[11] Perangkap

Fantasy Completed 3254

Tiga tahun yang lalu,

Sebiji batu besar diangkat olehnya dan dihala ke arah kepala milik aku. Bibirku mula membicarakan suatu kata...

"Aku tak akan maafkan kau!"

Bam!

"Argh..." Aku meraung sekuat hati. Batu tadi tepat mengena pada perut aku atau lebih tepat rahim aku yang sudah memboyot. Darah mula berlumuran dan terpercik diseluruh tubuh.

Aku hampir pitam. Kepala aku pening, bau hanyir darah yang datang daripada tubuh sendiri cukup menusuk rongga hidung.

Sempat aku mengintai celah kangkang aku yang kini berubah warna menjadi merah. Perut aku terlalu sakit dikala ini, dan aku baru perasan darah tadi bukan hanya darah, melainkan anak aku juga. Satu-satunya hadiah dan kenangan yang Stephan tinggalkan untuk aku menjadi seorang ibu, sudah tiada.

Anak yang aku kandungkan selama empat bulan itu, dah tak ada. Satu-satunya simbolik cinta aku dah pergi. Satu-satunya hak yang akan mengingatkan aku tentang Stephan dah hilang. Harta aku yang hanya bayi kecil itu dah tak ada. Anak aku dah tak ada.

Tak ada.

Mati seperti kisah cinta aku dan Stephan. Aku sudah mengagak ini mungkin juga akan terjadi tapi aku tetap cuba untuk mempertahankannya, jadi aku mahu anak aku semula!

"Kau bunuh anak aku?" Soalan itu terpacul daripada bibir.

Dia hanya tersenyum sinis. "Eh, maaflah. Tak sengaja, terbunuh pula."

"Sekarang, anak kau dah tak ada."

"Ke.. kenapa? Kenapa kau perlu seksa aku macam ni?"

Selama ini aku cuba bertahan hidup untuk satu lagi nyawa yang ada dalam tubuh. Hari ini segalanya-galanya sudah pun hilang. Hidup aku sudah tak ada maknanya lagi. Dah tak guna untuk aku hidup.
Bukankah lebih baik kalau aku mati saja?

"Sebab aku, sayang kau," bisiknya perlahan tepat di hadapan wajah aku.

•••

Telapak tangan Zehra dan Henry yang bertaut rapat membawa langkah mereka beriringan menapakkan kaki ke dalam belon udara panas yang sudah sedia untuk dilepaskan. Pagi ini, Henry mahu membawanya melihat keindahan panorama di Vioreece melalui langsir langit yang membiru bersama awan-awannya.

Ini merupakan pertama kali dia menaiki belon udara panas. Jujur, rasa teruja tak mampu untuk dia sembunyikan hingga senyuman manis tak lekang daripada bibirnya. Mahu juga dia tahu mana yang lebih mengasyikkan, terbang menggunakan layang-layang atau belon udara panas?

"Awak happy?" Henry menyoal.

"Happy sangat. Thank you."

"My pleasure."

Perlahan-lahan belon mula terbang mengikut arah angin. Udara pagi ini, cukup segar lebih-lebih lagi jika dari atas kayangan seperti ini. Satu-persatu gunung yang menghijau dengan pepohonnya dilalui.

Tentang apa yang berlaku antara dia dan Bella semalam biarlah menjadi rahsia. Dia sendiri pun tak tahu bagaimana dan mengapa Bella boleh berada di ruang bawah tanah itu dengan membawa kunci bilik itu bersama.

Namun, dia tetap juga bersyukur, setidaknya dia boleh keluar dari situ semalam dengan bantuan Bella. Kalau Bella tak ada semalam, tak tahulah apa pula yang terjadi. Belon terbang lagi melalui jernihnya air sungai The Pearl yang mengalir dari atas bukit di hutan tempat tinggalnya dahulu.

"Hari ni, hari terakhir saya dekat sini sebelum pergi esok. Awak okey ke?" Henry memulakan perbualan.

"Tipulah kalau saya cakap saya tak sedih. Tapi awak pun pergi sebab kerja, kan?" balas Zehra.

"Kata-kata terakhir awak sebelum saya pergi."

"Janganlah sebut terakhir, macam awak takkan balik pula. Awak pergi seminggu aje, kan?"

"Manalah tahu saya tak balik ke apa nanti."

"Jangan cakap benda mengarut boleh tak?" Suara Zehra kedengaran agak tegas.

"Saya berguraulah. Janganlah marah." Tangan Zehra diambil sebelum dikucup perlahan.

"Sungai pernah merah, tapi tasik tak pernah lemas." Henry berbisik sendiri.

"Apa dia?" soal Zehra.

"Tak ada apa-apa. Saya janji, saya akan balik."

•••

Pemandangan taman bunga dari teratak istana itu cukup cantik. Cantik dan indah. Beberapa keping biskut yang sudah tersedia di atas meja bersama secangkir kopi susu itu diambil dan dicelup sebelum masuk ke dalam mulut.

Diana hanya memandang wajah kakak iparnya dari sisi tepi. Entah kenapa kakak iparnya itu memanggilnya untuk ke sini. Apa lagi yang mahu ditegur tentang dirinya?

"Kenapa akak panggil Diana?"

"Saja. Akak nak bagitahu sesuatu."

"fasal apa? Fasal Zehra?"

"fasal Zehra dan akak sendiri."

"Kenapa? Dia ada buat apa-apa ke dekat akak?" Sudah dia agak, perempuan itu bukannya boleh dipercayai sangat.

"Bukan. Bukan tu."

"Jadi?"

"Kalau Diana nak tahu, sebenarnya akak tak pernah berubah pun. Akak tak pernah suka perempuan tu."

"Habis tu kenapa akak..."

Belum sempat Diana menghabiskan soalan, Bella memintas.

"Akak tunggu masa yang sesuai."

"Untuk?"

Bella menarik senyum sinis.

"Perangkap."

•••

"Tak sangka betul, masa yang kau pilih cukup tepat." Kamelia tersenyum. Entah mengapa dia sendiri juga rasa seronok dengan permainan ini walaupun permainan ini tidaklah menjadikan dia sebagai teraju utama.

"Dejavu." Aku membalas.

"Jadi bila kau nak mula?"

"Sabar. Masa kita dah hampir tiba." Wajah sendiri yang terpantul semula pada cermin direnung. Kaca itu disentuh perlahan bermula daripada mata jatuh pada hidung kemudian tiba pada seculas bibir indah itu.

Aku betul-betul tak sabar untuk membongkar segala rahsia. Tak sabar untuk menunjukkan segalanya. Tak sabar untuk menamatkan permainan ini dengan kemenangan.

"Kau betul-betul tak lemas ke pakai topeng naif kau hari-hari?"

"Aku akan buka tak lama lagi. Pastikan kau sentiasa dalam keadaan sedia."

"Always."

•••

Malam ini bulan penuh menerangi langit namun hatinya masih lagi dirundung dengan rasa hiba. Entah mengapa hatinya terasa cukup berat untuk menghantar kepergian Henry.

Cincin yang tersarung kemas pada jari runcing Zehra ditatap sayu. Dadanya terasa berat, dan air matanya jatuh jua ke pipinya. Pandangannya dialih ke jendela kereta, memandang jalan yang sedang ditelusuri sambil tangisannya terus juga mengalir.

"Janganlah menangis." Telapak tangannya tiba-tiba terasa hangat dalam genggaman Henry.

"Macam mana saya tak menangis? Awak nak pergi tinggalkan saya," ujarnya perlahan dalam esakan. Meski Henry hanya pergi untuk seminggu, jiwanya terlalu takut untuk merindu.

"Saya dah janji dengan awak, kan? Saya akan balik." Air mata Zehra dikesat perlahan. Jujur, dia juga sebak untuk meninggalkan isterinya itu.

"Tak boleh ke kalau awak tak pergi?"

"Saya perlu juga pergi. Jadi, awak tunggulah saya, okey?" Dahi Zehra dikucup hangat.

Kereta yang dari tadi meluncur di atas jalan raya kini mula berhenti kerana sudah tiba di destinasi. Henry dan Zehra turun dari perut kereta. Begitu juga dengan Bella dan Diana yang menaiki kereta berbeza.

Langkah mereka perlahan-lahan . memasuki lapangan terbang. Satu pelukan Henry berikan kepada Bella dan Diana sebelum beralih kepada dirinya.

"Saya pergi sekejap aje, kan? Janganlah menangis lagi." Dakapan hangat diberikan kepada Zehra. Tubuh Henry dipeluk erat seperti pelukan ini bakal jadi yang terakhir.

"Selamat tinggal."

•••

Pulang daripada menghantar Henry, langkah Zehra dibawa terus untuk ke dapur. Tekaknya terasa haus pula malam-malam begini. Sisa air mata yang sudah kering diwajahnya dicuci di sinki.

Mungkin dia saja yang fikir lebih-lebih, walhal tak ada apa-apa pun yang akan terjadi kepada Henry. Seteguk air putih masuk membasahi tekaknya sebelum gelas itu diletakkan semula di atas meja. Kelibat Bella yang baru saja masuk ke dapur dihadiahkan dengan satu senyuman.

"Harap-harap, Henry baik-baik saja dekat sana," bicara Zehra.

"Dia memang akan baik. Sebab sekarang ni, yang bermasalah tu kau." Kata-kata Bella yang tiba-tiba berubah menjadi kasar membuatkan Zehra sedikit terkesima. Kenapa pula ini?

"Aku cuma tunggu masa yang sesuai untuk berhadapan dengan kau dan kalau kau nak tahu, aku tak pernah suka pun dekat kau, aku tak pernah terima pun kau untuk ada dekat sini. Tapi, apakan daya aku tak ada bukti untuk tuduh kau. Jadi, Henry tak percayakan aku."

"Tuduh apa?"

"Tolong berhenti berselindung disebalik topeng naif kau. Sekarang cuma tinggal kita berdua. Henry dah tak ada, apa kata kau tunjuk aje rupa sebenar kau."

"Rupa apa yang awak maksudkan ni? Saya tak faham. Kenapa tiba-tiba awak cakap macam ni? Saya ada buat salah apa-apa ke?" Dari dulu lagi dia acap kali mendengar Bella menyebut perkataan itu seolah-olah dia sedang menyamar tapi dia sendiri tak mengerti apa yang dia bohong selama ini.

"Kalau kau rasa kau hebat, kau perlu tahu aku jauh lebih lincah. Aku nak kita bersemuka dalam permainan ni, bukan lagi sembunyi-sembunyi." Gelas kaca yang sudah selesai diminum Zehra diambil dan dicampak ke lantai.

Prang!

"Aku akan buat apa saja untuk selamatkan orang yang aku sayang." Pipi Zehra dicengkam kuat.

"Dan aku akan pastikan permainan yang kau sendiri mulakan akan ditamatkan oleh aku sebagai pemenang, bukan kau. Kau faham?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience