[10] Nota

Fantasy Completed 3250

"Saya sukalah tengok Anthony berlakon, handsome," kata Zehra sambil bertih jagung dimasukkan ke dalam mulutnya yang masih tersenyum.

"Handsome? Apa yang handsome-nya?" Henry membalas tanpa reaksi.

"Eh, awak tak nampak ke? Mata dia, hidung dia, bibir dia, semuanya sempurna." Zehra bersuara lagi dengan penuh bangga.

Tiba-tiba bertih jagungnya ditarik kasar oleh Henry sebelum setiap butiran disumbat ke dalam mulut.

"Mana lagi handsome, dia ke saya?" Mata Henry tajam menatap wajah Zehra.

"Dia." Selamba Zehra membalas.

"Saya tanya awak sekali lagi. Siapa lagi handsome?"

"Dia."

"Zehra..." Suara Henry kini meleret.

"Memang dia lagi handsome, nak buat macam mana? Saya tak boleh tipu diri saya sendiri."

"Dah tu, kenapa awak tak kahwin aje dengan dia? Hari-hari boleh hadap muka dia yang kononnya handsome sangat tu." Henry memutarkan bola matanya ke atas. Eleh, aku lagi handsome.

"Awak cemburu ke?" Kening Zehra terangkat, sengaja dia mengusik.

"Taklah, bahagia," perli Henry lagi.

"Henry, awak tahu kan, tak baik menipu?" Hidung Henry dicuit.

"Saya ni tak cukup handsome ke untuk awak?"

Zehra menghembus nafas perlahan.

"Kejap, bagi saya fikir. Awak cukup handsome tak ya, untuk saya?" Jari diletak dibawah dagu tanda berfikir.

"Zehra, saya serius ni."

"Saya pun serius, tengah fikir ni, Sabar kejap."

"Zehra." Suara Henry kini benar-benar serius.

"Awak nak tahu tak?" Zehra akhirnya membuka mulut.

"Secara logiknya, Anthony memang lagi handsome daripada awak. Tapi saya pilih awak untuk simpan dalam hati, bukan Anthony." Perlahan bicara Zehra.

"Anthony handsome, tapi pada nama awak yang saya ukir kata cinta. Dekat hati saya cuma ada awak seorang untuk hari ni dan sampai bila-bila."

"Dan untuk pengetahuan awak cinta tu tak memandang kepada rupa." Ayat itu disambung lagi oleh Zehra.

Keadaan antara mereka seketika menjadi sepi. Kedua-dua pasang mata saling bertatapan sesama sendiri, masing-masing terleka dan tenggelam lalu terus lemas dalam hangatnya sebuah renungan cinta.

"Dan saya pilih awak, Zehra. Untuk jadi cinta saya sekali lagi."

"Sekali lagi?"

•••

Pintu usang yang hampir reput itu dibuka oleh Ayeshah. Bakul kain yang sudah sedia ada ditangan dibawa keluar. Niatnya mahu menyidai kain pagi ini, dengan bantuan anak sulungnya. Sambil baju yang hanya beberapa helai itu disangkut pada penyangkut, mata Ayeshah melilau ke arah halaman rumah dan matanya jatuh menangkap imej sebakul barang dapur yang disusun kemas di dalamnya dan terbungkus cantik.

Di sebelah raga itu ada pula sebungkus gandum. Siapa yang bagi ini? Soalan itu terbit dibenak hati. Selama dia tinggal di sini, tak pernah lagi dia mendapat apa-apa jenis bantuan. Raga itu kemudiannya dibelek, dan ada sekeping sampul yang terselit di celah-celah barang tadi. Sampul itu kemudiannya dibuka, dan ternyata di dalamnya terdapat beberapa keping not wang kertas yang banyak juga jumlahnya.

Kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan, rupanya bukan dia seorang yang dapat barang dapur dan wang ini, jiran-jiran disebelahnya juga sama mendapatkannya.

"Eh, awak pun dapat juga ke?" soal salah seorang jirannya, Fateema.

"Ya, saya pun dapat. Nampaknya memang semua orang dapat dekat kawasan kita ni." Ayeshah membalas.

"Agak-agaknya siapa yang bagi?"

"Entahlah, selama ni tak pernah pula kita dapat apa-apa. Tapi bersyukurlah, rupa-rupanya ada yang masih sudi tolong orang-orang macam kita."

Untuk pernyataan itu Ayeshah membalasnya dengan senyuman. Siapa pun orangya, sudah pasti dia ialah seorang yang berhati mulia. Terima kasih ya Allah, ketika aku susah masih ada pertolongan untuk hamba-Mu ini. Dapatlah anak-anaknya merasa makanan yang sedap-sedap walau cuma untuk sementara waktu.

"Ayeshah, aku balik dululah ya? Banyak benda kena buat dekat rumah tu," pamit Fateema.

Ayeshah hanya mengangguk. Dia juga mahu menyambung niatnya untuk menyidai kain yang tergendala sebentar tadi.

•••

Pintu kamar diselak oleh Zehra, bibirnya tersenyum kecil, nafas dihembus perlahan. Langkahnya mula memasuki ruang kamar tidurnya itu sebelum tubuh direbahkan di atas katil. Siling bilik ditatap, esok malam, Henry akan ke sebuah empayar yang tak kalah juga hebatnya untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara dua empayar ini. Jadi dia perlu bersedia untuk hari itu.

Nafas dihembus lagi, sebatang pen bersalutkan emas dijari tangan direnung. Pen ini salah satu hadiah daripada Henry yang dia peroleh, dibahagian atas pen terselit juga corak bunga mawar merah. Entah kenapa, apa-apa saja hadiah yang Henry beri pasti ada motif mawar merah.

Macam tahu-tahu saja dia suka mawar, tapi kadang-kala dia terfikir juga adakah motif mawar merah ini simbol tentang seseorang. Seseorang yang dia mungkin tak kenal.

Pen yang tadinya dimainkan dijari tiba-tiba jatuh ke lantai bilik. Dengan pantas pen itu cuba dicapai semula namun apakan daya, pen tadi sudah pun tergolek ke bawah katil. Tubuh diturunkan juga dari kasur dan Zehra mula menunduk untuk mencapai sebatang pen yang cukup berharga buat dirinya itu.

Namun, lain yang dicari lain pula yang dia temui. Jemarinya yang meraba-raba ruang di bawah katil akhirnya bertemu dengan sebuah kotak. Kotak tadi kemudiannya dikeluarkan. Kotak apa ini? Rambut diselak ke belakang telinga, habuk yang menempel pada kotak itu kemudiannya disapu menggunakan telapak tangan sebelum secara perlahan-lahan penutup kotak tadi dibuka.

Isi daripada kotak itu kini menjamu pandangan Zehra dengan sebilah pisau yang cukup tajam dibalut rapi menggunakan sehelai kain nipis berwarna putih yang tersimpan kemas. Sekeping kertas yang dilipat kecil dibawah bilah pisau tadi juga diambil dan dibuka lipatannya. Satu nota ringkas yang tertulis dikertas tersebut kemudiannya dibaca satu persatu.

Ada jasad yang masih tinggal,
Ada roh yang masih tunggu,
Sekeping hati yang masih bisu,
Semanis buah epal, enak namun beracun,

Muslihat ini milikku,
Meski zaman telah berlalu,
Namun dasar hati ini tetap suram, Mungkin kerana tertutup dek dendam.

Bagaimana kotak dan pisau ini boleh tersimpan di bawah katilnya?

'Mati.'

Satu suara membangunkan Zehra dari soalan-soalan yang dia sendiri fikirkan.

'Mati.'

"Siapa itu?" soal Zehra. Dia melilau ke seluruh bilik untuk mencari empunya suara.

'Mati.'

"Siapa?"

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu bilik yang diketuk mula menggetarkan jiwa Zehra. Perlahan-lahan, langkah diatur sebelum tombol pintu itu dipulas dan pintu dibuka. Tiada satu pun jasad yang berdiri di hadapan pintu. Kepalanya mengintai lagi diluar daun pintu. Tetap kosong.

Buk!

"Argh!"

•••

Lincah tangan Azalea mencuci semua pinggan-pinggan yang tadi digunakan untuk menghidang masakannya ketika sarapan. Satu-persatu pinggan itu dicuci bersih hingga tak terlihat walau secubit pun yang dipanggil kotoran.

Meskipun dia hanya dayang-dayang di sini, ada juga rasa gembira dalam hatinya kerana dapat melihat megahnya sebuah istana. Selesai mencuci piring, dia berganjak pula untuk mengemas dapur. Sedang lantai dapur dimop penuh berhati-hati entah kenapa kepalanya teringat akan Zehra.

Zehra, nama itu mampu untuk mencuit hatinya. Mengenangkan orangnya, dia tersenyum sendiri.
Dayang-dayang yang lalu lalang disekitar tempatnya bekerja hanya diberi segaris senyuman.

"Azalea." Satu suara memanggil namanya secara tiba-tiba.

Dia menoleh dan figura yang berada di hadapan pintu dapur itu ditatap. Maharaja Henry juga memandangnya semula dengan satu pandangan yang dia sendiri tak reti untuk tafsirkan.

"Ya?" balasnya sambil kayu mop ditangan diberhentikan sebentar pergerakannya.

"Tolong buatkan saya secawan kopi." Dalam suara yang dilontarkan Henry. Pandangan misterinya masih sama menatap wajah Azalea.

"Okey."

"Saya tunggu kopi tu dekat taman."

Azalea mengangguk sambil lirikan matanya menghantar kepergian maharaja Henry yang mula melangkah untuk keluar. Batang mop tadi disandar ke dinding. Langkahnya menuju untuk ke tandas sebentar sebelum dia melaksanakan tugasnya untuk membancuh secangkir kopi.

Matanya melilau ke kiri dan ke kanan sebelum pintu tandas dapur itu ditutup dan dikunci rapat. Satu nota daripada poket apron-nya, dikeluarkan. Entah pesan apa pula yang dia dapat hari ini. Lipatan kertas itu dibuka perlahan dan terserlah satu kata yang dicoret menggunakan gincu semerah warna darah.

Bersedia.

Itu yang tertulis

•••

Langkah Zehra menapak perlahan-lahan menelusuri lorong-lorong istana hingga dirinya tiba sekali lagi di hadapan potret seorang maharani yang sudah acap kali dia lihat. Maharani Riz Ruziana. Namun potret yang saiznya sama tinggi dengan tinggi dinding itu kini tak lagi berada pada tempatnya melainkan sudah jatuh ke tepi.

Dan ada satu hal yang cukup mengejutkan dirinya. Pintu? Ada pintu di sini? Ini bilik apa pula? Dia sejujurnya agak ragu-ragu untuk memulas tombol pintu yang akan membawanya ke destinasi yang entah ke mana itu. Namun rasa ingin tahu yang menjentik jiwanya tak mampu untuk dia tahan. Kenapa dia tak pernah tahu tentang pintu ini?

Kenapa Henry tak pernah menceritakan hal ini kepada dirinya? Apa yang mahu disembunyikan sebenarnya? Akhirnya tombol pintu itu dipulas jua sambil langkahnya satu-persatu mara menuruni anak tangga yang membawanya turun ke bawah tanah.

Suasana ruang bawah tanah yang gelap, sunyi dengan aura yang agak suram menyebabkan bulu roma Zehra menegak. Satu bau yang kurang menyenangkan masuk ke rongga hidungnya. Bau kepam seperti sebuah tempat yang sudah lama ditinggalkan. Malam yang awalnya dia jadikan taman sebagai destinasi berubah arah ke sebuah bilik misteri.

Lampu suluh yang selalu dia bawa setiap kali mahu ke taman pada waktu malam itu disuluh cahayanya ke hadapan sambil Zehra terus maju melangkah. Tiang-tiang usang yang berada di bawah ini dipandang dan ada sensasi ngeri setiap kali ruang-ruang itu disuluh.

Sofa lama yang yang sudah berhabuk dan berdebu turut menjadi jamuan tatapannya. Ruang bawah tanah ini cukup luas juga, dia dapat melihat ada beberapa lagi pintu bilik di sini tapi tak dia buka kerana masih ada rasa takut yang membungkam jiwa. Puas meneroka ruang bawah tanah itu, kini dia mahu keluar dan kembali untuk ke tujuan asalnya.

Tak ada apa-apa pun yang istimewa di bilik ini. Hanya sebuah bilik biasa menurut pandangannya. Tapi, kalau bilik ini tak ada apa yang istimewa kenapa perlu disembunyikan?

Tunggu!

Satu suara tiba-tiba menggetarkan gegendang telinga Zehra. Bulu romanya makin menegak. Suara itu, sama seperti suara yang dia dengarkan petang tadi.

Bum!

Bunyi pintu utama ruang bawah tanah ini tiba-tiba tertutup memecah keheningan. Secara serta merta lampu suluh ditangannya jatuh ke lantai, mentolnya pecah. Air liur ditelan. Langkahnya diarah secepat mungkin untuk keluar dari sini.

'Darah...'

Suara yang sama berbisik lagi ditelinga Zehra.

'Sakit...'

'Tipu! Semua tu tipu!'

'Aku terseksa, aku sakit, tolong! Tolong aku!'

Makin lama, bisikan tadi semakin keras. Kenapa suara ini hanya berbisik pada telinganya saja? Langkahnya dilajukan bersama degupan jantung yang semakin tak keruan. Dia perlu keluar dari sini. Dia berlari dan terus berlari dalam samarnya sebuah kegelapan. Sofa yang sudah pun reput dilanggar tanpa rasa.

'Jangan pergi!'

'Tolong jangan pergi!'

'Kau kena balas, kau kena balas balik!
Aku berdendam sampai mati.'

'Mati!'

Hilaian ketawa menggantikan setiap bisikan keras tadi. Zehra hampir mahu menangis. Nafasnya terasa berat. Peluh mula merenik di atas dahi.

"Diam!" Zehra menjerit. Kedua-dua telinganya ditutup dengan tapak tangan.

'Mati.'

'Mati.'

'Mati.'

'Kau perlu mati.'

Tak, tak mungkin. Benda ini semua tak mungkin. Tombol pintu itu dipulas sekuat yang boleh. Tolonglah buka, buka! Jantungnya makin tak teratur. Dia lemas, nafasnya sesak. Rasa panik mula menguasai diri.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu itu diketuk sekuat yang boleh. Dia terperangkap. "Tolong!" jeritnya seorang diri meminta untuk dikeluarkan dari sini.

"Buka pintu ni, tolonglah!" Jeritnya lagi. Pintu terus digedor sekuat hati.

"Tolong!"

"Tolong!"

"Tolong!"

Kini satu lagi suara kedengaran disaraf auditorinya. Suara seorang manusia.

"Awak buat apa dekat sini?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience