Tagetus Maharani

L.H Ikbal

Fantasy Completed 3244
5
(18 ratings)

Synopsis

[BOOK ONE OF THE BUNGA SERIES] [Kerana adil tak pilih kasih] ••• "Aku tak nak paksa kau untuk ikut aku. Pisau ada dekat tangan kau, kau yang tentukan nak atau tak untuk tikam belakang dia." ••• Kelopak mata dibuka perlahan. Bau tengik yang masuk ke rongga hidung, aku hiraukan. Bau itu, bau najis. Najis milik aku sendiri. Sudah dua minggu aku dikurung di sebuah sel penjara di bawah istana. Istana yang seharusnya menjadi tempat aku hidup berbahagia, kini hancur. Malah, hanya semata-mata derita. Derita yang berbingkaikan fantasi pahit. Jiwanya seperti kertas yang dikoyakkan sekecil yang mungkin dan dibakar hangus. Sel penjara ini, tertutup sepenuhnya. Tiada jendela dan tanpa cahaya. Aku dikurung disebuah bilik bawah tanah yang tak ada apa-apa walaupun kelengkapan untuk membersihkan diri. Hidup dipenuhi dengan najis kotor yang menyelubungi seluruh tubuh, dan sepanjang dua minggu ini, aku cuma diberi makan tulang ayam yang sedikit pun tiada isi. Pakaian aku lusuh, lusuh dan hampir koyak. ••• Prang! Dulang yang dipegangnya jatuh. Semua gelas kaca yang ada di atasnya juga pecah. "Apa yang kau masukkan dekat dalam air ni?" Tegas suara Bella. "Apa yang awak cakap ni? Saya tak letak apa-apapun." Suara Zehra separa merayu. Dia mula menunduk untuk mengutip kaca gelas yang pecah tadi. "Jangan tipu aku. " Wajah Zehra dipegang kuat. "Tak, saya tak letak apa-apapun dekat dalam air ni. Percayalah! Saya sumpah saya tak letak." Zehra bersuara. "Kalau kau tak letak apa-apa, jilatlah tumpahan air tu." Zehra mendekatkan wajahnya pada lantai istana. "Mana lidah kau? Jilatlah apa lagi!" Kepala Zehra ditolak hingga menekup lantai. Habis basah wajah Zehra terkena tumpahan jus oren tadi. Dia mengeluarkan juga lidahnya untuk menjilat tumpahan air tersebut. "Dah. Saya dah jilat. Puas hati?" "Bella!" ••• "Sehingga saya sebagai seorang isteri perlu membawa suami sendiri ke tali gantung. Pahit? Pasti." ••• "Selamat tinggal," ©Hak Cipta Terpelihara


Share this novel

Rate this story


Comments

Syahril@NovelPlus
2022-05-31 

Donated 200 nCoins

Syahril@NovelPlus
2022-05-31 

Donated 200 nCoins

Guzel Heart
2022-05-29  1 Replies

wah, tahniah. dah publish kat sini. moga terus cemerlang.

L.H Ikbal

19 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience