[2] Tumpah

Fantasy Completed 3250

Zehra melangkah setapak demi setapak untuk turun daripada helikopter selepas penerbangannya selama satu jam. Helikopter ini berhenti berdekatan dengan kawasan jeti pantai. Hembusan bayu pantai meniup lembut rambut hitamnya.

Langkah kakinya diatur perlahan ke arah jalan tar di hadapan, dia dan Henry sama-sama menuju ke sebuah pacuan empat roda yang kelihatan cukup mewah. Helikopter yang dinaikinya tadi merupakan helikopter diraja, tapi tak janggallah kerana dia dan Henry masing-masing ialah rakyat. Henry pula ialah mangsa kemalangan. Tapi kini, kereta yang mahu mereka naiki juga ada lambang diraja, jadi apa status Henry sebenarnya?

Adakah dia salah seorang kerabat diraja? Tapi tak mungkinlah ada golongan diraja yang mahu berkenalan dengannya. Perjalanan untuk ke rumah Henry berjaya menjamu pandangan Zehra dengan pepohon hijau ditepi jalan yang berkombinasi dengan kemegahan bangunan-bangunan pencakar langit yang terlihat begitu indah.

Henry yang memandang susuk gadis itu dari tempat duduk sebelah hanya tersenyum. Rasa rindu sekali lagi menggamit jiwanya, itu yang mampu dia takrifkan sekarang.

“Zehra, betul ke awak tak ingat saya?” Soalan itu tiba-tiba terpacul daripada mulut Henry.

“Maksud awak?”

“Tak, tak apalah.”

30 minit masa perjalanan, akhirnya mereka tiba di destinasi. Keluar saja daripada kereta, Zehra terlopong melihat besar dan mewahnya tempat tinggal milik Henry. Sebuah rumah agam atau lebih tepat lagi mungkin sebuah istana yang megah berdiri di hadapan matanya sekarang ditatap dengan rasa kagum.

Terdapat bentangan karpet merah dihujung jari kakinya. Laluannya dihiasi dengan bunga melur putih dikiri dan kanan. Karpet merah ini menghala ke sebuah pintu gerbang yang tersergam indah dengan lambang diraja dan di tepi pintu gerbang tersebut terdapat dua orang pengawal yang sedang berjaga.

Melepasi pintu gerbang, terdapat jambatan kecil, di bawahnya ada sebuah kolam hiasan yang dihiasi dengan bunga teratai bersama beberapa pancutan air. Indahnya. Selepas laluan kecil itu barulah ada laman hadapan istana yang cukup luas terbentang.

Taman mawar merah disebelah kiri dan mawar putih pula di sebelah kanan. Sebuah pemandangan yang cukup mengagumkan.

“Kenapa tercegat lagi dekati sini? Masuklah,”

"Awak ni putera ke?”

Henry menarik lengan putih bersih milik Zehra dan langkahnya diatur untuk masuk ke Istana.

“Tak, saya maharajanya.” Kata-kata Henry membuat mulut Zehra yang sudah sedia terlopong semakin besar lopongannya.

“Selamat pulang ke istana tuanku,” ucap dua orang pengawal yang menjaga pintu gerbang tadi sambil menunduk.

Langkah yang mereka atur kini mula masuk ke dalam bangunan istana. Zehra meninjau seluruh keadaan istana dengan penuh khusyuk. Sungguh hiasan dalaman ini terlalu cantik.

Di hadapan matanya kini terdapat sebuah tangga besar yang berlabuh dengan bentangkan karpet merah ditengah-tengah tangga. Di puncak tangga tadi, terdapat dua lagi tangga pada simpang kiri dan kanannya menuju ke lantai dua istana.

Dibahagian bawah tangga besar sebelah kanan tadi, ada sebuah ruang dengan sofa mewah berwarna emas manakala di sebelah kiri pula terdapat sebuah lorong untuk ke belakang.

Matanya tertancap pula pada sekujur tubuh wanita yang mendekati Henry. Wanita itu, sangat cantik. Dia memiliki sepasang mata berwarna biru langit, hidung yang mancung, dan bibir yang merah seperti mawar serta rambutnya yang berwarna coklat terang nampak sungguh menawan. Wanita tadi memandang dirinya sekilas dengan pandangan sinis.

“Bella, kenalkan Zehra.” Henry memperkenalkan Zehra kepada wanita tadi.

Bella menghulurkan tangannya ke arah Zehra meskipun matanya masih menjeling tajam. Zehra hanya tersenyum nipis, baru saja huluran tangan Bella ingin disambut, Bella menarik semula telapak tangannya.

“Hanya yang menggunakan kebijaksanaan yang akan gapai kemenangan," bisik Bella perlahan pada cuping telinganya.

Dia terkaku, tak faham dengan apa yang terjadi.

“Zehra, awak boleh ikut dayang Khadijah untuk tengok bilik awak. Rehat dulu.” Panggilan daripada Henry membawa dia kembali ke alam realiti.

Kepala ditoleh ke arah Henry. “Apa?”

“Saya cakap, awak rehatlah dulu. Ikut dayang Khadijah, dia akan bawa awak ke bilik tetamu istana.” Henry mengulang ayat tadi buat kali kedua.

Mata Zehra tertancap memandang satu figura disebelahnya. Seorang wanita separa umur sedang tersenyum melihatnya. Dia membalas senyuman wanita itu.

“Jom, saya bawakan cik ke bilik,” kata dayang Khadijah.

“Maaf sebab menganggu tuanku, ada berita penting yang saya perlu bagitahu.” Suara yang datang menjengah dari sebelah kiri Henry menyebabkan tubuh Henry berpaling dari pandangannya yang sedari tadi menghantar tubuh Zehra untuk ke kamar.

“Apa dia?”

“Salah seorang pengawal keselamatan atasan kita George, hilang.”

“Lepas ni jumpa saya dekat bilik.”

•••

“Bila George hilang?” Henry menyoal dengan wajah yang sedikit tegang. Ada sesuatu yang berlakukah?

“Hujung minggu lepas. Isteri dia cakap, dia hilang petang Ahad. ikut cerita, dia pergi memancing tapi sampai esok masih tak balik.” Tenang penerangan Connor.

Henry menghembus nafas dalam. Fikirannya agak bercelaru. Minta-mintalqb apa yang cuba dia sembunyikan selama ni tak sampai ke mana-mana telinga yang lain.

•••

Gaun labuh berwarna peach yang tersarung ditubuh pada pantulan cermin itu dipandang. Gaun ini sangat cantik jika dibandingkan dengan gaun putih lusuh miliknya tadi.

Malam ini dia gayakan rambutnya diikat sanggul dibelakang dengan beberapa helai dilepaskan sedikit dikiri kanan wajah. Solekan tipis menambahkan lagi seri pada wajah Zehra. Bunyi ketukan menyebabkan kepalanya menoleh.

Dia terus melangkah mendekati pintu sebelum membukanya lalu melihat  ada satu figura gadis yang memandangnya dengan tatapan yang cukup tajam. Zehra tersenyum kelat.

"Siapa yang bagi kau pakai baju aku?" Tengking gadis itu dengan keras.

"Ba...baju awak? Sa...saya tak tahu." Tergagap-gagap Zehra membait kata.

Dia memang tak tahu. Dia hanya pakai apa saja yang dayang-dayang beri padanya sebentar tadi.

"Tak payah nak buat muka naif sangat boleh tak? Aku nak kau tanggalkan baju ni sekarang!"

"Tanggalkan?"

"Kau tak faham bahasa ke? Aku suruh kau tanggalkan, kau tanggal ajelah!"
Tubuh Zehra ditolak jatuh ke lantai.

"Perempuan miskin macam kau tak layak nak pakai baju mahal, kau faham?"

Miskin. Hati Zehra sedikit tersentak.

"Apa bising-bising ni?"

Figura Henry yang datang ke muka pintu mengagetkan kedua-dua mereka.

"Apa ni Diana?"

"Macam mana abang boleh bagi perempuan murah ni pakai baju Diana?"

Henry senyum senget. "Baju Diana? Bukan Diana cakap Diana tak suka ke baju yang abang bagi tu? Tak cantiklah, design tak nampak mewahlah. Diana sendiri yang campak baju tu keluar bilik, sekarang dah ludah nak jilat balik?" Pedas kata-kata Henry dilontar kepada adik perempuannya itu.

Diana yang tak puas hati membuat muka cemberut. "Suka hati abanglah nak cakap apa pun. Diana tak suka abang bawa perempuan yang entah siapa-siapa balik istana ni. Jadi apa-apa dekat abang nanti, Diana tak nak bertanggungjawab."

"Ada benda yang nak jadi atau Diana yang busuk hati?"

Sedikit terkesima dengan ucapan abangnya, dia ambil keputusan untuk terus beredar.

Henry yang melihat keadaan Zehra lantas membantunya untuk bangun berdiri semula. "Saya minta maaf bagi pihak adik saya."

"Tak apa, saya faham. Saya pun nak minta maaf juga sebab buat kau orang bergaduh. Maaf kalau kehadiran saya menyusahkan awak."

"Eh, janganlah cakap macam tu. Awak tak susahkan apa-apa pun lah. Jom kita pergi makan?"

"Okey."

Telapak tangan mereka disatukan dan langkah mereka kini seiring untuk turun ke ruang santapan. Tiba di ruang santapan punggung dilabuhkan di meja makan. Di meja makan ada Henry, dia dan Bella. Diana tak ada di kerusinya. Mungkin dia kecil hati.

Di istana ini, semuanya kelihatan mewah dan elegan. Chandelier yang menerangi ruang tersebut dipandang, dia juga pernah bermimpi untuk menjadi seorang puteri tapi dia tak pernah menyangka bahawa itu akan menjadi realiti suatu hari nanti.

Satu-persatu hidangan mula tiba, aroma semua jenis makanan yang dihidangkan menggamit selera Zehra namun tiba-tiba saja dia terasa seperti mahu ke tandas.

“Henry, saya nak pergi ke tandas sekejap.” Lembut bicaranya.

Henry hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan.

•••

Aku tersenyum lebar sambil tangan masih mengacau bancuhan jus oren dengan laju. Keadaan sekeliling sudah diperhatikan bagi memastikan tiada sesiapa di sini. Sebiji gelas itu aku angkat sambil bibir aku tak lekang daripada sinisnya sebuah senyuman.

Jika dulu air mata aku pernah jatuh selebat hujan yang turun, kali ini aku akan pastikan dahsyatnya pengkhianatan sampai nak keluarkan tangisan pun kau tak mampu. Satu-persatu memori tentang kejadian itu terlayar lagi diminda dan ia cukup untuk membuat jiwa aku merasa seksa.

Kelopak mata dibuka perlahan. Bau tengik yang masuk ke rongga hidung, tidak aku hiraukan. Bau itu, bau najis. Najis milik aku sendiri. Sudah dua minggu aku dikurung di sebuah sel penjara di bawah istana. Istana yang seharusnya menjadi tempat aku hidup berbahagia, kini hancur. Malah, hanya semata-mata derita. Derita yang berbingkaikan sebuah fantasi pahit.

Sel penjara ini, tertutup sepenuhnya. Tiada jendela dan tanpa cahaya. Aku dikurung di sebuah bilik bawah tanah yang tak ada apa-apa walaupun kelengkapan untuk membersihkan diri. Hidup dipenuhi dengan najis kotor yang menyelubungi seluruh tubuh, dan sepanjang dua minggu ini, aku cuma diberi makan tulang ayam yang sedikit pun tiada isi.

Pakaian aku lusuh, lusuh dan hampir koyak. Aku tidur berlantaikan simen. Di sini, aku dilayan tak ubah seperti anjing kurap, yang semua orang jijik untuk melihat. Aku.., aku kotor.

Kriuk...

Bunyi pintu besi penjara aku dibuka kedengaran. Mata aku melihat ke arah si pembuka pintu yang sekarang sedang menutup hidungnya, menahan bau busuk yang keluar dari penjara ini. Seorang lelaki berbadan tegap masuk ke bilik ini dengan wajah yang jelek. Dia berdiri jauh sedikit dari tubuh aku di sudut bilik. Aku hanya duduk melutut. Memandang lantai.

“Kenapa kau tak bunuh aje aku?”

Dengan rasa jijik, dia mendekati aku perlahan.

“Kenapa kau kena seksa aku?” Aku bersuara lagi. Titisan air mata aku jatuh.

Wajah aku di cengkam kuat. “Argh.”

“Kau memang jijik.”

“Kau ni tak adalah cantik sangat. Muka pun rosak, bodoh pula.” Kepala aku ditunjal

“Kau cakap kau sayangkan aku?” Aku berbisik.

Pang!

Pipi aku terasa panas.

Puih!

Wajah aku diludah. Rambut aku ditarik sebelum kepala aku dihentak kuat ke lantai.

Buk!

“Argh,” aku mengerang. Bibir aku kelu. Walau bagaimanapun, aku tetap mengangkat kepala yang terasa berat. Darah mula menitis didahi.

“Bukan aku yang bunuh dia!” Jeritan aku akhirnya terlepas juga.

“Kau, kau yang bunuh dia! Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa?”

Bang!

Patah bicara aku tadi terhenti. Kaki aku terasa menyengat. Pistol yang digunakan untuk  menembak aku tadi dilihat disimpan kembali ke dalam poket.

“Ulang sekali lagi apa yang kau cakap, ulang lagi sekali...” Dia menunjukkan cuping telinganya ke arah aku.

“Cakap kuat sikit dekat telinga aku,” Bicaranya sarkastik.

“Ulanglah!”

Buk!

Kepala aku dihentak pula ke dinding.

“Aku cakap ulang, ulang!” Jeritannya benar-benar tepat di hadapan wajah aku.

“Kau dah bunuh suami kau sendiri, sebab nak pegang takhta ni seorang-seorang, kau tak nak mengaku?”

“Kau memang tak sedar diri.” Aku membalas. Kaki aku yang ditembak tadi disepak dan dipijak olehnya.

Buk!

Buk!

Buk!

Aku cuba menahan perit yang teramat.

“Kau memang bukan manusia melainkan cuma binatang,” bicara aku lagi dengan nafas yang tak teratur.
Tubuh aku lemas tanpa tenaga.

Bibirnya mengukir senyum sumbing sebelum tubuh aku yang semakin tidak berdaya, diseret keluar dari bilik tersebut tanpa simpati. Kini, aku bukan lagi seorang maharani, melainkan cuma seorang gadis naif yang tak punya suara untuk membela, yang hanya pasrah tanpa rela dan yang hanya mampu menitiskan air mata melihat diri sendiri dianiaya.

•••

Zehra mengangkat sedulang air untuk dihidangkan kepada Henry, Bella dan beberapa orang dayang-dayang serta pengawal untuk dijadikan hidangan sampingan. Dia tahu, itu tugas seorang dayang-dayang tapi tak salah bukan kalau dia yang lakukan? Lagipun, dia juga hanya menumpang di sini.

Langkah diatur laju untuk ke ruang santapan utama istana. Dia hanya mengukir senyum manis sepanjang langkahnya termasuk juga ke arah Michael, pengawal istana yang melintasiny-

Prang!

Dulang yang dipegangnya jatuh. Semua gelas kaca yang ada di atasnya juga pecah.

“Apa yang kau masukkan dekat dalam air ni?” Tegas suara Bella yang baru saja masuk ke ruang dapur.

“Apa yang awak cakap ni? Saya tak letak apa-apa pun,” kata Zehra separa merayu. Dia mula menunduk untuk mengutip kaca gelas yang pecah tadi.

“Jangan tipu aku. “ Wajah Zehra dipegang kuat.

“Tak, saya tak letak apa-apa pun dekat dalam air ni. Percayalah! Saya sumpah saya tak letak.”

“Kalau kau tak letak apa-apa, jilatlah tumpahan air tu.”

Zehra mendekatkan wajahnya pada lantai istana.

“Mana lidah kau? Jilatlah apa lagi!” Kepala Zehra ditolak hingga menekup lantai. Habis basah wajah Zehra terkena tumpahan jus oren tadi. Dia mengeluarkan juga lidahnya untuk menjilat tumpahan air tersebut.

“Dah, saya dah jilat. Puas hati?”

“Bella!”

•••

Daun pintu salah sebuah bilik yang tak diketahui umum di istana ini aku tolak. Bilik kepunyaan Kamelia. Sudah aku pastikan, semua yang lain nyenyak beradu di kamar masing-masing.

“Akhirnya kita boleh jumpa, Mel.” Senyuman sinis aku terukir sambil kaki terus melangkah masuk ke bilik tersebut. Punggung aku labuhkan dibirai katil. Kamelia yang juga duduk di situ membalas senyum sinis aku tadi.

“Cantik warna rambut kau,” tutur Kamelia.

“Aku memang pandai memilih, macam yang kau tahu.” Nafas aku tarik dalam buat seketika waktu.

“Aku datang sini, sebab nak ucap terima kasih.” Segelas air kosong di meja kecil sebelah katil aku ambil dan aku teguk rakus.

“My pleasure. So, apa rancangan kau lepas ni?”

“Kau tengok ajelah apa yang jadi nanti.”

“Hati-hati, kau ada dalam kawasan dia. Satu lagi, jangan kau pula yang jatuh cinta nanti,” bicara Kamelia sedikit tegas.

Sekali lagi bibir aku mengoyak senyum senget.

“Istana tu milik aku, dan sampai bila-bila pun tetap akan jadi milik aku. Mustahil untuk aku cintakan dia. Dia bunuh cinta aku Mel, Cinta aku!”

“Kau tak pernah rasa air kencing kau sendiri, Kamelia.” Rasa itu, terlalu perit untuk dibayangkan. Kali ini, aku akan pastikan dia bayar semula segalanya yang pernah dia lakukan.

Dia hancurkan aku seperti mengoyak sehelai kertas kepada kepingan-kepingan kecil kemudian dia pijak lumat sebelum akhirnya kertas itu hangus dibakar.

“Kau pun tahu, kau akan ada pesaing dekat sini jadi aku tak nak kau pandang rendah dengan siapa-siapa.”

“Kita tengok siapa yang akan menang,”

Punggung aku angkat dari duduk. Langkah aku bawa untuk keluar dari bilik.

“Riz Ruziana.” Langkah kaki aku terhenti.

“May you reign.”

Thanks for reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience