Bab 34

Romance Series 5969

Bab 34

“Maya…” Miss Lynn bisik dekat aku. Dia tengah memandu sambil mata dia tertumpu ke arah jalan tapi dia sempat juga mengerling ke arah aku.

Aku pandang dia sambil angkat kening. Nak apa pula dia ni? Aku tengok dia sengih-sengih tengok aku. Ada lah dia nak gossip dengan aku ni. Aku sendiri pun tak sedar macam mana aku dengan Miss Lynn boleh terlebih rapat pula sejak akhir-akhir ni. Siap suruh aku panggil dia Kak Lynn lagi kalau kita orang berada di luar kampus. Nampak macam dia suka benar lepak dengan aku. Dan aku pun tak nafikan yang aku enjoy kalau keluar jalan-jalan dengan dia. Rasa mesra pula.

“I rasa macam nak pakai tudung macam Maya jugalah…” Dia bisik lagi dekat aku.

Aku terkejut. Biar betul? Miss Lynn yang seksi dan cantik bergaya ni nak pakai tudung? Besarnya rahmat Tuhan dekat dia. Aku tumpang gembira tiba-tiba.

“Betul ke kak?” Aku soal dia sebab rasa macam tak percaya dengar dia cakap tadi tu.

Miss Lynn angguk. Aku tersenyum lebar.

“Alhamdulillah. Bertambah cantiklah akak lepas ni.” Aku puji dia.

“You are the first person yang saya beritahu perkara ni, tau?” Dia cakap sambil senyum lebar dekat aku juga. Aku rasa terharu pula tiba-tiba.

“Mak cik dengan Luthfi mesti happy juga bila dengar berita ni.” Aku cakap dekat dia.

“Haruslah happy. Mummy selalu cakap yang dia teringin nak tengok I bertudung.” Miss Lynn cerita dekat aku.

Ibu mana yang tak nak tengok anak dia berubah ke arah kebaikan. Lebih-lebih lagi menyahut tuntutan agama yang dianuti ini. Mestilah mak cik akan sokong penghijrahan Miss Lynn ni nanti.

“Kak dah beli tudung ke?” Aku tanya dia.

Miss Lynn geleng.

“The truth is, saya tak reti nak pakai macam mana. Maya boleh ajarkan tak? Saya tengok Maya pakai cantik dan kemas sangat. Nampak ayu. Sebab tu rasa teringin nak pakai.” Miss Lynn mengaku. Sekali lagi aku rasa terharu. Tak sangka sebab dia nak berubah ni adalah sebab dia tengok aku pakai tudung.

“For sure, kalau akak yang pakai mesti lagi cantik. Berganda-ganda ayunya.” Aku puji dia. Dah memang dia lawa pun. Pakai tudung mesti lagi lawa.

“Nanti temankan saya pergi beli tudung ye?” Dia cakap dekat aku.

“No problem!” Aku jawab dengan gembira.

Dia pun tersenyum gembira.

“By the way, Maya…” Miss Lynn cakap lagi. Aku pandang dia dan tunggu ayat seterusnya dari dia.

“Next weekends datang rumah saya tau. Kita celebrate birthday Luthfi sama-sama. Mummy pun nak datang celebrate juga.” Miss Lynn sambung.

Aku baru teringat yang hari Sabtu depan adalah hari lahir Luthfi. Alamak! Aku tak beli hadiah lagi. Dahlah aku langsung tak pernah bagi hadiah pun dekat dia. Rasanya inilah kali pertama aku nak sambut hari lahir dia. Selama ni dia selalu tak ada di sisi aku bila time hari lahir dia. Jadi tak sambutlah sebab bila dia ada semula aku dengan dia dah terlupa tentang hari lahir tu.

“Err..okay, kak.” Aku jawab ringkas. Dalam hari masih terfikir tentang hadiah apa yang aku nak bagi dekat Luthfi nanti. Dahlah ni hadiah pertama aku nak bagi dekat dia.

“Don’t worry. I tak buat party pun nanti. Kita celebrate kita-kita aje.” Miss Lynn menambah. Lepas tu aku dengan dia sama-sama tergelak.

Dah dekat tiga minggu aku tak jumpa Luthfi. Bukan sebab dia saja yang sibuk. Dengan aku-aku pun ikut sibuk juga. Tak menang tangan aku nak hadapi segala assignment, test dengan kuiz yang ada. Rasa penat sangat-sangat. Itu belum cerita part projek-projek yang kena present depan pensyarah lagi.

Kalau tak sebab aku rindu sangat-sangat dekat Luthfi, aku rasa tak nak pergi rumah Miss Lynn pagi Sabtu ni. Tambah pula hari tu hari lahir Luthfi. Mahu menyesal tak sudah aku kalau tak pergi celebrate hari lahir dia tu.

Miss Lynn datang ambil aku dekat asrama pukul 8 pagi. Nasib baik aku dah bangun tidur. Aku ni bukan boleh percaya juga. Kadang-kadang bila dah penat sangat dengan kerja-kerja yang berlambak ni, terlajak juga tidur. Dahlah bukan sekejap kalau aku terlajak. Kadang-kadang sampai ke tengahari. Fatiha pun sama kes juga dengan aku. Tak dapat ditolong dah kalau jadi macam tu.

Aku ikut Miss Lynn pergi pasaraya sekejap untuk beli barang-barang untuk nak masak. Tak sangka aku Miss Lynn tu pandai masak juga. Dahlah cantik. Aku ingat orang yang cantik bergaya macam dia tu hanya tau beli kat luar aje sebab tak nak kotor sebab memasak. Tak sangka wanita sejati juga dia tu. Makin bertambah rasa kagum aku dekat kakak Luthfi ni. Untunglah kalau siapa dapat kahwin dengan dia.

Dekat rumah, aku tolong Miss Lynn masak. Tapi tak terkejar-kejar sangat pun sebab dia orang ni semua nak makan malam sama-sama. Jadi masih banyak lagi masa untuk aku masak. Miss Lynn pula sibuk buat kek red velvet untuk Luthfi. Kagum lagi sekali aku bila tengok Miss Lynn macam chef professional buat kek tu. Aku ni setakat makanan biasa-biasa terrer lah juga. Tapi kalau bab kek aku fail lagi. Setakat puding yang senang-senang tahulah aku. Kalau kek gempak-gempak aku tak reti. Nampak gayanya bolehlah aku berguru dengan Miss Lynn suatu hari nanti. Kalau jadi boleh aku buka bisnes bakery. Haha! Tinggi sangat angan-angan.

Mak dengan ayah Luthfi datang dari Kuantan dan sampai dekat rumah Miss Lynn lepas Asar. Luthfi masih belum datang lagi masa tu sebab dia kena kerja hari ni. Tapi katanya sebelum Maghrib dia sampailah. Jangan tak datang sudahlah. Nanti tak jadi birthday celebration ni sebab birthday boy tak ada. Ahaks! Macam budak-budak pula aku panggil dia birthday boy.

Kali pertama aku jumpa dengan daddy Luthfi hari ni. Selama ni aku bayangkan yang daddy dia ni garang orangnya. Tak pun serius dan ulat buku. Mungkin juga suka bincangkan hal-hal politik negara dan antarabangsa. Tapi bila aku jumpa, imaginasi aku tu satu pun tak kena.

Daddy dia sama macam mummy dia, sangat ramah dan rendah diri walaupun berpangkat ‘Tan Sri’. Patutlah Luthfi tu pun baik orangnya. Sebab keluarga dia semuanya rendah diri walaupun dikira jutawan jugalah diaorang ni. Golongan macam nilah yang aku paling suka. Kaya tapi tak sombong. Bukan macam setengah-setengah orang yang perasan bagus.

“Panggil pak cik aje, Maya. Tak payahlah nak ber’Tan Sri’ dengan pak cik ni. Pak cik ni dulu pun orang kampung juga. Rezeki Allah sebab dikurniakan kesenangan sekarang ni. Mana tahu esok lusa kena tarik. Sebab tu tak boleh nak bermegah sangat.” Daddy Luthfi cakap dekat aku. Aku senyum hormat dekat Pak Cik Syed Zulkifli ni. Sekali tengok pak cik ni pun handsome juga. Patutlah anak-anak diaorang yang dua orang tu muka stok-stok model aje. Mak cantik, ayah pun tak kurang tampannya.

Luthfi nampak terkejut sangat-sangat bila tengok aku ada sekali dekat rumah Miss Lynn sambil borak-borak dengan mummy dia. Aku memang saja tak bagi tahu yang aku akan datang sambut hari jadi dia sama-sama dengan family dia dekat rumah kakak dia ni. Miss Lynn awal-awal dah bagitahu aku yang dia nak buat surprise dekat Luthfi dan dia suruh aku pura-pura tak ingat tarikh hari ni ialah hari lahir Luthfi. Luthfi pun macam bagi kerjasama sebab langsung tak tanya aku apa-apa tentang birthday dia. Nampak macam tak kisah je kalau aku tak ingat birthday dia. Sporting betul cik abang tu. Lagi aku suka dekat dia.

Malam tu lepas solat Maghrib berimamkan daddy Luthfi, kami makan sama-sama. Aku nampak sebenarnya Luthfi curi-curi pandang dekat aku. Tapi aku buat-buat tak nampak. Aku pun curi-curi jeling dia sebenarnya sebab aku rindu nak pandang muka dia. Rasa lama gila aku tak tengok dia. Agaknya dia rindu aku juga tak?

“Ada pulak orang main-main mata dekat meja makan ni, mummy.” Miss Lynn bersuara tiba-tiba. Aku angkat muka sambil pandang dia. Miss Lynn tengah ketawa kecil.

Alamak! Miss Lynn nampak ke aku dengan Luthfi curi-curi pandang sesama sendiri? Malunya! Aku jeling Luthfi. Dia pun tengah gelak macam Miss Lynn.

“Kak Lynn jelous ke? Sorrylah… Siapa suruh letak girlfriend Luthfi jauh sangat dari Luthfi. Terpaksalah pandang curi-curi.” Dia balas sambil gelak.

Boleh dia jawab macam tu. Segan pula aku dekat mummy dengan daddy dia ni. Nasib baik mak ayah dia ni sporting dan ikut gelak sama. Tak adalah pandang pelik dekat aku dengan Luthfi. Tapi aku dengan dia tak adalah duduk jauh sangat. Setakat meja makan yang muat enam orang ni. Tak adalah jauh mana sangat jaraknya. Bukannya table for twelve pun.

“Tak payah pandang curi-curi. Kalau nak sangat bila-bila pun daddy boleh pergi pinangkan.” Daddy Luthfi bersuara tiba-tiba sambil senyum simpul. Aku dah terkedu dekat tempat duduk aku. Apahal tiba-tiba cakap pasal pinang-meminang ni?

“Kena tunggu Maya habis study dulu, daddy. Kalau tak nanti abah dia tak bagi.” Luthfi jawab.

“Cepat sikit habis belajar, Maya. Nanti bolehlah mak cik dengan pak cik pergi jumpa abah Maya.” Mummy Luthfi pula buka mulut.

Aku tak tahu nak jawab apa sebab aku rasa kekok sangat dengan perbualan ni. Malu, segan semua ada. Jadi aku senyum macam orang bodoh aje dekat tempat duduk aku ni.

“Sedaplah spaghetti ni. Kak Lynn masak biasa tak sedap macam ni pun.” Luthfi komen tiba-tiba.

“Siapa kata I yang masak spaghetti ni hari ni.” Miss Lynn balas.

“Habis siapa masak?” Luthfi tanya semula.

“Buat-buat tanya pulak. Kalau bukan I, mestilah Maya yang masak.” Miss Lynn jawab.

Aku senyum. Besar pula hati bila dia kata masakan aku sedap. Tapi bila fikir balik, rasanya inilah kali pertama aku masak untuk dia. Selama ni mana pernah aku tunjuk skill memasak dekat dia. Dia tak pernah pun rasa makanan yang aku masak.

Aku tengok Luthfi pandang aku.

“Sedaplah.” Dia puji. Aku senyum dengar pujian dia.

“Thanks…” Aku jawab balik pujian dia tu.

“Kita memang kena pergi jumpa abah Maya cepat-cepat nampaknya ni, yang. Senang si Luthfi ni nak makan spaghetti Maya nanti.” Daddy Luthfi mengusik. Mummy Luthfi angguk laju-laju dengan statement daddy Luthfi tu.

Segan aku ni. Tak sangka daddy Luthfi ni kuat juga mengusik.

Lepas makan, aku tolong Miss Lynn kemas dapur dan basuh pinggan. Lepas tu kami makan kek red velvet yang Miss Lynn buat tadi. Tak sangka sedap gila kek tu. Kalau jual gerenti laku. Boleh buat bisnes ni.

Luthfi tengah lepak dekat ruang tamu sorang-sorang masa aku selesai mengemas apa-apa yang patut dikemas tadi tu. Jadi aku ambil peluang untuk pergi bertegur-sapa dengan dia.

“Nah hadiah. Happy birthday.” Aku cakap dekat Luthfi sambil hulur kotak hadiah yang aku sempat beli dua hari lepas dekat dia.

Dia sambut sambil senyum dekat aku.

“Thanks. Apa ni?” Dia tanya. Aku sengih aje. Takkan nak bagitahu. Kalau nak tahu kenalah buka dulu.

“Adalah. Small gift.” Aku cakap.

“Susah-susah aje. Saya ingat awak dah tak ingat birthday saya.” Dia cakap.

“Saja je buat-buat tak ingat. Tapi kenapa awak tak merajuk pun bila saya buat-buat tak ingat?” Aku soal.

Dia senyum lagi. Banyak pula buat sedekah dekat aku malam ni.

“Nanti kalau saya merajuk, saya takut kita gaduh pula. Saya tak nak gaduh dengan awak lagi dah. Takut nanti saya hilang awak lagi.” Dia jawab.

Tak sangka perpisahan kami dulu masih bagi kesan dihati dia. Aku pun rasa benda yang sama dengan dia sebenarnya. Mesti sakit kalau terpaksa kehilangan dia lagi. Aku tak nak hilang dia. Kalau boleh aku nak jadi perempuan yang halal untuk dia sebab aku sayang dia sangat-sangat. Semoga Tuhan mendengar doa aku ni. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience