[27] Sebenar

Fantasy Completed 3254

"Apa yang awak cuba maksudkan ni?" Henry menyoal dengan wajah keliru. Bicaranya tampak begitu kaget dan agak tergagap-gagap. Dia tak faham, bukan Riz?

Kedua-dua tangan Bella naik menyentuh kepala sebelum urat rambut ditarik-tarik olehnya. Kepalanya juga dipukul-pukul. Serabut, dia serabut.

"Henry awak nak tahu tak? Saya ni terlalu, terlalu cintakan awak. Saya obses, saya... Saya boleh jadi gila... Eh, tak. Bukan, bukan gila. Saya boleh mati kalau awak tak ada dengan saya. Cinta saya terlalu besar sampai saya sanggup ragut nyawa banyak orang dengan tangan saya sendiri untuk awak."

"Kenapa? Awak terkejut? Mesti awak ingat yang awaklah orang paling jahat dalam cerita hidup kita yang cukup rumit ni. Tapi tak... Tak. Saya... Sayalah antagonis yang sebenar-benarnya," bicara Bella sambil terkekeh-kekeh ketawa. Ketawa yang bercampur baur dengan air mata.

"Apa yang awak merepek ni, Bella?" Suara Henry naik seoktaf. Wajahnya merah menahan rasa amarah yang semakin memuncak. Perasaannya bercampur baur, dia tak faham, keliru dan marah.

"Awak bagitahu saya sekarang, kalau perempuan tu bukan Riz, siapa dia? Siapa dia?" Nada Henry naik lagi.

"Alana. Kembar Riz yang maharaja buang sebab hodoh."
Henry tergamam.

"Abang, tak boleh ke kalau abang tak bunuh budak ni?" Teresak-esak Anne menangis dan melutut dikaki suaminya.

"Budak ni akan merosakkan keturunan kita, awak faham tak?" tengking Beverly dengan wajah bengis.

"Tapi dia tak minta pun untuk lahir macam tu. Lagipun, kita boleh cari jalan Jan untuk sembuhkan penyakit dia?"

Uwek!

Uwek!

Pergaduhan antara mereka diselang-selikan dengan tangisan dua orang bayi. Sudah seminggu Anne melahirkan, namun khabar berita mengenai anaknya belum lagi diberitahu di mana-mana media massa.

"Jalan apa? Semua doktor cakap dia tak boleh sembuh. Saya tak nak ada anak tapi buruk macam tu!" Tubuh Anne ditendang bagi melepaskan kakinya daripada genggaman wanita itu.

Buk!

Kepala Anne terhantuk pada kabinet berdekatan.

"Awak cakap dia buruk? Dia anak awak juga!"

Uwek!

Uwek!

"Anak saya cuma Riz Ruziana seorang aje. Riz Ruziana ialah puteri tunggal Vioreece dan awak pun tak pernah lahirkan sesiapa selain Riz Ruziana. Ingat tu sampai bila-bila."

Mendengar perkataan itu keluar daripada mulut suaminya, pasu bunga yang berada di atas kabinet sebelahnya diambil sebelum dihempas ke lantai.

Prang!

Tubuhnya yang sedari tadi terduduk kini bangun berdiri. Suaminya itu sudah melampau! "Awak memang nekad nak bunuh dia?" Soalnya dengan mata yang mencerlung tajam.

"Saya tetap akan bunuh dia sama ada awak suka atau tak, faham?"

Anne menarik senyum sungging. Pecahan kaca daripada pasu tadi dikutip sebelum diletakkan pada batang lehernya. "Kalau awak bunuh  dia, maksudnya awak akan bunuh saya juga. Kalau budak tu mati, saya pun akan ikut mati sekali!"

"Anne, awak dah gila ke?"

"Saya ke awak yang gila? Ayah yang sanggup bunuh anak dia hanya sebab dia hodoh, normal sangatlah?"

Uwek!

Uwek!

Uwek!

Esakan Riz dan Alana semakin kuat bergema di ruang masa.

"Awak boleh cakap depan semua orang yang puteri awak tunggal. Awak boleh cakap depan semua rakyat yang saya tak pernah lahirkan bayi kembar atau kembar tu meninggal waktu dilahirkan. Awak boleh hina dia, awak boleh benci dia walaupun dia anak awak sendiri." Tangisan Anne bergabung dengan esakan dua orang bayinya. Satu-persatu mutiara jernih turun dipipi dengan cukup laju.

"Awak boleh buang dia dari istana. Tapi kalau awak tetap nak bunuh dia, awak kena bersedia untuk..."

"Untuk apa?"

"Untuk kehilangan saya selama-lamanya." Batang lehernya dikelar.

"Anne!"

***
3 hari kemudian,

"George, kau dah selesaikan semuanya?" bicara Beverly sambil air kopi yang berada di atas meja kecil antara mereka dicicip sedikit.

Mereka berbual di ruang tamu kecil di dalam kamar tidur maharaja itu. Perbualan rahsia itu dilaksanakan pada jam 2:00 pagi ketika yang lain sudah nyenyak beradu.

"Dah tuanku, tinggal nak bagi baby aje sekarang," balas George.

"Pastikan diaorang dah tandatangan perjanjian kerahsiaan tu."

"Dah tuanku. Semuanya dah selesai."

Anne yang sedang menidurkan bayinya di katil bayi menitiskan air mata buat seketika. Luka pada lehernya sudah pun dirawat dan syukur, dia tak cedera parah kerana suaminya pantas bertindak.

Tapi bukan itu yang dia peduli sekarang. Yang penting, nyawa anaknya berjaya dia selamatkan.

Seutas rantai berpiket hati dengan ukiran nama Riz dipasang pada Alana. Saat ini, ialah saat terakhir untuk dia memeluk cium anak kembarnya yang satu itu. "Maafkan bonda sayang. Ini aje yang bonda mampu buat." Anak itu diciumnya berkali-kali.

"Anne, bawa bayi tu ke sini," arah Beverly.

Tubuh Alana didukung dengan penuh berhati-hati. Sebelum bayi itu diserahkan kepada suaminya, sempat dia berbisik kata selamat tinggal. "Semoga kamu bahagia di luar sana, Riz Alana."

"Awak tak tahu kan? Riz ada parut dekat urat belikat dia dan perempuan yang awak selamatkan 15 tahun lepas tak ada parut tu."

"Apa yang awak cakap ni?"

"15 tahun lepas, saya ikut awak masuk hutan senyap-senyap. Saya nampak awak selamatkan seorang perempuan dan saya tahu tu bukan Riz." Bella menarik nafas dalam sebelum nafasnya tadi dilepas dengan keluhan.

"Saya diamkan sebab saya tak nak awak cari dia. Saya tak nak awak cari Alana dan tinggalkan saya. Saya biar awak bertepuk sebelah tangan sebab saya tahu Riz tak sukakan awak. Dia tak cintakan awak." Tubuh Bella menggeletar. Lagaknya kini sudah seperti orang tak siuman.

"Tapi awak terlalu mengejar dia sampai awak tak nampak saya. Awak tak pandang saya sikit pun. Saya takut, saya takut kalau Riz tiba-tiba berubah hati. Saya tak nak dia rampas awak daripada saya. Jadi saya buat dia percaya, semua yang awak bagi dekat dia ialah pemberian Stephan."

"Segala-galanya mudah, Henry. Stephan sendiri yang telefon saya untuk minta tolong."

"Helo, Bella. Kau ada idea tak apa yang aku patut buat waktu aku nak cakap yang aku terima dia," bicara Stephan dihujung talian.

"Wau, kenapa kau cari aku? I mean, aku taklah rapat sangat dengan Riz pun walaupun kita semua sama-sama classmates." Tubuh Bella rebahkqn di atas sofa bilik. Tak sangka juga dia yang Stephan akan menghubunginya.

"Yalah, kau kan kadang-kadang selalu juga botak dengan dia. Lagipun, aku tak ada nombor kawan dia yang lain."

"Okey, aku tolong kau." Inilah masa dia untuk pisahkan secara keseluruhan, Henry dan Riz. Walaupun Henry tu bukannya cintakan Riz pun tapi Riz tetap mengganggu.

"Apa yang aku patut buat?"

"Kau bawa dia keluar dari istana sekejap, naik sampan dekat sungai  waktu malam. Lepas tu kau buat pengakuan dan kau bagi dia coklat. Riz suka coklat especially jenama Denise."

"Macam susah aje."

"Nak dapatkan hati perempuan, kan? Kenalah usaha lebih sikit."

"Okey. By the way, kau datanglah sekali hari tu. Alang-alang kau masih ada dekat Vior."

***
Dua tahun kemudian,

"Bella kau kena tolong aku lagi." Panggilan sekali lagi dibuat. Stephan yang berada di dapur istana bagi menikmati kopi paginya tak senang duduk memikirkan bagaimana caranya dia perlu melamar Riz untuk menjadi isterinya.

"Kau nak lamar dia jadi isteri kau, kan? Aku dah ada idea dah."  Bella yang juga sedang menikmati sarapan pagi tersenyum lebar. Rancangan yang paling menguntungkan dia. Lepas ni, Henry tak akan boleh dekati Riz lagi.

"Aku rasa kau patut hantar nota dekat dia. Kau karanglah ayat manis-manis sikit lepas tu pos. Dekat nota tu, jangan tulis nama kau. Tulis 'D' aje. Hantar sekali dengan cincin."

"Nota? Kenapa tak mesej aje, kan senang. Oh ya, kenapa tak boleh tulis nama pula?"

"Kau ni, tak sweetlah kalau hantar mesej je. Jangan tulis nama buat nampak macam misteri sikit walaupun dah sah-sah tu kau. Buat tau apa yang aku cadangkan ni. Confirm dia cair." Nada suara Bella kedengaran begitu ceria meski hatinya sibuk merancang agenda jahatnya.

"Okey, aku buat. Thanks."

"Lepas tu, mereka kahwin. Saya gembira sangat sebab awak dah tak akan ada pilihan lain selain daripada kahwin dengan saya. Lagipun, kita memang rapat dari kecil. Awak kawan baik saya." Nafas Bella hembus. Kepalanya ditundukkan sebentar sebelum naik mendongak menatap Henry kembali.

"Tapi dia datang. Saya nampak dia dekat majlis kahwin Riz dengan Stephan. Alana datang. Dia buat saya gelisah dan tak tentu arah. Saya takut kalau awak nampak dia dan awak tahu, awak sedar yang perempuan yang awak cinta sebenarnya masih belum dimiliki, awak akan kejar dia pula. Saya takkan biar benda tu berlaku."

"Jadi apa yang awak buat?"

Senyuman aneh Bella tunjukkan.

Satu-persatu lauk dicedok ke dalam pinggan sambil derap kakinya menapak ke hadapan. Suasana dewan yang terasa agak dingin di malam hari kerana pendingin hawa yang dipasang begitu kuat langsung tidak mengganggu tingkahnya. Figura seorang wanita berhoodie hitam di hadapannya yang mengambil masa begitu lama buat dua penat menunggu.

Bella akhirnya menyentuh bahu figura tadi. "Cepat sikit boleh?"

Wanita tadi menoleh dan secara serta-merta bulu kuduknya menegak tegang. Mata Bella terbuka lebar. Terkesima.

"Saya minta maaf, tuanku." Segera wanita itu mempercepat langkahnya dan terus beredar manakala Bella membantutkan niatnya untuk mencedok lauk seterusnya malah terus mencari meja makan berdekatan.

Tak mungkin. Macam mana dia boleh terfikir untuk datang ke majlis ni? Atau dia dah tahu yang dia juga kerabat diraja?

Dia tak pernah peduli pun kalau Alana mahu bertemu dengan Ruziana tapi dia tak mahu Henry bertentang mata dengan perempuan itu. Jadi dia perlu halang semua ini daripada berlaku. Makanannya dijamah tanpa selera namun perlahan-lahan dihabiskan jua.

***
Selesai sesi bergambar, Bella merehatkan tubuhnya seketika di meja bulat yang tadinya dia gunakan untuk menjamu selera. Jarinya diramas-ramas tanda gelisah.

Tetamu-tetamu lain sudah mengorak langkah untuk beredar dari dewan bagi menerokai ruang-ruang lain dan fasiliti lain yang disediakan di kapal ini. Itu malah membuat Bella lebih takut lagi. Bila-bila masa saja gadis itu boleh terserempak dengan Henry.

“Fikir apa? Lain macam aku tengok kau dari tadi.” Satu suara menegurnya dari jauh.

Bella menoleh. Wajah Riz dia hadiahkan senyuman kelat. “Tak ada apa-apa. Aku rasa tak berapa sihatlah. Aku masuk bilik aku dulu. Sorry.”

Dia perlu lakukan sesuatu. Sesuatu yang paling epik sepanjang riwayat dia hidup. Perempuan itu harus dia cari.

***

Derap kakinya menapak perlahan di kawasan beranda kapal untuk menghirup pawana malam sambil rambut panjang mengurainya terbang lembut perlahan-lahan terhenti.

"Alana." Keras suaranya memanggil gadis itu yang sedang berdiri menikmati bayu laut di hujung kapal. Tak sangka semudah ini dua akan menemui Alana.

Sangkanya gadis itu sedang bersuka ria di dalam, ternyata gadis itu sendiri telah memudahkan segala urusannya. Niatnya yang tadi hanya mahu mengambil angin sebelum memulakan rancangannya kini terpaksa dipercepatkan.

"Ya, tuanku?" Alana menoleh ke arah puteri kerajaan yang satu itu. Entah apa halnya puteri itu memanggil dia.

"Apa tujuan kau datang sini sebenarnya?"

"Ha?"

Ketiadaan orang di kawasan itu menyebabkan Bella nekad mencekik batang leher gadis itu. "Aku tahu kau siapa, Alana."

"Apa yang tuanku cakap ni?" Dalam sekat dan sesak, Alana menyoal.

Bella tarik senyum sungging. Leher Alana terus dicekiknya habis-habisan sebelum jasad Alana ditolak jatuh ke samudera yang begitu gelap di malam hari. "Kau tak boleh ada dekat sini, hari ni dan sampai bila-bila."

Bush!

***
Menuju ke kamar, Bella dikejutkan pula dengan perbualan antara dua merpati sejoli, Riz dan Stephan.

“Awak suka dengan majlis yang saya siapkan?”

“Mestilah saya suka. Apa saja yang awak bagi pun, saya tetap akan terima, Stephan.”

Perbualan mereka kedengaran begitu mesra dan kini Bella sendiri boleh menarik nafas lega. Alana sudah dia habiskan, Riz pula sudah bahagia jadi Henry hanya akan menjadi miliknya saja. Tapi dia tak mahu disoal siasat di sini oleh Riz. Apa pula yang dia perlu jawab nanti.

Langkahnya dipercepat. Sebaik saja dia sampai di kamar nanti, segala-galanya akan selesai. Riz dan Stephan terus dipintas.

“Bella.” Namun, langkahnya terpaku ketika Riz memanggil namanya. Tubuh dipusingkan menghadap maharani itu.

“Ya?” Gementar suaranya ketika berbicara.

“Dari mana? Bukan tadi kau cakap, kau sakit kepala? Aku ingatkan aku dah tidur.”

“Erm, aku pergi tandas tadi.” Bella menjawab soalan itu dengan agak kekok sebelum laju dua menapak untuk beredar.

"Lepas tu awak cakap dengan saya yang awak bencikan Riz. Awak berdendam, awak tamak sampai sanggup bunuh suami dia. Tapi saya setuju. Saya setuju untuk ikut rancangan gula awak! Sebab saya cintakan awak. Saya sayangkan awak, Henry. Walaupun lepas Stephan mati, awak ambik kesempatan. Awak cuba untuk dekati dia balik. Tapi saya tak kisah, saya tak peduli dengan semua tu sebab lepas Riz dipersalahkan dia akan mati dihukum gantung."

"Rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Kenapa kita yang kahwin awak selalu hilang waktu tengah-tengah malam. Riz masih hidup dan awak kurung dia untuk seksa dia. Saya tak ada masalah pun sebenarnya walaupun saya tahu Riz tak salah sebab saya yang permainan semua ni! Tapi saya tak boleh tengok awak berhubungan dengan dia. Awak curang! Awak benci dia, tapi awak masih nakkan dia tanpa tahu yang dia sebenarnya bukan orang yang awak cinta!"

"Awak tahu semua tu?"

"Ya, saya tahu! Saya tak boleh tahan diri saya masa tu. Jadi saya juga yang bunuh dia."

"A...awak yang bunuh dia? Jadi dia mati sebab kena tikam dengan awak?"

"Tak, awak silap. Ya, memang betul saya yang tikam dia tapi yang habiskan dia, George."

Malam ini tidur nyenyak Bella terganggu lagi. Kelopak matanya dibuka perlahan. Jasad Henry yang sepatutnya berada di sebelahnya kini hanya ditempatkan oleh bantal peluk semata.

Bella mendengus. "Setiap hari Khamis aje hilang. Setiap hari Khamis aje hilang," monolognya sendiri.

Apa yang lelaki itu lakukan sebenarnya? Ah, kali ini dia nekad. Bagaimanapun itu, dia perlu mendapatkan jawapannya. Sempat dia mengerling seketika jam dinding yang tergantung cantik pada dinding bilik. 2:00 pagi.

Kakinya menapak keluar dari kamar sebelum sosok Henry di cari di setiap pelusuk istana. Di bilik tamu, taman istana, malah dewan dan bilik kerja serta bilik takhta juga kosong dan gelap.

Perkahwinan mereka sudah hampir masuk ke bulan yang ke enam, namun hubungan antara mereka tidak begitu mesra dan romantik. Henry melayannya lebih kepada seorang sahabat berbanding isteri. Puncanya? Dia sendiri pun tak pasti.

Langkah longlainya akhirnya dibawa menuju ke suatu lorong istana. Potret Riz Ruziana yang sudah dia jatuhkan daripada takhta bersama Henry itu dilihat tidak lagi terpasang pada tempat yang sepatutnya. Potret itu jatuh sekaligus menampakkan sebuah pintu.

Pintu apa ini?

Tombol pintu itu dipulas dan dia melangkah menuruni anak tangga satu-persatu. Bilik itu gelap namun masih ada sofa yang kelihatan. Perabot-perabotnya masih tersusun cantik. Kenapa dia tak pernah tahu tentang kewujudan bilik ni? Ah, tak apalah. Tak penting pun. Lagipun bilik ini, kosong.

"Kenapa kau tak bunuh aje aku?"

"Sebab aku masih tak puas nak ratah kau!"

Suara jeritan dari suatu arah di dalam bilik tersebut menyebabkan bahu Bella terhinjut kerana terkejut. Suara siapa? Langkah Bella yang tadinya menapak menaiki tangga untuk keluar dari bilik terhenti. Anak tangga kembali dituruni dan dia melangkah terus ke tengah ruangan dalam gelap Sengaja dia biarkan lampu tidak terbuka, agar kehadirannya tidak diketahui sesiapa yang ada di sini.

Sampai ke tengah kamar, satu pintu besi terlihat masih terbuka. Lorong di hadapan pintu itu dia pandang. Matanya fokus ke ke satu ruangan di hujung lorong terbabit.

Air matanya jatuh. Wajahnya merah, amarahnya naik meluap-luap. Nafas dia dengus kasar. Henry. Henry ada di situ dan dia sedang berhubungan badan dengan seorang wanita, Riz.

Dia diam ketika Henry menyangka Riz yang sebenarnya dia cinta supaya Henry mengalah dan tak lagi mengejar  cinta Alana. Kemudian Alana pula datang tiba-tiba, dia singkirkan. Sangkanya ketika Stephan dia jatuhkan daripada takhta, Henry benar-benar berniat mahu menyingkirkan Riz dari hidupnya tapi ternyata Bella yang bodoh. Henry rupanya membunuh Stephan untuk memiliki Riz.

Riz dan Alana, memang sama-sama menyusahkan!

***
Seminggu kemudian,

Malam ini dia nekad. Jika di setiap Khamis Henry hilang di tempat tidurnya, malam selasa ini dia pula yang akan ke sana. Henry yang sudah dia pastikan nyenyak tidur dengan beberapa pil tidur yang sudah dilarutkan ke minuman makan malam mereka tadi dia pandang sekilas sebelum langkahnya dimulakan untuk ke bilik itu.

Jarum jam sekarang menunjukkan jam  12 tengah malam. Tiba di hadapan potret itu, Bella merenung wajah Riz yang rupawan namun cukup menjengkelkan. Setiap kali melihat potret itu, hatinya terasa bagai dirobek-robek isinya. Rasa kebenciannya terasa memuncak dan meluap-luap begitu hebat.

Potret itu di angkat daripada tempat gantungnya lalu diletak ke tepi. Pintu yang seperti sangkaannya terkunci dibuka menggunakan gugusan kunci yang sudah dia dapatkan daripada George.

Pintu ditolak. Masuk je dalam bilik, pintu tadi ditutup semula dan dikunci kembali. Segala persediaan sudah dia buat bagi memastikan rancangannya pada makam ini tidak berakhir dengan kegagalan. Bantal sofa di tengah ruangan ditarik dan kata kunci yang perlu dimasukkan bagi membuka pintu kebal itu ditekan.

Derap kakinya menapak ke pintu besi yang sudah terbuka luas lalu menuju ke tempat maharani itu disembunyikan. Bau tengik najis mula memasuki rongga hidungnya. Busuknya.

Riz yang sudah terkulai di atas lantai ditatap dengan penuh rasa benci. "Riz Ruziana!" Jeritnya.

"Bella. Kau kena tolong aku Bella, Henry..." Termengah-mengah nafasnya ketika mengucapkan kata-kata.

Pang!

Pipi Riz ditampar kuat. "Berani kau buat hubungan sulit dengan suami aku!"

"Apa yang kau merepek ni, Bella? Aku dah nak mati macam ni, kau boleh tuduh aku ada hubungan sulit dengan suami kau?"

Tubuh Bella yang tadinya berdiri kini berubah ke posisi mencangkung. Riz yang masih dalam keadaan telungkup itu dielus-elus rambutnya. "Kau nak mati tak?"

"Ha?"

"Aku tak faham apa yang ada dekat kau sampai Henry tak nak pandang aku langsung."

"Kau tahu aku tak pernah cintakan Henry, kan?" Riz membalas.

"Aku tahu. Tapi Henry cintakan kau. Eh, salah. Dia tak cintakan kau, dia cintakan orang lain yang mirip dengan kau tapi dia nakkan kau! Dan aku benci itu."

"Aku bencikan kau Riz  Ruziana!" Rambut panjang Riz yang tadinya dielus lembut kini ditarik kuat ke atas.

"Argh! Bella, sakit. Lepaskan aku!"

"Kau nak tahu apa tujuan aku datang sini?" bicara Bella sambil rambut Riz masih dipegangnya.

"Kau bukan nak selamatkan aku?"

Bella tersenyum sungging. "Aku datang sini sebab nak tamatkan riwayat hidup kau." Pegangan rambut dilepaskan. Tubuh Zehra dipusing menghadapnya sebelum pisau tajam yang dia sembunyikan disebalik gaun tidurnya dikeluarkan.

"Ucapkan selamat tinggal, Riz Ruziana."

Trk!

Pisau akhirnya ditikam dikawasan abdomen wanita itu. Buat seketika, darah memercik disekelilingnya. Puas. Itu yang dia rasakan sekarang.

Tubuh yang tadi duduk mencangkung kembali berdiri sambil ditelefon bimbitnya dia dail nombor seseorang.
"George, masuk bilik ni sekarang."

Satu lagi pintu dituangkan ketiga itu terbuka selepas sepuluh minit. George masuk dan menunduk sedikit kepada Bella. "Saya akan selesaikan semua ni."

"Bagus. Aku nak malam ni semua clear." Bella mengujar sebelum langkahnya dibawa untuk keluar dari ruangan ketiga itu dan kembali ke ruang pertama.

Namun langkahnya itu sempat terhenti di tengah jalan. " Kau memang jenis  yang akan buat apa saja demi duit, kan?"

George yang sedang membersihkan ruang kamar itu menatap bahagian belakang tubuh Bella yang sedang berdiri tegak membelakanginya itu. "Salah ke? Lagipun tuanku Henry takkan bunuh saya, kan?"

Bella memalingkan tubuhnya menghadap George untuk seketika. "Betul cakap kau. Sebab Henry bukan jenis orang yang suka membunuh macam aku." Langkah Bella teruskan kembali.

Setibanya di ruang pertama. Baju tidurnya yang ada kesan darah ditukar dengan baju berupa sama dan dia akhirnya keluar dari  ulik bawah tanah yang penuh dengan peristiwa berdarah itu.

"Lima tahun berlalu, kita hidup bahagia. Hampir dikurniakan cahaya mata tapi tak kesampaian. Saya mati-mati ingatkan yang semuanya dah selesai. Dah tamat pun, tapi tak. Detik yang paling menakutkan saya akhirnya tiba juga. Alana kembali dan awak bawa dia balik dengan identiti Zehra."

"Masa untuk berbual dah tamat." Dua orang anggota polis yang sedari tadi menunggu mereka kini kembali menjalankan tugasnya.

Tangan Bella dan Henry kembali digari sebelum kedua-dua mereka dibawa keluar dari bilik tersebut. "Bella, awak.... Tergamak awak buat saya macam ni?"

"Bagi kami sikit masa lagi, tolonglah." Henry merayu.

Bella yang melihat adegan itu hanya ketawa terkekeh-kekeh seperti orang histeria. "Awak tak boleh salahkan saya Henry, awak pun terlibat sekali, kan?"

Mereka bertekak di hadapan pintu keluar.

"Kau dah melampau Bella!" Henry menjerkah dalam amarah.

"Henry! Awak dengar sini baik-baik, awak dan Riz berbeza. Riz tak cintakan Stephan kerana sekeping coklat dan nota. Itu cuma bonus untuk dia. Dia memang cintakan Stephan dan kalau dia tahu awak yang selama ni berusaha pun, dia tetap akan tolak lamaran awak. Sebab dia tak pernah cintakan awak. Tapi awak lain, awak tak cintakan Riz. Awak cintakan perempuan yang dulu pernah awak selamatkan. Alana, dan hari ni, awak sendiri yang rosakkan kisah cinta awak."

thank you for reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience