CHAPTER 25

Family Completed 25138

Final ultimatum dari ayah :

Pertama : Yana Ilia dan Hadif;

Kedua : Tiada Hadif, tiada juga Yana Ilia.

Aku mati kutu.Usai ayah menyampaikan kata putusnya, aku terus menonong keluar menaiki kereta. Terasa hilang punca seketika. Seharian aku di masjid. Menunggu masuknya waktu Zuhur, diikuti Asar, sehinggalah ke Maghrib.

Saat kedengaran Azan Isya’, baru terasa lapang dadaku. Bukannya kerana sudah ketemu jawapan untuk Hadif, tapi kerana aku sudah rasa lali dengan semua masalah yang melanda. Sehinggakan aku rasa kosong. Dengan penuh tekad, selepas Isya’ aku mendial nombor Hadif. Selepas menjawab salam, terus aku membuat ucapan panjang untuknya.

“Tengah buat apa? Tengah celebrate ke?” tanya aku, pura-pura ramah.

“Ha? Celebrate apa?” sedikit terpinga Hadif menyoal kembali.

“Celebrate your success lah..Succeed in forcing me to marry you,” ceria benar suara aku ketika itu. Sengaja aku buat begitu. Biar dia tahu sakit hati yang aku rasa.

“Yana..,” Hadif mengeluh bila dia mula faham sindiranku.

“Apa Yana Yana? Awak memang sengaja nak seksa saya macam ni kan? Awak tahu tak ayah saya tak bagi choice langsung dekat saya? Saya kena paksa tahu tak? Specificnya, ayah saya ugut saya. Blackmail!”

“How is that torturing you? Kalau pun awak terpaksa, seksa sangat ke kalau kena kahwin dengan saya? Kita dah kenal bertahun Yana. Awak fikir saya sejahat tu ke?”

“Awak seksa saya! Seksa saya dengan sengaja buat saya rasa bersalah. Sengaja bebankan saya dengan maruah awak. Awak memang tekad nak rosakkan masa depan awak bila kahwin dengan saya ya? Seronok?” aku sudah mula dirasuk amarah. Kalau boleh, terasa ingin aku hamburkan semua marah yang lama terkumpul di dadaku ini.

“Memang saya seronok! Seronok dapat kahwin dengan awak sampai saya buta dengan masalah lain. Terlalu happy sampai saya tak fikir langsung lepas kahwin ni saya akan ada seorang anak in advance. And saya tak fikir langsung yang lepas kahwin ni saya dah bertambah tanggungjawab,”aku diam. Hadif seriuskah? Kenapa aku rasakan ayat-ayatnya seperti ada double meaning. Ayatnya berbunyi seperti dia mementingkan diri sedangkan aku tahu Hadif dan pentingkan diri itu tidak sinonim sama sekali.

“Itu..... contoh jawapan saya kalau saya biarkan diri saya dipengaruhi amarah,” sambung Hadif tiba-tiba. Wahh...bergurau di saat aku sedang memarahinya? Hadif memang tidak kenal takut langsung nampaknya!

“Awak main-main apa ni? Saya cakap ni serius! Bukan nak contoh jawapan dari awak!”

“Saya nak awak tahu, apa yang awak cakap ni semuanya datang dari rasa marah, bukannya dari akal. Sampai bila awak nak melawan macam ni? Saya takkan semudah tu tarik diri Yana. Sebab saya tahu awak macam mana lah saya keep pushing. Because I know deep in your heart, awak sayang saya kan? Dan sebab sayang tu lah awak tak nak bebankan saya. Saya tahu Yana. But please..for once in your life, try to fight that fear. Let me in and share all your sorrow. Is that so hard to do Yana?”

“It’s not hard. It’s impossible,” terus aku memutuskan talian tanpa memberi penutup kata mahupun salam. Aku tahu aku tidak beradap. Tapi kalau sikap ini saja yang boleh membuatkan Hadif tawar hati, aku tidak kisah mahu berkurang ajar setiap hari dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience