CHAPTER 24

Family Completed 25138

Aku geleng kepala bila sampai ke rumah ayah. Ibu sudah bersiap sedia dengan tenteranya. Entah untuk apa lah agaknya. Sama ada untuk membantu aku , atau untuk memujuk aku menerima Hadif.

Abang Alif sudah berdiri di muka pintu sambil mendukung Yana Ilia yang sudah pun siap dimandikan ibu agaknya. Pipinya yang bertempek bedak talkum aku cium geram. Rimas di kerumun, Yana Ilia meronta minta dilepaskan.

Sejurus hilang tubuh kecilnya ke dalam rumah, tubuhku terus diraut Abang ALif masuk ke pelukannya. Lama. Aku letak dahiku ke dada bidangnya. Rindu! Abang Alif mengusap kepalaku berkali-kali. Akhirnya pelukan kami terlerai. Tangannya memegang kedua bahuku.

“Jangan buat macam ni lagi Yana. Kami semua hidup 5 tahun ni ibarat menanti khabar yang tak kunjung tiba. Apa yang Yana buat ni tak betul. Tak pernah fikir kami semua ke?”aku ketap bibir. Menahan rasa sebak yang bertamu di hati.

“Yana minta maaf. Memang Yana salah. Yana degil, bodoh sombong. Yana minta maaf,” berkali aku ulang kata maaf. Abang Alif menggeleng sedikit sebelum kembali memelukku.

“Ini sebab la abang tak kahwin lagi...fikir adik yang seorang ni pun dah rasa berat kepala. Kalau ada isteri, tambah gila abang dibuatnya,”keluhan Abang Alif menerbitkan ketawa dari kami berdua. Tiba-tiba muncul satu lagi suara baru.

“Kak Yana!” tubuhku dipeluk dari belakang. Amir! Aku pantas berpusing ke belakang dan membalas pelukannya.

“Amir!” jeritku teruja. Sudah besar adikku yang seorang ini. Tinggi melampai tubuhnya lebih dari aku. Matanya sedikit merah memandangku.

“Oi, laki tak boleh nangis. Control macho sikit,”tegur Abang Alif pada Amir. Amir menenyeh matanya menghilangkan air mata yang baru hendak terbit.

“Rindunya kat korang!!!” aku tarik leher mereka berdua masuk ke dalam pautan tanganku. Adik beradik dunia akhiratku. Seketika terasa seperti duniaku kembali lengkap bersama keluarga di sisi. Damai terasa hatiku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Itu masalah besar ke Yana?”tanya Abang Alif. Aku baru selesai menceritakan tentang masalah Hadif padanya. Amir tidak termasuk sekali memandangkan dia masih mentah usianya. Mengikut Undang-Undang Adik Beradik, Amir tidak perlu dibebankan fikirannya dengan masalah aku. Dia masih belajar. Tekanan tidak akan membantu pembelajarannya.

“Yana rasa ini tak adil untuk dia. Yana yang adopt anak arwah, kenapa dia mesti pikul sekali tanggungjawab Yana?” Abang Alif tarik nafas panjang. Dia mengalihkan pandangannya jauh nun ke seberang jalan. Mungkin sedang mencari ayat terbaik.

“Kahwin tu maksudnya, memikul tanggungjawab bersama. Yana faham tu?” aku angguk. Ya, aku tahu bila satu pasangan itu berkahwin, mereka sama-sama akan memikul tanggungjawab yang datang bersama dengan ikatan perkahwinan tersebut. Tapi aku tetap merasakan semua ini tidak perlu Hadif galas bagi pihakku.

“Ok, sekarang kita cakap straight to the point je Yana. Sebab anak arwah tu illegitimate, Yana rasa akan menyusahkan Hadif kan? Yana fikir bila Yana Ilia dah besar, banyak masalah akan timbul kan? Aurat kena jaga, batas-batas lain lagi, mulut orang ramai, dan hakikat sebenar kelahiran Yana Ilia yang Yana kena ceritakan pada Yana Ilia bila dia besar. Itu yang beratkan fikiran Yana?”

“Some of it....,” akuiku perlahan. Memang itu semua berada di benakku. See? Abang Alif begitu mudah memahami apa yang aku fikirkan. Mengapa orang lain tidak mahu mengerti?

“But that doesn’t mean you have to pay for it with your own life,”sambung Abang Alif.

“Maksudnya?”

“Maksud abang, itu semua bukan alasan untuk Yana tarik diri dari Hadif macam ni. Abang tahu apa yang Yana rasa, tapi kalau Hadif dah terima semua ni, why don’t you? Why can’t you set aside all that problem and just go on with your original plan?” aku tarik muka mendengar nasihat Abang Alif. Dia pun sama juga seperti yang lain. Memaksa aku menerima Hadif. Abang Alif menyambung lagi.

“Bila apa yang Yana risaukan tu terjadi, barulah Yana ambil tindakan. Bukannya dari sekarang dah ambil tindakan untuk elakkan masalah tu terjadi,”

“Itu precaution. What’s wrong with being careful? I’m minimizing the damage that would have happen in the future. Abang tak faham ke?”balas aku kembali.

“Abang faham Yana, abang faham.Hmm...Yana tahu apa masalah Yana?” Abang Alif memandang tepat ke mataku. Aku mendengus. Tahu apa yang mahu dikatakan Abang Alif.

“Yana degil.Pada Yana, Yana dah buat yang terbaik. Itu bukan yang terbaik Yana. Itu semua rasa takut Yana. Yana takut nak terima apa-apa yang bakal berlaku kalau Hadif suddenly tarik diri kan? Yana takut kan?” mati pun aku tak akan mengaku pada Abang Alif yang memang ada cebisan rasa takut itu mendiami hatiku. Aku tutup ketat mulutku.

“Kita tak tahu perancangan Allah s.w.t Yana.. bukankah kita diajar untuk berusaha? Berusaha dan cuba. Dan selebihnya, kita tawakal. Ajar hati untuk jadi berani. Kalaupun satu hari nanti Hadif berubah hati akibat tekanan, abang yakin Yana boleh terima dengan tabah. Sekurang-kurangnya Yana dah bersedia kan?”

Mudahnya berkata-kata. Tahukah mereka perasaanku 5 tahun dahulu bila ayah berpaling dariku? Aku tahu aku tak mampu lagi menerima kesedihan setara itu. Hati aku sudah tidak mampu menanggung beratnya sedih yang kurasa.

Kata-kata Abang Alif aku simpan jauh ke dalam hati. Aku tahu apa yang dikatakannya itu benar. Tapi aku tetap takut mahu merisikokan hatiku. Aku tidak ada kekuatan seperti itu lagi untuk kali yang kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience