[13] Tikam

Fantasy Completed 3250

Bunyi deringan telefon menghentikan Bella sebentar daripada mencicipi kopi paginya. Telefonnya diangkat sambil pandangan matanya merenung ke arah langit pagi yang kelihatan mendung dan bersuasana suram. Titis-titis hujan mula menitis. Bunyi air hujan kedengaran menghempap atap teratak kecil di luar istana tempat kini dia berada.

Percaturan antara mereka nampaknya sudah hampir tiba ke garisan penamat.

"Helo, saya nak awak buang... "

"Saya dah pecat Azalea." Belum sempat Henry menghabiskan ayat, Bella sudah pun memberi jawapan. Dia tak mahu melengah-lengahkan masa. Semakin lambat dia bertindak, semakin bahaya situasi yang perlu dia hadapi nanti.

Henry menghembus nafas lega di hujung talian.

"Sekarang baru awak percaya dengan apa yang pernah saya cakap?" Soalan Bella mengandungi nada sinis. Selama ini, apa yang dia katakan langsung tak mahu dipeduli, kononnya emosinya yang tidak stabil.

"Okey, saya tahu kali ni saya dah salah dalam menilai. Sekarang, saya nak awak selesaikan semua yang berlaku dekat sana."

"Semuanya akan berakhir dengan baik, itu saya akan pastikan. Tinggal dia aje yang awak perlu tamatkan. Apa pun, awak kena balik secepat mungkin." Bunyi deraian hujan langsung tidak menganggu fokus Bella yang sedang berbual.

"Saya tahu. Saya akan balik tak lama lagi. Terima kasih sebab lindungi saya. Lagi satu, awak dah tahu ke kenapa dia muncul balik?" Untuk soalan itu, nada suara Henry sedikit tegas.

"Sebab nak ambil semula takhta, apa lagi selain tu? Awak dah cukup baik lepaskan dia dulu, tapi ni yang jadi. Kali ni jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Saya buat semua ni, sebab saya cintakan awak, Henry." Ayat itu dilafaz setulus hati.

Mendengarkan kata-kata Bella. Bibirnya menarik senyum senget. Bella belum tahu mengenai perkara sebenar.

***

Teruntuk cinta kedua ibu,

Baris ayat yang tertulis pada sehelai lipatan kertas itu dibaca perlahan oleh Dilayla. Kotak ini baru saja dia buka setelah sekian lama dia menerimanya. Tak dibuka dek kerana kesibukan kerja. Kata si pemberi, surat ini dituju kepada Darwisy.

Sejak hari pertama kamu berada di dalam kandungan ibu , hati ini dijentik rasa bahagia, layaknya kamu seperti bintang yang gemerlap diwaktu malam.

Tiap-tiap baris dibaca dengan tekun. Surat ini bukan surat formal. Surat ini ibarat suara hati yang sudah lama dipendam.

Ketika usia kamu menjelang empat bulan, tendangan darimu benar-benar membuat ibu merasa hidup. Ketika kamu sudah pun keluar, tangisan pertamamu membuatkan sekeping jiwa ini terharu. Wajah comelmu yang terhias dengan senyuman turut menggerakkan bibir ibu dan ayahmu untuk tersenyum juga.

Genap setahun usiamu, sebuah anak patung ibu hadiahkan. Ayahmu tidak setuju, katanya kamu seorang putera bukan puteri, tapi syukur kerana kamu menyukainya. Ibu berharap agar anak patung itu kini masih ada di dalam pangkuanmu. Ketika hari kau dirampas dari pelukan ibu, hati ini hancur layaknya kaca terhempas ke batu. Pecah berkeping-keping.

Ibu menangis, memikirkan bagaimana kamu bisa hidup nantinya? Bauanmu ibu rindu. Senyummu terlintas diminda ibu. Ketika hari kau diberitahu sudah tidak ada lagi ditempat yang orang gelar dunia, ketika itulah ibu merasa benar-benar mati. Ya, ibu terlalu bodoh kerana mempercayainya, dan untuk itu ibu mohon maaf. Jika kau merindui peluk hangat ibu, maka ibu merindu untuk memelukmu, jika kau kangen sama senyumku, maka aku juga rindu untuk menatap senyumanmu.

Jika kau merindui sesusuk jasad yang dulu pernah kau gelar ibu, maka ibu juga rindu untuk mendengar kalimat itu terucap dibibirmu. Nak, kau kian membesar. Besar juga harapan ibu untuk melihatmu sebelum terakhir kali dunia ini dilihat ibu.

Di akhir bait helaian kertas itu, setitis air mata Dilayla jatuh kerana terharu. Namun, dihatinya masih tersisa beberapa soalan. Dengan tujuan apakah surat ini dihantar? Juga terfikir dibenak kepalanya, percaturan apa yang kini sedang berlangsung?

***

Connor mencuci wajahnya dengan air yang turun deras daripada pili sinki. Nafasnya dihembus laju, jantungnya berdegup sedikit pantas mengenangkan hal yang baru diketahuinya semalam. Wajah sendiri direnung pada pantulan cermin.

Perbualan antara dia dan tuanku Henry sudah cukup untuk membuat jantungnya luruh. Dia keliru. Keliru untuk memilih. Dia juga tidak menyangka rupa-rupanya ada gunting dalam lipatan. Langkahnya perlahan-lahan menuju untuk keluar dari tandas pekerja. Rahsia yang dia tahu perlu diikat rapi agar tidak diketahui. Biarlah pecah di perut jangan pecah di mulut.

"Aku rasa kau dah pun tahu fasal perkara sebenar, kan?" Satu suara wanita yang berselisih dengannya membuatkan langkahnya berhenti untuk seketika waktu. Namun senyap yang memenuhi suasana ketika soalan itu tidak dijawab olehnya.

"Aku tak nak paksa kau untuk ikut aku. Pisau ada dekat tangan kau, kau yang tentukan nak atau tak nak untuk tikam belakang dia."

***

Zehra sedang membersihkan kandang kuda yang kini telah pun menjadi tempat baru untuk dia beradu. Kuda-kuda yang berada dikandang itu dipandang satu-persatu, mereka semua sudah selesai dimandikan. Telinganya kini lebih sering mendengar suara kuda berbanding dengan manusia.

Terbersit juga rasa rindu dalam hatinya terhadap Henry. Dia harap, jika Henry sudah pulang nanti semua masalah dan salah faham ini akan selesai. Sedang dia leka menyelesaikan tugasannya, suara daripada Dilayla masuk ke corong telinga.

"Tuanku!" panggil Dilayla. Zehra menoleh melihat Dilayla yang berlari untuk menghampirinya.

"Dilayla, kenapa datang sini?" Zehra menyoal.

"Siapa tuanku sebenarnya?" Soalan itu lembut dilontarkan namun kedengaran tegas ditelinga Zehra. Mengapa Dilayla tanya soalan yang sebegitu?

"Apa maksud awak?" Kening Zehra terangkat.

Lipatan kertas yang dia simpan di dalam poket apron dikeluarkan perlahan. Kertas yang dia perolehi daripada kotak pemberian Zehra untuk adiknya.

"Boleh tuanku jelaskan, apa maksud surat ni?"

Zehra terkaku.

***

Bella merendamkan tubuhnya ke dalam tab mandi yang sudah dipenuhi buih dan taburan bunga Melur. Mandiannya dimulakan perlahan-lahan. Wajah Henry terlintas seketika difikirannya, sungguh dia juga rindu akan lelaki itu.

Tuk! Tuk! Tuk!

Pintu kamar mandinya diketuk kuat.

"Siapa?" Bella menyoal. Namun tiada sahutan yang berjaya dia dapatkan.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan itu kedengaran lagi. "Siapa?" Kini suara Bella naik sedikit. Masih tidak ada sahutan. Dia merengus geram.

"Riz Ruziana aku tahu kau yang ada dekat luar." Sejurus selepas kata-kata itu diucap, sehelai kertas kelihatan terselit di bawah pintu.

Bella segera menyelesaikan mandiannya, sehelai gaun dengan hiasan yang tidak berlebihan disarung ke tubuh. Kepingan kertas tadi dicapai lalu dibaca.
Ayat yang tercatat ditulis dengan cat merah.

Sampai jumpa.

Kertas itu direnyuk dengan rasa geram sebelum dikoyakkan. Nampaknya dia harus bertindak lebih cepat lagi.
Kau tunggu, aku juga tak sabar untuk bertemu dengan kau, Ruziana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience