CHAPTER 10

Family Completed 25138

"Ada surat?"aku angguk mendengar soalan Hadif. Cepat tersedar yang kami sedang bersembang dalam talian, aku menjawab semula.

"A'ah. Tinggal surat,"

"Dah baca ke belum?"kali ini aku diam. Hatiku sendiri berbolak balik bila memikirkan surat arwah Diana. Entah apa sebenarnya yang bermain di dalam hatiku, aku sendiri tidak mengerti.

"Belum lah tu?"suara Hadif kembali menembak. Aku ketawa kecil. Hadif sangat pantas dalam membaca setiap perlakuanku.

"Tak tahu lah. Nak baca macam rasa berat je,"aduku malas. Kedengaran bunyi Hadif menarik nafas panjang. Seperti bersedia mahu memberi tazkirah ringkas kepadaku.

"Arwah. Deceased. Do you know what that means? Maknanya, orang yang disebut dah tak berpijak atas bumi lagi. Tak sedunia dengan kita lagi. Kenapa takut dengan orang yang dah tiada? Saya tahu, kalau awak tak baca surat tu malam ni, nanti awak mesti tak boleh tidur kan? Sebab awak sebenarnya nak baca, tapi awak takut. Awak takut nak terima kenyataan. Awak takut pada isi surat tu. Its just words Yana. No harm can come from words,"

"Words can kill. Ever heard of that?"sambungku pantas usai Hadif berkata-kata.

“ That’s a quote Yana. Yes, memang betul words can kill. Tapi takkan surat tu mampu buat awak macam tu?

“Urghhhh....ok, saya baca. Puas hati?” sedikit membentak aku menjawab. Hadif ketawa senang.

“ Then, saya letak phone dulu. Bagi awak ruang,” selesai berpamitan, aku mampir ke meja di tepi katil yang di atasnya terletak surat arwah Diana. Aku duduk di atas katil, mencari posisi yang selesa untuk membaca surat tersebut.

Walau isinya cuma helaian kertas, beratnya seperti tidak mampu ditimbang dek tanganku. Aku pujuk hatiku untuk lebih kuat. Mataku menyorot isi surat tersebut yang bermula dengan ‘Yana’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience