[4] Terakhir

Fantasy Completed 3250

Zehra merenung tubuh Henry yang terbaring di bilik rawat istana melalui tingkap yang ada pada pintu bilik. Hatinya terbit juga rasa sayu namun dia tak dibenarkan untuk masuk melawat Henry. Bohong jika tidak ada langsung rasa cinta buat lelaki itu dari lubuk hatinya.

Sekilas merenung, akhirnya Zehra pulang kembali ke kamarnya. Pintu bilik ditutup dan dia merebahkan tubuhnya di atas katil.

Tuk! Tuk!

Ketukan di pintu kamar menyebabkan dia terjaga dari menungan. Air mata diseka lalu langkahnya dibawa ke muka pintu sebelum membuka perlahan daun pintu itu.

“Puas menangis? Bukan ke kau suka tengok Henry macam tu?” Bella menyoalnya sinis.

“Apa maksud cik?”

“Kau mungkin boleh tipu semua orang dalam istana ni, tapi bukan dengan aku. Jadi kalau kau rasa lemas sangat pakai ‘topeng’ kau, kau boleh tunjuk wajah sebenar kau dengan aku.”

Zehra hanya menunduk muka dan diam tanpa sebarang jawapan.

“Aku tak nak kau rapatkan diri kau dengan Henry.”

“Kenapa?”

“Aku tahu apa niat kau.”

“Nah, ambil baju ni. Aku nak kau tolong dayang-dayang istana berkemas. Memang tu aje tempat yang layak untuk kau.” Sehelai gaun lusuh dicampak ke muka Zehra.

•••

Bella melangkah masuk ke bilik rawat istana sambil tangannya memegang dulang makanan. Figura Henry yang sedang berbaring di katil bilik rawat dipandang.

“Macam mana keadaan awak hari ni?”

Henry hanya membalas soalannya dengan senyuman pudar. Wajahnya dikala ini tampak sedikit pucat.

“Saya ada bawa makanan untuk awak. Saya masak sendiri tau.”

Dulang makanan tadi diletakkan di atas meja tepi katil. Tangan Henry disentuh dan digenggam kuat.

“Jujur, saya rindukan awak dan saya juga rindukan kita.”

Henry yang tak selesa dengan keadaan itu menarik semula tangannya. Senyuman Bella yang tadinya lebar mula mengendur. Wajahnya tetap cuba dimaniskan di hadapan Henry.

“Jom, kita makan.” Semangkuk bubur daripada dulang tadi diambil dan dicedok sedikit isinya. Tangan dihala ke mulut Henry.

“Saya tak ada selera nak makan.” Sudu tadi ditolak.

“Okey. Kalau awak tak ada selera nak makan, tak apa. Saya nak tanya awak satu soalan. Mangkuk bubur diletakkan di meja katil.

“Soalan apa?”

“Apa sebenarnya yang jadi semalam?”

“Perlu ke awak ambil tahu semua tu?”

“Awak rasa?”

•••

(“Kau nak aku buat apa?” )

(“Aku nak kau yang hantar air untuk Henry pukul lapan malam ni, pandai-pandailah kau uruskan.”)

Kamelia melangkah perlahan menuju dapur, segelas jus epal yang sudah sedia disiapkan diambil dan dibawa di atas dulang seperti rancangan yang sudah dia bincang bersama Riz.

“Eh, Lia. Tak payahlah hantarkan air tu, biar saya yang hantarkan. Lagipun, tu tugas saya hari ni.”

Seorang dayang-dayang menyapanya dari arah belakang.

“Tak apa, saya boleh tolong awak hantarkan.”

“Tak payahlah, saya takut nanti saya pula yang kena marah.”

“Tak ada apa-apalah, saya tolong sikit aje.” Kaki terus melangkah cepat untuk menuju ke kamar Henry. Dia perlu pantas untuk memastikan rancangan ini membuahkan hasil.

Tuk! Tuk!

Pintu diketuk perlahan.

(“Di sebabkan ini kali pertama kau buat tugasan ni, aku nak kau tahu sebaik saja pintu dibuka, arah pukul 12:00 akan ada satu set sofa dengan meja kopi.”)

Satu-persatu arahan yang diberi terimbas kembali pada memori.

Pintu dibuka oleh Henry.

“Nak hantar air?” soalnya.

Kamelia hanya mengangguk.

(“Arah pukul sembilan akan ada sebuah katil mewah. Di bawah katil tadi aku dah siapkan sepucuk pistol yang mengarah ke pukul empat. Picunya terikat dengan seutas benang yang bersambung di sofa sebelah kiri meja kopi.”)

(“Jadi, kau nak suruh aku buat apa sebenarnya ni?”)

(“Letak air tu atas meja,”)

Perlahan-lahan dia melangkah ke arah meja kopi yang berada tepat di hadapannya sebelum jus epal tadi diletakkan.

“Lepas awak keluar nanti, tolong kuncikan pintu, saya nak mandi.” Perintah Henry.

“Okey.” Hanya sepatah jawapan Kamelia.

(“Bila kedudukan Henry tepat pada arah pukul empat, aku nak kau langgar sikit sofa tadi.”)

Selesai meletakkan air, kaki disenggol sedikit pada kaki sofa.

Bang!

(“Apa tujuan kau buat semua ni?”)

(“Aku nak bayang-bayang aku terhapus.”)

(“Untuk?”)

(“Untuk aku singkirkan dia sebelum dia rosakkan segalanya.”)

•••

Selesai mendengar cerita daripada Henry, dahi Bella berkerut seribu.

“Oh, jadi sebab tulah awak klarifikasikan kes ni sebagai kemalangan?” Gelas diisi dengan air putih yang terdapat di sisi katil sebelum diminum.

“Apa maksud awak?” Kedudukan pada katil Henry selesakan.

“Sebab orang terakhir yang masuk bilik awak sebelum air dihantar, Zehra, kan?” Gelas diletak kembali di atas meja.

“Saya tak sebodoh tulah.” Sinis bicara Henry.

•••

Henry menghembus nafas perlahan. Matanya memandang ke arah beranda bilik. Langit yang kembali cerah selepas hujan lebat menghasilkan satu serakan cahaya. Pelangi. Itu yang menjadi tumpuan matanya sekarang dan pelangi itu amat mengingatkan dia tentang Zehra.

Entah mengapa, rasa rindu menggamit jiwanya pada gadis itu. Dia mahu gadis itu yang menjaganya di sini, yang merawat dan menyuap makan untuknya, bukan Bella. Satu perbualan antara dia dan Zehra kini kembali terlayar difikirannya.

•••

Kopi susu yang bercorak dengan bentuk hati di atasnya dan masih panas itu dicicip sedikit airnya oleh bibir yang berlekuk indah milik Zehra. Haruman kopi yang manis membuatkan tubuhnya terasa segar dipagi hari. Cawan kopi tadi diletak kembali di atas meja kayu yang kaya dengan seni ukiran.

Dia sekarang berada di bilik bacaan istana kerana membaca itu adalah hobinya. Perpustakaan kecil ini luas juga dan dihias dengan nuansa klasik yang jauh berbeza daripada reka bentuk istana secara keseluruhannya.

Lampu yang dipasang dengan cahaya kuning membuatkan atmosfera di sini terasa hangat dan tenang tanpa bunyi-bunyian.

Zehra menyambung bacaannya pada novel yang sudah dia ambil. Sesekali kopi dicicip lagi.

Druum!

Bunyi guruh menghentikan pembacaannya. Matanya merenung ke arah  langit yang mendung bersama awannya diluar jendela. Bibirnya mengukir senyum kecil. Aroma hujan dan sapaan bayunya cukup menenangkan. Namun jendela itu akhirnya ditutup bagi mengelakkan ruang bacaan  itu basah.

Meski ingatan dan memori yang hilang itu acap kali datang berkunjung ketika hujan menunjukkan jasadnya dan dikala itu juga kepala Zehra akan terasa berdenyut, hujan masih lagi terasa menenangkan.

Mungkin dia sendiri ingin cari tahu tentang memori itu. Mungkin ada sesuatu yang penting yang perlu dia ingat.

“Tengok apa tu?”

Suara daripada Henry menyebabkan Zehra menoleh. Henry yang baru saja masuk ke bilik itu terus duduk di hadapan kerusinya.

“Tengok hujan.” Cuma dua patah perkataan yang menjadi jawapan.

“Tengok hujan macam tengok berlian jatuh,” seloroh Henry.

Zehra ketawa halus. Kedengaran tawanya cuba berlawan dengan bunyi hujan yang kuat diluar.

"Saya suka hujan. Hujan buat saya rasa tenang.” Nafas dalam ditarik sebelum ayat itu disambung,

“dan bagi saya, hujan ni unik.”

“Apa yang uniknya?”

Zehra mula bangun dan melangkah dekat ke arah tingkap yang cukup luas.

“Hujan, kadang-kadang tak bagi tanda dia nak turun. Langit yang awalnya cerah dipandang mata pun boleh tiba-tiba mendung. Sangka kita panas berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari,” bicaranya.

“Sama macam hidup kita, Zehra.”

“Tapi awak percaya yang lepas hujan akan munculnya pelangi?” Henry menyoal.

Soalan daripada Henry menyebabkan Zehra berpaling. Senyum kecil diukir dibibir. “Saya dah selalu sangat dengar ayat tu, Henry. Kononnya lepas hujan pasti akan ada pelangi dan tiap-tiap kesedihan pasti kesudahannya akan ada bahagia yang menyinari. Tapi kita selalu lupa, tak semua hujan akan diakhiri dengan pelangi, Henry.”

“Kenapa tidak?”

“Pelangi terjadi akibat serakan cahaya, jadi kena ada hujan dan kena ada matahari. Tak ada salah satu, tak akan ada pelangi.” Jemari milik Zehra menyentuh cermin tingkap.
Henry terdiam.

“Kalau awak hujan, izinkan saya jadi matahari awak?” soal Henry memecah keheningan.

Langkah Zehra kembali dituju ke arah mejanya tadi. Punggungnya dilabuhkan. “Maksud awak?”

Jemari mulus miliknya ditarik oleh Henry. “Awak hujan, saya matahari. Dan biarkan kedua-duanya membentuk indahnya sebuah pelangi.”

Zehra yang mendengarnya sedikit terkesima.

•••

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan pintu menarik kembali dirinya ke alam realiti. Pintu dibuka dari arah luar. Seorang dayang-dayang masuk ke dalam dengan ditangannya ada dulang yang berisi ubat dan segelas air putih.

“Tuanku, jangan lupa makan ubat.” Senyuman diukir oleh Azalea untuk Henry dan Henry cuma mengangguk.

Dulang tadi diletakkan ke tepi, sebelum dia mengatur langkah untuk keluar dari bilik.

“Azalea.” Henry memanggil.

Azalea yang tadinya sedang memegang tombol pintu kembali menoleh.

“Ya?”

“Minta Zehra jumpa saya malam ni.”

Azalea terdiam sebentar. Dia tahu jika dia minta Zehra untuk masuk ke bilik Henry, dia pasti akan dimarahi oleh Bella. Namun kepala dianggukan juga kepada Henry, lagipun, perintah maharaja memang perlu dipenuhi, kan?

•••

Batang mop yang dipegang mula meluncur di atas lantai. Mata Zehra memandang gaun lusuh yang tersarung di badannya. Gaun ini, mungkin lebih lusuh daripada gaunnya yang pernah dipakai di hutan dulu.

Mungkin betul apa yang Bella cakap, dia cuma layak pakai baju begini saja. Perutnya kuat berkeroncong, minta diisi. Sesekali kepalanya terasa berpusing jika dia bangun dari duduk. Dia tahu dia perlu makan, tapi dia tak berani untuk minta.

“Aku suruh kau kemas bukannya berangan.” Suara Bella menyentak koklea telinganya. Bahunya sedikit terhinjut akibat terkejut. Batang mop dilajukan gerakannya pada lantai.
Wajahnya ditundukkan.

“Saya minta maaf.” Hanya itu yang mampu dia ucap.

“saya lapar, boleh bagi saya rehat? Saya tak minta makan sedap-sedap pun.” Zehra akhirnya mengeluarkan patah kata dengan rasa gementar. Sejak dari pagi tadi, perutnya belum diisi oleh apa-apa.

“Aku ni tak adalah kejam sangat. Kalau kau nak makan, makanan ada dekat dapur.” Bella merendahkan sedikit nada suaranya.

Zehra masih menunduk, perutnya yang terlalu lapar mendorong dia pergi ke ruang santapan. Langkah diatur perlahan. Dia perasan yang Bella juga mengikuti jejaknya dari belakang.

“Kau nak pergi mana? Tempat kau makan bukan dekat situ tapi dekat dapur.

Zehra menukar arah jalannya. Tak kisahlah kalau di dapur sekalipun. Sepinggan nasi berlaukkan ayam dipandang di meja dapur. Dia agak terkejut dengan hidangan itu, walaupun Bella melayaninya dengan agak kasar, dia tetap dapat makanan yang lazat di sini.

Langkahnya dibawa ke arah hidangan tadi sambil matanya memandang Bella yang sedang membersihkan bekas makanan kucing istana. Betullah, kata dayang Khadijah, Bella ini baik sebenarnya.
Punggung dilabuhkan di atas kerusi, jarinya mula menguis sedikit nasi tadi...

Pring!

Sekeping pinggan plastik yang kotor diletakkan di atas kitchen island bersebelahan nasi ayam.

“Siapa suruh kau makan nasi tu? Pandai-pandai aje nak makan.”

Mata Zehra menatap pinggan kotor tadi dan nasi sisa kucing itu direnung dalam. Segala sangkaan baiknya pada Bella tadi hancur.

“Makan nasi ni. Tadi kata lapar sangat.” Kepala Zehra dihentak kuat ke pinggan.

Zehra tetap memaksa dirinya untuk menelan nasi yang kini sudah penuh dimukanya.

“Perempuan murah!” Wajah Zehra digomol lagi di atas pinggan yang sudah penuh dengan tangisan miliknya. Mukanya diangkat dan matanya dibundarkan ke arah Bella. Minta simpati. Namun dia tahu, hati Bella langsung tidak terjentik dengan pandangannya, malah tangan Bella masih giat menggumpal nasi tadi sebelum nasi disumbat masuk ke mulut Zehra.

“Ini, makan. Makan! Nak sangat makan, kan?” Kepala Zehra ditolak ke belakang.

Buk!

Tubuhnya juga ditolak kuat jatuh ke lantai. Hatinya dirundung pilu yang cukup dalam. “Kenapa awak buat saya macam ni?”

“Aku nak singkirkan kau sebelum kau rosakkan segalanya.”

•••

Zehra menolak daun pintu dengan perlahan. Selesai menghabiskan tugas tadi, seorang dayang-dayang muda lebih kurang sebayanya datang memanggil, katanya Henry ingin berjumpa. Tubuh Henry yang sedang berbaring dihampiri sambil bibirnya mengukir senyum kecil

“Awak macam mana?” Soalan itu, soalan pertama yang terpacul daripada mulut Zehra setelah dia melabuhkan punggung pada kerusi di sebelah kasur.

“Saya okey, tapi saya rasa rindu,” bicara Henry.

“Tak apalah, kan Bella yang jaga awak.”

“Tapi saya nak awak.”

Zehra menguntum senyuman kecil.

“Kenapa awak pakai baju tu?” soal Henry yang baru saja perasan pakaian Zehra terlalu lusuh. Baju itu, sepatutnya sudah dibuang bukannya dipakai lagi.

Zehra memandang gaun yang tersarung di tubuhnya. Gaun yang hampir terkoyak dan kotor. Bibirnya digertap.“Saya rasa, saya tak layak untuk pakai baju cantik. Baju ni pun dah memadai, memang ni aje taraf saya dekat sini.”

Nafas berat Henry lepaskan. “Awak janganlah rasa rendah diri sangat. Pakailah baju yang istana sediakan, bukannya saya suruh awak bayar.”

“Tapi, saya tak cantik. Kalau pakai apa pun tetap tak cantik.” Entah kenapa rasa yakin dirinya hilang begitu saja.

Di hutan Har itu pun dia cuma bergurau sebab hakikatnya dia tahu dia taklah rupawan mana.

Sekali lagi nafas berat Henry hembus perlahan. Tangannya naik menyentuh kulit pipi Zehra. Sentuhan itu hangat. Jari Henry mula membelai pipi Zehra lembut.

“Awak dah lebih daripada cantik Zehra. Cantik, anggun dan manis. Awak cukup sempurna di mata saya.”

“Saya minta maaf, kalau Bella layan awak agak kasar.” Belaian tangan tadi ditarik dari pipi. Kini matanya merenung dalam pada anak mata hijau milik Zehra.

“Tak adalah, saya selesa aje.”

“Saya tahu, perjanjian kita tamat hari ni, hari ni awak sepatutnya boleh balik ke kediaman awak, tapi saya minta awak untuk tinggal lagi satu malam dekat sini. Simpan jawapan awak untuk hari esok.”

“Kenapa awak terlalu baik dengan saya?” Layanan Henry terlalu sempurna untuk seorang wanita biasa sepertinya.

“Mungkin sebab saya sayangkan awak.”

here's the next chap. Thank you for reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience