CHAPTER 33

Family Completed 25138

Aku setia menunggu di sisi ibu sehinggalah abah dibenarkan masuk ke wad biasa. Doktor memberitahu kali ini cuma serangan kecil. Anggaplah sebagai satu peringatan kepada abah untuk lebih menjaga pemakanannya dan gaya hidupnya. Aku dan ibu berbalas pandang. Kami tahu penyebab utama abah susah hati dan lantas mengganggu perasaannya.

Minggu lepas, abah sendiri meminta surat arwah Diana daripada ibu untuk dibaca sendiri. Dan ibu meminta surat tersebut dari aku. Aku berkeras tidak mahu memberikan surat tersebut, tapi ibu tetap berdegil. Kata ibu, abah perlu tahu hakikat sebenar untuk kami semua memulakan semula hidup kami tanpa prasangka dan benci.

Selesai urusan abah berpindah ke wad biasa, baru aku pulang ke rumah. Ibu seperti biasa, tidak mahu meninggalkan sisi suaminya.

“Terima kasih abang,” aku kucup tangan Hadif yang menggenggam tanganku. Sebelah tangannya berada di stereng kereta. Keretaku aku tinggalkan di hospital. Esok Hadif akan menghantar aku ke sana semula.

“Untuk apa?”tanya Hadif pelik. Aku tersenyum.

“For everything,”jawabku. Hanya aku saja yang tahu isi kandungannya untuk ‘everything’. Genggaman tangannya dieratkan lagi tanda dia faham apa yang cuba aku sampaikan.

~~~~~~~~~~~~~

“Yana,” suara Abah perlahan memanggil namaku. Aku rapatkan kerusi yang aku duduki ke tepi katilnya.

“Diana Amira,” sekali lagi abah memanggilku. Kali ini dengan nama penuhku. Mataku berkaca tiba-tiba. Terasa sayu mendengar namaku meluncur dari bibir abah.

“Ya, abah. Yana kat sini,” sahutku perlahan. Tangan abah aku genggam kuat. Mata abah melirik memandangku. Aku ukirkan satu senyum untuk abah. Moga dengan senyum ini, abah tahu tiada lagi dendam di hatiku.

“Abah minta maaf...,”air mataku menitik laju mendengar kata maaf dari abah. Derhakanya aku, sehinggakan abah sendiri meminta maaf dari anaknya.

“ Yana yang kurang ajar dengan abah. Yana yang patut minta maaf,” dalam sendu aku menutur kata. Kepala abah bergerak perlahan menggeleng di atas bantal.

“ Abah yang salah... abah yang buta...bukan Yana...bukan Yana..,”mata Abah berkolam memadangku. Aku bangun mencium dahi ayah. Pipi tuanya aku usap lembut.

“ Jangan cakap macam tu abah. Semua ni takdir. Lepas ni, Yana nak kita sama-sama terima takdir ni ayah. Arwah dah tak ada. Tak patut Yana ungkit cerita lama dulu. Yana sakitkan hati ayah,” Abah membalas genggaman tanganku.

“ Sebab abah, Yana terseksa. Kalau Yana tak beritahu, sampai ke mati abah buta dengan penipuan ni semua,”

“ Apa yang jadi, semua dah berlalu. Tak guna buang masa tangiskan benda yang dah berlalu,” ibu yang dari tadi memerhati dari hujung katil abah mula bersuara. Aku mengangguk laju. Segera aku hapuskan air mata yang hampir kering di pipiku. Aku tarik nafas menghapuskan sedu yang berbaki.

“ Lepas ni, kita jangan ingat semua cerita sedih ni. Yana tak mahu buang masa lagi. Abah kena cepat sihat. Nanti tak lama lagi, abah nak dapat cucu baru. Kalau tak sihat, macam mana nak dukung cucu?” dalam seloroh aku menyampaikan berita yang baru aku ketahui itu. Niat di hati, tidak mahu terlampau teruja dan menghebohkan berita ini. Tapi melihatkan pada keadaan abah, aku sengaja mahu menyuntik semangat baru ke dalam dirinya. Pada Hasif sudah aku sampaikan tentang niatku dan dia juga ikut setuju.

Melihatkan pada bening mata ayah yang kelihatan gembira, aku tahu aku membuat keputusan yang betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience