[8] Bulan

Fantasy Completed 3250

Timun yang berada ditangannya dihiris. Hari ini Zehra membantu dayang-dayang di dapur untuk memasak makan tengah hari. Sejak pagi tadi, Henry sudah pun keluar untuk berkuda, jadi dia memanfaatkan masanya untuk menolong sedikit sebanyak yang boleh dia tolong.

Sekali-sekala, matanya melilau ke arah Bella yang sedang menumis sesuatu di atas dapur. Kadang-kadang dia juga cemburu melihat Bella.
Bella seorang yang mahir dalam memasak. Boleh kata hampir setiap hari dia membantu dayang-dayang di dapur, kalau boleh Zehra mahu belajar ilmu masakan tersebut daripada madunya.

Dia pula bukannya tak boleh, selain daripada kekok dia juga tidaklah mahir. Setakat memasak untuk makan dia boleh lakukan, namun kelazatan hidangan belum tentu bagus.

Hari ini, Diana juga ada membantu, jadi bolehlah dia berkenalan dan cuba untuk berbaik dengan Diana. Dia kalau boleh tak mahulah hubungan mereka terus dingin begini.

"Kalau berjalan tu guna mata boleh tak?" jeritan Diana yang kedengaran bergema di ruang santapan lantas mengejutkan Bella dan Zehra.

"Kenapa tu?" soal Bella.

Zehra hanya membalas soalan tersebut dengan gelengan.

Timun yang sedang dihiris ditinggalkan seketika, kakinya melangkah ke ruang santapan untuk melihat apa yang berlaku.

"Sekejap, biar saya pergi tengok," kata Zehra.

Dia yang baru saja sampai dia ruang santapan tadi melihat ada tumpahan air di atas lantai atau lebih tepat lagi, tumpahan kuah sup. Dia juga melihat gaun mewah milik Diana sedikit basah. Mungkin mereka terlanggar antara satu sama lain.

"Saya minta maaf, tuanku. Saya tak perasan." Dayang tadi hanya menunduk sambil kata maaf diucap dengan wajah bersalah.

"Alasan! Masak bukannya sedap mana pun, kerja senang macam ni pun tak tahu buat. Sakit betul hati aku."

"Kenapa ni?" soal Zehra lembut.

"Ni lagi satu, aku menyampah betul tengok muka kau. Alang-alang kau ada dekat sini, aku bagi kau ajelah yang lapkan segala benda ni." Tubuh Zehra ditolak ke depan hingga jatuh ke lantai. Tak cukup dengan itu bahu dayang-dayang juga sempat disenggol menyebabkan mangkuk sup ikut sama jatuh.

Prang!

"Apa bising-bising ni?" Bella menyoal dihadapan pintu setelah pertengkaran mereka tak kunjung berakhir. Dia melihat tubuh Zehra yang sudah pun berada di atas lantai dengan gaun yang penuh tumpahan kuah sup bersama mangkuk kaca yang pecah.

Tangan dihulurkan ke arah Zehra. Huluran itu disambut dan Zehra cuba bangkit dari jatuhnya.

"Diana, masuk bilik akak sekarang." Suaranya datar namun tetap ada ketegasannya.

Diana menjeling ke arah Zehra namun arahan Bella tetap juga diturutnya.

"Awak pergilah bersihkan diri dulu. Makanan pun dah nak siap, yang selebihnya nanti biar saya uruskan." Zehra mengangguk sebelum kakinya menapak juga untuk ke bilik.

"Dilayla, awak tolong bersihkan semua ni."

•••

"Boleh akak tegur Diana sikit?" Telapak tangan disua ke arah air hujan yang mula menitis jatuh.

Aroma hujan ini, cukup menenangkan jiwanya. Dari balkoni ini, lensa matanya menatap ke arah langit yang awannya mula berubah menjadi kelabu.

"Akak harap Diana boleh ubah tabiat untuk merendah-rendahkan atau menghina orang lain." Wajah Diana yang berdiri di sebelahnya ditatap sambil ayatnya dijeda sebentar. Untuk bicara Bella itu, mulut Diana terkunci daripada berpatah kata.

"Sebab dekat dunia ni, kita kena ingat, bukan cuma kita yang ada lidah." Kata-kata tadi disambung lagi oleh Bella.

"Sejak bila akak berubah? Sejak bila akak sebelahkan perempuan tu?" Diana menyoal tak puas hati.

"Dia tak ada buat apa-apa salah pun." Tenang jawapan Bella.

"Bukan ke dulu akak pun macam tu? Akak pun tak suka perempuan tu, kan? Selama ni boleh aje akak layan dia dengan kasar, kenapa sekarang tak lagi?" Soalan demi soalan dilontarkan, raut wajah jelita kakak iparnya itu direnung tajam.

"Akak nak cakap pasal kekurangan akak? Boleh tak kalau akak berhenti untuk terlalu merendah diri? Jangan jadikan ketakutan akak terhadap kekurangan yang akak miliki mendominasi jiwa sendiri," bicara itu disambung lagi oleh Diana. Baginya, mahu merendah diri itu boleh tapi berpada-padalah.

"Okey, Diana mengaku selama ni Diana memang agak biadab. Diana mengaku tu salah Diana, tapi akak pun kena ingat, memang bukan cuma kita yang ada lidah tapi bukan cuma mereka juga yang ada hati. Jadi jangan sampai kita pula yang makan hati nanti."

•••

Sejam sebelum Henry pulang ke istana, Sengaja Zehra mengajak Dilayla untuk masuk sebentar ke kamarnya. Ada sesuatu yang mahu dia katakan. Dia ada mendengar cerita dari dayang Khadijah tentang Dilayla.

Menurut dayang Khadijah, Dilayla bukan orang senang, pekerjaannya di sini dilakukan sebaik mungkin untuk mendapatkan walau cuma sesuap nasi. Dia perlu mencari rezeki untuk menyara adik dan ibunya yang sedang sakit. Kerana hal itu, terdetik dihati Zehra untuk memberinya sedikit bantuan. Diharapkan, dengan bantuannya ini dapatlah membantu sedikit sebanyak.

Gaun yang sudah siap dipakai ditatap lembut pada pantulan cermin. Senyuman terbit dibibir Zehra. Rambut dibahagian dahinya yang dipotong pendek dirapikan. Sambil menunggu kelibat Dilayla sempat juga dia ke balkoni untuk melihat pemandangan dari atas istana yang seindah kayangan ini.

Dari atas, taman bunga Mawar yang cukup merah ditatap. Meski kini hujan sudah pun menunjukkan jasadnya, mawar itu tetap mekar seindah warna merahnya. Bibirnya tersenyum lagi. Entah kenapa tiba-tiba kepalanya terasa agak sakit. Keadaannya sama seperti dia berada di dalam gua bersama Henry dahulu.

"Saya rasa, saya nak namakan istana ni.."

"Untuk apa?"

Satu suara yang datang menjengah memorinya kembali lagi. Pelipisnya diurut perlahan.

"Saja. Barulah sempurna kalau ada nama."

"Awak nak letak nama apa?"

"Moonlight palace."

"Istana cahaya bulan?"

"Moonlight palace where's the night sky never be alone." Dan hari ini, Dialah langit malam itu. Langit sepi yang merindukan bulan diwaktu malam memunculkan diri.

Bayangan itu kabur seperti kebiasaan. Nafas ditarik dalam dan dihembus keluar. Sakit kepalanya beransur pulih, setelah bayangan itu juga turut hilang dibawa memori yang mungkin sudah tenggelam.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan daripada pintu menyedarkan Zehra daripada lamunan. Langkah kaki diatur ke muka pintu, tombol dipulas dan pintu dibuka perlahan-lahan. Tubuh Dilayla muncul dimuka pintu. Senyuman manis dihadiahkan sebelum Dilayla dijemput masuk.

Dilayla merupakan dayang-dayang baharu. Dia juga belum pernah lagi ditugaskan untuk menghantar apa-apa ke dalam kamar, jadi, dia terlihat sedikit kekok. Zehra mempelawa Dilayla untuk duduk di sofa.

"Ada apa tuanku panggil saya ke sini?" Lembut pertanyaan itu diajukan.

"Adik awak sihat?"

"Adik saya?" Dilayla mengerutkan dahi tanda hairan. Mengapa perlu bertanya tentang Darwisy?

Zehra hanya tersenyum. "Tak ada apa-apalah. Saya tahu awak berjuang demi keluarga awak. Semoga terus kuat. Sebenarnya ada sesuatu yang saya nak bagi untuk awak dan keluarga awak." Sebuah kotak yang sudah sedia berada di sampingnya diambil. Kotak itu terbalut cantik dengan sehelai reben merah.

"Tolong sampaikan kotak ni dekat adik awak."

Sehelai sampul coklat pula diletakkan di atas telapak tangan Dilayla. "Awak ambil duit ni, untuk belanja keluarga."

"Tak payahlah tuanku. Saya ni cuma dayang-dayang aje dekat sini. Apa pula kata dayang-dayang lain nanti kalau saya diberi layanan istimewa?"
Sampul tadi ditolak. Dia memang memerlukan wang, tapi bukan dengan cara begini.

"Tak apa. Ada sebab saya bagi awak. Tolong terima."

"Saya..."

"Ambil." Akhirnya sampul dan kotak itu bertukar pemilik.

"Simpan baik-baik." Dilayla mengangguk.

"Saya keluar dulu," pinta Dilayla. Pintu dibuka dan dia mula menapak keluar dari kamar mewah permaisuri kedua itu.

"Jaga adik awak betul-betul." Suara daripada Zehra hanya dibalas anggukan. Entah mengapa dia rasa pelik, ambil berat betul cik puan tentang adiknya.

•••

Pintu kamar mandi dibuka perlahan. Kelihatan tubuh Henry yang sedang berendam di kolam mandian panas kecil itu sedang memandangnya daripada ekor mata. Zehra mendekati kolam tersebut perlahan sambil beberapa kelopak bunga mawar yang dia genggam pada tangannya ditaburkan ke dalam kolam yang sudah berbuih tadi.

Senyuman manis diberikan kepada Henry. "Happy bathing." Bisiknya perlahan seraya mengorak langkah untuk keluar.

"Wait." Tangannya digenggam. Zehra memalingkan tubuhnya menghadap Henry.

"Tak nak teman saya ke?"

"Tak nak." Satu senyuman misteri terukir dibibir Zehra.

"Kenapa?"

"Kenapa nak saya teman awak?"
Serta-merta tubuh Zehra ditarik jatuh ke dalam kolam lalu dirangkul dengan gaya pengantin.

Splash!

"Awak buat apa ni?" Zehra menjerit kecil dalam rangkulan Henry. Henry hanya merenung tajam ke dalam anak mata Zehra tanpa lepas. Nafas kecil Zehra didadanya terasa cukup hangat dan menenangkan.

Pandangan Zehra terkunci. Dia juga tak mampu berhenti merenung anak mata maharaja itu. Ketika ini, hanya renungan mereka yang menghangatkan suasana,
diselangi dengan detak jantung mereka yang masing-masing sudah hilang rentak asalnya.

Tubuh Zehra dilepaskan daripada rangkulan. Henry merapatkan jarak antara dia dan Zehra yang baru saja berdiri sebelum tangannya naik membuka sanggul rambut milik Zehra. Leher Henry pula dirangkul dengan jemari runcingnya sebelum dahi mereka ditarik untuk bertemu. Tangan kekar Henry cantik terletak dipinggang Zehra.

"I loves your smell," bisik Henry lembut pada cuping telinga Zehra.

"How do I smell?" Senyum nakal ditarik.

"Roses. Your smell are like roses." Daripada pinggang tangan Henry naik menyentuh raut jelita di hadapannya. Ubun-ubun Zehra dikucup lembut.

"Do you love me?" Soalan itu tiba-tiba terpacul dimulut Henry.

"Don't you believe me?" Zehra hanya tersenyum kecil.

"I want to ask you something." Henry berbicara lagi.

"What is it?"

"Someone said that the moon will always be with the stars."

"So?"

"If I was the moon, among million stars, I chose you to be mine." Wajahnya dirapatkan ke wajah Zehra.

"So now, do you really think that I am your moon?"

"What do you think?" Soalan dibalas soalan. Raut wajah Henry diusap lembut sebelum jarak wajah antara mereka ditarik lagi untuk merapat.

"If I guess it right, what would you give me?"

"This night."

"It is yes." Jawapan diberikan oleh Henry.

"You won." Maka si purnama pada malam ini pun menyaksikan kisah cinta mereka yang didakap oleh selimut langit malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience