[5] Permaisuri

Fantasy Completed 3254

Buk!

Belakang aku ditendang kuat.

“Cepatlah masuk!” Suara itu berdentum kuat ditelinga. Kesakitan di belakang aku bertambah, rasanya cukup pedih.

Aku mengesot perlahan masuk ke arah satu bilik yang berada tepat di hadapan. Bunyi pagar dikunci menyapa gegendang telinga milik aku. Tinggal di dalam sebuah bilik yang kotor dan jijik sudah pernah aku rasakan, kali ini apa pula?

“Bangun!” jerit lelaki itu dari arah belakang menyebabkan kepala aku berpaling. Sejujurnya, aku tak larat. Sumpah, mahu berdiri pun aku tak mampu selepas seminggu tak diberi makan.

“Aku cakap bangun, bangunlah!”

Pang!

Pipi aku terasa berpijar. Tangisan terbit lagi dihujung mata dan akhirnya bibir aku cuba membaitkan bicara. “K...kau memang binatang.”

“Kurang ajar kau!” Rambut aku ditarik kuat daripada belakang. Dagu aku dipagut sebelum wajah sekali lagi diludah. Tangan aku ditarik secara paksa hingga akhirnya aku berdiri membelakangi dia. Tangan dan kaki digari pada dinding.

“Kau pengkhianat!” Jeritan daripada lelaki itu bergema lagi.

“Kau atau aku pengkhianat sebenarnya?” Aku menyoal.

Zap!

Tubuh aku disebat kuat dengan cemeti. Jantung aku menggeletar hebat. Rasanya terlalu sakit untuk aku hadap.

“Apa? Kau cakap aku pengkhianat?”

Zap!

“Argh..” Aku mengerang. Lutut aku menggeletar.

Zap!

“Kenapa kau tak bunuh aje aku? Kenapa kau perlu seksa aku?” Soalan-soalan itu aku keluarkan dengan suara yang pecah dan pipi yang basah. Soalan yang sudah pun acap kali aku lontarkan.

“Sebab aku suka tengok kau merayu-rayu dekat aku, sayang.”

“Aku jijik tengok muka kau.”

Zap!

Tubuh dilibas buat kesekian kalinya.

“Kau nak tahu sangat kenapa aku simpan kau?”

“Kenapa?”

“Aku masih tak puas nak ratah kau lagi.”

“Kau memang gila!”

Zap!

“Memang aku gila. Aku gila sebab kau!”

“Sebab kaulah, semua ni jadi.”

Zap!

“Aku tak faham, aku dah buat macam-macam tapi kau masih tak boleh nak lafaz yang kau cintakan aku? Kenapa susah sangat?”

“Sampai mati pun aku tak akan cakap!”

Zap!

"Kau nak tahu kenapa?”

“Sebab manusia dengan binatang mana boleh bersama.” Soalan tadi aku jawab sendiri.

“Kau...” Cemeti diletakkan ke tepi. Sebuah penukul diambil dan dilempar tepat ke arah pinggang.

“Argh!” Jeritan aku pecah juga.
Segala-galanya berubah gelap.

•••

Bangun saja dari tidur, segera aku menuju ke kamar mandi. Wajah aku basuh dengan kuat. Bermimpi tentang kisah hidup aku sendiri yang cukup gelap di masa silam buat jantung aku rasa berdebar. Satu kenangan yang cukup aku benci dan untuk mengingatinya sangatlah menyakitkan hati.

Aku tak akan biarkan kau terlepas. Kalau aku perlu mati pun, aku sanggup. Kau tak boleh hidup bahagia! Jiwa aku menjerit setiap kali rasa sakit itu tiba. Jika mahu ikutkan hati, aku akan cincang kau sampai mati, binatang!

Cermin di hadapan sinki di tatap dan yang aku lihat bukankah wajah aku melainkan wajah jantan tak guna itu. Aku benci kau! Pisau yang memang sudah sedia ada pada tangan dihentak ke arah cermin.

Prang!

•••

Waktu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba jua dipagi ini. Hari di mana Zehra perlu memberi sepatah jawapan sama ada ya atau tidak kepada Henry.

Satu hari yang mungkin mengubah segalanya. Sama ada di hari ini, hujan dan mentari bakal bertemu lagi untuk membentuk pelangi, sama ada belahan jiwa akan menemui belahan yang satu lagi atau pertemuan ini akan diakhiri dengan sebuah perpisahan yang menyedihkan.

Lambaian bayu pagi yang menyapa menjadikan suasana begitu damai di taman mawar hadapan istana. Pagi ini wajah Zehra diberi sedikit solekan tipis yang digabung dengan gaun ringkas berwarna putih bercorak mawar merah. Rambut panjangnya dibiarkan lepas.

“Hai." sapaan lembut Henry dari belakang dibalas dengan senyuman.

“Lama tunggu?” Henry mengambil tempat dihadapan Zehra. Secawan teh bunga yang siap dihidang di atas meja dihirup sedikit.

“Tak adalah. Tak lama pun,” balas Zehra.

“Jadi, selesa ke tinggal dekat istana saya beberapa hari ni?”

“Saya selesa dan semuanya baik-baik aje. Saya nak ucap terima kasih sebab awak jemput saya untuk tinggal dekat istana ni walaupun saya bukanlah siapa-siapa.”

Henry tersenyum, gembira mendengar jawapan itu. “Apa pendapat awak tentang Vioreece?”

“Sebuah empayar indah yang dipenuhi kepelbagaian alam semula jadi yang menyejukkan setiap mata yang memandang. Sebuah empayar moden di mana rakyatnya hidup aman dan penuh harmoni.”

“Bukan ke yang paling indah dan cantik di Vioreece ialah awak?”
Senyuman Zehra terukir.

“Dan awak yang paling handsome, kan?

“Akhirnya, awak mengaku juga saya handsome.”

Untuk seketika, tawa mereka memenuhi atmosfera.

“Okey, macam mana pula pendapat awak tentang saya?”

“Sejujurnya, awak seorang pemerintah yang bijak, baik hati dan dermawan. Perbezaan kasta bukan sesuatu yang awak terlalu ambil peduli, awak hormat semua orang dan awak beri layanan yang sangat baik untuk saya, terima kasih.”

Seutas rantai berlian dikeluarkan dari kotaknya lalu diletakkan di atas meja dan dihulur mendekati Zehra. “Ini soalan yang terakhir saya untuk awak.”

Rasa gementar mula menguasai jiwa Zehra.

“Sudikah awak menjadi maharani dihati saya?” Soalan itu dilontar juga.

Sejak hari pertama dia bertemu Henry di hutan, sudah ada satu rasa yang ganjil dalam dirinya. Suatu perasaan yang bercampur baur.

Setiap kali matanya menatap wajah Henry, terasa seolah-olah wajah itu melengkapkan sebahagian daripada memori yang pernah hilang dan masih mengejar dirinya hingga ke hari ini. Layanan yang diberi kepadanya juga amat baik, rasa yang dinamakan sebagai cinta itu akhirnya terbit.

Namun, cinta ini tak seharusnya bersatu. Cincin yang tersarung dijarinya selama beberapa hari ini dilepaskan dan huluran rantai berlian tadi berbalas dengan huluran cincin tanda menolak.

“Terima kasih tapi saya minta maaf, saya tak boleh terima semua ni."

Nampaknya, hari ini pelangi yang dinanti-nanti tidak akan muncul kerana cuma hujan yang mengharap.

“Kenapa?”

“Sebab awak dah ada maharani.”

“Maksud awak?”

“Saya dah tahu semuanya.” Zehra mula membuka cerita.

Henry menolak daun pintu bilik perlahan. Pandangannya kini tertumpu pada Bella yang berdiri membelakanginya di beranda.

“Ada apa-apa yang awak nak jelaskan?” Datar sahaja suara Bella.

“Jelaskan apa?” soal Henry kembali sebelum tubuhnya direbahkan di sofa bilik.

“Awak fikir saya tak tahu?” Kini suara Bella lebih keras.

Henry menghembus nafas perlahan. “Tahu apa?”

“Awak nak lamar Zehra, kan?” Posisi Bella kini menghadap Henry.

“Jadi, apa masalahnya?”

“Awak tanya saya apa masalahnya?” Langkahnya menuju ke arah Henry yang sedang meneguk segelas air di sofa.

“Awak nak lamar dia, dan sekarang awak sikit pun tak rasa bersalah?”

Prang!

Gelas Henry tadi di ambil dan dicampak ke lantai.

“Apa masalah awak?” Suara Henry naik seoktaf. Tubuhnya mula berubah posisi dari duduk ke berdiri.

“Awak dah berubah. Sejak Zehra ada, awak dah tak sama macam dulu.”

“Saya tak pernah berubah, Bella. Awak yang berubah.”

“Saya ada perasaan, Henry. Saya ada hati, susah sangat ke untuk jaga?” Hatinya pedih dan cukup terluka.

“Saya isteri awak, Henry.”

Tanpa sengaja, perbualan mereka didengatr oleh seseorang di sebalik pintu.

***

Lima hari yang lepas,

“Zehra, awak boleh ikut dayang Khadijah untuk tengok bilik awak. Rehat dulu.” Panggilan dari Henry membawa dia kembali ke alam realiti.

Kepala ditoleh ke arah Henry.

“Apa?”

“Saya cakap, awak berehatlah dulu. Ikut dayang Khadijah, dia akan bawa awak ke bilik tetamu istana.” Henry mengulang ayat tadi buat kali kedua.

Kini mata Zehra tertancap memandang satu figura disebelahnya. Seorang wanita separa umur sedang tersenyum melihatnya. Dia membalas senyuman wanita tadi.

“Jom, saya bawakan cik ke bilik,” kata dayang Khadijah.

“Siapa Zehra?” soal Bella kepada Henry.

“Awak tak perlu tahu lagi buat masa ni, cuma saya harap awak tak buat apa-apa yang akan menyakitkan hati dia.”

Ketika itu, hati Bella sudah pun terguris. Adakah dia tidak lagi berada di hati Henry?

***

“Apa yang awak cuba buat?” Soalan terus ditanya sebaik sampai di bilik tamu. Pintu dikunci rapat.

“Saya cuba selamatkan awak.” Bella membalas.

"Selamatkan saya? Boleh tak awak berhenti masuk campur dalam urusan saya?”

“Tak boleh. Perempuan tu bahaya.”

“Bella, saya faham awak sedih dengan apa yang dah berlaku sebelum ni, tapi perkara tu dah setahun. Tolonglah, move on. Sampai bila? Sampai bila awak nak tuduh semua orang pembunuh, bahaya?”

“Awak nak cakap saya gila ke?” Suara Bella kini agak perlahan dengan pandangan mata yang sayu.

“Nampak tak? Awak tak stabil.”

“Awak dah tak sayangkan anak kita?”

“Bella, mestilah saya sayang anak kita. Saya ayah dia, saya pun sedih tapi hidup perlu diteruskan. Awak tak makan ubat ke?” Langkah Henry diatur untuk keluar namun terhenti ketika lengannya tiba-tiba digenggam.

“Awak sukakan dia?”

“Kalau saya sukakan dia pun, tak ada kena mengena dengan awak.”

Jiwa Bella menangis lagi. Dia cukup terluka dengan semua ini. Sudah tidak adakah cinta yang bersemi untuk dirinya?

•••

Selesai memulangkan cincin, Zehra berlari untuk naik ke kamar. Dia juga terluka dengan semua ini. Hatinya sudah mula belajar untuk mencintai Henry namun ini pula yang terjadi. Sesampai sahaja di kamar, pintu terus dikunci. Zehra membiarkan tubuhnya bersandar di daun pintu dengan wajah penuh tangisan.

Mengapa perkara ini mesti berlaku?
Mengapa saat ini harus tiba?
Mengapa dia terlalu bodoh untuk tidak tahu siapa Bella di istana ini?
Mengapa harus dia mencintai seseorang yang tak akan mampu dia miliki?

Dia membiarkan kotak hatinya untuk terus bersuara dan bersuara lagi. Jiwanya terasa direnyuk oleh kebenaran yang cukup pahit untuk ditelan. Dadanya terasa mencucuk-cucuk. Esakannya semakin lama semakin kuat. Hari ini, dia menangis sepuas-puasnya.

Apabila air matanya telah pun kering, rasa kantuk pula mula menguasai diri. Tubuhnya yang terlalu penat tidak di bawa untuk berbaring di atas kasur melainkan cuma membiarkan tubuh ini rebah di atas lantai hadapan pintu. Dia mahu lari daripada semua ini. Dia mahu lari daripada sebuah hakikat pahit walaupun hanya seketika ini saja yang dia mampu untuk hilangkan diri.

•••

Lima tahun yang lalu...

Hari ini air hujan mencurah-curah jatuh ke bumi. Tubuh dibiarkan basah lencun dan kesejukan di bawah titisan hujan. Entah mengapa, dia suka merasakan kesejukan yang membaluti tubuhnya serta bunyi hujan yang menutup segala bunyi dan bau hujan yang baginya cukup untuk menenangkan hati.

Tiba-tiba satu pelukan hangat memeluk tubuhnya yang basah dari belakang. “Tak sejuk ke?” Lelaki itu datang bersama sebatang payung.

Dia menggeleng. “Awak jadi juga ke nak pergi?”

“Saya perlu pergi. Itukan tugas saya.”

“Tapi saya rasa tak sedap hati.” Tubuh lelaki itu dipeluk erat.

“Janganlah pergi.”

“Perasaan awak aje tu. Tak ada apa-apalah.”

Dahinya terasa hangat dengan satu kucupan. “Awak pergi sekejap aje, kan?”

“Ya, saya pergi sekejap aje. Janganlah menangis.”

Air mata dipipinya dikesat lembut oleh ibu jari lelaki itu. “Saya sayang awak.”

“Saya pun sayang awak.”

“Jadi janganlah buat saya rindu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience