Riwayat I: Cinta yang Berbisik

Fantasy Completed 3250

15 tahun yang lalu...

Sekujur tubuh tenggelam timbul di permukaan air. Arus sungai yang deras terus memukul-mukul tubuh kecil aku dengan kelajuan yang cukup tinggi membawa aku entah ke mana. Kepala aku cuba kekalkan untuk terus berada di atas. Entah berapa liter air yang sudah aku telan. Hidung aku mula merah, badan mula menggigil dek kesejukan air sungai.

Bush!

Tubuh ditendang lagi oleh arus yang menderu dari atas bukit.

“Tolong!” Aku menjerit meminta tolong.

Biasanya air dekat sini tak pernah deras. Kenapa hari ni jadi macam ni?
Terkapai-kapai tangan aku melambai permukaan.
Angin yang bertiup kencang dengan titisan hujan yang dibawa oleh awan kelabu mulai terasa. Dedaun kering berguguran jatuh ke lantai air.

Bush!

Tekanan air yang cukup tinggi menyebabkan aku tak mampu untuk naik semula ke permukaan. Perit. Aku  cuba, gagal. Aku cuba lagi, gagal lagi. Sesak. Aku perlu bernafas.

Argh!

Rasanya terlalu sakit.

Uhuk! Uhuk!

Aku terbatuk seketika setelah udara berjaya aku hirup semula. Tubuh cuba aku bawa ke tepian sambil akar-akar pokok aku genggam kuat. Air sungai dibahagian ini, agak dalam. Aku perlu panjat sambil berpaut pada akar untuk naik ke darat.

Walaupun keadaan sekarang hujan lebat aku tetap perlu panjat. Baru saja memasang niat, angin terasa menderu lagi. Dingin di petang hari menyengat kulit mulusku.

Drum!

Bunyi guruh pula menyentuh koklea. Kepala dipaling ke arah kiri. Satu arus deras dari atas yang akan menghempas membawa tubuh aku untuk terus hanyut pada bila-bila masa kelihatan jelas pada pandangan mata. Mata hitamku membesar. Saliva ditelan. Pahit.

“Argh!”

***

“Riz Ruziana, bangun sekarang!” Suara cikgu matematik aku mengejutkan aku dari lena yang sementara tadi. Lah, mimpi rupanya. Nasib baik. Ingatkan betul-betul.

Wajah garang guru matematik itu ditatap. “Nak cikgu bagi selimut? Kamu ingat sekolah ni chalet?”

Kepala aku terus menunduk. Macam manalah boleh tertidur? Nafas berat aku hembuskan. Ini mesti sebab aku pergi layan filem semalam. Lepas tu tidur lambat. Nak jawab macam mana dah filem tu best. Tapi, dekat depan cikgu, aku hanya kaku dan terus membisu, tak tahu nak jawab apa.

Aku tahu salah aku sebab tidur masa kelas. Ini sekolah, tempat belajar, bukan tempat tidur.

“Keluar! Berdiri dekat luar!” Tengking cikgu Mira dan aku hanya menurut arahan. Terus aku melangkah membawa diri untuk berdiri di koridor kelas.

Aku Riz Ruziana. Puteri tunggal dan pewaris takhta Vioreece. Satu hari nanti, aku akan menggantikan tempat ayahanda di atas takhta. Apa? Ingat puteri tak boleh kena denda? Kalau dah salah tu kena juga.

Aku hanya berdiri sambil menunduk menatap lantai. Tadi aku mimpi tentang kejadian yang berlaku dua tahun lepas. Aku curi-curi pergi ke sungai belakang istana dengan bantuan dayang-dayang. Walaupun pergi seorang seronok juga dapat mandi-manda.

Tapi malang tak berbau, tiba-tiba aje jadi fenomena kepala air dan yang paling menyedihkan masa aku pergi takda orang yang berkelah sekali. Sunyi betul. Memang aku seorang dekat sana. Hampir-hampir aku lemas, ada seseorang ni, dia selamatkan aku. Tapi aku tak tahu siapa. Masa tu aku dah pitam.

Sedar-sedar terus ada atas tanah. Apa-apapun aku berterima kasihlah pada orang tu walaupun aku tak tahu siapa.

***

“Nak kertas biologi tadi,” pinta aku pada Stephan. Kami baru aje habis peperiksaan, disebabkan Stephan dapat markah yang paling tinggi dalam mata pelajaran tu, senanglah aku nak buat pembetulan. Lagipun, Stephan adalah antara kawan rapat aku.

Aku dan dia melangkah beriringan keluar dari kawasan sekolah. Pemandangan daun-daun berwarna jingga yang berguguran jatuh kerana musim luruh menjamu mata. Pemandangan yang cukup indah tapi lagi indah muka Stephan dimata aku.

Kita orang bersekolah di sekolah menengah tinggi diraja yang sama. Vioreece sangat terkenal dengan kebagusan sistem pendidikannya sampaikan golongan diraja negara atau empayar lain pun bersekolah di sini.

Sebenarnya aku memang ada simpan perasaan pada Stephan. Walaupun orang cakap crush ni macam tunggul, tapi aku tak rasa Stephan ni tunggul. Cakaplah aku ini perasan ke apa tapi aku rasa Stephan pun suka aku juga dalam diam. Cuma sebelum itu, aku nak cerita dulu macam mana aku boleh ter-crush dekat mamat Handsome ni.

Cerita dia aku ni memang suka baca novel. Biasalah perempuan. Sampaikan ayahanda aku pun tegur aku sebab asyik baca novel.

“Kamu baca novel tu dapat apa?”

“Berani ayahanda mempertikaikan minat anakanda yang cantik ni?”

“Ayahanda tanya aje.”

“Dapat kebahagiaan,” balas aku sambil membuat gerak tangan membentuk pelangi di awangan.

Nak dijadikan cerita, dalam novel mestilah ada hero jadi aku selalu bayangkan hero tu dengan satu wajah yang aku sendiri tak tahu siapa.

Wajah yang aku bayangkan tu taklah begitu jelas tapi cukuplah untuk aku tahu aku tak pernah kenal wajah tu. Setiap kali aku membaca aku akan bayangkan wajah tu sampailah aku masuk sekolah menengah tinggi dan tiba-tiba, puff!

Dush!

Bahu terasa berlanggar dengan bahu seseorang. Habis jatuh bersepah segala buku-buku yang aku bawa. Siapa pula yang berani langgar aku? Dahlah nak cepat.

“Sorry.” Suara garau seorang lelaki menyapa koklea.

Wajah lelaki itu aku pandang. Tergamam. Wajah ni, sama macam apa yang aku pernah bayangkan. Macam mana mungkin orang macam dia betul-betul wujud?

“Nah, buku kau.” Buku-buku aku dihulur kembali. Aku hanya mengambilnya semula dan tersenyum kecil.

“Kau nak ke tak nak kertas biologi aku?” Suara Stephan terus membawa aku kembali ke alam realiti.

Kertas biologi yang ada pada tangan Stephan terus dirampas. “Kau kalau senang-senang datanglah istana aku hujung minggu ni.”

Stephan kini menetap di rumah diraja  di Vioreece.

“Asyik aku yang datang istana kau. Kau bila nak datang Myla?” soalnya.

“Tunggu kau lamar aku nanti aku datanglah.” Selamba aku berkata.

“Siapa nak kau?”

“Eleh, macamlah aku tak tahu kau yang letak coklat bawah meja aku hari-hari.”

Ya, aku selalu dapat coklat bar kegemaran aku dengan kad-kad yang selalu ditulis dengan kata-kata semangat.

“Siapa yang nak bagi kau coklat?”

Soalan daripada Stephan menyebabkan aku membuat muka jengkel. Dah suka tu cakaplah, tak nak mengaku pula.

“Suka hati kaulah. Aku balik dulu.”  Langkah terus di atur menuju ke kereta.

***

Senja sudah pun tamat menggantikan warna jingga langit dengan si biru gelap bersama bulannya. Malam itu aku masih duduk sendiri di dalam bilik sambil menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Soalan penyelesaian masalah dalam matematik itu dipandang lama.

Biasanya matematik adalah kepakaranku tapi entah kenapa otak aku rasa beku pula malam ni. Itulah asyik fikir buah hati sangat kan dah mendapat. Aku kena fokus. Jadi, aku kena makan coklat bar yang aku dapat hari ni.

Beberapa keping coklat dikeluarkan daripada peti ais kecil yang sudah tersedia di atas meja belajar sebelum kesemua kepingan diatur satu-persatu.

Setelah dihitung, kesemuanya ada sepuluh kepingan. Bukan dia yang bagi konon, ini sampai sepuluh keping coklat apa benda? Satu bar coklat diambil sebelum plastiknya dibuka dan coklat dikunyah perlahan. Apa yang buat aku yakin sangat coklat ini dia yang bagi? Sebab setiap plastik coklat ada huruf ‘D’. Siap kad lagi tulis ‘selamat pagi’. Siapa lagi kalau bukan Stephan Dani?

Habis mengunyah coklat buku matematiknya ditutup. Nak buat kerja kimia pula. Laci meja dibuka perlahan bagi mencari buku latihan. Alamak, mana buku kimia?
Aduh, dahlah kena hantar esok. Macam mana ni? Habislah aku. Tak boleh, aku kena buat juga kerja ni.

Memanglah aku anak maharaja tapi aku tak suka guna pangkat ayah aku sebagai alasan untuk tak siap kerja sekolah. Dahlah cikgu kimia cikgu kegemaran aku.

Jam dinding dilihat sekilas, 11:00 malam. Telefon bimbit dicapai dan nombor Stephan didail. “Helo, kau nak apa call aku malam-malam ni?”

“Teman aku.”

“Pergi mana?”

***

Pagar belakang sekolah aku panjat perlahan. Demi buku latihan, aku sanggup.

“Riz, kau memang tak boleh tunggu esok ke?” Stephan menyoal.

“Alah, temanlah aku. Kali ni aje.”

Buk!

Langkah kaki aku akhirnya masuk ke perkarangan sekolah. “Cepatlah panjat!”

“Yalah.”

Kami berdua terus menuju ke bahagian loker sekolah sambil lampu picit ditangan disuluh ke hadapan. Keadaan gelap-gelita bergabung dengan suasana yang cukup hening malam ini membuatkan bulu kuduk aku sesekali naik.

“Orang cakap...”

Kata-kata itu dipintas sebelum sempat dihabiskan oleh Stephan. “Orang cakap apa? Hantu? Kau jangan merepek boleh tak? Kita datang sini nak ambil buku latihan aku. Aku faham hantu tu wujud tapi janganlah sebut. Dia keluar nanti kita juga yang susah.”

Langkah kaki aku percepatkan. Kerja ini kena licin kalau tak habis aku dengan ayahanda aku nanti. Aku kena balik cepat tanpa meninggalkan apa-apa jejak. “Bila security guard akan ronda lagi?”

“Setiap 15 minit. Cepatlah sikit.”

“Sabarlah. Lambat lagi.”

Kini kami sudah pun tiba di bahagian loker sekolah. Kunci aku keluarkan daripada poket sebelum dicucuk pada loker. Pintu loker dibuka, dengan segera buku latihan kimia itu dicari.

“Lama betul kau cari buku kau. Aku dah bosan tunggu ni. Kau nak dengar cerita tak?”

“Cerita apa? Masa ni jugalah nak bercerita. Cerita dekat sekolah ajelah esok.”

Mana buku kimia aku ni? Masa tak cari ada dah cari hilang pula. Tapi loker aku memang berserabut sebab aku tak kemas. Jadi memang ambil masa jugalah nak cari.

“Ada budak pernah mati dekat loker. Loker kau nilah tak silap aku.” Stephan masih juga meneruskan ceritanya.

“Stephan, tolonglah. Tutup mulut kau. Kalau aku tahu kau macam ni, baik aku ajak Kelly.”

“Siapa suruh kau ajak aku? Dah aku pula yang kena menyelinap keluar. Aku pun tak naklah ikut kau.”

Ceh, tak nak ikut konon. Tapi sampai juga dekat sebelah aku.

“Cuba kau bayangkan masa kau cari buku kimia kau tiba-tiba ada tangan yang genggam jari kau. Kulit dia pucat dan sentuhan dia sejuk.” Stephan masih cuba untuk menakut-nakutkan aku.

“Ha, dah jumpa!”

Pap!

Terasa satu sentuhan tangan pada bahu. Ini mesti kerja Stephan. Nak menakutkan aku lagilah tu.

“Stephan, jangan main-main boleh tak?”

“Main apa?”

“Kau sentuh bahu aku kenapa?”

“Mana ada aku sentuh bahu kau.”

Aku mengecilkan mata. Agak-agaklah nak tipu pun.

“Sumpah, aku tak pegang bahu kau.”

“Habis siapa yang pegang?”

“Buat apa dekat sini?” Satu suara  menyapa koklea telinga.

Nafas aku terasa berat. Jantung mula berdegup kencang. Lampu suluh pada tangan kiri aku genggam seerat mungkin. Kalau tahu sekolah ni memang berpuaka, memang taklah aku nak datang sini. Kepala aku toleh perlahan.

“Pak cik?”

***

“Pandai-pandai keluar dari istana tengah malam. Pergi sekolah nak buat apa?” Lantang suara ayahanda memarahi aku.

Aku hanya menunduk dan membisu. Takkan nak bagitahu aku ambil buku kimia. Buku tu pun aku sedang sorok dalam hoodie yang dipakai.

“Maaf ayahanda,” bicara aku.

“Bahaya tahu tak? Kalau apa-apa jadi macam mana?”

Apa yang nak jadi? Apa yang bahayanya? Nafas aku hembus berat. Wajah masih menunduk memandang lantai bilik tamu.

“Masuk bilik!” Arahan daripada ayahanda terus diturut. Kaki pantas melangkah untuk masuk ke dalam kamar. Fuh, selamat!

Jam dinding dikerling. Pukul 12:00 malam. Nampaknya aku perlu berjaga lagi untuk siapkan kerja kimia.

***

“Okey, kelas dah tamat. Hantar buku latihan kimia kamu sekarang,” bicara cikgu itu lembut.

Berpusu-pusu pelajar menghantar buku latihan masing-masing termasuklah aku. Selesai menghantar dan mengucapkan terima kasih kepada cikgu, kami duduk kembali di tempat masing-masing.

Aku menoleh menghadap meja Stephan yang berada dibahagian belakang. “Pandang-pandang apa kau?” Stephan menyoal.

“Kau tak kena marah ke semalam?”

“Kena sikitlah. Tapi okeylah sebab ayah aku tak ada dekat sini jadi taklah teruk sangat.”

Aku hanya mengangguk. “Aku sebenarnya nak tanya kau satu soalan?”

“Soalan apa?”

“Kau rasa aku cantik tak?” Keluar saja soalan itu daripada mulut satu kelas memandang aku dan Stephan.

“Kau nak aku jujur ke?”

“Habistu takkan nak tipu pula?”

“Tak cantik.” Selamba dia menjawab.

“Kau seriuslah? Aku tak cantik?”

“Tak.”

“Sikit pun?”

“Ya, sikit pun.”

“Kau memang tak reti jaga hati perempuan. Kesian isteri kau nanti.”

Padahal aku yang nak jadi isteri dia. Walaupun belum tentu tapi berharap jugalah.

“Kau yang suruh jujur.”

“Tak apalah. Susah cakap dengan kau ni. Apa-apa pun aku masih rasa aku cantik.” Aku berpaling semula menghadap hadapan dengan riak jengkel.

Ada ke patut dia cakap aku tak cantik? Begini cantiknya aku dia cakap tak. Tak faham aku. Tapi yalah, citarasa orang lain-lain. Tak lama kemudian tubuh Stephan aku lihat keluar dari kelas. Pergi ke tandas mungkin. Sejujurnya aku selalu tengok tingkah Stephan yang suka merenung sesuatu di dalam laci bawah meja.

Entah apa yang ditenungnya. Aku tahu tak baik untuk tengok hak privasi orang tapi aku punya rasa nak tahu terlalu membuak-buak. Kepala aku toleh ke belakang dan laci bawah mejanya aku intai.

Apa yang dapat aku lihat adalah sekeping gambar. Gambar seorang perempuan yang boleh tahan juga cantiknya. Buah hati dia ke? Atau girlfriend dia? Jadi hati dia dah jadi milik orang lain?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience