.
“Saya dah janji dengan abah esok. Tak apalah.” Aku tolak dengan baik. Yang sebenarnya aku takut abah tanya lebih-lebih nanti. Aku rasa kekok kalau abah tanya aku pasal Luthfi sebab aku tak tahu nak cakap macam mana dekat abah nanti.
“Betul ni? Tak menyesal ke nanti?” Dia minta kepastian aku sambil pandang dalam-dalam ke mata aku. Aku dah nak gugur jantung.
“Yes. Very sure.” Aku balas juga walaupun terlupa tarik nafas tadi.
Dia pun angkat bahu ajelah tanda dia dah tak boleh buat apa-apa dah.
“Maya!” Kita orang masih lagi dalam perjalanan nak ke café bila aku dengar nama aku di panggil. Bila aku toleh ke arah suara yang panggil aku tu hati aku dah tak sedap. Aku tengok Luthfi pun tengah pandang orang yang panggil nama aku tu. Aku pandang Ayna sekilas. Dia pun nampak cuak. Aku pandang balik, aku tengok Faris tengah berlari datang dekat kami bertiga.
“Ayah aku ajak kau balik dengan aku. Dia dah cakap dekat abah kau dan abah kau mungkin tak sempat nak call kau untuk bagitahu.” Lancar saja Faris bercakap tanpa dapat membaca apa yang aku tengah fikir ni. Dia mungkin tak perasan yang aku sebenarnya tengah kecut perut ni.
“Ayah kau ada datang hari ni ke?” Aku tanya dia balik. Nasib baik suara aku tak dengar sangat macam menggigil.
“Ada. Aku lupa nak bagitahu kau.” Dia cakap lagi. Dan aku angguk tanpa perasaan. Aku langsung tak berani nak toleh pandang Luthfi yang dekat sebelah aku ni.
“Kau Faris ke?” Aku dengar Luthfi tanya Faris. Faris pun angguk tanpa rasa bersalah. Dalam takut-takut aku jeling juga muka Luthfi. Serius aku tak pernah tengok muka dia macam ni. Rasa macam dia tengah tension tahap gaban pula. Dia marah ke?
“Kau tahu tak aku ni siapa?” Aku dapat dengar ada nada marah dalam soalan Luthfi tu.
Aku tengok Faris angkat bahu.
“Patut ke aku tahu?” Faris tanya Luthfi balik dan aku rasa nak menjerit.
“She’s my girlfriend lah! Of course you should know who the hell I am!” Luthfi dah naik kan nada suara dia.
“So, what’s the point? Aku bukan ajak girlfriend kau ni pergi dating dengan aku ke apa. Aku Cuma ajak dia balik kampung dengan aku atas kebenaran ayah dia. Aku tak tahu pulak aku buat benda yang salah.” Faris bagi ayat tu dekat Luthfi dengan selamba.
Aku pandang Luthfidan aku terkejut sebab dia pun tengah pandang aku dengan mata yang sangat marah.
“Saya ajak awak balik, awak tak nak. Tapi dengan budak ni senang je awak setuju ye?” Walaupun dia tak naikkan suara dia dekat aku tapi aku tahu yang dia tengah sangat marah sekarang ni.
“Bro, keep your cool lah. Aku dengan dia sekampung. Tak ada salahnya kalau ayah aku tumpangkan dia balik.” Faris cakap dengan nada baik.
“Aku tak suka kau rapat dengan Maya kau tahu tak?!” Luthfi membentak lagi.
“She’s just a friend lah…” Faris cuba bagitahu Luthfi.
“Saya kan dah bagitahu yang saya dengan dia biasa je. Kenapa awak tak faham?” Aku cuba cakap elok-elok dekat dia.
“Betul tu, aku pun tahu respect somebody else’s girlfriend…”Faris cuba nak cakap elok-elok dengan Luthfi.
Tapi aku sangat terkejut bila Luthfi angkat tangan dan tumbuk muka Faris. Faris tak sempat mengelak dan jatuh dengan sebab tumbukan Luthfi tu.
“Luthfi! Apa awak buat ni?!” Aku tak tahu dari mana datangnya keberanian aku untuk jerit macam tu dekat Luthfi dan pergi tolong Faris yang terjatuh tu.
“Aku okey. Serius aku okey.” Faris cakap dekat aku sambil cuba bangun sendiri. Aku tengok bibir dia berdarah dan tepi mulut dia mula nak lebam.
Bila aku tengok muka Faris dah jadi macam tu, aku pula yang rasa marah. Aku pandang Luthfi. Dia pun tengah tengok aku dengan sinis.
“Macam tu ke hubungan yang biasa. Aku tak nampak macam biasa pun.” Sinis aje Luthfi cakap ayat tu. Aku tak pasti dia tujukan ayat tu dekat aku ataupun dekat Faris. Tapi yang pasti memang dia tengah cakap dekat kami berdua.
“Cukuplah Luthfi! Sampai bila awak nak berperangai macam ni? Cuba awak percaya dekat saya ni sikit.” Aku rasa geram dekat dia lepas dia cakap sinis dekat aku dengan Faris tadi. Jadi aku pun naikkan suara aku pada dia. Aku tengok muka dia berubah. Macam tak sangka aku pun boleh marah dia.
“Perangai apa pulak?! Saya dah banyak kali cakap dekat awak yang saya tak suka awak berkawan dengan mana-mana lelaki lain. Tapi awak tu yang bodoh sangat untuk faham dan ikut cakap saya!”
Dia tengking aku pula. Aku bangun dari sebelah Faris dan berdiri betul-betul dekat depan dia. Aku pandang tepat muka dia.
“Dan saya pun dah banyak kali beritahu awak yang awak tak boleh sekat kebebasan saya untuk berkawan dengan sesiapa pun. Saya berhak berkawan dengan sesiapa pun. Awak tu yang bodoh sebab tak boleh bezakan yang mana satu kawan biasa dengan kawan istimewa! Tolonglah jadi matang sikit!” Aku pulang balik paku buah keras yang dia bagi dekat aku tadi.
Dia memang nampak terkejut sebab tengok aku betul-betul marah. Memang aku betul-betul marah dan menyampah dengan perangai budak-budak dia tu.
Aku tengok dia tarik nafas dalam-dalam dan pandang aku tepat-tepat ke dalam mata. Aku tak boleh baca apa maksud pandangan mata dia tu. Tapi hati aku dah rasa tak sedap.
“Okey, fine! Kalau macam tu, awak tinggalkan ajelah budak bodoh yang tak matang ni.” Dia cakap sambil pandang tepat muka aku.
“Ma..maksud awak?” Aku rasa aku dah menggigil bila tanya soalan tu dekat dia.
“Kita putus!” Dia jerit dekat muka aku.
“A..a..awak…” Aku nak cakap sesuatu dekat dia tapi aku tengok dia dah tarik tangan Ayna yang dari tadi jadi pemerhati dan pergi dari aku.
Aku nak kejar dia. Tapi kaki aku rasa berat dan terpaku untuk melangkah. Aku pandang dia yang melangkah makin jauh meninggalkan aku. Spontan aku rasa air mata aku jatuh ke pipi.
“Maya… Kau okey?” Aku dengar suara Faris bertanya dekat belakang aku. Aku biarkan saja soalan dia tu sepi tanpa jawapan. Bukan aku tak nak jawab tapi lidah aku rasa kelu untuk cakap apa-apa.
Bila aku dapat cari kekuatan aku balik, aku lari sekuat hati aku dan naik ke bilik untuk cari Ayna. Kalau dia ada, mesti aku dapat cari Luthfi dan betulkan balik keadaan. Aku nak minta maaf walaupun aku rasa bukan salah aku pun semua tu tadi terjadi.
Tapi bila aku buka pintu bilik aku, katil dan almari pakaian Ayna dah kosong. Aku terduduk di situ juga. Hati aku pun jadi kosong. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Rasa macam malu, sedih dan marah bercampur baur dalam hati aku.
Aku termenung sorang-sorang dalam bilik yang kosong tu selama lima belas minit. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku tengok Faris telefon aku. Perlahan-lahan aku jawab panggilan dia.
“Aku tunggu kau dekat tingkat bawah blok asrama kau ni. Jomlah kita balik.” Aku dengar suara Faris perlahan saja dekat hujung talian.
“Okey.” Itu saja yang mampu aku balas walaupun aku cuba sedaya upaya aku untuk keluarkan suara.
Aku angkut beg dan barang-barang aku ke tingkat bawah. Faris dah tunggu untuk tolong punggah barang aku. Lepas pulangkan kunci bilik dekat pejabat kolej kediaman, aku balik dengan Faris dan keluarga dia.
Dalam kereta, Faris duduk dengan aku dekat tempat duduk belakang. Mak Faris duduk dekat depan, sebelah ayah dialah. Aku tahu Faris asyik perhatikan aku. Aku rasa dia nak cakap sesuatu dekat aku tapi aku buat-buat tak tahu dekat dia sebab aku tak nak dengar apa-apa. Aku tak bercakap, tak pandang dan langsung tak hiraukan dia sepanjang perjalanan dari Kedah ke Pahang. Rasa macam jiwa aku kosong dan mati.
Aku rasa nak menjerit dan menangis bila terpandangkan ros sekuntum dengan anak patung kucing yang Luthfi bagi dekat aku tadi dalam beg sandang yang aku pakai. Rasa macam baru sekejap tadi dia layan aku dengan baik. Aku tak boleh terima yang aku dengan dia sekarang dah tak ada apa-apa.
Bila sampai dekat rumah aku, Faris tolong keluarkan semua barang-barang aku dari bonet kereta. Tapi aku tak ucapkan pun terima kasih atau selamat tinggal dekat dia. Pandang dia pun tidak.
“Nanti aku telefon kau ye?” Dia cakap dekat aku sebelum dia naik kereta dia semula. Tapi aku tak endahkan dia.
Dalam hati aku rasa bersalah sangat dekat Faris ni sebenarnya. Aku tahu bukan salah dia pun. Tapi hati aku tetap nak salahkan dia atas semua yang terjadi. Memang tak adil sungguh bagi dia.
Malam tu seperti yang dia janji, dia telefon aku. Tapi aku tak jawab. Tak rasa nak bercakap dengan dia. Aku solat Isyak. Lepas tu aku menangis atas katil sampai aku tertidur.
Share this novel