[28] Islam

Fantasy Completed 3250

Pantulan cermin di hadapannya menunjukkan hijab segi empat yang diletakkan di atas kepala sambil Zehra pening sendiri, tak tahu bagaimana harus dia lilit hijab yang orang panggil tudung bawal itu. Mahu dipusing ke kiri, tak menjadi, mahu dipusing ke kanan, aneh pula hasilnya.

"Tuanku belajar cara pakai tudung ke?"

Sapaan daripada dayang Khadijah buat Zehra menoleh seketika. "Haah. Tapi susah sikitlah."

"Tak apa. Perlahan-perlahan belajar."

"Masuklah," pelawa Zehra.

Dayang Khadijah tersenyum seraya mengangguk sebelum melangkah masuk lalu duduk di sofa ruang tamu kecil kamar itu. Zehra juga turut melepas kembali hijabnya lalu mengambil tempat di hadapan dayang Khadijah.

"Tuanku betul ke, nak masuk Islam? Ke ada siapa-siapa yang paksa?" soal dayang Khadijah.

"Eh, tak adalah. Saya betul-betul serius dan tak ada sesiapa pun yang paksa saya."

Zehra akui selama ini dia tak memiliki sebarang kepercayaan terhadap mana-mana agama begitu juga dengan Henry dan Bella. Dia hanya menjadi isteri kedua Henry kerana undang-undang membenarkan itu berlaku.

"Bukan sebab Darwisy?"

Tawa Zehra pecah ketika mendengar pertanyaan itu. Dayang Khadijah juga ikut tertawa.

Memori berkenaan kembali terimbas difikirannya.

Makan tengah hari antara Zehra, Darwisy dan Diana diselang-seli dengan perbualan mesra dan gelak tawa halus mereka.

"Mummy, nak tambah ayam boleh?" soal Darwisy dengan suara gemasnya.

"Boleh, ambillah. Makan sampai kenyang tau."

"Okey mummy."

Telatah Darwisy yang sedang menyuap makanan dengan gelojoh ke dalam mulut Zehra dan Diana perhatikan. Comel.

"Hari ni belajar apa Darwisy dekat sekolah?" Zehra bertanya lembut.

"Hari ni Wisy belajar fasal syurga."

"Syurga?"

"Haah. Ustazah Wisy cakap, kalau kita sayangkan orang baik-baik nanti kita masuk syurga. Tapi kalau kita sayangkan orang kafir nanti kita masuk neraka. Tapi, Wisy sayang mummy. Wisy tak nak masuk neraka dan Wisy pun tak nak mummy masuk neraka. Wisy nak kita masuk syurga sama-sama, boleh?"

Zehra terkesima.

Bayangan itu akhirnya terpadam daripada layar minda.

"Jadi, kalau bukan sebab Darwisy, boleh saya tahu apa sebab tuanku nak masuk Islam?"

"Sebab tuhan selalu ada dan memang lumrah manusia yang berkehendak akan tuhan."

***

Dua tahun sebelum,

Zehra singgah sebentar di rumah Dilayla atau lebih tepat lagi, rumah dia menyamar sebagai anak sulung mak cik Ruqayyah. Selesai mengunci Bella di istana lama, seharusnya dia terus pulang ke istana tapi hatinya sendiri belum cukup kuat untuk hadam semua yang berlaku.

Dia tahu, jika dia pulang ke istana, akan ada pergaduhan besar antara dia dan Henry yang kemuncaknya mungkin sebuah perpisahan untuk mereka. Jadi sebelum semua itu berlaku, izinkanlah dia untuk berehat dan menenangkan jiwa yang sudah penuh dengan lara meski hanya sedetik cuma.

Lagipun rumah ini kosong kerana mak cik Ruqayyah sudah pun di hantar ke rumah sakit untuk merawat kemurungannya itu. Darwisy pula masih berada di tadika.

Nafas dihembus berat sbil tubuh cuba dia sandarkan pada sofa ruang tamu rumah itu.

"Minumlah dulu." Secawan kopi diletakkan di meja kecil hadapan sofa sebelum Dilayla juga turut mengambil tempatnya berhadapan dengan Zehra.

"Kau dah betul-betul bersedia untuk lalui semua ni?" Dikaulah menyoal.

Zehra yang mendengar hanya mampu untuk tunduk sambil mengangguk kecil. Air matanya jatuh setitis pada pipi. Jujur dari sudut hati, sebenarnya dia tak sanggup. Dia betul-betul tak sanggup untuk kehilangan Henry.

Telapak tangannya ditarik sebelum diusap perlahan oleh Dilayla. "Kau boleh. Aku tahu kau kuat."

"Aku ni bodoh Dilayla. Aku jatuh cinta dengan lelaki yang seksa dan hancurkan hidup kakak kembar aku sendiri."

"No, it's okey."

"Macam mana kau boleh sentiasa kuat, Dilayla? Tolong ajar aku."

Dilayla tarik nafas dalam sebelum udara yang cukup berat itu dilepas keluar. "Mungkin sebab aku selalu rasa yang tuhan tu sentiasa ada."

"Ha?"

"Aku tahu benda ni mungkin tak masuk akal untuk orang macam kau, tapi aku cuma nak kongsi pengalaman aku aje." Kopi panas yang baru siap dibancuh tadi dihirup sedikit oleh Dilayla sebelum dia membuka cerita.

"Dulu aku ada masalah suka hidup di masa lalu. Bila ada dua pilihan, A dan B, kemudian katakanlah aku pilih A, lepastu sesuatu yang tak sesuai dengan rancangan aku terjadi, aku selalu rasa kenapalah aku tak pilih B, kalau aku pilih B, mesti semua benda ni takkan jadi. Benda tu selalu sangat jadi dan sumpah, seksa sangat. Tapi bila aku fikir balik, aku rasa kalau aku pilih B pun, aku akan persoalkan juga kenapalah aku tak pilih A? Dia macam dua-dua pilihan yang aku buat, dua-dua aku akan persoalkan."

"End up aku tak bahagia pun. Selain daripada tu, aku juga selalu fikir masa depan dengan terlalu mendalam. Macam mana kalau aku gagal? Macam mana kalau aku tak dapat jadi apa yang aku nak? Kalau satu hari nanti aku jatuh, aku boleh bangkit semula ke? Kalau aku tak boleh bangkit, buat apa aku mulakan perjalanan ni. Padahal, aku berada di puncak kejayaan pun belum lagi, dah fikir fasal jatuh."

"Aku menderita dan orang lain langsung tak tahu tentang tu. Aku cuba untuk kawal sesuatu yang aku tak boleh kawal. Masa lalu ialah sesuatu yang aku tak boleh putarkan kembali, masa depan pula ialah sesuatu yang aku sendiri tak boleh capai. Orang lain mungkin nampak aku macam dah berubah, daripada rajin kepada kurang rajin, daripada banyak cakap jadi banyak diam. Bukan aku tak nak bersosial tapi aku berperang dengan jiwa aku sendiri."

"Kadang-kadang juga, aku selalu salahkan diri sendiri bila teringat masa lalu. Sampaikan bila ada berita gembira aje aku nak senyum pun rasa bersalah."

"Selama ni aku selalu diajar dalam agama yang aku anuti kita tak boleh buat jahat sebab semua tu tuhan nampak sampai aku sendiri pun terlupa yang tuhan pun nampak kebaikan kita, perjuangan kita dan usaha kita."

"Orang boleh cakap macam-macam tapi tuhan akan selalu ada. Samalah macam mak cik Ruqayyah, ramai orang cakap dia tak cukup iman, dia depresi sebab dia tak reda, Allah murka. Betul, boleh jadi kita depresi sebab tak reda, tapi Allah tahu kita berjuang, Allah nampak betapa susahnya kita cuba untuk terima hakikat, untuk reda, bahkan sampai kita hampir gila sekalipun dia tetap nampak usaha kita."

"Waktu semua orang cakap kita jahat, Dia ada. Dia faham susah kita. Bukan aku nak cakap bila kita buat salah dia tak murka tapi Dia akan selalu tunggu kita dengan kasih sayang. Kerana tuhan itu akan selalu ada."

***

"Macam saya pula, saya tak ada tempat bergantung. Saya sedih, saya gembira saya tak tahu nak buat apa. Saya rasa tak tentu arah. Dari situ baru saya belajar yang setiap manusia itu berkehendak untuk bertuhan," bicara Zehra.

Dayang Khadijah yang mendengar mengangguk perlahan. "Faham."

***

Malam ini tepat pukul 8:00 malam, satu sidang media diadakan di istana cahaya bulan itu. Kerdipan lampu pada berpuluh-puluh kamera yang berdiri di hadapan pejabat Zehra bersama mikrofon yang amat teratur susunannya merakam satu-persatu percakapan dan mimik muka Zehra.

"Selamat malam dan selamat sejahtera kepada semua warga Vioreece yang amat beta kasihi dan sayangi sekalian. Berucapnya beta pada malam ini adalah dengan ikhlas untuk menyusun sepuluh jari bagi memohon ampun dan maaf atas segala konflik serta kesulitan yang dihadapi oleh rakyat jelata sepanjang tempoh lima tahun yang lalu." Nafas Zehra lepaskan.

"Konflik yang dimulakan daripada pembuangan bayi 32 tahun yang lalu yang kemudiannya mendatangkan konflik-konflik besar untuk empayar ini sehingga berlakunya pembunuhan, pengeboman malah peperangan yang membahayakan penduduk empayar. Mencipta sebuah kisah duka juga bagi keluarga yang hilang salah seorang ahlinya. Bukan itu sahaja, malah hierarki empayar juga menjadi kacau-bilau selepas konflik demi konflik."

"Beta tahu, mungkin ada dikalangan rakyat yang merasakan sistem pemerintahan empayar ini tidak lagi efisien dan memberi sebarang manfaat malah hanya akan membawa kehancuran kepada empayar dengan masalah-masalah besar yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan." Segelas air putih yang disediakan di atas mejanya diteguk perlahan.

"Beta juga tahu, ramai yang tidak setuju dengan pelantikan beta sebagai maharani Vioreece yang seterusnya. Beta sedar, meski beta ialah salah seorang keluarga diraja Vioreece , namun beta tidaklah dibesarkan dengan cara hidup diraja. Akan tetapi, ketahuilah pengalaman beta hidup bersama maharaja Henry amat memberi beta pengalaman dan satu proses pembelajaran tentang urys tadbir empayar. Malahan, satu ilmu tentang kehidupan."

"Jadi, beta mohon agar diberi peluang dan kepercayaan untuk beta menjadi pentadbir Vioreece yang seterusnya. Di kesempatan ini juga, beta ingin meluahkan rasa belasungkawa beta kepada keluarga-keluarga yang terkorban pada insiden pengeboman lima tahun yang lalu. Sungguh, beta amat berdukacita dengan segala yang telah berlaku."

"Beta juga ingin memberitahu suatu berita kepada kalian semua. Bahawa beta telah pun memeluk Islam baru-baru ini dan beta sendiri masih lagi belajar dalam agama yang baru beta anuti. Jadi beta mohon doa kalian semua. Doakan beta."

"Sekali lagi, beta memohon ampun dan maaf atas segala kesulitan yang berlaku selama ini. Maafkan beta, percayakan beta. Vioreece maju jaya."

***

Selesai mandi dan menunaikan solat fardu Isyak, Zehra beristirahat sebentar di beranda bilik. Menatap purnama yang dia sendiri pun sudah lama tak merenungnya. Hembusan pawana malam yang begitu menenangkan ditarik dalam masuk ke peparunya sebelum dilepas keluar.

Tuk! Tuk!

Ah, itu pasti dayang Khadijah yang ingin menghantar susu yang perlu diminum sebelum tidur. Segera Zehra menapak menuju ke muka pintu. Tombol pintu bilik itu dipulas sebelum daun pintu dibuka olehnya.

"Susu tuanku." Dengan senyuman manis Dayang Khadijah berbicara.

Zehra mengangguk sebelum menjemput dayang-dayang itu masuk ke dalam kamar.

"Tengok bulan lagi ke tuanku?" Mesra dayang Khadijah menyoal sambil meletakkan gelas susu di atas meja ruang tamu kecil bilik itu.

Zehra angguk. "Bulan yang selalu ada walaupun bintang tak nampak, kan?"

Dayang Khadijah lantas tersenyum. Sepi menghuni suasana antara mereka untuk seketika waktu sebelum bicara dayang Khadijah kembali memecah keheningan.

"Maaf kalau apa yang saya nak tanya ni, menyinggung perasaan tuanku." Lembut kata-kata itu diutarakan.

"Nak tanya apa? Tanya ajelah."

"Tuanku, tak nak melawat tuanku Henry ke?"

Senyuman manis Zehra yang terukir tadi tiba-tiba berubah kelat.

***

Bersandar pada dinding, Henry meratapi nasib diri. Rasa kesal memenuhi sukmanya hingga tubir matanya mengalirkan air mata buat kesekian kalinya. Teresak-esak dadanya ingin menarik nafas. Sudah dua minggu sejak hari Bella menceritakan hal sebenar kepadanya tempoh hari keadaannya semakin lama semakin teruk.

Teruk dan diselubungi rasa sesal yang teramat sangat. "Kenapa? Kenapa semua benda ni kena jadi?" Kepalanya dihantuk-hantuk ke dinding.

"Argh!" Raungnya dalam perit.

"Maafkan saya, Zehra. Maafkan saya."

Kenapa? Kenapa dia bodoh sangat? Macam mana dia boleh tak perasan yang dia selamatkan tu bukan Riz?

Esaknya kedengaran lagi.

Kalaulah dia tak pernah seksa Riz dulu dan tak pernah rancang pembunuhan bodoh tu, mesti hubungan dia dan Zehra masih boleh dipertahankan.

"Kenapa aku bodoh sangat?" Gema suara Henry memenuhi sel penjara itu.

"Baguslah kalau kau dah menyesal. Ni, ada surat untuk kau." Pengawal penjara yang hadir tiba-tiba itu lantas menyelitkan sampul surat di bawah jeriji besi yang mengurungnya sebelum berlalu pergi.

Henry masih lagi dalam tangisnya yang tak berkesudahan. Hidupnya sudah punah, ranap dan hancur begitu saja. Tak lama lagi dia sendiri pun akan mati dihukum gantung.

"Argh!" Rambutnya diraup ke belakang. Serabut.

Perlahan-lahan tubuhnya diseret di atas lantai sebelum sampul surat itu diambil olehnya. Surat bertinta hitam itu akhirnya dibaca. Sekeping surat yang akan menambahkan lagi penyesalan dalam hidupnya.

sorry for the late update, enjoy your reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience