[21] Identiti

Fantasy Completed 3254

Pemacu kilat itu dicabut daripada komputer riba miliknya. Komputer riba itu ditutup sebelum Kamelia kembali mencicip baki teh yang tidak lagi hangat. Nafasnya dihembus berat dan kasar. Sinar mentari pagi yang masuk melalui jendela sikit pun tak mengganggu fokusnya.

Rakaman video yang dilihatnya tadi cukup untuk membuatkan dia merasa kaget. Video itu memaparkan bagaimana pembunuhan yang berlaku pada abangnya. Cukup mengerikan. Sekarang dia pasti bahawa kakak iparnya diperangkap dan sebenarnya tidak bersalah. Pemacu kilat itu disimpan di dalam laci yang kemudiannya dikunci.

Kamelia menapak keluar dari bilik. Figura dayang-dayang yang memberinya rakaman video itu dicari diseluruh istana. Akhirnya susuk tubuh dayang-dayang itu kelihatan di taman, sedang mencakar daun-daun kering yang berjatuhan dilantai rumput. Kamelia mempercepat langkahnya ke arah dayang-dayang itu.

“Siapa yang bagi awak pendrive tu?” Kamelia bertanya dengan nada serius.

Dayang-dayang itu agak terkejut dengan kehadirannya namun masih sempat untuk menunduk sedikit. Tapi bukan itu yang Kamelia mahu. Dia mahukan jawapan. “Saya tanya, siapa yang bagi awak pendrive tu?”

“Saya boleh bawa tuanku berjumpa dengan orangnya tapi bukan sekarang.” Dayang-dayang itu membalas.

“Bila?”

“Malam ni.”

***

Malam akhirnya menunjukkan jasadnya bersama langit yang penuh dengan bintang bersama cahaya bulan yang dikombinasikan dengan bunyi cengkerik yang kuat akibat daripada rumah yang dia kunjungi berada di pinggir hutan. Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 12 dan Kamelia sendiri masih berada di luar kawasan istana.

Seperti yang dijanjikan oleh dayang-dayang yang ditemuinya pagi tadi, dia akhirnya tiba di sebuah rumah kayu yang terletak dipinggir hutan milik seorang gadis yang katanya cukup dia kenali. Air coklat panas yang sudah dibancuh dan diletakkan di meja kopi masih belum terusik. Dia mahukan penjelasan dengan segera bukan mahu berbasa-basi tanpa sebarang makna.

“Masih ingat aku lagi?” soal gadis itu.

“Tak mungkin aku lupa tentang kau.” Gadis itu. Gadis itu ialah cinta pertama abangnya, Stephan. Gadis yang meninggalkan abangnya diwaktu abangnya paling memerlukan kehadirannya. Dulu mereka sendiri merupakan sahabat baik.

“Macam mana kau boleh ada semua benda ni? Apa kena mengena semua ni dengan kau?”

“Itu kau tak perlu tahu. Aku ada semua bukti yang menunjukkan Riz tak salah. Kau ingat seorang lelaki yang letakkan sianida di bilik tidur abang kau?”

“Ingat.”

“Itu Abu. Orang yang paling Riz percaya.”

“Aku percaya, dia juga yang letakkan sianida tu di bilik bawah tanah.”

“Selain sebab aku adalah adik perempuan Stephan, apa sebabnya kau bagitahu semua ni pada aku?”

“Kamelia. Nama kau siapa aje yang tak kenal di Myla? Sekarang usia kau dah menginjak 28. Sepuluh tahun lepas kau cukup terkenal dengan kemahiran mempertahankan diri. Memanah dan menembak adalah kepakaran, ketangkasan dalam bertindak adalah suatu kepastian untuk seorang Kamelia. Tak lupa juga dengan kebijaksanaan yang kau jadikan sebagai pakaian harian, kan?”

“Jadi, nak kita bekerjasama?”

“Itupun kalau kau nak kematian abang kau dituntut bela.”

“Kalau kau pilih aku sebab aku adik dia, jadi apa pula kena mengena kau dengan semua urusan ni? Bukti-bukti tu boleh kau pastikan sahih?”

“Kau tak perlu risau apa peranan aku dalam perancangan kita.”

“Atas alasan?”

“Tanggungjawab. Aku berdiri dekat sini sebagai orang yang bertanggungjawab.”

***

Kamelia melangkah penuh senyap ketika masuk ke dalam istana. Pintu utama istana yang cukup besar dan dihiasi dengan ukiran klasik itu ditutup perlahan. Keadaan di sini gelap gelita. Pasti semua orang sedang nyenyak beradu.

Dia menapak perlahan-lahan menuju ke biliknya namun figura Edward yang menunggunya di ruang tengah istana mengejutkannya dengan satu pertanyaan. “Pergi mana?”

“Ada urusan sikit tadi. Abang tak tidur lagi ke?”

“Tunggu Lia,” ujar Edward lembut namun masih ada ketegasan di dalamnya.

“Lia masuk dulu.” Dia meneruskan langkahnya yang terbantut sebentar tadi. Niatnya ingin mengelak namun Pergelangan tangannya ditahan agar terus berhenti.

“Urusan apa sampai kena keluar tengah malam?”

Kamelia menghembus nafas. Dia mahu bercerita kepada abangnya namun bukan diwaktu sekarang. Tubuhnya ditoleh kembali menghadap abangnya. “Kalau Lia cerita nanti, boleh?”

“Nope. Bagitahu sekarang.” Riak serius pada muka Edward terpapar. Dia mahu dan perlu tahu urusan apa yang adiknya terlalu sibukkan.

“Urusan tentang abang Stephan.” Kini pergelangan tangannya pula ditarik dan pemacu kilat yang dia miliki diletakkan pada telapak tangan Edward.

“Bukan Riz yang bunuh abang.”

***

Tubuh disandarkan pada sofa hijau di ruang tamu peribadi milik Edward. Nafasnya dihela sambil merenung abangnya melihat rakaman video daripada pemacu kilat yang diberinya tadi. Selesai menonton video tersebut laptop terus ditutup.

“Lia tahu perkara macam ni berisiko kalau Lia buat, kan?”

“Lia tahu. Tapi teknik penyamaran juga yang paling sesuai untuk kita berkas pembunuhnya.”

“Kenapa mesti Lia yang pergi?”

“Sebab cuma Lia aje yang Henry tak kenal.”

“Bila Lia nak mula?”

“Dalam masa tiga tahun yang akan datang. Lia perlu latih balik semua kemahiran yang Lia dah tinggalkan selama sepuluh tahun.”

“Abang tahu Lia akan selamat. Tapi dengan siapa Lia akan bekerjasama? Siapa yang bagi Lia pendrive ni?”

“Abang kenal siapa orangnya.” Sekeping gambar dikeluarkan. Gambar seorang perempuan yang pernah disimpan oleh Stephan suatu masa dulu

“Dilayla?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience