Bab 23
Aku pakai compact powder dengan lip gloss warna pink cair saja sebelum aku sarung tudung bawal coklat kegemaran aku tu. Lepas tu aku tengok balik baju yang aku pakai melalui cermin. Bantai sajalah, hati aku berbisik. Asal tutup aurat sudahlah. Bukan aku nak keluar dengan perdana menteri pun. Tak payah lah nak cantik-cantik sangat sebab aku ni setakat nak keluar makan dekat gerai tepi jalan aje nanti.
Lepas siap berpakaian, aku capai telefon dan tengok kalau-kalau ada SMS yang masuk. Dan memang ada pun. Cepat-cepat aku buka mesej tu dan baca.
“Saya dah sampai dekat depan hostel awak. Saya tunggu ni. Cepat sikit tau! Lapar ni.” Aku senyum tengok mesej tu. Mesej tu Luthfi yang hantar. Aku pun macam tak percaya yang aku nak keluar makan dengan dia sebenarnya ni.
Tapi kalau aku tak pergi, aku nak makan apa malam ni? Dah lah aku memang tengah lapar gila sekarang ni sebab baru siap buat assignment. Memang dah jadi tabiat aku rasanya akan rasa lapar lepas study atau buat assignment. Malam hujung-hujung minggu macam ni tak banyak kedai di café yang buka. Jadi, makanan mesti dah tak banyak sebab jam dah pukul 9 malam. Budak-budak lelaki mesti dah sental habis punyalah makanan yang ada dekat café tu awal-awal tadi lagi.
Roomate tersayang aku, Fatiha balik kampung. Si Faris pula, katanya pergi overnight dengan rakan-rakan satu kelas dia. Tak tahulah aku ke mana dia tu pergi sampai overnight. Alkisahnya, aku tak ada sesiapa untuk aku ajak teman aku untuk pergi cari makan dekat luar.
Entah macam mana Luthfi SMS aku dan ajak aku teman dia makan. Macam dia tahu-tahu saja keadaan aku yang tidak berteman sekarang ni. Pandai betul dia meramal. Dan aku pun setuju untuk keluar dengan dia.
Aku dapat bayangkan berdasarkan suara dia dekat dalam telefon yang dia pun terkejut bila aku cakap okey. Aku ni lagi-lagilah terkejut. Tak sangka aku boleh lupakan perang dingin antara kitaorang ni macam tu saja.
“Betul ke okey ni?” Aku ingat lagi suara tak percaya Luthfi bila aku dengan mudah sebut perkataan okey dekat dia.
“Betul lah!” Aku jawab.
“Betul-betul?” Dia tak percaya lagi.
“Nak saya cakap betul macam mana lagi, Luthfi? Saya rasa bahasa melayu saya dah clear. Betul lah. Kalau awak tak nak percaya tak payah ajak saya lain kali.”
“Okey…okey! Nanti saya datang jemput.”
Telefon aku berdering spontan mematikan lamunan aku terhadap perbualan aku dengan Luthfi dua jam lepas. Aku tengok nama pemanggil tertera nama Luthfi.
“Dah siap ke? Saya tengah tunggu ni.” Dia cakap sebaik aku jawab panggilan tu.
“Nak keluar bilik la ni. Sabar boleh?”
“Okey. Saya nak pastikan yang awak betul-betul nak keluar. Manalah tahu awak buat April Fool tiba-tiba lepas saya sampai ni.” Dia masih tak percaya lagi rupanya.
Aku capai handbag dan keluar dari bilik. Cepat-cepat aku turun tangga dan pergi ke lobi asrama.
“Dalam perjalanan nak keluar asrama lah ni. Sekejap!” Aku cakap sambil berlari turun tangga.
“Now I believe you…” Dia cakap sebab dengar aku cakap sambil termengah-mengah. Lepas tu aku terus matikan talian sebab aku dah nak sampai dekat lobi asrama dah pun. Aku nampak dia tengah tunggu aku dekat depan blok asrama sambil bersandar dekat kereta Vios putih dia.
Lepas dia nampak aku, barulah dia masuk semula dalam kereta. Aku pun masuk dalam kereta dia lepas aku sampai dekat kereta dia.
“Nak makan di mana?” Dia tanya aku sebaik aku duduk dekat sebelah dia dalam kereta.
“Mana-manalah.” Aku jawab acuh tak acuh sambil betulkan tudung aku yang dah senget sedikit lepas lari-lari turun tangga tadi.
“Eh, tapi istilah mana-mana tu tak nak restoran fast food tau!” Aku bagitahu dia tiba-tiba lepas kereta dia baru keluar dari perkarangan kampus universiti.
“Nak makan apa sebenarnya? Mamak? Tomyam?” Dia tanya. Aku pun fikir laju-laju.
“Tomyam.” Aku buat keputusan. Dia angguk dan terus memandu.
Dua puluh minit kemudian, kitaorang sampai dekat satu restoran tomyam. Ramai juga orang tengah makan sebab kita orang yang memang datang lambat. Tapi nasib baik masih ada tempat duduk.
Lepas order makanan, aku dengan Luthfi duduk diamkan diri. Masing-masing tak bercakap. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa dengan dia. Aku Cuma tunggu dia mulakan perbualan dulu. Lagipun, teringat pula dekat perbualan kami waktu kali terakhir aku jumpa dia. Bila fikir, aku lagi rasa janggal dengan dia sebenarnya.
“Thanks, sebab nak temankan saya makan. Kalau tak makan sorang-sorang lah saya malam ni.” Dia cakap lepas kita orang sama-sama diam lima minit.
“Awak tak ada orang lain ke nak ajak keluar? Kawan-kawan ke? Tak pun kakak awak?” Aku tanya soalan tu memang sebab nak tahu. Takkan dia tak ada kawan untuk keluar lepak-lepak. Macam Faris tu, ada saja kawan dia untuk pergi melepak bila-bila masa.
“Sebenarnya, kakak saya cancel date kitaorang tiba-tiba. Dia pergi tengok wayang dengan kawan dia. Kawan-kawan lain semua dah keluar dah dari petang tadi. Jadi memang tak ada orang lain selain awak.” Dia cerita dekat aku.
“Tak ikut kakak awak pergi tengok wayang sekali?”
“Dia pergi dengan kawan-kawan perempuan dia ramai-ramai. Takkan saya nak ikut.”
Aku angguk ajelah. Tak tahu nak soal apa dah. Rasa macam panjang juga perbualan tadi tu. Sedikit rasa janggal aku dah hilang.
“Faris mana? Kenapa tak keluar makan dengan dia?” Dia soal aku tiba-tiba. Aku tengok muka dia macam biasa je. Bukan air muka marah macam selalu bila nama Faris dikaitkan.
“Dia overnight dengan geng-geng dia.”
“Pergi mana?” Luthfi tanya lagi. Baik pula dia ni, siap nak ambil tahu hal Faris ni.
“Tak tahulah. Bukan hal saya untuk saya ambil tahu.”
Giliran dia pula angguk. Rasa macam tak percaya yang dia boleh tanya aku pasal Faris. Kalau dulu, aku sebut nama aje nama Faris dia dah melenting. Dia dah insaf kot! Tapi memang dia tak patut pun marah Faris dulu.
“Awak dengan Miss Lynn memang baik ke? Dia selalu cakap pasal awak dekat saya.” Aku pula yang cuba buka cerita lain untuk dibualkan dengan dia.
“Ye ke? Dia cerita apa pasal saya?” Dia tanya sambil angkat kening dekat aku.
“Macam-macam lah…” Aku cakap macam tu aje. Sebab takkan aku nak bagitahu yang Miss Lynn selalu cakap yang Luthfi suka dan rindu dekat aku dan harap aku balik dekat dia.
“Harap-harap dia tak cakap benda-benda yang mengarut yang boleh buat awak tak selesa.” Luthfi senyum. Aku rasa dia pun boleh agak apa yang kakak dia cakap dekat aku sebenarnya.
“Saya tak pernah cerita pun apa-apa dekat dia sebenanrnya. Tapi dia tu suka baca diari saya. Jadi macam-macam dah dia tahu sekarang.” Luthfi sambung cerita.
“Awak tulis diari ke?” Aku tanya sebab terkejut dengan fakta tu.
Dia angguk.
“Sejak bila?”
“Dari sekolah dulu lagi.” Dia jawab macam biasa aje.
“Tak tahu pun…” Memang aku tak tahu pun. Aku tak pernah perasan pun yang dia ada diari.
“Memanglah tak tahu, diari bukan untuk dikongsi dengan orang. Itu privacy! Kakak saya tu je yang tak tahu batas privacy orang lain.”
Itu aku tahulah. Cuma aku rasa frust sebab aku tak pernah tahu yang dia suka tulis diari walaupun aku pernah jadi orang yang istimewa pada dia. Nampak sangat yang aku tak ambil tahu pasal dia. Teruk juga aku ni rupanya.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu.
“Tapi Miss Lynn cakap awak yang selalu bercerita pada dia.”
“Dia cakap macam tu?”
Aku angguk dengan soalan tu.
“Banyak lah saya pergi cerita. Jangan dengar sangat lah cakap my sister tu. Dia tu suka mengarut.”
Aku tak tahulah nak percaya atau tidak cakap Luthfi ni. Tapi bila fikir balik, Miss Lynn tu memang suka bercerita sampai meleret-leret dalam kuliah. Kadang-kadang sampai lari topik.
“Lambat juga tukang masak kedai ni masak. Rasa dah lama kita tunggu.” Luthfi cakap sambil tertinjau-tinjau ke dapur restoran.
“Tak nampak ke ramai orang ni? Kena sabar menanti…” Aku bagi nasihat percuma dekat dia.
“Saya laparlah…”
“Saya pun lapar. Tunggulah sekejap…” Aku nasihat dia lagi. Rasa macam aku ni kakak dia pula.
“Okey…” Dia jawab sambil sengih. Pandai pun dengar cakap budak ni. Kalau dia merengek-rengek sebab lambat dan lapar lagi, memang aku rasa nak karate saja dah.
“Selalu jumpa Ayna tak?” Aku tanya sebab nak alih perhatian dia daripada asyik ingatkan makanan yang memang lambat nak sampai tu.
Mungkin aku berimaginasi, tapi kalau tak salah penglihatan aku aku nampak riak muka Luthfi berubah sedikit sebaik aku sebut nama Ayna. Tapi sebab dia buat muka macam biasa balik semula, aku anggapkan yang aku salah pandang air muka dia tu tadi.
“Tak pun.” Dia jawab macam acuh tak acuh. Aik?
“Kenapa tak jumpa dia? Dia kan duduk dekat-dekat sini juga.”
“Tak ada hal pun nak jumpa dia.” Dia jawab acuh tak acuh lagi macam tadi.
Hati aku kata ada sesuatu yang dia tak cerita ni. Tapi aku tak berani nak tanya dia sebab tak nak dikatakan menyibuk hal orang lain pula. Kalau dia nak cerita, biarlah dia sendiri yang cerita. Jadi aku angguk ajelah.
Aku pun pelik juga ni. Setakat yang aku tahu, dia ni rapat dengan Ayna tu sebab dia orang sekolah di sekolah yang sama dari sekolah rendah lagi. Walaupun Ayna tu muda dari dia, tapi seingat aku Luthfi layan Ayna tu macam adik dia sendiri walaupun mereka Cuma sepupu.
“Dia ada datang jumpa saya hari tu. Tapi sekali tu sajalah sebab dia kata dia sibuk.” Aku cuba buat murah hati bercerita pasal Ayna. Saja nak tengok reaksi dia sebenarnya.
Tapi dia angguk lemah macam tak berminat nak dengar cerita aku tu. Dia langsung tak pandang muka aku langsung dah. Apa yang jadi antara dia orang berdua ni?
Aku baru nak menyiasat reaksi dia lagi tapi tiba-tiba ada pelayan datang dan hidangkan makanan yang kitaorang pesan tadi. Disebabkan aku lapar, aku terus terlupa pasal hal tu lepas nampak makanan yang panas dan berasap-asap tu.
Aku tengok Luthfi yang dekat depan aku tu pun dah belasah makanan dia tanpa cakap apa-apa lagi.
__________________
NASIB BAIK Faris tak buat perangai suka overnight dia tu selalu. Kalau tak memang aku kena makan mee segera tiap-tiap malam sebab tak ada kawan untuk teman aku makan malam. Luthfi pun bukannya ajak aku makan setiap hari. Tapi kalau dia ajak setiap hari pun, aku tak nak sebenarnya. Takkan aku nak keluar dengan dia selalu-selalu. Sekali-sekala tu tak apalah.
Nak ajak Fatiha, dia selalu keluar dengan boyfriend dia. Dia baru lagi couple dengan budak tu. Jadi takkan aku nak kacau daun ikut mereka berdua keluar makan bersama.
Aku turun ke café pukul 10 malam. Suasana café masih meriah sebab budak-budak ramai datang nak tengok tv yang ada dekat sini. Tapi makanan dah tak ada pun sekarang ni. Kalau nak pun, adalah teh tarik panas-panas ataupun milo ais. Pendek kata ada air sajalah malam-malam ni.
“Lambatlah kau ni. Aku dah lapar tahu tak?” Faris cakap dekat aku sebaik saja dia nampak muka aku dekat café.
“Aku pun laparlah.” Aku cakap balik. Memang aku lapar pun. Tapi nak buat macam mana sebab aku kena buat mini projek secara berkumpulan dulu tadi. Sebab semua ahli kumpulan aku perempuan jadi kita orang buat dekat bilik study asrama aje. Tapi maklumlah kalau perempuan yang buat kerja, semua nak kena kemas. Jadi lambatlah siap kerja aku tu.
“Korang buat apa lama-lama?” Faris tak puas hati lagi.
“Mini project tu lah…”
“Dahlah jom makan…” Faris hulur nasi goreng ayam yang dia tolong beli untuk aku pukul 7 tadi.
Nasib baik dia tolong beli. Kalau tak makan mee segera lagi aku malam ni. Budak-budak kumpulan aku tu tak tahu yang aku ni lapar agaknya. Dari lepas maghrib aku buat kerja dengan dia orang, sekarang baru siap. Kalau Faris tak belikan makanan, memang aku tak makanlah sampai esok pagi.
“Kenapa kau tak makan lagi?” Aku tanya Faris sebab tengok dia buka bungkusan nasi goreng dia juga.
“Aku tunggu nak makan dengan kau lah…” Dia jawab.
Alahai. Kesian dia. Mesti dia lapar gila sebab tunggu aku lama.
“Sorrylah. Aku tak tahu yang kerja tu siap lambat macam ni.”
“Lain kali cakap dekat budak group kau tu, jangan buat kerja last minute. Kang jadi macam ni lagi.” Faris nasihat kan aku sambil suap nasi goreng dia ke mulut.
Aku sebenarnya dah ajak kawan-kawan aku tu siapkan kerja tu awal-awal lagi tapi masing-masing sibuk dan tak dapat berkumpul. Apabila esok dah nak kena hantar, barulah masing-masing ada masa terluang nak buat kerja. Alamatnya jadi macam tadilah. Semua bekerja dalam keadaan kalut sebab bimbang project tu tak sempat disiapkan.
“Budak tu ada cari kau lagi tak?” Faris buka soalan tiba-tiba buat aku terkejut dari angan-angan dan impian.
“Budak? Budak mana?” Aku tak dapat fikir sebab terkejut dengan soalan dia.
Dia diam lima saat.
“Luthfi.” Faris sebut lambat-lambat.
“Ada.”Aku jawab sambil suap nasi banyak-banyak ke dalam mulut.
Aku tengok Faris berhenti makan dan angkat muka dia memandang aku.
“Ada? Dia nak apa?” Bunyi macam terkejut saja cara dia bertanya tu.
“Dia ajak aku makan dengan dia sebab dia tak ada geng.”
“Dah tu, kau pergi tak?” Faris tanya sambil kuis-kuis nasi goreng dia. Tak pandang aku pula kali ni.
“Pergi.” Selamba aku jawab sambil kunyah nasi dalam mulut.
Faris angkat muka cepat-cepat dan tengok aku semula. Macam dia terkejut dengan jawapan aku. Aku pun dah jangka dia akan terkejut sebab dia ingat aku masih bergaduh lagi dengan Luthfi. Dan aku nak tengok sama ada dia akan marah macam hari tu lagi ataupun tidak.
“Pergi?” Dia tanya dengan bersungguh-sungguh.
Aku angguk. Dan Faris sambung makan macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku tarik nafas lega. Nasib baik dia tak marah. Tapi dia memang tak ada sebab nak marah pun sebenarnya kan?
Tapi kan… kenapa dia senyap saja makan lepas tu? Tak bercakap langsung dengan aku sepanjang kita orang sama-sama makan tu.
“Alhamdulillah, kenyang.” Itu dua patah perkataan pertama yang dia bercakap semula selepas diam beberapa minit tadi.
Aku tengok dia minum air milo ais dia. Aku yang dah siap makan ni pun minum air kopi ais kegemaran aku.
“Boleh tidur ke kejap lagi tu?” Faris tanya sebab tengok aku seronok sangat dapat minum kopi.
“Kau ni macamlah tak kenal aku, kan?” Aku cakap balik dekat dia macam tu sebab dia memang dah tahu yang walau banyak mana aku minum kopi pun, tetap tak jadi apa-apa. Aku tetap boleh tidur macam biasa.
“Okeylah. Kalau kau pun dah kenyang, aku nak balik asrama aku. Bye.” Faris cakap dan terus bangun dari meja makan. Dia buang pembungkus nasi dia dan terus balik ke asrama dia dan meninggalkan aku terpinga-pinga di meja makan ni lagi.
Lambat-lambat aku bangun dan bergerak balik ke asrama aku. Sesampainya aku di bilik, aku lihat Fatiha masih belum balik lagi. Mesti dia balik lambat, aku fikir dalam hati. Aku pun ambil telefon bimbit aku dari atas meja study aku. Tadi masa pergi makan dengan Faris, aku tak bawa pun telefon ni bersama aku. Aku tengok ada dua SMS.
“Tidur dah ke?” Aku baca SMS pertama dari Luthfi. Aku buka yang seterusnya. SMS dia juga.
“Tidur lah tu… Good night.” Dia tulis macam tu mesti sebab dia ingat aku dah tidur sebab tak balas mesej dia.
Aku senyum sorang-sorang tengok dua ayat tu. Dalam hati, aku yakin dan pasti yang aku dah tak marah pada dia lagi.
Share this novel