Epilog

Fantasy Completed 3250

Lima tahun kemudian,

Bulan sabit bersama taburan kejora pada hamparan langit di tepi tasik tempat Henry dan Zehra berkenalan dahulu ditatap penuh asyik. Zehra menghembus nafasnya. Kenangan-kenangan manis antara dia dan cinta sejatinya seakan-akan membawa jiwanya ke masa lalu.

Duduk memeluk lutut sambil mengimbau memori dan menghirup udara segar di malam hari seperti ini nyaman juga rasanya. Lagi pula sudah lama dia tak merasa suasana seperti ini. Sudah lima tahun juga dia tak menjejakkan kaki ke sini.

"Hai." Satu suara menyapanya dari sebelah kiri.

"Henry?" Zehra menoleh.

Henry tersenyum manis. Wajahnya kelihatan begitu bersih bersama kemeja dan seluar putih.

"Awak buat apa dekat sini? "

"Saya datang nak jemput awak." Telapak tangan Henry hulur ke arah Zehra.

"Sama macam waktu saya jemput awak balik istana."

"Jemput saya?"

Plap!

Bunyi sebiji batu dilempar ke dalam tasik buat Zehra tersedar.

"Kau cakap dengan siapa?" soal Kamelia yang ikut menemaninya datang sekali lagi ke pulau itu.

"Ha?" Zehra terpinga-pinga.

"Tak adalah. Tadi aku tengok kau macam tengah cakap dengan seseorang. Tu yang aku tanya."

"Oh, tak adalah. Tak ada sesiapa."

"Kau okey ke tak ni?" Bahu Zehra Kamelia usap.

"Aku okey." Senyum kelat Zehra tunjukkan. Entah bagaimana pula dia boleh nampak kelibat Henry. Terlalu rindu barangkali.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Kamelia.

"Aku nak panggil kau masuk tidurlah dekat gua kau. Dah pukul berapa dah ni."

"Kejap lagilah aku masuk tidur. Kau nak tidur, kau tidurlah dulu."

"Tak naklah. Aku nak teman kau." Lengan Zehra dikepit sebelum kepalanya disandarkan pada bahu maharani itu.

"Mengadalah kau ni."

"Biarlah. Oh ya, aku nak tanya kau sesuatu ni."

"Nak tanya apa? Tanya ajelah."

"Kau pernah tak rasa semua benda ni jadi sebab Bella dan Henry cuma mangsa keadaan."

"Tak. Sebab kesalahan tu pilihan. Walaupun Bella yang permainkan kita orang, Henry yang pilih sama ada nak seksa Riz atau pun tak. Dia yang buat pilihan untuk seksa Riz."

"Faham. Kenapa kau tak bebaskan Henry?"

"Maksud kau?"

"Kau ada kuasa, Zehra. Kau boleh aje letak semua kesalahan tu kat atas bahu Bella. I means aku tahu Henry pun salah tapi keputusan yang kau ambil lima tahun lepas menyakitkan kau juga, kan?"

Zehra menguntum senyum kecil. "Kau dah tahu jawapan dia, Mel."

"Aku ni pemerintah. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Aku tak boleh guna kuasa aku untuk kepentingan peribadi."

"Ini semua tentang keadilan, Mel. Kerana adil tu tak pilih kasih."

??????

Sinar mentari pagi secara automatik mengejutkan Kamelia daripada radu nyenyaknya. Beg tidurnya dibuka sebelum dia menggeliat kecil.

Zehra yang masih bermimpi dalam lenanya di sebelah dikejut. "Zehra, dah pagi. Bangunlah." Bahu Zehra ditepuk lembut. Namun tiada sebarang reaksi yang dia dapatkan.

"Zehra, bangunlah. Zehra, Zehra." Kali ini bahu Zehra digoncang lebih kuat. Masih lagi tiada reaksi. Tubuh Zehra juga dilihat begitu kaku.

Kamelia kemudiannya menggenggam lengan Zehra. Sejuk. Nadi Zehra pada batang leher diperiksa. Tiada sebarang denyutan.

"Zehra? Zehra." Pipi Zehra ditepuk-tepuk.

Ah, dia dah tak ada.

Maka begitulah ceritera ini dinoktahkan. Zehra yang selama ini mengharapkan agar kuntuman mawar hadir dalam hidupnya, hadir hanya untuk seketika kemudian mawar itu sendiri dia harus lepaskan. Kerana kisah hidupnya sendiri lebih mirip dengan kelopak tagetes jingga yang gugur di musim luruh. Tagetes, si bunga yang melambangkan kedukaan. Dan dialah maharani yang sedang berduka itu.

-TAMAT-

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca hingga ke noktah yang terakhir. Nantikan kisah-kisah yang saya tulis seterusnya! Owh ya, sekarang bolehlah cuba baca Alcea Samudera atau Ipomoea Senja. Bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience