[6] Iblis

Fantasy Completed 3250

"Tak terbit langsung ke perasaan cinta kau pada dia?" Setelah pintu bilik ditutup rapat, soalan itu terus terpacul daripada mulut Kamelia.

"Mustahil."

"Sekarang bolehlah kau cakap, esok, lusa kau akan naik pelamin. Dah kahwin nanti macam mana kalau hati kau berubah?"

"Mel, kau fikir aku bodoh ke? Jatuh cinta dengan orang yang hancurkan hidup aku. Nak balas dendam pada orang yang sebenarnya tak bersalah? Dia yang seksa aku, depan mata aku, dan kau rasa aku boleh tersilap? Tiba-tiba pula, dia ada kembar? Ini bukan drama," bicara aku sinis sambil segelas koktail aku teguk perlahan.

Ini bukan kisah novel, di mana sasaran untuk membalas dendam bukannya pesalah sebenar. Aku berdendam kerana diri aku sendiri yang aku pasti tidak akan salah. Sudah bertahun-tahun aku merana, menangis dan terus menangis, kali ini aku mahu berhenti.

"Sedangkan isteri yang jadi mangsa keganasan rumah tangga pun tak akan balik dekat suami dia, macam mana kau boleh rasa aku akan maafkan dia lepas dia bunuh suami aku depan mata aku sendiri? Kau rasa aku boleh lupakan semua kesalahan dia lepas dia pukul aku macam binatang?"

Kamelia yang mendengar sedikit merasa tersentak.

"Mulut aku, hanya diberi makan sampah. Dia buat jiwa aku mati bertahun-tahun. Aku tak akan lepaskan dia." Suara aku menjadi dalam dan keras. Kebencian ini terasa memuncak. Kau akan aku habiskan!

"Apa lagi yang dia pernah buat?" Serius bicara Kamelia ketika bertanya.

"Kau nak tahu?"

"Apa dia?"

•••

Pipi hodoh milik aku dicengkam kuat. "Berani kau ludah dekat muka aku?" Susuk itu menyoal aku kasar dan penuh sinis. Cengkaman pada pipi semakin lama semakin kuat menekan tulang.

"Memang tu aje yang layak untuk orang macam kau." Senyuman senget aku hadiahkan meski tubuh badan aku sudah pun terkulai lemah dan penuh dengan darah.

Pang!

"Kau ni memang tak guna, kan? Tadi kau cakap kau lapar, sekarang ni kau tak nak makan pula? Kau nak apa sebenarnya?" Giliran rambut panjang yang sudah lama tidak terurus pula ditarik kasar kebelakang.

"Iblis." Sepatah kata itu yang terbit dibibir aku.

Bam!

Wajah aku disembamkan pada lantai. Dengan kekuatan yang masih tersisa aku cuba untuk mengangkat wajah aku kembali.

"Kau nampak nasi yang penuh dengan ulat tu." Jari telunjuk diarahkan pada nasi tersebut.

"Kau makan sekarang." Sinis bicaranya.

Sumpah, badan ini terasa begitu lemah namun aku tak mahu untuk makan nasi tersebut.

"Sampai mati pun aku takkan makan."

Dush!

Wajah aku ditendang kasar.

"Aku cuma minta kau untuk makan." Bungkusan nasi tadi dicapai sebelum dihulur tepat ke wajah aku.

"Sebab aku ada bawakan hidangan yang cukup istimewa untuk kau." Rambut aku dibelai lembut, lembut dan penuh sarkastik.

"Kita makan sikit ya, sayang?" Keningnya terangkat.
Kepala aku menggeleng perlahan...

Bam!

Sebelum akhirnya kepala aku yang menggeleng tadi terus disembamkan pula pada mangkuk nasi dan digesel. Kolam air mata aku akhirnya pecah. Wajah yang sudah penuh dengan ulat tadi diangkat.

"Eh, ada ulatlah dekat muka kau," ujarnya dengan wajah yang sepertinya tidak pernah wujud yang namanya hati ditubuh.

Aku menguis-nguis ulat tadi dengan penuh rasa geli.

"Barulah sempurna hodoh dekat muka kau." Nasi lebihan tadi aku lihat digumpal sebelum bersedia untuk disumbat pula ke dalam mulut.

"Nah, kau makan benda ni sekarang." Nasi itu disumbat kasar dan tekak aku akhirnya terpaksa menelan ulat tadi meski seksa dan merasa perit.

Uhuk!

Uhuk!

Siapa saja yang tahan, dipaksa makan sebegitu rupa? Nasi terus disumbat dan disumbat tanpa henti. Namun wajah aku tunjukkan bahawa aku tak akan pernah mengalah dan tunduk padanya.

Uwek!

Akhirnya tekak ini menolak juga. Namun tempias daripada muntah tadi ada yang terkena pada tubuh itu.

"Kau ni, memang jijik, kan?"

Dum!

Perut aku ditendang kuat sebelum pipi aku ditumbuk.

Dush!

"Jijik betullah kau ni!" Rambut aku dicengkam kuat dan pipi aku sekali lagi ditampar...

Pang!

Pang!

Berkali-kali.

Pang!

Sakit? Sudah pasti rasanya sakit. Namun tekak ini sudah hilang rasa untuk meronta. Tinggal tangisan yang menyuarakan rasa jiwa, yang makin kabur dengar sinar harapan dunia.

Dush!

Tumbukan terakhir yang mengena pipi akhirnya menyebabkan tekak aku memuntahkan percikan darah bersama hidung yang sedari tadi sudah mengeluarkan cecair merah.

"Itu aje yang kau mampu buat?" Soalan itu aku tanyakan.

Tubuh aku diseret ke tengah ruang bilik kurungan. Pandangan yang sudah mula kabur aku paksakan untuk melihat, apa yang bakal terjadi pada tubuh aku yang terlalu letih untuk menghadap rasa sakit. Sebiji batu besar diangkat olehnya dan dihala ke arah kepala milik aku. Bibir aku mula membicarakan suatu kata...

"Aku tak akan maafkan kau!"

Bam!

Dan ketika itu hanya tinggal percikan darah yang memercik di merata tempat. Bau hanyir darah mula menggamit suasana di sebelah jasad yang tidak lagi bernyawa.

•••

Sedar dari lena, pantas Zehra bangun dari duduknya. Semalam, dia ada bermimpi, sebuah mimpi yang mengatakan dia sedang merindui seseorang. Langkah dituju untuk ke kamar mandi, sisa air mata yang sudah pun kering dipipi dicuci.

Dia perlu keluar dari istana megah ini dan pulang ke tempat asalnya semula, dia tak mahu menjadi punca kerosakan rumah tangga orang lain. Gaun cantik yang kini tersarung di tubuhnya diganti kembali dengan gaun usang yang dipakainya sewaktu pertama kali datang ke sini.

Walau bagaimanapun dia harus pergi, meski hatinya masih lagi mencintai tapi dia lebih memilih untuk mengalah kerana di sini dia ibarat seekor gagak di rimba, mereka pula merak kayangan, masakan mungkin dia boleh menang?

Pintu bilik dibuka perlahan.

"Zehra, tunggu." Wajah Henry terpacul di hadapan.

"Apa yang awak nak lagi?"

"Saya rasa ada salah faham yang jadi antara kita."

"Salah faham apa?" Lengan Zehra ditarik masuk kembali ke dalam bilik. Kedua-duanya kini sama-sama melabuhkan punggung pada sofa selepas daun pintu kembali ditutup rapat.

"Henry, saya minta maaf. Tapi saya tak nak jadi orang ketiga antara awak dengan Bella."

"No, you didn't."

"Awak perlu tahu sesuatu. Kalau awak masih nak pergi lepas saya bagitahu, saya lepaskan awak."

"Apa dia?"

"Awak perlu tahu yang saya berkahwin dengan Bella bukan atas dasar cinta." Telapak tangan Zehra digenggam sambil anak matanya ditatap tepat.

"Apa maksud awak?" Genggaman tangan Zehra lepaskan. Entah kenapa, dia rasa kurang selesa selepas mengetahui Henry sudah pun beristeri.

Henry jujur agak terkesima dengan tindakan Zehra tadi. "Perkahwinan saya dengan Bella diatur hanya atas dasar kepentingan negara dan bukannya sebab cinta. Ia hanya untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan kepentingan ekonomi semata-mata." Nafas dihembus perlahan sebelum bicara tadi di sambung kembali.

Dia kalau boleh tak mahu Zehra pergi kerana dia sudah terlalu mencintai. Terlalu.

"Jadi salah ke kalau saya nak cari kebahagiaan saya sendiri? Berkahwin dengan orang yang saya cinta?"

Anak mata Zehra turun ke bawah menekur lantai.

"Sekarang ni, saya nak tanya awak sesuatu. Awak betul-betul cintakan saya ke?" Soalan daripada Henry sedikit menyentak jiwanya.

"Saya..." Dia bukannya tak cinta, tapi dia dilema. Antara mahu atau tidak, dia sendiri tak mampu untuk pilih.

"Walau apa pun, saya tetap akan kahwini awak, Zehra. Saya titahkan awak untuk kahwin dengan saya."

"Henry!" Zehra menjerit kecil.

Tuk! Tuk!

Pintu kedengaran diketuk. Zehra bingkas bangun dari duduknya, tombol pintu dipulas lalu dibuka. Susuk tubuh Bella kini berdiri tegak di hadapannya.

"Saya nak cakap sikit dengan awak." Perlahan bicara Bella.
Timbul rasa hairan dalam diri Henry yang masih duduk di dalam. Wajah Bella dipandang dengan riak seolah-olah mahukan jawapan.

"Bagi saya bincang dengan Zehra." Lengan Zehra terus ditarik keluar dari bilik.

•••

Bunyi pancutan air pada kolam ikan yang terdapat pada taman di belakang istana juga bersatu dengan keindahan pepohon dan tanaman-tanaman kecil di sini langsung tak mampu menenteramkan perasaan Zehra. Tubuh Bella yang duduk di sebuah bangku dibelakangnya dipandang.

"Saya tak akan terima lamaran Henry." Dirinya masih lagi dirundung rasa bersalah.

"Saya minta awak datang sini, bukan untuk tu. Saya nak minta maaf sebab tak layan awak dengan baik selama ni." Tenang suara Bella ketika melafaz ayat tersebut.

"Tak, awak tak salah. Awak berhak buat semua tu sebab awak isteri dia."

"Ada sesuatu yang saya tak mampu bagi dan sesuatu tu awak mampu untuk buat, jadi saya minta awak untuk terima lamaran dia." Mendengar ayat itu, Zehra hanya mampu membisu.

Suasana mereka ketika ini sunyi. Sunyi dan terasa suram. Kesedihan antara mereka seolah-olah bersatu, yang satunya mungkin berdarah di masa silam, yang satu lagi pula dihati sentiasa merasa gagal. Antara rasa bersalah dan keinginan untuk mencari kebahagiaan hidupnya yang dinanti sejak dulu lagi, Zehra tak tahu yang mana harus dipilih.

"Sebab saya mungkin tak akan lama." Air mata Bella akhirnya menitis jatuh.

"Tak akan lama? Apa maksud awak?"

"Duduklah dulu," bicara Bella sambil menepuk-nepuk tempat duduk dibahagian sebelahnya.

Punggung Zehra labuhkan sambil wajah Bella yang beriak sayu dipandang. Mutiara jernih yang tadi mengalir dipipi, Bella lap perlahan.

"Saya rasa awak tak perlu tahu fasal tu, buat masa ni biarlah ia kekal menjadi rahsia." Titis air mata mengalir lagi.

Tangan Zehra digenggam erat. "Saya cuma minta awak untuk terima lamaran Henry. Saya ikhlas, jadi tolonglah terima." Zehra menunduk. Air matanya turut jatuh bersama.

"Saya yakin, Henry mampu untuk adil. Soal harta tak perlu dipertikaikan lagi."

"Tapi soal hati?"

"Hati pun saya akan pastikan tak ada masalah. Kalau awak setuju, tolong pastikan awak mampu cintakan Henry sebaik yang mungkin."

"Kita bina hidup bahagia bersama-sama?" Pertanyaan terakhir daripada Bella akhirnya berjaya membuatkan Zehra mengangguk.

"Saya setuju. Kita akan bina hidup bahagia bersama-sama."

•••

Seminggu kemudian...

"Cuci rambut saya bersih-bersih," perintah Bella kepada seorang dayang-dayang istana yang sedang membersihkan rambutnya, manakala dua orang lagi dayang-dayangnya sedang membersihkan dan mengilatkan kuku tangan dan kuku kakinya. Dia mahu nampak cantik di majlis Zehra nanti dan dia tak mahu kelihatan sedih.

"Tuanku permaisuri nak cuci sampai hilang warna inai ke?" Lembut soalan yang dilontarkan oleh si dayang.

Dia hanya tersenyum seraya menganggukkan sedikit kepalanya. Inai? Ya, memang selama ini dia menggunakan inai untuk merawat rambut dia daripada masalah keguguran.

Sudah cukup sebulan rambutnya diinai dengan warna coklat, rasanya hari ini dia mahu bersihkan rambut dia sebersihnya, lagipun dia memang suka dengan warna rambut asalnya. Perang. Perang keemasan.

Selesai semuanya, dia mula mengorak langkah untuk keluar dari kamar mandi. Segar rasanya. Sikat dicapai sebelum rambut panjang miliknya dielus dan dirapikan.

"Maaf, tuanku. Tuanku Henry nak jumpa sebelum sarapan sekejap lagi," kata seorang dayang-dayang yang baru keluar dari kamar mandi selepas mengemas segala barang yang digunakan.

Bella berpaling seraya mengangguk. "Siapkan saya."

Segera punggungnya didudukkan di sebuah kerusi hadapan cermin solek dan ketiga-tiga dayang tadi mula menyiapkan dirinya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Hari ini dia mengenakan gaun berwarna putih. Wajahnya dihiasi dengan senyuman manis. Semoga majlis hari ini berjalan lancar.

•••

Langkah Zehra perlahan melalui satu lorong menuju ke dewan pelamin. Hari ini adalah majlis resepsi perkahwinannya dan Henry. Majlis yang dibuat tidaklah terlalu besar kerana dia cuma isteri kedua, dia juga bukanlah maharani empayar.

Namun, itu tidak penting bagi Zehra, yang penting itu, perkahwinannya dapat disirami bahagia serta adil dan saksama untuk Bella, madunya. Lorong ini akhirnya melalui kembali sebuah potret seorang bekas maharani yang tergantung pada dinding.

Potret Riz Ruziana yang pernah dia lihat bersama Bella itu dipandang lama, hanya satu lafaz Bella yang paling dia ingat ketika itu. Ayat yang mengatakan bahawa Riz Ruziana sudah pun mati.

Lama merenung potret tersebut, Zehra menapak kembali ke tujuan asalnya.

Langkahnya kini sudah hampir ke hujung lorong dan di sana ada beberapa dayang-dayang yang sedia menunggunya untuk masuk ke dewan. Mereka akhirnya tiba di hadapan sebuah gerbang kecil yang di belakangnya ada pintu yang dihias indah dengan langsir dan kuntum-kuntum bunga mawar berwarna emas, sedondon dengan warna gaun yang kini dia pakai.

Hanya dia saja yang mengenakan gaun emas, untuk semua tetamu mereka memakai baju berwarna putih. Langsir di pintu gerbang tadi Zehra selak, dan pintu utama dewan dibuka perlahan. Sebuah lagu yang dipasang melantunkan melodi yang cukup indah dan gemanya diseluruh dewan akhirnya sampai ke koklea telinga milik Zehra.

Sepasang mata milik Zehra tadi menangkap hujung kaki miliknya sendiri yang bercumbu dengan hamparan permaidani berwarna emas, bermula ditempat dia berdiri, jatuh menuruni tangga yang berlabuh ke lantai dewan menuju terus ke arah pelaminan.

Di kiri dan kanan hamparan permaidani tadi, tersedia beberapa buah meja bulat untuk tetamu kehormat yang hadir pada hari ini. Hanya kerabat diraja terdekat saja yang hadir. Tumpuan Zehra kini terarah pada keindahan hiasan yang terdapat pada pelamin mereka. Pelamin itu direka bentuk seperti dua buaian di sebuah taman fantasi, Tali buaian itu turut dihias dengan mawar emas.

Gegendang telinganya kini menangkap suara pengacara majlis yang kedudukannya tepat di tengah-tengah dewan.

"Ladies and gentleman, Let's welcome our bride for today, Miss Zehra!"
Laungan pengacara itu secara serta-merta membangunkan para tetamu daripada duduknya dan sedikit menunduk ke arah Zehra.

Gaun mewah milik Zehra yang agak kembang ditarik sedikit pada hujung kain sebelum tubuh juga ditunduk penuh hormat. Langkah dibuka kecil dan perlahan-lahan dia melangkah menuruni tangga besar dewan itu. Kiri dan kanannya diapit oleh dua orang dayang-dayang istana. Langkah diteruskan lagi melalui bentangan karpet emas yang tadinya cuma ditatap dengan mata.

Sepuluh orang dayang-dayang yang berdiri dikedua-dua sisi permaidani mencampakkan bunga-bunga kecil ke arah Zehra. Sepanjang langkah tadi, wajah Zehra hanya menunduk memandang permaidani dan langkahnya terhenti di separuh destinasi.

"Hello beautiful, you're so gorgeous today. Come on, let your chin up," bicara Henry yang muncul dari arah hadapan sambil menghulurkan tangan.

Dengan segaris senyuman Zehra menyambut huluran tersebut. Kini mereka sama-sama melangkah menuju ke arah pelamin. Setibanya di sana, masing-masing duduk di atas buaian yang dihias indah.

"Your majesty, this is the tiara." Seorang pembantu istana lelaki masuk menghadap Henry dengan sebuah kotak kaca berspan merah. Kotak itu, ada tiara emas di dalamnya. Zehra hanya duduk bersandar pada buaian tersebut sambil lirik matanya menghantar tubuh Henry yang mula bangun sebelum kotak kaca tadi bertukar tangan.

"Thank you." Hanya sepatah yang terucap dibibir Henry. Dia akhirnya kembali pada kedudukan asalnya. Kotak kaca tadi perlahan-lahan dibuka dan tiara di dalamnya dikeluarkan.

Belum sempat Henry ingin meletakkan tiara tadi di atas kepala Zehra, kaki Henry yang tadinya jejak ke lantai mula terjuntai. Buaiannya naik sedikit tinggi dan kini ketinggian antara buaiannya dan Zehra agak jauh.

Zehra yang terkejut dengan pergerakan tersebut hanya mampu duduk diam dan hanya melihat Henry yang kini berada di atas. Sejujurnya dia sedikit gementar, adakah ini merupakan masalah teknikal? Para tetamu juga hanya membisu dengan wajah yang penuh tanda tanya. Namun akhirnya buaian milik Zehra juga ikut naik setinggi dengan Henry.

"Let's see if the tiara can be placed to our bride now!"

Pengacara majlis bersuara lagi dan kali ini suara itu diiringi dengan tepukan. Zehra menundukkan kepalanya dan akhirnya tiara tersebut berjaya diletakkan. Tepukan bergema sekali lagi. Sejak dari hari itu, bermulalah detik-detik 'bahagia' dalam hidup seorang Zehra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience