CHAPTER 7

Family Completed 25138

Tangan aku mengusap perlahan anak rambut Yana Ilia di dahinya. Sesekali nampak pergerakan anak matanya melalui kelopak mata yang bergerak-gerak.

“Kenapa Diana meninggal ibu?” soalku perlahan. Mataku ralit melihat wajah Yana yang sudah asyik dibuai mimpi. Jam sudah mencecah pukul 9 malam dan aku masih di sini. Sedikit rasa lega terbit dalam hati bila ibu memberitahu ayah tiada di rumah. Ayah sudah 2 hari berpergian ke Ipoh menghadiri kursus.

“Some complication during labor. Diana tripped on her own. Lost too much blood and..,”aku mengangguk tanda faham. Macam-macam perkara boleh berlaku semasa proses melahirkan. Dan tiada siapa boleh menjangka perkara yang akan berlaku. Jika memang itu waktu ajal Diana tiba, siapa lah kami untuk menyangkal takdir-Nya.

“ Yana macam mana? Ibu ingat, Yana dah tak nak balik,” suara ibu sudah mula kedengaran sendu. Aku telan liur. Mencari ayat yang sesuai untuk dipersembahkan.

“Yana minta maaf,” suaraku kendur meminta maaf. Salah aku kerana menimbulkan kerisauan di hati ibu.

“Ibu tak marah Yana. Ibu redha. Sikit pun tak pernah terlintas dalam hati ibu untuk marahkan Yana. Ibu faham,”

Ibu faham. Ayat terakhir ibu terasa jauh meresap ke dalam hatiku. Yang namanya seorang ibu itu, memang sangat hebat peribadinya. Aku tahu ibu sedih dengan perbuatanku. Menyepi diri tanpa khabar berita.

Suasana hening di antara kami. Aku sendiri sudah kematian bicara. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan lagi. Kami seperti dua orang asing yang baru belajar mengenal diri masing-masing.

“Erm...Yana minta diri dulu. I’ll come again,” aku mengundur diri. Kepala Yana yang berada di pehaku, aku angkat perlahan-lahan untuk diletakkan ke atas bantal sofa kecil. Aku kucup pipinya lama.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Pulang ke hotel, baru hakikat tentang kematian Diana meresap masuk ke jiwaku. Fikiranku kosong. Terkejut dengan berita yang tidak disangka ini.

Yana Ilia sudah berumur 4 tahun, bermakna semasa aku meninggalkan rumah ini, Diana sudah mengandung? Ataupun selepasnya?

Arghh!!! Serabut berfikir, aku berbaring menelentang di atas katil. Menghadap lelangit bilik. Berharap jawapan yang kucari akan keluar tertulis di situ.

Esok! Esok aku tekad untuk mengetahui segala cerita yang bersimpang siur jalan pembikinannya. Aku mahu leraikan kekusutan yang sudah lama bersarang di benak fikiranku.

Mengapa aku dihalau dahulu? Cerita apa yang dibawa Diana sehingga aku menjadi mangsa?

Sebelum tidur, aku menghantar satu pesanan ringkas pada Hadif.

SMILE!! I’M STILL OKAY..BUT OUR PROBLEM STILL UNSOLVED. MY FATHER’S OUT OF TOWN.

Pagi esoknya baru aku membaca balasan Hadif malam semalam.

I’M STILL SMILING. TAPI KALAU PROBLEM KITA STILL UNSOLVED, SENYUM SAYA AKAN HILANG.

Aku senyum lucu melihat mesej dari Hadif. Ada saja Hadif ini. Bunyinya memang seperti ugutan, tapi aku tahu Hadif cuma berlelucon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience