CHAPTER 30

Family Completed 25138

“Abah yang ingat Abah betul!!” mata ibu membulat mendengar jeritanku yang tiba-tiba. Abah sahaja yang menahan nafas melihat tingkahku. Biarlah untuk sekali ini aku digelar anak kurang ajar, anak tak sedar dek untung. Untuk sekali ini sahaja, aku mahu melepaskan apa yang aku pendam.

“ Abah yang tak menerima takdir! Apa kudrat Yana nak betulkan semua keadaan ni? Yana ni manusia kerdil je abah. Tak mampu nak betulkan keadaan semudah tu saja,” suara aku kembali kendur sedikit. Aku tarik nafas panjang sebelum menyambung kata. Air mata sudah mencurah-curah ke pipi seperti empangan pecah. Pipi yang pijar ditampar abah aku tolak ke tepi.

“Abah sayang arwah Diana sampaikan abah tak fikir, macam mana Yana nak hidup tanpa keluarga masa abah buang Yana dulu. Sayang tu juga yang buat abah tak teragak benarkan Yana ambil anak arwah jadi anak Yana. Sebab abah nak Yana betulkan keadaan! Bila Yana dah buat apa yang abah memang nak, ada abah fikir nak betulkan keadaan yang abah dah buat?”

“Apa yang abah dah buat? Semua yang jadi sekarang ni, Yana sendiri yang tempah, bukan orang lain,”

“ Abah tak ingat apa abah dah buat?” mimik wajahku berubah tidak percaya. Aku benar-benar berada di dalam mood ‘perempuan gila’ ketika ini.

“ Abah tendang anak perempuan abah keluar sehelai sepinggang tanpa sebarang penjelasan, abah tak ingat?” wajah abah berubah sedikit waktu itu. Tepat tembakanku ke hatinya!

“ Abah sokong sepenuhnya Yana ambil anak arwah Diana tanpa tahu yang sebenarnya peristiwa 5 tahun lalu itu semua rekaan arwah saja, abah tak ingat?”

“Apa yang Yana merepek ni?” tanya Abah. Ibu sudah bergerak ke arahku.

“Sudah lah Yana....berhenti...,”pujuk ibu seraya mengusap pipiku yang basah dengan air mata.

“ Yana nak cakap hari ni jugak ibu. Biar semuanya habis di sini,” balasku dalam sendu. Aku tidak mahu terus hidup dalam bebanan perasaan begini. Aku tidak mahu mati dalam rahsia.

“Jangan nak burukkan arwah. Apa bukti kamu nak tuduh arwah Diana? Dia dah tak ada, berani lah Yana nak reka cerita,” Abah menempelak laju. Masih mahu mempertahankan arwah Diana.

“Arwah tinggalkan surat,” ibu membantu memberi penjelasan. Abah terpempan. Terus terduduk di sofa yang berada di belakangnya.

“ Kenapa saya tak tahu semua ni?” soal Abah memandang ibu tidak percaya. Aku terus meringankan mulut untuk menjawab.

“ Sebab kami tak mahu lukisan indah arwah Diana di mata abah hancur. Kami tak mahu kecewakan abah. Walau hidup Yana yang jadi galang gantinya, Yana sanggup simpan semua ni. Yana ketepikan seksa Yana dibuang keluarga untuk jaga hati Abah,” suaraku sudah tersedu-sedu berbicara. Aku benar-benar tidak dapat menahan perasaan. Mengetahui ayah kandungku sendiri kasihkan orang lain lebih dari diriku membuat aku terasa seperti hatiku ditikam berkali-kali.

“Yana luahkan semua ni sebab Yana dah tak tahan. Apa yang Yana buat selama ni, untuk jaga hati orang sekeliling Yana. Tapi hati Yana? Siapa pun tak peduli. Salah Yana, abah nampak. Salah orang lain macam mana?”

“Sekarang abah nak Yana betulkan keadaan dengan Hadif? Abah faham tak? Yana tak mahu dia terpalit sama dengan hidup Yana yang memang dah sedia hancur ni. Sebab Yana sayang dia, Yana tak mahu dia ikut terjerumus sama dengan Yana. Kenapa semua orang tak mahu faham?!!!” aku menjerit melepaskan rasa di akhir kata. Puas! Puas bila sekali dapat aku hamburkan semua sedih, marah, kecewa dan dukaku.

“Yana...” sayu suara Abah berbaur kesal menyeru namaku. Aku pandang abah dengan mata yang kabur dek air mata.

“Abah tak tahu...abah minta maa..”

“Sudah lah abah,” pangkasku pantas , “tak perlu minta maaf,” rajukku sudah sampai ke langit ke tujuh. Maaf abah sudah tiada ertinya lagi bagiku. Aku bangun mahu beredar dari ruang tamu bila terlihat satu tubuh berdiri tegak di belakangku. Air mataku yang sudah kering kembali mengalir laju.

“Ha..a.diiff...”tersedu aku menyeru namanya. Bibir Hadif mengukir senyum tawar.

“Kahwin dengan saya Yana. I’ll make everything better,” di celahan emosi yang menggunung, entah kenapa aku rasakan pujukan Hadif umpama satu sinar mentari yang baru terbit di pagi hari. Dan mungkin juga kerana kekecewaanku sudah terlampau hebat, atau mungkin juga kerana aku sudah lelah melawan takdir, aku akhirnya melafazkan kata yang sekian lama dinanti Hadif keluar dari bibirku.

“Okay.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience